Wednesday, 6 May 2015

Medan Day 6 - Berastagi - Kuala Namu, balik!


Fuh, akhirnya hari ke-6 (4 bulan nak habiskan entry ni, lulz)

Pagi hari ke-6 ni kami bermalas-malasan saje (eh bukan hari-hari kitorang malas bangun pagi ke? haha). Kami kena ada di airport sekitar pukul 5 petang, so kami tak plan untuk kemana-mana pun, just nak balik ke Kuala Namu dalam keadaan yang tenang.

patutlah nama dia Sunrise Lodge, matahari memang sambut kami sampai dalam bilik :')


bilik murah, tapi view mahalll

Oh, ada cerita, sebab Sunrise Lodge ni accommodation budget, toiletnye pun sedikit tett~ actually bersih, tapi mungkin faktor design yang usang, dengan pakai mentol kuningnye, so kami rasa malas nak mandi, tambah lak Berastagi ni sejuk, hahah! So malam tadi aku & Aina agree untuk sama-sama tak mandi (rahsia terbongkar) alah..infact kitorang dah mandi kolam air panas kot masa turun gunung, hehe, memang kehidupan hobo lah trip ni!

Bangun pagi, masing-masing ego taknak mandi, sekali Aina nak memerut, nak taknak dia kena jugak pakai toilet tu, hahah! Alang-alang dia mandi! Almaklumler, bilik murah takde air panas, menjerit Aina masa mandi! hahah! Aku tengok Aina dah wangi, aku pun, aishh.. sejuk memang sejuk, tapi badan lesu, ahhh mandi pagi aku memang tak boleh skip sebenarnya, even kalau aku travel masa winter, so lepas tu giliran aku menjerit dalam bilik mandi, hahaha. Kami jirus badan je la, tak basahkan rambut, giler kau air macam ais~!

kucing ni pau breakfast kami, haha
*yes pakailah selipar Sanuk masa travel, Sanuk is the best for walking salipar!

I mandi, betul ni, tak tipu, hahe

Babai Sunrise Lodge! Kami tak kesah nak tido sini lagi :) *except for kejadian malam tadi, errr

Breakfast kami sambung makan makanan breakfast Hotel Mikie semalam, hahaha. Dalam pukul 10.30 pagi, dah selesai pack barang untuk balik, kami pun menapak semula ke kawasan pasar Berastagi, untuk ke pasar tu, ada lalu kedai-kedai @ lorong kecik, semalam kitorang perasan ada saloon, saloon ala-ala 60-an, haha. Semalam Aina ada cakap kat aku "eiii...nak basuh rambut la~~ bestnyee~" aku krik-krik kan saje, dalam hati, hish mengarut la travel-travel nak gi saloon. Tapi harini, kesian pulak kat budak kecik ni ha, penat dia ikut aku merempit 1 pulau, panjat gunung naik turun, haha, aku pun tanye Aina, "nak ke cuci rambut?", Aina cakap "..emm tanyekan la Nash berape? berape? hehe", hmm nak aku jugak kan, so aku pun tanye lah harga cuci rambut je berapa, ha? apa? Rp 25000 @ RM7?? Aina siap tanya "pakai air panas tak?" hahaha, of course la cuci rambut pakai air panas don't judge a saloon by it's cover~ aku daripada taknak, masing-masing rambut pun dah bau sulfur (sebab mandi kolam air panas semalam, haha), terussss duduk atas kerosi saloon~! lulz.


reward untuk hari terakhir, saloon di Berastgi, kelas kau~ haha


Lepas dah cuci rambut, ringannya kepala, masing-masing terus jadi Taylor Swift, lol! Aku saja lah tadi tanya-tanya, rebonding berape harga, RM50 je wey~ haha! Btw, servis memang tip-top, lama gila dia urut & shampoo kepala kami, dengan bahu-bahu sekali! so anggap lah ni substitute mengurut instead of cuci rambut jer, hehe.

Lepas tu kami sambung menapak ke kawasan pasar Berastagi, since semalam nak shopping souvenir, kedai tutup, so kami sambung shopping pagi ni. Aku tak membeli apa, tu pun Aina jenuh paksa aku beli 1 shorts tu, padahal RM9 je pun, haha (mujur beli, kat cotton on seluar pendek design sama RM30, lulz), oh, lepas tu semalam masa hiking, spekmata hitam aku jatuh kat dalam hutan, dah balik baru perasan, nasib baik Ray Ban pasar RM10 je, huhu..aku ni dah berumur.. tak tahan silauan matahari, aku perlukan shades untuk teruskan perjalanan! So terus capai Ray Ban Berastagi kat gerai tepi jalan RM8 saja, ha hey~!



 *baju tidur untuk mak RM15 jerr, shorts yang dipaksa beli tapi berbaloi, kain batik cantik RM10 :)


Aku berjaya spend +- RM50 saje untuk souvenir, hoyehhh~!! Azam tahun ni, membeli untuk diri-sendiri sahaje, kengkawan ni dah la aku terkejar-kejar nak pas souvenir diorang, penat tau! kalau setahun ada 10 trip, aku nak kejar diorang macam mana? #eh #tetibe

Dah shop souvenir,  kami teringin nak try Murtabak Medan, masa cari kedai makan, terserempak dengan Bapak Marison, dia kate siang-siang ni orang tak jual murtabak.. So kami decide untuk makan je kat kedai makan random, & guess what, hehe diorang ade buat murtabak, sedapp, macam-macam kami order, sebab dah last day, harga pun murah! Ni kira lunch terus lah ni. Murtabak dia lain sikit, isi dalam banyak, kulit luar crispy, sedap!

bagi selera aku, semua sedappp, teh tarik dia buih special skit, hehe

Dah kenyang, kami pun ambil angkot untuk terus ke Kota Medan, angkotnya besar sikit, comel rupa dia macam Bus Hippies :D perjalanan dari Berastagi ke Kota Medan dengan menaiki "Bus Hippies" +-2 jam. Bus selesa sebab takdelah penuh sangat, ramai orang awam turun naik, kebanyakkan nya budak sekolah, tapi ha... yang unik dia, budak sekolah semua panjat naik atas bumbung, cool gila :)


ni lah bas kami naik tu!

keadaan dalam, ada hiburan dangdut macam biasa, haha. tapi selesa, kami sempat terlena.

Sesampai ke Kota Medan, dah mula rasa berdebu, sebab Aina tak berkesempatan jalan-jalan kat Kota Medan, aku ade cakap, kalau kita sempat last day you nak jalan-jalan kat Kota Medan boleh, tapi masa sampai ni, Aina tengok je Kota Medan sendiri pun sesak & berdebu, dia kata "I boleh jadi cranky tempat macam ni", heheh.. lihatlah perbezaan Kota Medan dengan Berastagi & Danau Toba tu sendiri, berbeda.

Turun je dari angkot di Kota Medan, punya lah ramai orang serbu kami tanya nak ke mana. Dalam situasi macam ni, tak guna kau layan orang-orang yang bawak kenderaan ni, masa tu aku lebih sanggup pergi ke seberang jalan semata-mata nak tanya direction dekat pekerja pam minyak, sebab sah-sah lah dirang ni takde pasal nak scam tourist. Aku tanya, nak ke Amplas angkot no. berapa, maap aku lupa nombornya, tapi, lepas pekerja pam minyak bagitau kami ambik angkot yang mana, angkot tu terus lalu depan kami, kejar lah wey, haha best & cepat gila! Aku terus bukak pintu depan, duduk sebelah driver dengan Aina, amboi dah pandai, ada lagak orang Medan ngak? hehe.

dalam angkot, perjalanan ke Amplas

Sesampai Amplas, terus ambik Bas Damri, untuk ke Kuala Namu. Nak diikutkan dari hari pertama, 3 kali aku ulang-alik naik Angkot (Amplas-Medan), & Bus Damri (K.Namu), dan aku kira, memang perjalanan dari Medan ke Kuala Namu tepat tak lari! 1 jam 30 minit, efficient :)

Jadi route kami hari ini:
Berastagi (Bus Hippies) -> Kota Medan (angkot) -> Amplas (Bus Damri) -> Kuala Namu

Sesampai Kuala Namu, aku whatsapp Sumatera ada kat mana, so kami terus jumpa balik kat airport..hehe.. Sebelum boarding, kami habiskan duit shopping dengan membeli jajan. Owh btw, airport tax Rp200 000 ye, ya Allah... harga accommodation 1 malam kitorang lagi murah tau tak?


lupa kejap, ni kat KL ke kat Medan? canggih-manggih~ hehe

jumpa Sumatera balik, yeay~

seminggu pergi dan balik 1 bag, yeargh!

Sekitar pukul 7 malam, kami pun selamat sampai ke KLIA 2. Syukur..what a nice & adventurous trip! Great partner & a great journey :) dengan duit RM500 tu 6 hari memang cukup sangat! Haritu masa book tiket kami sampai garu kepala, ntah ape la nak buat sampai 6 hari kat Medan, tapi bila dah kat sana, memang tak cukup wey.. kalau duit ada lagi, duduk 2 minggu pun takpe! Medan, memang harus datang lagi. Terima kasih Medan kerana menjaga kami dengan baik, we'll be back! :D


~ finally, the End ~

Monday, 4 May 2015

Medan Day 5 - Mount Sibayak

Untuk hari ke-5 ni, yang aku pasti memang kitorang lambat bangun la, padahal nak pergi daki gunung konon, hahah tak berdisiplin betul! Pagi di Berastagi memang gigil, feeling-feeling oversea sangat, I love cuaca di Berastagi, hehe.

Bangun siap-siap, pegi breakfast dulu pulak.. well.. dah tido kat hotel mahalkan, masa ni lah nak bedal buffet breakfast.


Good Morning! tak sangka dapat tido hotel mewah pulak :'D

yumzzz sedapppp~!


Masa datang breakfast ni aku dah standby bag, hah hah hah. Dah makan kenyang-kenyang, aku & aina pun buat projek membungkus makanan, aku fikir, duit accomodation yang dah terlebih budget ni, alang-alang kita cover untuk stok makanan lunch sekali, haha (eh betul... roti & jem laku sampai esok paginya hokey~ ;P) Aku rasa antara kenangan yang paling kelakar masa nak pack food untuk bawak hiking, kami takde bekas, so kami letak dalam plastik sanitary bag hotel (yang bersih tak guna lagi la), haih hadoi buruk betul perangai, ye lah nak hidup kan :)))

Kalau tak silap, sekitar pukul 9.30 a.m kami check out. Lepas check out, tinggalkan bag dekat hotel. Sebelum gerak, tanya direction dari receptionist, macam mana kami nak ke pekan Berastagi & daki Mount Sibayak. Bagus receptionistnya, tulis nota direction yang detail untuk kami :'D

So kami pun menapak keluar dari hotel untuk ambil angkot ke pekan Berastagi, receptionist kata, tunggu angkot yang bernama Sigantang. Kitorang baru nak cross jalan tunggu angkot ja, Sigantang pun terus sampai, hoi efficient gila lah pengangkutan kat sini, kami memang tabik spring! Hotel Mikie ke Tugu tambang RP 3k sehala/per head.

naik angkot sambil layan lagu dangdut, asyik bangat~ uauaua

Dalam 15 minit perjalanan, kami pun sampai ke Tugu @ pekan Berastagi, masa ni blur sikit, tanya angkot pergi ke Sibayak, semua nak garu kepala & charge mahal-mahal, tak macam harga receptionist bagitau tadi pun.. so kami pegi kat salah 1 kedai souvenir and tanya makcik jaga kedai tu;

Aku: Maaf ya buk.. gimana kalau maunya ke Gunung Sibayak ya? bisa ambil angkot yang mana?
Makcik Kedai : Kamu berdua sahaja? perempuan berdua?
Aku: err err.. iya buk
Makcik Kedai: ngak bisa perginya berdua perempuan begini!! bahaya!! itu didepan sana ada tourist infromation, harus ada guidenya kalau mau kesana!!

Aku dengan Aina blur jap, alah..tak boleh ke... kitorang nak save budget ni.. ape nak kena guide pulak,  aku baca ada blog tu Malaysian gegirl berempat ok je diorang pegi sendiri, haha. Ok la ok la, so kami pun pegi la ke Tourist Information, ha... memang pondok ni usang, kalau makcik tadi tak tunjuk, aku rasa aku pun taktau ni pondok tourist information, hehe.. Ada seorang bapak berumur dalam lingkungan 40-an yang tengah bertugas, aku tengok dia tengah sikat-sikat misai dia dekat depan cermin #eh

So akupun tanya berapa bayaran & cara-cara nak ke Sibayak. Dah bincang-bincang, akupun malas nak fikir, kaki aku dah tak sabo nak memanjat ni, Aina pun on, so aku pun terus on lah. So aku tanyalah bapak tadi, "Jadi bapak, guide nya mahu ditunggu dimana?", Bapak tu jawab "saya lah guidenya", terus dia capai backpack & pakai topi, wow, efficient gilos! Then dan-dan ada pekerja lain baru masuk shift untuk jaga kantor. hahah, aku rasa epic betul lah tourist information kat sini. Bayaran untuk tour giude + angkot + hot spring ; RP 150 k / per head.

Untuk ke kaki Gunung Sibayak, kami kena naik angkot, tambang angkot ni dah termasuk dengan harga bayaran fees guide tadi. Sebenarnya, dari kawasan yang angkot hantar kami ni, kalau nak drive further in lagi pun boleh, cuma fulusnya lebih lah. Tapi aku & Aina decide untuk mulakan trekking dari sini, sebab kalau takat malas nak jalan untuk a few kilos, apa motif kami datang untuk hiking kan?


budak ni naik angkot sesorang, macam kat Jepun pulak #eh

ok, adventure begin here! kami nak naik puncak sana tu!


Perjalanan permulaan dia mendatar je, tapi agak jauh, dalam 2 atau 3 kilo maybe? sampai guide sempat paw gula-gula aku & aku sempat tercungap jugak lah. Masa dalam perjalanan, kami terserempak dengan sekumpulan remaja local yang baru turun gunung, guide tu berhenti bersembang kejap, tapi loghat dia pakai bahasa jawa lain, jadi kami tak dapat tangkap ape conversation. Then bapak tadi cerita balik kat kami, diorang tu dari kawasan gunung lain, bermalam & baru nak balik, ooo wahh.. kami respect anak-anak muda kat sini, diorang tak de shopping mall, kebanyakkan nya akan pergi beriadah, camping, bagus sangat budaya macam ni :)

Sesampai di kaki gunung, now this is where the real adventure begin, trail dia ok la, sloop dia masih bareable, tapi, sebab kami ni naik lambat dah tengahari, guide kami nak track masa, sebab taktau speed kami macam mana lagi kan, takut turun bawah dah gelap, so hiking kali ni memang straight non stop untuk ke puncak, huh cungap jugak lah.

Sebelum nak sampai sampai kawasan kawah tu, pemandangan dia memang cantik ala-ala scotland #yeke ye la..ada batu-batu besar dekat tebing hijau tu.. dengan pokok renek-renek..eh tah la kat mesia sebab aku tak penah jumpa tempat camni kan, sejuk pulak tu.





Akhirnya after almost 2 hours trek, kami sampai ke puncak iaitu kawah gunung Sibayak, Subhanallah.. memang rasa kerdil bila berada di kawasan gunung Sibayak ni.






yeay gambar kejayaan lagi! Mount Sibayak, Medan Sumatera.

nak naik puncak tu, tapi bapak tadi tak galakkan sangat, takut tak sempat, ok fine~!

Tak sempat aku nak feel-feel sangat, guide dah ajak kami turun, sebab risau takut hari gelap bila sampai ke bawah. Tapi puas jugak lah kami experience dan snap-snap gambar masa di puncak.

Masa perjalanan turun, agak curam, dan tangganya mencacak-cacak, agak challenging, sambil turun tu, bapak tu sempat berhenti kejap sambil tengok sekeliling & cakap "hari ini, cuacanya amat baik..", syukur..aku rasa bersyukur sangat, just imagine kalau hujan? memang bahaya trek ni. Aku menyesal tak bawak kasut hiking Hi-Tec aku, sebab texture jalan dia berbatu-batu, memang sakit jari kaki, Aina lagi kesian, tapak kasut dia nak tercabut T_T padahal pakai Nike, I pakai kasut takde brand beli kat oz 16 AUD jerr.. kuat jugak lah kasut ni, haha.





Dalam perjalanan di kaki bukit, lalu kawasan berhutan, nak dijadikan cerita, ada paip pecah pulak.. berlecak lah semua, haha tetibe jadi challenging. Masa ni aku dengan Aina dah hampir lunyai, ada 1 masa tu, aku dengan Aina 2-2 jatuh terduduk sebab lecak terok, hahah! Masa ni lantak lah masing-masing dah rupa macam mandi kat kubang.

After 5 hours hike dari starting point kami tadi..akhirnya aku berjaya selesaikan Mount Sibayak, syukur..! Bapak guide tu pun tak sangka kami dapat hiking non-stop, so dia bagi gimme 5 kat kami, haha!

Once dah reach bawah, the reward is Kolam Air Panas! yeahha! memang sedap bila turun dari hiking dapat rendam dekat hot spring, sambil tengok pemandangan puncak Mount Sibayak :') Entrance masuk ke hot spring dah masuk dengan fees guide tadi.

bestnya rendam kaki ^_^

wow awek! *not us* lol

Dah puas berendam, kami pun naik angkot untuk ke hotel kami balik, mujur diorang boleh hantar sampai ke hotel, so tak payah la susah-susah kami nak ke pekan & ambik angkot lain balik ke hotel. Sampai hotel, bersihkan diri & tukar baju kat toilet hotel la..bila fikir, hmm, bagus jugak malam tadi tido hotel, takde lah nek bergeli-geli bersihkan diri, haha!

Lepas dah bersihkan diri, kami ambil bag & naik angkot semula untuk ke pekan, sebab dah janji dengan bapak tadi, katanya nak carikan kami bilik murah untuk menginap malam ni. Sesampai di pekan, bapak tadi dah setia menunggu kami, so dia pun bawak la kami menapak ke Sunrise Lodge, lokasi kat belakang pasar berastagi tu saje, kawasan ni kat belakang, so tak se busy or kotor macam kawasan pasar tu, agak sunyi, tapi jangan risau, di sebelah kirinya ada sebesar-besarnya balai polis, selamat don't worry.

Di Sunrise Lodge, ada 2 jenis bilik, nak yang ada shower air panas, atau yang takde, disebabkan semalam budget kami dah lari sangat tido hotel 4 star, so kami mintak bilik yang paling murah, tu pun aku sempat tawar lagi (padahal dah murah) & dapat! hah hey~! bilik 2 orang RP 120 k (RM30) per 1 night! tapi rupe bilik pun padan ler dengan harga, toilet, biasa standard so-so, hehe, tapi bagi aku bersih & basic dah ok.

RM30 per nite macam ni, dah ok sangat.

Lepas letak bag, kami mintak bapak tadi suggest kami gerai bakso yang sedap, sebab sebenarnya aku seumur hidup tak penah makan bakso, hahah! After we reach the gerai we say goodbye to Bapak Marison tadi, sempat dia bagi namecard & pesan, kalau rasa esok nak tukar fikiran nak pergi ke Sibolangit, sempat pegi kalau gerak awal pagi, boleh la calling-calling dia. Tapi duit kami pun dah cukup-cukup je masing-masing, maklumlah, masing-masing konfiden tukar duit Rm500 je untuk 6 hari, hahah!

makan macam ni Rm16k @ RM4 sorang :D
tapi tu dessert ape tah, macam-macam hado, durian, roti, jeli, hah belasah je lah boh.


Lepas makan, haripun dah gelap, kami pun window-window shopping, kedai banyak dah nak tutup, so kami decide untuk shopping souvenir esok & menapak balik ke bilik.

Malam tu, hahahah ada cerita lawak jugak lah, malam before tido aku pun buat la kopi sambil feeling-feeling hirup udara sejuk kat luar lepak kat balkoni depan bilik tu, si Aina nak buat hal tido, tapi dia dok membebel sorang-sorang dalam bilik, aku fikir "ape lah minah ni dok mengomel sorang-sorang", bila aku nak masuk tido, dia tak habis lagi, aku tanye "apebende nye ni Aina oi...?!", "Ni ha Nash.. tengok lah..ni bukan selimut, ni carpet! hahaha!" aku pun bantai gelak, so kami decide untuk ganti selimut jadi cadar, cadar jadi selimut, dah, habis cerita! Lepas sapu-sapu tiger balm & tampal koyok di kaki, dalam pukul 11.30 pm kami pun terlelap..

Ada jugak kejadian pelik, pada pukul 2 pagi, aku dengan Aina, sama-sama terjaga, aku tengok jam, ingatkan dah pukul 7, pastu aku cakap kat Aina.."lah..ingatkan dah pagi..", pastu sambung tido. Esok masa kat airport, kami terkeluar topik yang sama, sebab pelik, dia bukan jaga terkejut, jaga yang sedar, dan serentak! hmm.. ntah ntah..wallahualam.. mujur sebab kami penat, tak sempat nak fikir bukan-bukan.. terus lelap balik.. aku pun lupa, aku bawak Yasin sebenarnye..tapi terlupa nak letak kat kepala.. letih punya pasal..

Anyway, cerita kelakar belum habis, pagi nya tu (yang ni betul dah pukul 7 pagi), aku bukak mata, aku terus gelak berdekah-dekah, hahahaha! Aku tengok bukan main sedap Aina selubung badan dia pakai carpet yang dia duk kutuk-kutuk malam tadi, hahahaha! Sejuk punya pasal, maklumler Berastagi ni sejuk giler, 17ÂșC wey! hahah!

Eh, dah masuk hari terakhir, so sambung dekat next post lah~ tett~

Tuesday, 17 March 2015

Mencari Semangat


Kadang-kadang bila aku dah jumpa travel partner yang ngam dengan aku, aku lupa pulak macam mana nak enjoy travel sorang-sorang ni, which is not that good for me, sebab aku mula rasa macam aku ni dependable kat orang lain pulak, dan aku kene ingat, orang lain tu bukan sentiasa ada masa nak travel dengan aku, sebab aku ni kan suke buat plan travel ad-hoc (dah malas nak tunggu-tunggu 9 bulan) :P.

Ingat tak masa kat Sydney aku berjalan sorang-sorang di kawasan King Cross dari pukul 3 petang sampai lah nak lewat malam? Did I have fun? I had a blast, I really enjoyed the scenery and the random walk untuk berkilo-kilo jauhnya. When I was alone, every morning aku akan start my day by stopping by at any random cafe & have a good cup of coffee :) Aku sesat di tengah bandar Central Sydney (sebab tak reti baca map), tapi aku masih happy, sebab aku tak susahkan sesape..no pressure :)

When I was in Osaka, I split with my partner for shopping (sebab nak kejar time kedai sebelum tutup), aku teringat masa aku tengah nak cross jalan, tunggu traffic light, aku berdiri dan tenung bangunan Uniqlo yang sebesar-besarnya tu sambil bisik dalam hati "macam tak percaye aku dah jejak Jepun..", benda-benda simple macam ni pun dah boleh buat aku happy..huhu..

Masa kat Medan pun aku enjoy jugak jalan sorang-sorang, best dapat mingle dengan local & experience naik public transport macam orang local.

Kamon Nash.. you can do it~! rajinkan research dan ringankan mulut~!

Monday, 2 March 2015

Roadtrip Kuala Selangor - Ipoh


*note that on the exact date last month January kami di Kuala Namu & Medan, Sumatera, untuk Februari ni kami di Kuala Selangor & Medan Ipoh pule, heheh what a kebetulan ;D

Trip Selingan, haha! Sempena cuti raya Cina ni, disebabkan status kerja aku is undefined lagi buat masa ni, so aku tak expect company sementara ni akan cuti Raya Cina panjang. Lama gila, dari hari Selasa, sampai lah ke Selasa depan, 8 hari beb! kalau pi Jepun pun dah puas ni #eh So sebab aku dapat tau pasal cuti last minit, tiket semua pun dah mahal, tiada gunanya. Macam tahun lepas lain ler, I was in Sydney last 2014's CNY, awal-awal 5 bulan sebelum dah booked semangat, hehe.. aaahhh.. I miss that trip~ :']

Cuti lama sangat, apa aku buat tah, pi KLCC jalan sorang-sorang pun tong-tang-tong-tang 1 hari ja da habis RM100, benci la! the rest of the day aku dok Tido, Masak, Makan, TV & repeat, aaargghhh~! Patutnya ada company nak hired aku as part time designer seminggu masa CNY, standby punya standby, tak jadi pulak, habes burn 4 hari aku, demm sonn~!

Sampai lah hari Jumaat, aku fed up! aku terus roger Aina, jom kita buat roadtrip to nowhere? Thank God Aina pun memang tengah kebosanan cuti sem, so kitorang terus on untuk hari Ahad, kenape Ahad? sebab aku nak avoid jalan jam & avoid hotel full (*just in case if nak tido mane-mane). Plan asal aku kata maybe kita tido Kuala Selangor 1 malam, sebab kelip-kelip tu takut habis lewat, so Aina pun ok je, hehe. Konsep travel kali ni, no rush no plan no jam no toll, lulz!


Ahad 22nd February 2014:

Pick up Aina kat Kampung Delek, aku bukan ape, rumah dia ni at the other side of Klang, padahal jalan Kuala Selangor tu kat belakang rumah aku je, haha. Plan asal pukul 7, campur aku punya malas nak bangun dengan sesat-barat (untuk kali yang ke berapa puluh tah), last sekali sampai rumah dia +- 9.00 am, gigih tak Kak Ton, kehkeh.

Ok, plan asal konon nak pi Kuala Selangor, explore Bukit Melawati, Bird Park & cari Kelip-Kelip. Since geografi aku gagal, aku ingatkan Kuala Selangor tu lepas Sabak Bernam, so budget sejam 2 baru sampai la, sekali belum panas punggung dah sampai, aik! Aku pandang muka Aina, aku cakap "Aina, I drive pegi rumah you lagi jauh dari Kuala Selangor ni, hahahah!"

Time tu around 10 am, panasnya, mak ai... orang gila je kuar berjemur time-time gini. Tapi kami lebih rela keluar berpanas dari terperap dalam rumah, lol, so today we play tourist, so let's!

Nak naik Bukit Melawati boleh pilih, nak naik train atau jalan kaki sendiri, train tu (train kecik macam dalam zoo tu) around RM5 kot. So kami pergi kaunter tiket tanya brader tu, jauh sangat ke jalan kaki? dia kata less than 1 km je, tapi berpeluh lah kalau jalan kaki, eh apa adahal kitorang kan cheapskate, heheh.

So kami pun menapak, memang dekat je pun, nasib baik kebetulan aku bawak 2 topi, so bila Aina bukak mulut je ngadu panas, aku terus serkop kepala dia, lol.

Apa ada Bukit Melawati? ada look out point, boleh tengok kera, comel & jinak tau, & ada muzium kat tepi rumah api tu, layan jer.. best jugak :D


macam pokok kat Taiping

kalau aku tipu ni kat oversea pun orang percaya tau

Aina tourist dari Jepun #eh haha


wasssuupp~!

kera chill

cara ni uniform macam Brit Guard tapi pakai tengkolok

argh aku kena panah lembing NoOo~!


Dah turun dari Bukit Melawati, blur taktau nak buat apa, kelip-kelip start pukul 8 malam, hahah pejadahnye ni baru pukul 11 kot. So aku propose idea kat Aina, jom ler kita drive ke Teluk Intan, I tak penah tengok menara condong tu, hehe..

Dalam perjalanan kami berenti makan dekat.. err.. area sabak bernam tak silap, nasi lauk je tapi murah & sedap! I like!

After 1 hour drive kami pun reach Teluk Intan, & I was like, la.. comel je menara ni sebenarnya, hihi. Tapi tak tau pulak bole naik sampai atas, dapat lah kita tengok interior menara condong ni, menarik.. orang dulu-dulu kalau bina bangunan, halus, mesti ada decoration ornaments kan. Walaupun kat luar panas 32Âșc, tapi bila dalam menara condong ni, sejuk & berangin je tau...hehe.













Kemudian, aku propose idea gila lagi kat Aina, jom drive sampai Ipoh? Aina pun, jom! hahah!

Masa dalam perjalanan, kami nampak signboard Cameron Highland, ish ambitious sangat ler pulak kan, lagi pun kete Kelisa I macam tak konfiden nak bawak naik...huhu.. tapi bila dah masuk area Kampar, kami nampak signboard Gua Tempurung, since masing-masing dah boring drive lama sangat, Aina kata, jom kita try usha nak? so kitorang pun masuk simpang Gua Tempurung tu.

Masa sampai sunyi je, macam takde orang je kat entrance, ni berbayar ke tak ni? so kitorang selamba masuk, oh free rupanya, masuk percuma, tapi sebab masa tu dah nak pukul 5.30 pm, dah nak tutup, so kami sempat explore 1/4 je :( Tapi walaupun baru masuk 1/4, ada dalam 1km jugak la kami dah jalan. Bila tengok gua ni aku suka mendongak, sebab cantiknya... Subhanallah... just imagine macam mana batu-batu ni terbentuk, macam-macam cave formation kami jumpa. I wonder what's inside for the rest 3km, mesti lagi best kan.






cave formation & texture

Semalam ada gak terbaca pasal Gaharu Tea Valley, next trip kalau aku buat, aku nak pi Gua Tempurung early morning & then boleh proceed Gaharu Tea Valley. It's ok, I'll be back!

Around 6 pm kami pun reach Ipoh, perot aku sedikit lapar, tapi kami kena cari bilik dulu kot, takut dah gelap nanti lagi leceh. Insiden kelakor time kat Ipoh, hahaha, macam-macam hotel kami survey, sampai lah kat area pub, yang paling ngeri Shanghai Hotel (tapi ni kitorang tengok depan je la, sambil gelak-gelak, haha). Dari town Ipoh, ke Medan Bercham Bistari, sampai lah ke Medan Ipoh Bestari. Last sekali kami decide untuk tido Hotel Budget kat area Medan Ipoh Bestari, RM65, yess! murah dan bersih!

tengah cari-cari hotel terjumpa mural ni, heheh

Masa ni semua dah bau macam, hurmm.., sebab panas menggelegak siang tadi, haha. Lepas bersihkan diri, kami ke Ipoh town balik, dalam 15 minit drive je, cari makanan, sempat jugak la pergi pasar kat Memory Lane tu, jalan-jalan dalam town pakai seluar tido, kihkih.

Lepas tu balik semula ke hotel & tido dengan nyenyaknya zZzzzZZzz~


Isnin 23rd February 2014:

WazzzZuuup Mondayh~! Ape? korang dah start keje? korang Monday blues? kitorang cuti lagi...hahah. Semalam poyo dalam kepala otak aku nak pi Gunung Lang lah, breakfast Kopitiam lah, tapi kalau dah masing-masing pun pukul 10 pagi bangun, ape jadahnye, kate vacation spontan, hahah.

Kami pun check out pukul 11 pm. Nak cari cafe hipster untuk breakfast konon nye, so kami try cari Burps & Giggles yang kononnya famous sangat tuh. Sebenarnya aku nak try cafe lain sebab cafe ni dah mainstream sangat, tapi ini je yang kami berjaya jumpa #eh Nasib baik makanan dia sedap, Aina jarang puji food sedap, so bila dia dah kata sedap tu maknanya betul la sedap, maklumlah, student food tech.

what Monday blues? hehe


Oh dah kat Paris #eh
cute corner ;)

Lepas dah kenyang, Aina teringin nak check it out The Banjaran Hot Spring, masa dengar tu aku macam krik krik kejap, sebab aku tengok yang selalu lepak situ artis-artis or datin-datin, hehehe. tapi layankan je la Aina, sebab puas dia dah layan aku, hahah & kalau dapat minum-minum fresh oren kat cafe situ pun best jugak ye dak? #cheapthrills

Once we reach The Banjaran tak boleh masuk pulak, only for reservation :( the chepest rate ir RM500/person/nite, wuhhoo~ tapi kesian pulak Aina, dia frustrated sampai lah dah sampai rumah dok mention lagi ni tak puas hati, sabar Aina sabar.. 1 day bila kita jadi datin hokey ':D

So since dah pukul 3 petang, takut sampai Klang lewat, kami terpaksa terus proceed balik ke Klang. Since ini trip redah, kami tak tau macam mana nak cari jalan semalam, so google map je, jauh, lalu kawasan yang aku pun tak pernah lalu, kalau tak silap ikut kawasan Kampung Gajah, memang jauh & isolated gila tempat ni T_T tapi on a good side, memang takde jam, journey was smooth & laid back.

Dalam pukul 6 baru kami reach Teluk Intan untuk singgah makan. Kami proceed perjalanan sampai lalu kat kawasan Kampung Kuantan Kelip-kelip tu pun masing-masing dah tak larat & rasa nak balik rumah je, sebab perjalanan yang agak jauh dan lama, in fact semalam kami dapat cover quite few activities, maybe save kelip-kelip for next time.

So that's it our adventure for today, best short trip & misi avoid jam & toll telah berjaya, dan yang paling best, kami tak sangka banyak benda boleh explore kat Ipoh ni sebenarnya. Thank you Aina sebab sudi terjah dengan saya, nanti kita terjah lagi!

*sebenarnya aku baru sedar sesuatu, bila kita dah pandai berjalan negara orang ni, baru lah reti nak hargai tempat sendiri kan? ":D Another thing I learned from travel is, kalau travel, do put the lowest expectation & appreciate things in the most simplest way so that you can have an enjoyable trip, happily :) Jangan complaint penat bising boring tak larat takut sesat, just enjoy jer :)