Wednesday, 8 October 2014

Osaka Day 2 - Bicycle ride around Kyoto city~!


GooOOD morning~ aku excited bangun pagi harini sebab nak masak breakfast sendiri, haha!

Alah.. bukan masak pun, hostel ni takde dapur, cuma ada air panas, oven & microwave, which for me sudah mencukupi. So aku buat lah telur rebus separuh masuk :P

I bought roti naan, so just masuk microwave, tadaa~ then cicah sardin, sempoi~ Dahtu sempat buat bekal untuk lunch nanti, nasi beli semalam, pack dengan sardin & telur rebus, silap takde kicap je, kalau tak mesti lagi dap dap.

Sekali rupanya, kami diberi roti tebal 2 keping untuk brekfast, aku rembat je walaupun dah kenyang, coz percayalah, nanti 1 hari kalau lapar roti ni amat berjasa (dan yesss memang berjasa sangat, hari ke-3 kami dah hampir kehabisan makanan, roti ni lah yang selamatkan keadaan, hehe)

Benda pertama kami nak buat harini, sewa basikal! So kami pun ikutlah peta & direction orang hostel tunjukkan tadi, 15 minutes walk, a bit tricky sebab banyak lorong kecik, kami asyik bertanya dari orang jepun, sampai lah ke tourist dari france, lol. Akhirnya terjumpa jugak.. hehe, I like the shop, very the hispster :D Sewa basikal 500¥ Dah dapat basikal apa lagi, merempit la!

sepanjang perjalanan dari hostel ke kedai basikal, banyak kedai-kedai lama & comel macam ni

sungai kecik kat belakang-belakang kedai, jernih!


kat area Gion ni banyak kedai antik



kedai basikal kami yang hipster :P
Mula-mula ingat nak temple tour, last sekali jadi shopping tour, hahah! Sebab Kyoto ni banyak kedai oldskool & kedai comel-comel, so bila nampak ada kedai menarik je kami berhenti.

Ada 1 kedai kimono ni, looks like designer concept store, kawan aku nak try usha, aku pun tengok macam menarik, memang takde niat nak beli la, sebab yang ni sumpah mahal. Tapi aku puji orang jepun, kau masuk lah kedai jual beg LV sekali pun, diorang akan layan kau tiptop! Pemilik kedai kimono ni siap jemput kami naik ke 2nd floor, siap bagi kami snap gambar! aku segan, tapi terharu juge :"D

ni lah kedai kimono tu! I like!

Depan kedai kimono tu pulak ada 1 kedai kopi, boleh pulak kitorang mintak permission tuan kedai Kimono untuk park basikal sementara kami mengopi, tuan kedai sangat baik hati :') Kat sini kita sebenarnya kita tak boleh park basikal merata tau, unless tuan kedai tu bagi.

Ok berbalik kepada coffee, aku memang ada niat, at least nak cuba 1 kopi kat sini, tak kesah lah kalau mahal pun. Cuba usha harga, apa? 400¥ (RM12), kalau minum Starbucks pun dah belas-belas ringgit, so wajib cuba. Cafenya comel je, rupanya cafe baru launch.

% Arabica cafe
depan % Arabica cafe

Kami duduk sebelah Pinoy girl, she travel alone, wahhh bestnya, my dreamm :(( She is very friendly, nama dia Jaime, rupanya dia ada keluarga angkat kat Jepun ni, so dia bole speak jepun sikit-sikit. The barista serve our coffee, emph terbaekkkk~ I order a normal latte, to know a coffee is a good coffee, is to drink it without sugar & you can taste the natural sweetness, the texture very smooth! Rupanya Jaime ni dulu barista, so aku pun cakap lah aku pun dulu barista, tapi Starbucks je, tak pandai latte art ni, lepas tu Jaime ni rupanya kenal si barista kat situ, nama barista tu Jinuchi Yamaguchi, Jaime usik-usik barista tu kate "You know this guy, he is actually the Latte Art Champion!" I was like? owh wow really? tapi kepala aku tak boleh nak digest sangat sebab excited about the whole thing, lepas tu once aku balik Msia, aku add la fb barista tu, mak ai, dia ni celebrity rupanya, & penah masuk article Astro Awani ok, dia memang champion Latte Art rupanya! Say whaaaat?? my coffee was serve by a Latte Art Champion?? I felt sooo lucky, I want to cry! :'D

omg! dapat selfie dengan celebrity!!

Ok lepas tu kami say thank kat tuan kedai kimono yang sudi benarkan kami parking basikal & teruskan perjalanan. Merempit naik basikal siap berangan ala-ala cerita sembilu, hahah! Cuaca hari ni amat baik! sekejap mendung, sekejap sunny, diiringin dengan angin sejuk. So kami pun just free & easy sahaja pada hari ini :)













Around 4 pm, perot kami dah krap krup krap, so kami ingat nak cari taman kat mana-mana & berkelah. So aku teringat lah temple depan kedai takoyaki semalam, so kami cari temple tu, pusing punya pusing, ahh jumpa pun. Kebetulan belakang temple tu ada taman, hmph memang torbaek la spot ni.



* simple lunch, tapi mengenyangkan, berhadapankan taman yang cantik & tenang ^_^

Owh btw, masa kami merempit tadi, aku sempat berhenti kat 1 kedai runcit, nak beli buah, teringat dulu masa kat Blue Mountain, si Alison lah ajar aku, dia akan bawak bekal macam-macam buah, very useful bila kita lapar or dahaga. And aku notice budaya ni dikalangan traveller mat salleh, diorang mesti bawak bekal buah macam apple / pisang. So aku decide untuk beli sebijik apple +- 120¥,  Zarina beli kiwi, haha comel! So makan lah bekal nasi yang buat siang tadi dengan buah, memang kenyang sampai malam!

Dah kenyang, kami decide untuk snap-snap gambar kat temple, rupanya dalam temple tu ada garden yang lagi besarrrrr, siap ada cafe, ada orang main music, ada kolam, ada air terjun kecik, hmmmppp bestnya!


Yasaka Shrine

Yasaka Shrine






awek-awek kimono, wewwiitt!

dah penat jalan, minum air limau gerudi, refreshing! :D

Kat sini kalau banyak duit, boleh sewa kimono & pakai the whole day. Aku, tak minat sangat benda ni, tapi yang menariknya kita akan nampak ramai awek-awek kimono, diorang ni sebenarnya tourist gak, hehe. Disebab kan kami tak dapat jumpa the real geisha, kami rembat je mane-mane awek kimono untuk bergambar sama, jadi lah..haha.

Dah puas layan taman, kami decide untuk sambung merempit, sekali aku perasan, kunci basikal aku hilang?? aaargh! Tapi aku try untuk tenang, sebab tadi aku ingat lepas makan nak snap-snap gambar je, tak sangka nak jumpa garden besar pulak, lepas tu aku recall balik, maybe tercicir masa ambik gambar awek kimono tadi, & yess! Alhamdulillah aku jumpa balik kunci kat tempat awek kimono tadi :')  Tadi aku siap mentally prepared, dalam policy kalau basikal hilang 9000¥, kalau kunci hilang berapa ribu ¥ pulak?? huwaaa~! Alhamdullilah jumpa balik, Jepun, selamatnya Jepun.. takde siapa nak curi barang kalau tertinggal/tercicir :')

Masa tu dah nak pukul 6, hari pun dah nak gelap. Kami decide untuk pulangkan basikal, walaupun sebenarnya basikal last pulang pukul 8pm. Sebab dekat area kedai basikal ada banyak shopping mall, & kami nak cari 1 shopping street ni, Shin Kyogoku.


masa ni aku dah tak larat nak snap gambar,gambar from google


Ding dong here & there, kami arrive tempat shopping dalam pukul 7. Aku tak tahulah, mungkin masa kami pi ni tengah end of summer season, so rata-rata kedai banyak sale! Jadi seronok sikit lah kami membeli-belah. Btw untuk harini aku takde lah shopping apa sangat pun, cume membeli stationaries untuk anak buah aku, some accessories, & shop kat kedai 100¥, hehe. But I really enjoy the window shopping :)

By 10, semua kedai pun dah tutup, so we went back to hostel dengan berjalan kaki je, once you are familiar with the area, rasa macam jalan kaki 5 minit je, hehe.

Hah...malam ni malam terakhir kami di A-Yado Hostel, dah sedap pulak menetap di sini. Esok kami akan berpindah ke Arashiyama pulak, yosh~!


Monday, 6 October 2014

After 3 years with this so called 'traveling' hobby :)

Pejam celik wahh...rupanya dah 3 tahun aku menjalankan misi Projeknash ni. Tiap-tiap tahun quota travel aku tak banyak, 3 country je..hehe.. kerana..hidup ini kan haruslah sentiasa berada dalam kesederhanaan..cewah (padahal takut kat ayah, nanti perli-perli & bising, aku dah la cepat emosi, lol).

Actually aku nak menaip after I read an article 20 Things I Learned from Travelling there are some facts that I can relate myself with this article.

Sebelum aku mula Projeknash ni, ye lah aku belum kerja, hanya seorang student, ptptn pun tak ada, Mak aku hanya bagi aku duit minyak & makan tiap-tiap bulan, Ayah aku lagi best, dia hanya bayar college fees dengan maintainance kereta. Perbelanjaan lain pandai-pandai ko ler~ Which is for me, aku sangat bersyukur mak ayah aku ajar aku macam tu, jadi bila aku dah mula kerja, aku berhati-hati control duit aku, lantak lah korang nak cakap aku ni cheapskate ke ape, it's a gift & a curse, lol

The last time I went to oversea sebelum Projeknash ni, I went to Australia when I was in standard 1 & standard 5, aku siap tulis dengan pen, dekat boarding pass, I LOVE AUSTRALIA sebesar-besarnya bila balik Msia, sampai terkantoi dengan Mak & kakak aku, hahahah. Lepas tu mak ayah tak bawak mane dah, & diorang bukan jenis berjalan pun. In the same time keje ayah aku pulak selalu dapat pegi outstation visit sana-sini. Jadi 2 faktor ni encourage aku untuk travel sangat-sangat kalau aku dapat pegang duit sendiri 1 hari nanti.

So Alhamdulillah, bila dah grad & berstatus pekerja, aku dapat mulakan journey aku :)

Kalau nak di flashback balik, my 1st trip was to Phuket. Phuket ni kelakar, coz aku telah buat muke tak malu & offer diri untuk join trip orang. Sebab aku tak penah ada pengalaman berjalan dengan kawan-kawan lagi. This was my 1st, I have no experience, I thank Maria sangat-sangat 80% from the trip settle by Maria (thanks maria, kau even bergaduh dengan travel agent untuk kami :'D) tapi aku akan make sure aku participate dlm setiap proses instead of just say 'ok' & I respect all her decision. We had a really good time. Maria memang 1 of the best travel partner.

Phuket is a learning experience for me, to be honest, Phuket ni lah antara travel budget aku yang paling besar, aku rasa sebenarnya aku boleh cut +-40% from actual budget. The whole trip I spend RM1400; sebab kami pakai travel agent, flight on tarikh tetap so tak boleh pilih murah sgt, ini geng shopping bro, so aku pun terjebak lah sikit-sikit! hahah!

But at least, aku belajar, macam mane nak book flight, apa nak buat bila kat airport, macam mana nak interact bila kita kat tempat orang, macam mana nak jaga diri bila kat tempat orang, stamina preparation & etc. At least aku dah boleh ada rough idea, kalau aku nak plan for my next trip.

So what I learn from traveling?

Planning & Costing

Lepas Phuket tu slowly, rentak aku travel berubah, aku akan cuba budget sebaik yang boleh, bukan sebab tak mampu, tapi as what I said earlier, it's a gift & a curse. For example, I really enjoy my Langkawi trip but it cost me RM868 (3D2N) for the whole trip, but in the same time deep inside me I felt a little bit guilty for spending that much of money for a luxury trip. On the other hand, I can make Chiang Mai trip for only RM746 (3D2N) yes including the flight, but the catch is, I have to make few weeks research & preparation in order to slim down my budget. Macam Langkawi, aku no think, just booked ticket! & follow kawan-kawan kakak aku punya leisure trip je, hahaha~ So 2 situasi ni adalah situasi yang sangat berbeza, & there are pros & cons for each :) It's not that I'm saying I hate leisure travelling, cuma once a while is fun, but budget travelling, I can do it, like all the time~!

Formula dia :

Leisure trip = light planning + big $
Backpacking = major planning + small $

I like this part of article mention that,

Most downtime spent in a place when not sight-seeing is typically sucked up in researching the next destination, making reservations, planning logistics, and going through the dreaded 'time budgeting' process where you decide what you can reasonably see in the time available (and what you have to cut out). - Clayton B. Cornell

This is the biggest knowledge I learned when I try to backpacking, the planning & costing!!
Takutlah pulak, karang aku landing kat Sydney, book hotel kat Darwin sebab murah, kate 1 Australia, acaner tuh? hahah. Seriously it's a tedious job! (*and very distracting especially when you are in the office, drained out with energy, you will start to click all this info on travelling, Astagfirullah~ bad bad me, can't help it! but it keeps me awake! :P) Kadang-kadang kat rumah, I was too keen on doing research, sampai tak sedar dah pukul 3, 4 pagi. Because you always wanted to have the best place to stay, the best things to do, the best way to save your time, with the cheapest way as possible. I have a friend who don't believe I can do budget for country which have high currency, & Alhamdulillah so far I manage to overcome with the challenge.


Kenal Ragam Manusia & Diri-sendiri

Haha siapa dah kenal aku memang tau lah perangai baran aku ni, once korang buat benda yang aku tak berkenan hmmm pandai-pandai korang lah. Aku bukan suka-suka marah, ada 3 sifat je sebenarnya yang aku tak boleh terima; degil, sellfish, kuat merungut.

Tapi bila kita travel ni, it's like a training for me to control my emotional & also to please other people behavior, but if it is too much, I am so soryy..huhu aku hanyalah seorang manusia yang kudus. Aku dekat KL ni dah biasa hidup keluar lepak sorang-sorang, sebab kawan-kawan ramai dah kahwin/ ada bf, kalau ikutkan hati aku, aku teringin nak travel solo, so aku tak payah pening kepala nak fikir kehendak orang. Aku dah cuba, masa Chiang Mai trip, tapi tak kesampaian, sebab kantoi dengan ayah aku, so ayah aku tak bagi pergi sendiri :'/

But, some of the partner like reallly cemerlang! The awards go to Maria, Aina, Zati, yeyyyy~!

Owh teringat ada 1 masa tu aku travel dengan orang yang suke giler bergambar, ahhhhhh hahaha sebab aku bukan camwhore, aku suka enjoy tempat menggunakan mata dari menggunakan lensa, lalu aku telah menghilangkan diri sekejap untuk 40 minit, lulz.

Btw, aku jugak bukan lah seorang yang perfect, aku pun penah buat silap, ada 1 trip tu, aku telah mengakibatkan aku & kawan aku tertinggal flight, hahahahaha! (Maafkan aku Pais! tapi aku dah redeem myself kan? hehehe) Eh pengalaman jugak tu, bila kitorang imbas balik, hmm best gak woo dapat merasa scene drama lari-lari kat airport dengan backpack, lulz.



Kenal Ragam orang bukan Malaysia

Bahasa poyo dia, kenal ragam mat salleh la, hahaha. Kalau korang kate aku ni cheapskate, mat salleh sebenarnya lagi cheapskate ok! haha betul aku tak tipu! Walaupun currency diorang tinggi, sebenarnya diorang kena lagi berjimat cermat sebab diorang travel sebulan, 6 bulan, setahun! Diorang kat hostel, lagi bersungguh memasak untuk save cost, they eat fruits to recover their energy, aku pun tak terfikir benda-benda ni sebelum travel dulu.

What I learn from them, diorang memang berani mati, diorang redah je kalau nak buat something, cause diorang yakin selamat, they don't want to think much. That is why, it's a common thing for them to be a female solo traveller. Kalau diorang tak sure untuk ke satu tempat, diorang just pergi & ask around. Kita ni Malaysian, selalu lah fikir, ish nak balik nanti macam mana, selamat ke? ape ke? boleh ke? you know..things like that.. haha

Another 1 thing I notice about them, they don't do shopping! Yang shopping tu tourist, but not a backpackers. Ada 1 masa tu, I was with an Oz & Canadian, kami masuk souvenir shop untuk tanya direction sahaja, & they don't even take a peek on the souvenir, takkan lah aku pulak nak cakap, stop stop, I want to shopping, kan? Kalau pergi gallery, they just want to see the show, souvenir is nonsense. Aku penah dengar cerita 1 girl ni pergi europe, jacket dia hilang, & dia rasa bengang sangat sebab kena spend on a jacket kat sana, kalau aku, aku rasa why not, at least ada reason untuk shopping kat sana, hahaha. Hmm.. aku taktau la sebenarnya mungkin kebanyakkan Msian backpacker pun macam ni, cuma aku je tak dapat kawal diri, sebab aku ni suka membeli jugak, cuma aku memilih barang, kalau elok, harga berpatutan & betul guna, baru beli. huhuhu.

Tapi kalau cakap shopping ni, aku tak kesah sangat sebenarnya, aku akan membeli kalau duit aku ada lebih dari allocated budget. Aku penah pegi 1 trip, aku tak membeli apa pun, cuma souvenir fridge magnet dengan a bear, but since I really enjoy the trip, I don't mind tak dapat bershopping pun. I am flexible ;D


Creativity & Problem Solving

Problem solving in all aspect during travelling;
- problem solving the 1st stage of planning & costing
- bila dah sampai destinasi, problem solving macam mana nak execute to spend time & money wisely
- macam mana nak deal dengan ragam partner
- macam mana nak overcome language barrier
- macam mana nak baca peta/cari direction
- macam mana nak bagi semua benda muat dalam 1 beg (haha!)
- macam mana nak masak kalau takde dapur gas (haha jugak!)
- maccam mana nak sidai baju yang aku basuh tadi (hahah bila kat hostel ini lah ragamnye)
- macam mana nak berjalan masa sakit

Eh macam-maca lagi lah. Seronok! masa kau kat tempat orang lah, tetibe kau jadi sangat creative untuk solve problem, hahah!


I can say that I learned a lot from traveling, walaupun experience masih tak banyak mana, so jangan lah judge orang yang kerap travel ni, hehe :) I did have my savings too, but for me travelling is a part of my investment, it is an investment for a bigger knowledge, benda ni takde sekolah /institusi boleh ajar, jadi tak rugi  ^_^ Apepun, semua ni just my point of view, aku still belum banyak experience, am still learning & ready to learn more :D

Sunday, 5 October 2014

Osaka Day 1 - Kansai airport, Gion (Kyoto), Nara

10hb September 2014, it was a quite chaotic day, maklumlah, trip last minit, semalam aku baru settle check in, siang ni aku baru nak print eeeeverything, from boarding pass, hostel resit, few articles, & bank statement (just in case). Also did some last minute shopping, sebab aku terlupa, nak bawak masuk liquid food dalam hand carry tak boleh, so aku sempat jengah supermarket jap try to be creative beli apa yang kering & boleh dimasak & dibawak. Hmph, memang ayam aku siang tu.. haha.

By 8pm ayah baik hati hantar ke KTM station, trip kali ni transport ke airport aku tak kesah sangat nak naik train & bus, sebab flight pukul 1 pagi, so nothing to rush, Alhamdulillah semua nya sampai airport smooth & selamat. Aku try la jugak seludup setin sardin, cis! lepas rupanya, kalau tau aku suh Zarina seludup 1 tin kari ayam sekali tadi. huhu.

Ehhh...cuma 1 je silap, punya takut kot terlepas flight, budget nak makan lepas boarding check tu lah, haha tapi kami silap... restaurant kat dlm KLIA 2 tu semua high-end, so kami fikir, makan dalam flight je ler~ Dalam flight aku purchase meal, by the time dah makan, hah perut masuk angin pulak dah.. mujur ada tiger balm, ubat segala sakit bila travel, hihi. So sepanjang 6 jam perjalanan, perot aku sakit :'| Tapi, by the time nak landing je alhamdulillah, dah recover, hehe.. Btw ada mamat jepun dok sebelah aku, dia ni pelik, sebab masa nak tidur tu siap sarung boxer dekat betis dia, & siap bawak selimut bagai, wahhh.. so aku dah dapat rasa jepun ni memang pelik-pelik aih, haha.

Waktu turun kapal terbang, kita akan naik 1 train dalam 5 minit perjalanan je, tak silap KLIA pun macam ni, kita akan terus sampai ke immigration. Before tu kami pi toilet dulu, kami terkesima jap masuk toilet depa, sebab bersih & canggih! ada macam-macam butang! butang lagu, butang flush, butang suhu, sampai tak sempat explore semua, haha!

Alhamdulillah, immegresen cepat & efficient gila! Sampai kami pun tak percaya, betul ke ni? Bank statement aku? hmph, tersimpan dalam bag je, diorang tak peduli pun... Ha.. sebab tu la kita kena datang Jepun sementara ada pelepasan visa ni, tak payah susah-susah macam dulu dah.


kumpul-kumpul brochure kat airport! depan ni je lokasi Tourist Information tu

Yang bestnya, we reach Osaka at 8 am, sampai-sampai boleh la terus berjalan sepanjang hari  ^_^ So first thing we do, collect all brochures & attack Tourist Information. Mula-mula macam tak reti nak tanya soalan apa, kami tak tau nak naik train ape, nak kemana & macam mana. So aku decide untuk make the conversation short, I tell the service counter person, "Ok, so let make it simple, we will be in Kyoto for the first 3 days, and Osaka for the rest of the trip, can you suggest the best way for our transportation solution?" So she recommend us to get this 3 pass:

Kansai Area Pass (1 day trip) : 2060¥ (RM78)

Kami guna pass ni untuk hari pertama, sebab 1st place we will go is Kyoto, jarak nya mungkin macam KL ke Seremban. kelebihan Kansai Area Pass ni, boleh gunakan mana-mana JRail area Kansai sahaja, perjalanan Kansai Airport - Kyoto takes around 1 hour. Kalau nak pakai Kansai Thru Pass boleh jugak, tapi akan mengambil masa 2 jam, sebab guna line train yang berbeza & kena buat train switch, which will be very confusing. Ha, Kansai Thru Pass ni ape pulop?



Kansai Thru Pass (2 days trip) : 4000¥ (RM120)

Pass ni kami beli siap-siap masa kat airport, tapi kami gunakan untuk hari ke 3 & 5, sebab tu Pass ni best, sebab tak semestinya kena pakai 2 hari berturut-turut, so kita boleh pilih. Kelebihan pass ni, kita boleh naik train (except for Jrail) & buss di area Kansai. *beza Jrail, lebih laju compare to other train line. *ada option to buy 2 days pass or 3 days pass, 3 days pass cost 5200¥




Kyoto Daily Pass (1 day trip) : 500¥ (RM15)

Pass bus ni amat berguna, sebab tambang bus dekat Jepun memang mahal, bayang kan average tambang sehala je dah 200¥, kalau pergi balik? Jadi kalau ada pass ni amat mudah, naik bus sampai sesat pun tak payah nak risau :)




So, kami pun keluar dari area airport, ada bridge heading to JR line. JR ni ada jadual dia, masa kami nak naik, kena tunggu lebih kurang setengah jam, so kami pun jakun-jakun sat dekat tempat menunggu, dia ada bilik khas ber air-cond untuk menunggu, wahhh~ lepas tu dok jakun dengan vending machine pulak, so cuba-cuba la nak beli kopi, tapi alamak, kopi dalam tin kat sini manissss. Mujur aku last minit beli roti kacang 6 ketul RM2.60 tu kat mesia, so boleh la makan untuk alas perut :)

tempat menunggu bagi train JR
Setibanya train, kami jakun kejap, pekerja train akan vakuum train tu untuk make sure bersih for next penumpang ok! & kerusi tu pulak boleh di toleh kebbelakang kedepan, hahaha, ok serius kitorang terjakun. Sepanjang perjalanan, best, time ni la nampak scenery kehijauan & rumah Nobita ^_^ Architecture sini comel-comel & konsep rumah macam kotak-kotak & kemas, ada terbaca sebab tanah diorang ni tanah gempa bumi, so to keep the building stable bangunan nya mesti bersegi & kecik.

1 hour later we reach Kyoto station, yahuuu~! Dari Kyoto station kena ambik bus nak ke Gion. Sebab plan nya nak letak la dulu bag-bag kat hostel, baru sambung berjalan. Bus dari Kyoto station ke Gion mengambil masa +- 15 minit.


Helo Kyoto! We did it!

We reach around 12.30 pm, jepun punya standard check-in time normally is 3 pm, tapi syukur, orang hostel sangat baik, & kata memang katil dah kosong & bole check in sekarang, yey!

Space, serious kecik! Tapi hati aku sejuk je tengok cadar plain berwarna soft pin :) Dorm for 12 peoples, ada shower asing female & male. Shower dia unik! I think the size only 800cm x 800cm, tak sampai 1 depa, very small, tapi dia macam spaceship cubicle, sangat clean & suprisingly comfortable. I loove that shower! feels like bringing back home letak sebijik dalam bilik aku, lulz. Toilet dia pulak asing, pun unik! Toilet bercantum dengan sinki, bila kita flush, air dari sinki pun keluar, see how japanese people very clever in using space management & saving the utility?? Kagum!


A-yado, Gion

So jakun sana, jakun sini, dah buat hostel macam rumah sendiri, rasa berattt je nak keluar balik, hehe. Tapi kami paksakan diri jugak untuk keluar around 3 pm, kami takde plan tetap, owh masa dalam train tadi, kami tak tau pulak Kansai Area Pass ni boleh buat pusing 1 kansai nai JRail, so kami decide why not untuk ke Nara?

Mula-mula, aku was-was gak nak pegi Nara ni, sebab keluar pukul 3 pm, sampai ke Kyoto station mungkin dah nak pukul 4, pukul berapa pulak nak sampai Nara, takut dah gelap kang bazir masa je, tapi aku just berfikiran optimistik, aku fikir..alah..kalau tak dapat tengok Rusa, jumpa tempat makan or shopping pun ok lah. So kami decide untuk just redah!

Masa nak naik train ke Nara, ada 1 benda baru kami belajar di Jepun, kami cari sit kosong, nampak lah ade 2 orang budak sekolah, rasanya darjah 1, berdua, so kami ingat sit depan tu untuk parents dia, so kami pun tanya lah semua orang dalam train tu, where is their parents?? Semua orang pandang & tak paham kut, so orang awam sekeliling jemput kami duduk kat situ, haha! Ok belasah lah~ haha. Tapi kami still heran, biar benar diorang balik sekolah sendiri?? dan mereka bukan adik-beradik ok! Budak dok depan aku comeyyy~! lepas tu geng diorang datang, ramai-ramai start bukak buku latihan masing-masing, siapkan kerja sekolah, haaaa apeeee?? T_T Kalau aku masa umur diorang, before tido baru aku buat kerja sekolah kot, dahtu jangan kan naik train, naik basikal sendiri balik rumah pun tak tentu sampai rumah, lol. Kagummm! Terbukti cerita Shin Chan pergi kedai sorang-sorang tu betul & ternyata Jepun memang selamat!
comelnya!

tengah buat kerja sekolah Matematik!

+- 1 hour later, we reach Nara, Nara memang jauh sikit sebab dia dah luar dari kawasan Kyoto, Kyoto tu sendiri pun memang besar. Masa ni baru lepas hujan, jadi keadaan sekeliling nyaman-nyaman sahaja. Nampak hari macam nak gelap sikit, tapi kami gigih! Kat Kyoto station ada Tourist Information, I like! He give us direction on how to go to Nara. Tapi dia ada bagitau kami, mungkin sampai sana dah gelap, tapi rusa tetap ada, jangan risau.

Kami naik bus ape tah, no.1 kalau tak silap, tambang 210¥ untuk perjalanan sehala 15 minit, huahua, kan aku dah kate, tambang mahal. Kat sini tak bole pakai Kyoto Daily pass sebab dah luar kawasan.

Sampai je kawasan rusa, aku berlari-lari excited! haha! aku ingat kan rusa-rusa ni ada kandang, tapi rupanya tak, memang rusa-rusa ni dilepaskan kat kawasan Nara ni, dan kawasan nya besarrrrrr~ & rusanya banyak~~ beribu-ribu lemonnnn~~ Aaaahhh aku berada dalam syurga :'D Serius aku tak expect benda ni. Aku peluk rusa-rusa yang kecik je @ bambi, sebab yang tua takut kena tanduk, sempat jugak la peta kami dimakan oleh seekor rusa tua yang grumpy T_T
mula-mula malu

lepas tu kenal-kenal

lama-lama terkeluar perangai sebenar, menggila! haha!

bambi paradise! nak bawak balik seekor plz!

ni lah rusa tua tu, tengah kunyah peta kami :(

Nak bagi rusa-rusa ni makan boleh, tapi elakkan bila diorang dalam kumpulan, kalau tak gerenti kau kena tanduk, jaga-jaga!

Kami pun lepak kat Nara sampai hari dah gelap.





berapa ratus tahun agaknya usia kayu-kayu ni

Haripun dah malam, so kami decide untuk pulang ke Kyoto, layan night life kat sana la, sebelum tu sempat ke grocery AEON di Nara station untuk beli macam minuman, telur, nasi. Kat sini nasi sangat mudah nak dapat, bole pergi kat 7E atau supermarket, nasi dijual dalam bekas plastik tu, price around 150¥ (RM4.50), which for me is acceptable, balik boleh goreng telur for example & siap.


Im a dessert person! kudap-kudap dalam train, sebab journey lama sangat, dalam 100¥

Masa balik ni macam lembab pulak train ni, hahah, sampai pun dah dalam pukul 8.30 mlm. Jalan punya jalan kami ternampak shopping mall. Kami cuba masuk lah survey-survey, not bad jugak barang dia harga boleh dibeli, mula-mula excited lah, so aku tanya la salesgirl kat situ, tutup pukul berapa? dia kate 10 mlm, jam menunjukkan 10 minit lagi nak pukul 10, what a major turn off, huahua. So kami ingat balik nanti maybe nak singgah shopping mall ni kalau sempat *akhirnya tidak sempat juga, hahah.


Kyoto tower

malam di Kyoto, meriah jugak!

ni lah shopping mall tu!

So yang bukak tinggal kedai makan je, so kami decide untuk naik bas ke Gion semula. Sampai area Gion, jumpa pulak gerai Takoyaki, hmph... sesuai sangat lah dengan perot kami yang lapar ni.

Masa kat kedai ni, ada sorang mamat, kami musyil, dia ni pekerja ke pelanggan? Siap suggest kami untuk order apa, & keluarkan kerusi untuk kami duduk. Sembang punya sembang, *sembang ayam itik, lahhh rupanya dia ni pelanggan! mesra gila! Nama dia Tomo san. Kencang gila kami bersembang, sebab masing-masing menggunakan sign language & terpekik-pekik macam orang pekak, hahah! Sembang punya sembang, aku toleh belakang, ada sekumpulan corporate guy with coat dalam 5 orang, tetibe excited nak join kami bersembang! ahhh sapa pulak ni?? Kami syak diorang ni baru balik dari layan geisha, diorang macam mabuk sikit, so kami macam agak risau & tak sedap hati. Thankfully few minutes later diorang berambus, haha!

kami bagi nama kedai ni Kawaii Takoyaki! hahah suka-suka je

Orang kata Gion ni area geisha, so kami pun cuba-cuba lah cari kot ada, tapi yang banyak kedai dah tutup je semua, so nak pulang ke hostel lah, aku sengaja ikut jalan belakang, so that maybe kita boleh nampak scenery lain, hmph memang lain scenery nya, lorong belakang tu macam ada ramai perempuan pakai sexy-sexy, bonzer-bonzer & ala-ala yakuza. Si Zarina dah macam takut, aku, ntah maybe masa kat Phuket & Sydney, aku dah biasa lalu tempat-tempat macam ni, bagi aku rules dia senang je, no eye contact, & kalau kita tak kacau diorang, diorang pun takde nak peduli kat kite. (*btw esoknya kami tanya orang hostel, selamat ke jalan belakang tu, dia jawab "safe, don't worry Japan very safe! But that place is not safe for your money, bar expensive!" wakaka not safe for your money tak tahan tu).

Sampai hostel dah around 12 kut, take shower, wuishhh leganya. Konon balik nak masak lah bagai, tapi masing-masing dah lunyai, & surprisingly kenyang pulak makan takoyaki tadi. ZzzzZZzz...