Untuk hari ke-5 ni, yang aku pasti memang kitorang lambat bangun la, padahal nak pergi daki gunung konon, hahah tak berdisiplin betul! Pagi di Berastagi memang gigil, feeling-feeling oversea sangat, I love cuaca di Berastagi, hehe.
Bangun siap-siap, pegi breakfast dulu pulak.. well.. dah tido kat hotel mahalkan, masa ni lah nak bedal buffet breakfast.
|
Good Morning! tak sangka dapat tido hotel mewah pulak :'D |
|
yumzzz sedapppp~! |
Masa datang breakfast ni aku dah standby bag, hah hah hah. Dah makan kenyang-kenyang, aku & aina pun buat projek membungkus makanan, aku fikir, duit accomodation yang dah terlebih budget ni, alang-alang kita cover untuk stok makanan lunch sekali, haha (eh betul... roti & jem laku sampai esok paginya hokey~ ;P) Aku rasa antara kenangan yang paling kelakar masa nak pack food untuk bawak hiking, kami takde bekas, so kami letak dalam plastik sanitary bag hotel (yang bersih tak guna lagi la), haih hadoi buruk betul perangai, ye lah nak hidup kan :)))
Kalau tak silap, sekitar pukul 9.30 a.m kami check out. Lepas check out, tinggalkan bag dekat hotel. Sebelum gerak, tanya direction dari receptionist, macam mana kami nak ke pekan Berastagi & daki Mount Sibayak. Bagus receptionistnya, tulis nota direction yang detail untuk kami :'D
So kami pun menapak keluar dari hotel untuk ambil angkot ke pekan Berastagi, receptionist kata, tunggu angkot yang bernama
Sigantang. Kitorang baru nak cross jalan tunggu angkot ja,
Sigantang pun terus sampai, hoi efficient gila lah pengangkutan kat sini, kami memang tabik spring! Hotel Mikie ke Tugu tambang RP 3k sehala/per head.
|
naik angkot sambil layan lagu dangdut, asyik bangat~ uauaua |
Dalam 15 minit perjalanan, kami pun sampai ke Tugu @ pekan Berastagi, masa ni blur sikit, tanya angkot pergi ke Sibayak, semua nak garu kepala & charge mahal-mahal, tak macam harga receptionist bagitau tadi pun.. so kami pegi kat salah 1 kedai souvenir and tanya makcik jaga kedai tu;
Aku: Maaf ya buk.. gimana kalau maunya ke Gunung Sibayak ya? bisa ambil angkot yang mana?
Makcik Kedai : Kamu berdua sahaja? perempuan berdua?
Aku: err err.. iya buk
Makcik Kedai: ngak bisa perginya berdua perempuan begini!! bahaya!! itu didepan sana ada tourist infromation, harus ada guidenya kalau mau kesana!!
Aku dengan Aina blur jap, alah..tak boleh ke... kitorang nak save budget ni.. ape nak kena guide pulak, aku baca ada blog tu Malaysian gegirl berempat ok je diorang pegi sendiri, haha. Ok la ok la, so kami pun pegi la ke Tourist Information, ha... memang pondok ni usang, kalau makcik tadi tak tunjuk, aku rasa aku pun taktau ni pondok tourist information, hehe.. Ada seorang bapak berumur dalam lingkungan 40-an yang tengah bertugas, aku tengok dia tengah sikat-sikat misai dia dekat depan cermin #eh
So akupun tanya berapa bayaran & cara-cara nak ke Sibayak. Dah bincang-bincang, akupun malas nak fikir, kaki aku dah tak sabo nak memanjat ni, Aina pun on, so aku pun terus on lah. So aku tanyalah bapak tadi, "Jadi bapak, guide nya mahu ditunggu dimana?", Bapak tu jawab "saya lah guidenya", terus dia capai backpack & pakai topi, wow, efficient gilos! Then dan-dan ada pekerja lain baru masuk shift untuk jaga kantor. hahah, aku rasa epic betul lah tourist information kat sini. Bayaran untuk tour giude + angkot + hot spring ; RP 150 k / per head.
Untuk ke kaki Gunung Sibayak, kami kena naik angkot, tambang angkot ni dah termasuk dengan harga bayaran fees guide tadi. Sebenarnya, dari kawasan yang angkot hantar kami ni, kalau nak drive further in lagi pun boleh, cuma fulusnya lebih lah. Tapi aku & Aina decide untuk mulakan trekking dari sini, sebab kalau takat malas nak jalan untuk a few kilos, apa motif kami datang untuk hiking kan?
|
budak ni naik angkot sesorang, macam kat Jepun pulak #eh |
|
ok, adventure begin here! kami nak naik puncak sana tu! |
Perjalanan permulaan dia mendatar je, tapi agak jauh, dalam 2 atau 3 kilo maybe? sampai guide sempat paw gula-gula aku & aku sempat tercungap jugak lah. Masa dalam perjalanan, kami terserempak dengan sekumpulan remaja local yang baru turun gunung, guide tu berhenti bersembang kejap, tapi loghat dia pakai bahasa jawa lain, jadi kami tak dapat tangkap ape conversation. Then bapak tadi cerita balik kat kami, diorang tu dari kawasan gunung lain, bermalam & baru nak balik, ooo wahh.. kami respect anak-anak muda kat sini, diorang tak de shopping mall, kebanyakkan nya akan pergi beriadah, camping, bagus sangat budaya macam ni :)
Sesampai di kaki gunung, now this is where the real adventure begin, trail dia ok la, sloop dia masih bareable, tapi, sebab kami ni naik lambat dah tengahari, guide kami nak track masa, sebab taktau speed kami macam mana lagi kan, takut turun bawah dah gelap, so hiking kali ni memang straight non stop untuk ke puncak, huh cungap jugak lah.
Sebelum nak sampai sampai kawasan kawah tu, pemandangan dia memang cantik ala-ala scotland #yeke ye la..ada batu-batu besar dekat tebing hijau tu.. dengan pokok renek-renek..eh tah la kat mesia sebab aku tak penah jumpa tempat camni kan, sejuk pulak tu.
Akhirnya after almost 2 hours trek, kami sampai ke puncak iaitu kawah gunung Sibayak, Subhanallah.. memang rasa kerdil bila berada di kawasan gunung Sibayak ni.
|
yeay gambar kejayaan lagi! Mount Sibayak, Medan Sumatera. |
|
nak naik puncak tu, tapi bapak tadi tak galakkan sangat, takut tak sempat, ok fine~! |
Tak sempat aku nak feel-feel sangat, guide dah ajak kami turun, sebab risau takut hari gelap bila sampai ke bawah. Tapi puas jugak lah kami experience dan snap-snap gambar masa di puncak.
Masa perjalanan turun, agak curam, dan tangganya mencacak-cacak, agak challenging, sambil turun tu, bapak tu sempat berhenti kejap sambil tengok sekeliling & cakap "hari ini, cuacanya amat baik..", syukur..aku rasa bersyukur sangat, just imagine kalau hujan? memang bahaya trek ni. Aku menyesal tak bawak kasut hiking Hi-Tec aku, sebab texture jalan dia berbatu-batu, memang sakit jari kaki, Aina lagi kesian, tapak kasut dia nak tercabut T_T padahal pakai Nike, I pakai kasut takde brand beli kat oz 16 AUD jerr.. kuat jugak lah kasut ni, haha.
Dalam perjalanan di kaki bukit, lalu kawasan berhutan, nak dijadikan cerita, ada paip pecah pulak.. berlecak lah semua, haha tetibe jadi challenging. Masa ni aku dengan Aina dah hampir lunyai, ada 1 masa tu, aku dengan Aina 2-2 jatuh terduduk sebab lecak terok, hahah! Masa ni lantak lah masing-masing dah rupa macam mandi kat kubang.
After 5 hours hike dari starting point kami tadi..akhirnya aku berjaya selesaikan Mount Sibayak, syukur..! Bapak guide tu pun tak sangka kami dapat hiking non-stop, so dia bagi gimme 5 kat kami, haha!
Once dah reach bawah, the reward is Kolam Air Panas! yeahha! memang sedap bila turun dari hiking dapat rendam dekat hot spring, sambil tengok pemandangan puncak Mount Sibayak :') Entrance masuk ke hot spring dah masuk dengan fees guide tadi.
|
bestnya rendam kaki ^_^ |
|
wow awek! *not us* lol |
Dah puas berendam, kami pun naik angkot untuk ke hotel kami balik, mujur diorang boleh hantar sampai ke hotel, so tak payah la susah-susah kami nak ke pekan & ambik angkot lain balik ke hotel. Sampai hotel, bersihkan diri & tukar baju kat toilet hotel la..bila fikir, hmm, bagus jugak malam tadi tido hotel, takde lah nek bergeli-geli bersihkan diri, haha!
Lepas dah bersihkan diri, kami ambil bag & naik angkot semula untuk ke pekan, sebab dah janji dengan bapak tadi, katanya nak carikan kami bilik murah untuk menginap malam ni. Sesampai di pekan, bapak tadi dah setia menunggu kami, so dia pun bawak la kami menapak ke Sunrise Lodge, lokasi kat belakang pasar berastagi tu saje, kawasan ni kat belakang, so tak se busy or kotor macam kawasan pasar tu, agak sunyi, tapi jangan risau, di sebelah kirinya ada sebesar-besarnya balai polis, selamat don't worry.
Di Sunrise Lodge, ada 2 jenis bilik, nak yang ada shower air panas, atau yang takde, disebabkan semalam budget kami dah lari sangat tido hotel 4 star, so kami mintak bilik yang paling murah, tu pun aku sempat tawar lagi (padahal dah murah) & dapat! hah hey~! bilik 2 orang RP 120 k (RM30) per 1 night! tapi rupe bilik pun padan ler dengan harga, toilet, biasa standard so-so, hehe, tapi bagi aku bersih & basic dah ok.
|
RM30 per nite macam ni, dah ok sangat. |
Lepas letak bag, kami mintak bapak tadi suggest kami gerai bakso yang sedap, sebab sebenarnya aku seumur hidup tak penah makan bakso, hahah! After we reach the gerai we say goodbye to Bapak Marison tadi, sempat dia bagi namecard & pesan, kalau rasa esok nak tukar fikiran nak pergi ke Sibolangit, sempat pegi kalau gerak awal pagi, boleh la calling-calling dia. Tapi duit kami pun dah cukup-cukup je masing-masing, maklumlah, masing-masing konfiden tukar duit Rm500 je untuk 6 hari, hahah!
|
makan macam ni Rm16k @ RM4 sorang :D
tapi tu dessert ape tah, macam-macam hado, durian, roti, jeli, hah belasah je lah boh. |
Lepas makan, haripun dah gelap, kami pun window-window shopping, kedai banyak dah nak tutup, so kami decide untuk shopping souvenir esok & menapak balik ke bilik.
Malam tu, hahahah ada cerita lawak jugak lah, malam before tido aku pun buat la kopi sambil feeling-feeling hirup udara sejuk kat luar lepak kat balkoni depan bilik tu, si Aina nak buat hal tido, tapi dia dok membebel sorang-sorang dalam bilik, aku fikir "ape lah minah ni dok mengomel sorang-sorang", bila aku nak masuk tido, dia tak habis lagi, aku tanye "apebende nye ni Aina oi...?!", "Ni ha Nash.. tengok lah..ni bukan selimut, ni carpet! hahaha!" aku pun bantai gelak, so kami decide untuk ganti selimut jadi cadar, cadar jadi selimut, dah, habis cerita! Lepas sapu-sapu tiger balm & tampal koyok di kaki, dalam pukul 11.30 pm kami pun terlelap..
Ada jugak kejadian pelik, pada pukul 2 pagi, aku dengan Aina, sama-sama terjaga, aku tengok jam, ingatkan dah pukul 7, pastu aku cakap kat Aina.."lah..ingatkan dah pagi..", pastu sambung tido. Esok masa kat airport, kami terkeluar topik yang sama, sebab pelik, dia bukan jaga terkejut, jaga yang sedar, dan serentak! hmm.. ntah ntah..wallahualam.. mujur sebab kami penat, tak sempat nak fikir bukan-bukan.. terus lelap balik.. aku pun lupa, aku bawak Yasin sebenarnye..tapi terlupa nak letak kat kepala.. letih punya pasal..
Anyway, cerita kelakar belum habis, pagi nya tu (yang ni betul dah pukul 7 pagi), aku bukak mata, aku terus gelak berdekah-dekah, hahahaha! Aku tengok bukan main sedap Aina selubung badan dia pakai carpet yang dia duk kutuk-kutuk malam tadi, hahahaha! Sejuk punya pasal, maklumler Berastagi ni sejuk giler, 17ÂșC wey! hahah!
Eh, dah masuk hari terakhir, so sambung dekat next post lah~ tett~