Monday, 25 August 2014

Chiang Mai - Day 3 Starbucks Chiang Mai, Temple, & balik!


Memandangkan hari semalam badan kami telah dibelasah dengan aktiviti sepanjang 20 jam, kitorang pun tido puas-puas la, sumpah penat bai~

By, 10.30 am macam tu baru kami bangun, & pack apa yang patut. Sebelum datang sini, mak aku risau sangat aku nak pegi Northern Thai, mak risau kalau strangers selit-selit drug dalam bag kite, sebab kan banyak cerita mat salleh kena tahan kat airport sebab dadah sampai kena penjara, hish nauzubillah. Aku pun bagitau Aina jugak hal ni, sebab teringat pulak kami ada tinggal bag kat kaunter masa kat Tiger Kingdom haritu. So before kami pack, kami bawak keluar semua barang dari dalam bag & repack semula, well it's for safety purpose kan.

muka-muka kena balik, huhu... *btw thanx Aina, I really enjoy having you as my travel partner  :')

Turun, check-out, & kami menapak semula ke area Night Market (siang takde ape-ape, kedai je), sebab Aina nak membeli travel collector tumbler. Masa aku kat Phuket dulu, I was lucky store manager Strabucks nya ada, so dapat la discount beli tumbler. So aku cakap kat Aina, try la.. 1st Starbucks we went to, baru je sebut partner, dengan discount, bersungguh-sungguh cakap, NO NO! ek ehh, menyampah pulak aku tengok barista ni, so kitorang pun belah & pegi ke starbucks yang lebih kurang 2km dari situ.

Starbucks lagi 1 ni partner nye baik & comel. Sungguhpun kami masih tak dapat partner discount, tapi cara dia cakap lembut... so beli je 1 tumbler... mula-mula kami ingat nak borong 3 ':D

Lepas tu, mataku terfokus dekat pastry case, ada manggo cheese cake yang gemok, aku pantang nampak benda yang ada cream ni, manggo kat Chiang Mai pulak memang lembut & manis, suke sangat... Barista tu siap promote cakap, "This cake only have in Starbucks Chiang Mai, no other places", tah dia tipu ke tak tipu ke.. yang penting marketing akak memang terkesan! lol! tapi dilemma lagi... kek ni dah la harga THB100, kalau aku beli, tapi takleh telan, sia-sia je... tenung punya tenung sampai tak sedar aku tengah tercangkung depan pastry case, hahaha! Tetibe Aina kate, "belilah 1 kek tu, kite belanja",  I was like, "Ha... betul ke ni...? takpe I minum air banyak-banyak sambil makan kek tu k!", tudia pethatic gila aku, tapi lepas tu I pay half jugak la, kesian lak kat Aina, asyik puaskan hati saye je, sweet lah >_< Mujur kek tu sedap gila! Memang fresh, creamy, & light, tak menyesal kami beli, yeay!

yummy! Sedap sangat! Starbucks Maggo cheesecake only in Chiang Mai!

Kali ni tak rasa nak beli tumbler, so I just grab 2 designs for Starbucks Card Thailand Limited Edition.
Haha! sempat lari depan McD semata!

Tak boleh nak jalan lama sangat, sebab flight kami pukul 5, atleast 3.30 dah kena ada air-port, dah la bangun lambat tadi, pui~ So kami menapak balik ke hostel. 1 lokasi wajib kalau ke Thailand yang kami belum pegi, temple. Hahaha nasib baik betul-betul depan hostel kami ni memang temple, cross the street je, ok la, cantek jugak temple dia, sempat snap-snap gambar feeling-feeling Thailand.


seriously temple ni 5 tapak saja depan hostel kami, untung!




* gambar kucing ni yang paling win, tido dalam temple, kelas kau~! 

Balik, depan hostel tu, Aina tahan tuk-tuk macam tahan beskal je nok, just depakan tangan di hadapan hostel, haha! Memang bagus lokasi hostel kami ni! fees dari hostel ke airport only THB40 each, murah kan :D

tuk-tuk to airport!

yay! puas hati!
So dah naik aeroplane, berakhirlah pengembaraan pendek kami. Alhamdulillah, walaupun dengan badan yang tak fit ni, aku berjaya redah jalan kaki, & miracle hari jungle trekking tu badan aku siang tu fit, elok je (mungkin udara segar kampung, maybe? huhu) & aku juga bersyukur, at least Allah bagi aku peluang untuk uji samada badan & mental aku dapat tahan tak untuk travel dalam keadaan yang sakit... syukur.. what an experience! Despites all the obstacle, I manage to finish this trip with a success!

My total spend for this trip only cost meeee *drumrolls* RM428! minus flight (accommodation + tour package + food + transport + food + shopping) *ada masa nanti aku nak details kan costing. Through this whole Chiang Mai journey, I can officially tag Aina as 1 of my best travel buddy! hooray~! *eventho u are 6 years younger than me, haha! Thank you Aina Insyallah ada rezeki kita travel lagi~ yosh!

Insyallah Chiang Mai, I will be back for you! Lain kali datang, aku akan make sure datang pada hujung tahun (cuaca lebih sejuk gigil masa tu) & jejak sampai ke Pai pula, yeah!

No comments:

Post a Comment