Aku yang dah penah pi Osaka pun boleh jadi goyang kejap takut kalau nak pi area Tokyo. Niat dia baik, tapi cara dia respon salah. Kita ni, kadang-kadang mungkin memang tak setuju atau paham dengan cara orang, tapi sekurang-kurangnya kita respect pendapat orang, jangan asyik nak menang je, sebab kita tak tahu, esok lusa, mungkin orang tu betul.
*btw yang komen lebih-lebih tu pun, amboi amboi dah kenapa menganjing-anjing?? kita pun tak tentu bagus mana lagi.
Aku turut emo pasal post tu bukan ape, sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama dulu, bila dimana aku bagi certain amount of budget travel kat kawan aku yang tengah duduk kat oversea tu, dia macam tak bagi aku pegi kesana sebab katenya budget tu tak cukup, takut aku ni hanya menyiksa diri-sendiri. hmm..
But anyways, I did it, went to Japan for only RM835 (minus shopping & flight) for 6 days, If I can made it in Japan, Insyallah I can made it anywhere, since it is 1 of the most expensive country. Soal dia, kau sanggup ke tak nak travel cara gitu? ada orang rasa benda tu membebankan, tapi bagi aku, part beban tu time kau tengah kat Mesia je, buat research macam nak gila, but once you are there, at least kau tak clueless sangat & masa travel aku enjoy hidup seperti seorang hobo/nomad, hahah. Kalau takat nak bersenang lenang, lebih baik aku book hotel kat Penang saja. Anyways, different people have different travel definition kan.. as for me.. I travel to learn, mencari nature, tengok culture luar & challenge diri aku untuk berada di luar comfort zone.
Tips travel aku tiap-tiap kali travel, aku bawak buku log aku, jot down expenses aku before tido, at least aku boleh gage apa akan jadi for the rest of the trip & sedarkan diri bila terlebih spend tu, huahuahua.
jot down your date, daily expenses & breakdown the whole trip at the end of the trip |
Aku memang prefer tulis atas kertas dari taip dalam phone, sebab kita boleh conteng-conteng, congak-congak, simpan-simpan, dan belek-belek, hehehe.
Aku suka bila balik dapat bawak duit baki, memanglah kekadang ada sikit rugi, tapi sebab selalunya duit baki tu lah emergency cash aku & jumlah duit yang tinggal bila aku sampai Mesia, hah hah ha!
Dan yang bagusnya, benda ni macam report card kau lah, aku tengok prestasi Trip Phuket aku adalah yang tercorot sekali, Rm1400 (including flight & shop) untuk 4 hari, humaigadd kau buat apa kat sana spend sampai banyak tu Nash?? hahah
Owh, dan sebab selama ni aku travel budget, aku rasa lepas ni aku kena start bentangkan budget-budget travel yang aku dah berjaya buat kat blog supaya senang untuk reference diri-sendir & kawan-kawan nanti :)
*actually entry ni jugak sempena nak ucap babai kat "My Travel Expenses Book" sebab dah penuh guna T_T kena lah ganti buku baru, I love you book, I love you paper texture, your thickness, your pwetty & fancy cover decoration, your petite size, your rustic color & your everything nice #designersyndrome #okbye
No comments:
Post a Comment