Saturday, 31 January 2015

Medan Day 1 - surviving in Kota Medan

Travel Date: 19th January 2015 - 24th January 2015 (6D5N)

Alhamdulilah perjalanan harini agak lancar. Aku yakin Allah sentiasa bantu aku semasa aku travel. Kali ni aku nervous sikit sebab 1st time travel negara orang secara solo & kat Medan pulak tu, kota yang agak bahaya. Allah grant my wish to travel solo, but sekali dengan pakej challenge, ambik ko! Hehe.

Aku terpaksa bergerak solo dulu kali ni, sebab kawan aku last minit ada exam on the date flight pegi kami. So kawan aku pun kesian jugak, dia terpaksa beli tiket baru. Aku pulak? bertomoi dengan dilemma emosi for the past few weeks, takut lah jadi ape-ape, dah la nak book cheap hotel pun info kat internet takde sangat, semua dia tunjuk yang mahal-mahal je.

Sesampai airport Kuala Namu sebenarnya aku blur, nak ke mana, ambik pengangkutan apa, nak tanya apa. So aku try tenangkan diri & saja lengangkan masa & ronda-ronda dalam airport, duduk di tempat orang ramai, kedai branded dan civilization, aahhh~ *bimbo gila cara aku tenangkan diri, lol!

Syukur ada free wifi dalam airport, so aku pun start google apa yang patut, dapat je 1 blog ni, pap! Aku ikot je cerita dia bulat-bulat,haha! Aku sebenarnya nak avoid naik train ke town, sebab sehala ja dah rp80 000 (RM24). So aku ambik bas Damri untuk ke station Amplas, Amplas ni macam hentian segala angkot (sejenis kenderaan macam van sapu) untuk ke semua lokasi di Kota Medan.

Masa nak ambik bas, aku tanya, "bas ni pergi ke Masjid Raya ngak?", *dalam nada gagap indon melayu yg gagal,lol* , nyaris driver bas nk suruh aku naik van ape tah, sebab katenye bas tak pegi masjid raya, mujur brain aku tetibe teringat nama station Amplas tu. Amplas adalah hentian terakhir bas, memula risau gak takut terlepas, dah la duduk belakang, orang sebelah aku pulak bukan orang Medan, aiyamaaa~ Tambang rp15 000 (rm4.35) sahaja :) perjalanan menurut bacaan 1 jam, tapi aku lost track, rasa tetibe eh dah sampai?? Hehe.

suprisingly Bas Damri selesa, ala-ala Sky Bus, tapi kecik sikit

ternampak ni dari dalam bas, aaahhh my fevret!!

Sebelah hentian bas Amplas, macam tempat hentian angkot/angkot berkumpul something like that. Kat situ ada gerai minum yang dipenuhi driver-driver angkot. Hmm..so aku menebalkan diri dan try gerai minum paling tak ramai orang, sebab aku tengok takde 1 penumpang pun, riso gak hati ni. Tetibe aku disapa seorang mamat, siap hulur tangan salam kenalkan nama "Holi", aku yang lurus bendul pi salam, dalam hati tetibe teringat, adoi sini kan banyak kes tipu & pukau Nash, kau jangan buat hal. Tapi Insyallah ok kut.. Dia offer naik angkot kawan dia, katanya tunggu mr.X angkut warna putih, aku dah aishh, aku cakap kat dia aku nak naik angkut kuning tu jugak! Nak naik ramai-ramai sempit-sempit! Dia kata "iyalah, angkutnya sama", hahahah ok. So kawan dia sampai, bayaran sediakan rp4000 (rm1.20) aku cakap terima kasih kat Holi, dalam hati, jangan kawan ko hantar aku kat tempat lain sudah, tapi Alhamdulillah, Holi tu betui baik, aku selamat sampai Masjid Raya :)

Dalam perjalanan ada cerita gak, aku dok depan, terpaksa lah sembang2 dengan driver, ditanya takkan aku datang sorang, buat ape kat sini & bla bla bla. Aku cakap je lah kawan aku 4 orang dah tunggu kat Masjid Raya, sebab aku semalam ada exam, gituh~ lol. Tetibe aku cakap kat dia, hari-hari sudah kerja keras balik malam so saja nk bercuti & rehat (*eh keje pulak?? Macam mana storyline aku ni, nampak sgt nipunyer, hahah! Aku harap driver tu anggap aku ni bekerja sambil belajar,lol).

Konsep angkot ni, penumpang akn naik van sampai penuh, yang aku nak tergelak tu, aku dengan backpack yang besar dah duduk depan dengan driver, tetibe ada minah ni bukak pintu & terus duduk bersepit sebelah aku sampai gear kt celah kangkang aku, aku blur, jap apa yg sedang berlaku ni?? hahaha! Driver tu gelak, & suruh aku adjust-adjust sikit, & meneruskan driving mcm takde hal je, haha. Aku tersenyum sorang-sorang & cakap dalam hati, best gak ada pengalaman macam ni, mujur lak sebelah aku tu perempuan cantik, lol! Perjalanan ke Masjid Raya dalam setengah jam.

contoh angkot

contoh dalam angkot (ni gambar masa kami di Berastagi)

Sesampai Masjid Raya, aku blur lagi sekali, ye lah, tak tau nak tido kat mana, so aku yang takde arah tuju, dengan backpack menapak ntah ke mana.


Masjid Raya

Jalan punya jalan, aku lalu depan perpustakaan ada pak guard tersenyum-senyum kat aku, memula-mula aku nekad taknak buat eye contact dengan sapa-sapa kat sini, tapi lepas tu aku fikir balik.."alah Nash..dia kan pak guard, mesti lah kerja tolong orang, daripada aku sesat nanti lagi naya", so aku aku pun patah balik & tegur pak guard tu.. "maaf ya pak.. di sini di mana ya ada hotel yang murah-murah itu?", pak guard tu kata, kawasan tu mungkin jauh & dia pun tak berapa pasti, tapi dia suggest aku jalan depan sikit belok kanan ada hotel murah nama Hotel Istana, aku dengar hah Istana? aku nak murah lah, ok takpa, aku says thanks & try je dulu kesana.

Owh btw, before aku nak teruskan perjalanan, pak guard tu tanya aku, "temannya mana? sorang-sorang sahaja?", aku pun tergagap-gagap jawab "ye pak..seorang sahaja..kenapa ya?" Pak guard jawab.."hati-hati, jangan sendirian di sini.. ramai orang jahat..", lepas tu aku boleh cuak dan blur lak, dalam otak fikir, how jahat they can be?? jangan lah takut kan aku..aku memang tengah takut ni..huhu.. Pastu aku pun cakap terima kasih & cepat-cepat sambung cari hotel.

Less than 1km, aku pun sampai.. dari segi rupa, memang cheap la Hotel Istana ni, tapi aku try je la dulu usha bilik & tanya, yang jaga tu toke cina, aku mintak izin, boleh tengok bilik dulu tak? so dia suruh pekerja perempuan dia yang teman. Ok pasal bilik, very the basic & the kedap, itu aku ok lagi, yang tak ok nya, masa aku nak naik je tangga, aku tertoleh ke kiri and nampak kat kaunter tu ada selections of half naked women picture, macam untuk di booked, dalam hati aku was like, shit! Ini bukan budget hotel, ni rumah urut woi! tapi aku play cool & buat tengok-tengok bilik sambil tanya benda-benda basic macam facilities dekat staff dia. Then aku turun balik & senyum kat toke dia & cakap lembut-lembut terima kasih. Toke hotel tu pun seakan paham-paham je, sebab aku kan young girl alone, takkan nak tido tempat macam tu... Aku keluar je dari hotel tu..fuh~ syukur tak jadi apa-apa.

Lepas tu aku nekad, ahhh this whole survey-survey thing sesorang kat Medan ni tak selamat untuk aku. Luckly Umobile baru-baru ni ada bagi free roaming & 50 mb online data bila kita travel ke few countries, cukup lah untuk aku buat emergency research. So aku terus google & baca balik blog kat Masjid Raya ni nak tido kat mana yang selamat & murah. Dapat je nama Hotel, aku terus google map & pasang gps sambil menapak cepat-cepat.

Alhamdulillah..aku jumpa.. Hotel Residence.. nampak berkonsepkan islamic sikit & rupa-rupanya belakang Masjid Raya tadi je.. ceh, haha! Bilik paling murah ada 2, standard (toilet, air-cond & tv Rp100 000), atau ekonomi (toilet, kipas Rp70 000). Mula-mula bagi aku rp100 000 untuk seorang dah cukup baik harga tu untuk aku, sekali tengok bilik.. adoi kedap, tak ada tingkap. Try tengok bilik ekonomi, kat atas sekali, & aku nampak tingkap, owhh yeah... baru rasa dapat bernafas.

sumber google *recommended sebab murah, staff baik-baik & lokasi yang selamat

Bilik ni basic, yang penting bersih, toilet so-so aje lah..hew hew. Kalau nak cakap pasal selesa, aku akan selalu bayangkan diri aku bermalam kat kampung aku, so takde lah rasa takut or pelik sikit... aku cuba ajar diri aku untuk anggap ini semua psychology saja... huhu...yang penting bersih & murah, rp70 000 kut! lebih kurang RM20 semalam untuk double bed, kalau ada member lagi best nak jimat!

Masa check in, yang jaga kaunter tu macam seorang makcik, dia pun tanya soalan yang sama kat aku "Seorang sahaja??" huhu...kali ni aku tak bole nak menipu kan.. dah aku register kat dia. Tapi baiknya ibu itu.. nasihat aku jaga diri jugak & kalau nak simpan apa-apa biar kat kaunter. Baiklah..fuh cuak kebabe eden. 

Lepas check in je, terus landing atas katil & tarik nafas lega, fuh.. I found my sanctuary & will menyorok sampai esok pagi, hmmph! Mujur semalam aku buat hal sikit, pegi join member mandi Sunway Lagoon & lepak sampai ke malam, hahahah. Bila difikirkan bagus jugak, disebabkan badan masih letih, boleh aku tidur lena-lena harini sampai esok pagi.


fuh~ lega~ its 11 am  dan jom tido, lol
ok, keychain dia besor gila, patut lah dia kenakan penalti, hahah

Few hours later, aku dikejutkan dengan azan Zuhur, hmm.. yang bagus pasal hotel ni, belakang masjid je.. jadi bagi aku, azan tu buat aku comfort & rasa selamat, syukur.. Aku baring-baring jap, sampai dah puas tido.. perot pun dah bunyi-bunyi.. adoi..malas nya nak keluar... sekali tengok jam, baru pukul 2 petang, uhuh.. ok.. mata terbedik-bedik.. lepas tu marah kat diri-sendiri "takkan 1 hari kau nak terperap je Nash... rugi.." lalu aku pun pergi bersihkan diri & tertewas jugak keluar dari kepompong, hahah.

Seberang saja dari Masjid Raya, ada shopping mall, aku pun cuba lah pergi untuk membuang masa disana, I feel like Im in 1990's, olskool nya shopping mall ni, kecik saja.. layout macam The Store, heheh.. tak sampai sejam, aku keluar, ingat nak jalan kaki lah tengok-tengok town, tapi... aduhh.. berdebu, ok lagi..masalahnya kenderaan like 1-2 inci je dari aku bile diorang lalu...aih tak boleh bahaya bahaya. Sekali ternampak kedai makan padang, so aku pun berhenti makan dulu.. ok-ok la rasa dia..bedal je lah Nash dah lapar.. nasi berlauk tu around rp20 000.

Lepas makan...ahhh aku buntu, nak pegi mana ni?? macam tak ade ape je kat Kota Medan ni. Aku malas ler nak ke Istana Maimoon ke ape, tak minat, dengar pulak kena bayar lagi. Ke Pajak Ikan pun aku taknak! Aku bukannye nak shopping. So aku tanya diri aku, "Nash... apa yang boleh mengembirakan hati kau kalau kau kat Mesia..?", so aku jawab balik dalam hati... "window shopping?", haha ok! Sebab aku terbaca blog Kak Senduk yang kelakor tu kat blog dia pegi Sun Plaza. So aku pun cari betor (beca bermotor).

Shopping mall di seberang Masjid Raya tu, kalau perasan memang banyak betor nya... tapi aku macam takut dengan diorang. Lalu aku pun ambik betor yang tengah tunggu depan Masjid.. instinct aku kata, kalau depan Masjid ni mesti orang yang baik-baik kan? hehe.. Pakcik yang bawak betor ni baik sangat, walaupun dia letak harga rp20 000 sehala untuk ke Sun Plaza, eh aku tak kesah lah, asal selamat sampai. Kenapa aku cakap pakcik ni baik, sebab sambil aku tengah enjoy naik betor, aku pun snap-snap gambar pakai handphone, pastu dia tegur aku.. "baik-baik guna handphone tu, jangan dipegang begitu, nanti ada yang bisa rampas dari belakang", uhuh.. ok ramai betul orang bagi nasihat kat aku harini T_T Sambil bersembang dengan pakcik tu, dia siap nasihat kat aku pasal rezeki halal & haram.. wahh.. 2 in 1 service dari pakcik ni... patut lah duduk depan Masjid.. aku pun rasa secure lah sikit...huhu. Btw, aku bersembang, aku hentam je bahasa Indon, & of course berterabur gila, & suprisingly pakcik tu ingat aku ni orang Indon, hahah.. wow! bahasa Indon I dah improve! hahah

ronda-ronda Kota Medan naik betor, pricey sikit... tapi best jugak..hehe

Sampai je Sun Plaza, aku rasa macam aku berada bukan di Medan, kedai pertama aku nampak Starbucks, wow semua dress up retis-retis kat sini macam kat Pavilion. Aku blur kejap, aku dah la pakai T-shirt buruk, jeans loose dengan seliper, konon nak stay safe & blend in dengan orang Medan, tapi bila aku masuk Sun Plaza, aku rasa macam aku seorang yang outcast, hahah! Tengok lah berbeza nya taraf hidup orang-orang di Medan ni, macam langit dengan bumi. 1 thing je, I wonder mana orang-orang kaya ni kat luar? diorang ni ada lorong bawah tanah ke ape untuk pegi ke shopping mall?? huhu.


lengang, sebab orang-orang kaya je ke sini, huhu


So aku hanya membuang masa di Sun Plaza, ok la.. cuci-cuci mata.. rasa macam kat Malaysia kejap..heheh.. & pergi ke favourite place aku, iaitu groceries... heheheh... bukan beli apa sangat pun, tapi aku memang suka groceries dimana-mana, hehe.

Lepas tu rasa macam nak reward diri lah, minum kopi. Cappucino kat Cafe pun around Rm8 je.. sama la kalau kat Mesia pun aku minum benda yang sama, so why not.

cute

aku mintak Cappuccino, tapi alamak kopi apa ni? hahah boleh lahhhh

cuteeee!!

buat-buat kiuttt~! lol


Dah puas buang masa, sampai tak sedar dah pukul 9 malam, ok, aku kena pulang... kalau dah kota Medan tu sendiri tak selamat, kalau malam lagi lah bahaya. Aku terus amik betor yang tunggu ramai-ramai depan mall tu, memula orang tu nak ketok aku rp25 000, lepastu aku cakap rp20 000, dia pun terus ok, ek ehh~

Selamat sampai balik ke Masjid Raya, aku jumpa balik pakcik betor tadi, pakcik tu nampak aku terus senyum, dia pun lega kut nampak aku dah pulang dengan selamat, hahah! aku pun tegur pakcik tadi, rasa ala-ala dah duduk lama pulak kat kawasan tu.. hahah! terus menapak ke hotel, online-online kejap & bersihkan diri & siap-siap untuk tidur.

berjam-jam aku spend time dalam groceries sebesar Tesco, tapi ini je aku beli??  heheh.
btw toiletrise murah!! Shampoo tu RM2 saja! 20 kali aku bawak keluar calculator sebab tak percaya

Fuh~ hari yang nothing much, tapi macam-macam cerita. Sekian cerita solo aku yang pertama, sementara aku nak tunggu travel buddy aku sampai esok & Alhamdulillah selamat... hehe.

What a new experience for me.. aku amat terhutang budi dekat driver bas Damri (sebab tak garang/kerek, hehe), Holi (angkut di Amplas), driver angkot yang baik & friendly, Pak guard perpustakaan (walaupun bagi sumber yang salah kat aku, haha), Ibu receptionist Hotel Residence, Bapak bawak betor, oh dan thanks to Toke rumah urut jugak, sebab dia tak apa-apakan aku, hahah~!

Terima kasih Kota Medan kerana sehari menjaga saya dengan baik :'D


bersambung...


Sunday, 2 November 2014

Osaka Day 6 - Balik!



Since semalam aku tak dapat jumpa barang yang kawan aku nak, aku ni dah lah jenis tak sampai hati nak kecewakan orang, dahtu kan degil, kalau aku nak buat 1 benda, aku akan buat sampai dapat, kalau tak dapat pun at least cuba la..haih~ So malam tadi aku ingat nak plan pegi balik Dotonbori siang-siang sorang-sorang, by tengahari balik hostel then terus shoot airport.

So aku pun semangat-semangat bangun pagi, breakfast, & sempat termenung, huhu. By the time aku nak gerak, member aku pun dah bangun, aku kata, alang-alang ko dah bangun jom je lah kita sama-sama gerak, letak bag kat locker ke, at least ko boleh jalan jugak. So we decided to check out early *btw sebab Vitti lodge ni mat salleh yang punya, boleh check out lambat at 1pm instead of 9 am (standard Jepun ckeck out hour at 9 am)


Thank you Ema for your hospitality *gambar ni Ema yang amikkan, hiks

Kamipun gerak ke Umeda, the centre, so aku fikir, bagus jugak Umeda ni city, banyak sikit shopping mall. Zarina macam tak larat, so we decided to have breakfast at 1 cafe & dia akan lepak je kat situ sementara aku mencari barang, haha gigihnya.

sandwich prawn & avocado nyom~!
macam sedap je air ko Zarina, nasib aku dah dapat kopi pagi tadi, haha

Dalam pukul 10, aku pun attack la shopping mall pertama, 8 tingkat semua kedai baju T_T, aku give up aku jumpa kedai 300¥, sempat lah grab few things barang aku & souvenir. Owh ye, sepanjang 2 jam tu, 3 shopping mall aku masuk! sampai berpeluh! sampai lah shopping mall ke-3, ada receptionist aku tanya, ada toys department tak? Sebab tengok directory tak jumpa. Since dia tak berapa paham kot, dia kata ada, toys for mental disable (???) ah sudah! hahahah! So aku buat hand gesture bertomoi, cakap "No, I mean like action figures?", dia kata, owh sorry no. Huahua.. aku taktau la, aku salah masuk shopping mall ke ape, kat sini tak macam malaysia semua shopping mall ada toys department, diorang banyak kedai baju, pachinko, dengan arcade. Aku siap nyaris nak beli je teddy bear monster Inc kat tikam-tikam tu ok! sekali tikam 100¥, bukan dapat apa pun, cis! masuk tikam ke 2, aku kata, ah sudah! kang tak pasal 1000¥ free free je habis. So aku decide untuk balik ke cafe tadi kang tertinggal flight pulak, naya!

menapak ke shopping mall laju-laju!


dari dalam bangunan boleh nampak mende ni

you gotta be...kidding me... habis 200¥ aku! T_T

So by 1 pm kami pun angkutlah barang-barang untuk naik train dari Umeda ke Kansai airport. Flight kami pukul 4 pm. Perjalanan agak lama, so kami arrive airport pun lebih kurang pukul 3.

Nak dijadikan cerita, selama ni aku travel tak beli luggage, sebab aku kalau beli pun sikit-sikit & barang kecik-kecik je, so aku sumbat je la dalam backpack, tapi maybe Jepun ni strict kut, dia nak timbang jugak bag aku, aku risau sikit, sebab barang aku beli kecik-kecik, tapi ada benda kaca. Sekali dia timbang 10 kg, kawan aku punya lugage ada extra 10 kg, tapi minah airport tu tak bagi aku transfer barang, katanya no time, ape jadahnya, bagi aku 5 minit je kot gila! aku memang mengamok terjerit-jerit kat situ, minah tu bole buat muke straight, jadi makanya, aku kena bayar 4000¥ (RM120) T_T nangis lah macam ni, aku ter ermo jap, tapi mana lah aku tak emo, aku sebok lah tolong orang book lugagge lah, cari barang orang lah, tapi aku selalu kena macam ni T_T, kenapa duga aku macam ni?? Aku ada fikir nak transfer barang sikit kat lugagge member aku, & bayar sikit kat dia, tapi kenapa tah tak jadi. hmm... nasib aku.

Spoil kejap la mood aku, nasib baik sit aku tak sama row dengan sit member aku, aku sempat terciwek sorang-sorang sampai tertido :( . Anyways, lepas tu aku jot down balik expenses aku, semua expenses aku termasuk flight, transportation, accommodation, makan, entrance fees, shopping & souvenir yang banyak + denda lugage yang tak guna tu, total hanya *drumrolls* RM2310. If I minus flight & shopping, aku hanya spend Rm835 sahaja. So dengan ini aku amat berpuas hati, sebab at 1st aku allocate RM2500 + RM500 (emergency cash) for the trip, & I manage to do it below the budget, siap bawak balik duit Jepun lagi *walaupun kena denda, uh~ haha... tu lah cara aku menghappykan diri aku semula.. huhu..

Sampai Msia dah happy happy balik, kena lah happy! sebab Osaka trip I can say 90% was a successs kot! To me, this is the most educational trip I ever had, macam-macam benda aku belajar. To be honest, masa 1st day aku sampai sini, aku sceptic sikit & masih kurang yakin, no.1 sebab tengah musim panas, so fefeeling oversea tu kurang ada lagi (alasan bimbo, lol), no.2, aku tak yakin trip ni boleh jadi lagi best atau sama-sama best compare dengan trip Sydney, tapi lepas hari ke-2 dah start rasa perbezaan culture & suasana tu, tambah dengan orang-orang Jepun yang sangat helpful & friendly, the technology, landscape and nature, buat aku jatuh cinta & wajib kena datang lagi ke Jepun!

For me beza Sydney dengan Osaka, masing-masing ada keunikkan tempatnya sendiri, so aku tak boleh nak kata trip mana paling best, for me both are valuable experience! Insyallah ada rezki, kita pegi Jepun lagi ok Nash... :'D

Sunday, 26 October 2014

Osaka Day 5 - Osaka Art & Handmade bazaar, Minoh Waterfall, Dotonbori



Brace yourself! I think this will be 1 of the longest post, sebab kami cuba maximase kan lokasi sebanyak mungkin pada hari ini. I try to make it short ok ':D

good morning! simple breakfast, view from our hostel's kitchen.
Ha tu la buah doraemon! makan tak habis-habis! :))

Aku suka refer website www.osaka-info.jp masa kat Mesia haritu, sebab I like the website layout, sangat kemas & user friendly, clean & catchy graphic & only gives important information instead of memening kan kepala aku. Im attracted to 1 of the highlights which was the Osaka Art & Handmade Bazaar! excited aku baca benda ni, aku rasa ni lah peluang untuk selitkan 1 aktiviti art dalam trip aku. Haritu Sydney aku berjaya pergi Yoko Ono exhibition, if I go Osaka dapat pergi Osaka Art & Handmade event ni, berjayalah misi aku! Cuma aku risau kalau Zarina tak boleh nak layan kepala art aku ni, tapi aku tengok dia suke shopping, maybe she will enjoy it kot.

So pagi hari ke-5 tu, lokasi utama kami ialah Nankokita Suminoe-ku, which is agak jauh dari city, & aku pun tak pasti kat mana kami berada masa sampai sana, dia macam perlabuhan, direction train nak kesini pun aku hanya berpandukan google map.

kat daerah mana pun tah, main redah je, haha
kawasan ni punya corak untuk penutup kumbahan, rajinnyaaa

So kami menuju ke ATC building, tempat ni macam PWTC kat KL kut, sebab bukan ada art event aje, macam-macam event ade, & building yang besar pulak tu. Masuk je building ATC ada shopping mall, ahhh..aku rasa lega sikit, at least kalau Zarina taknak join aku, dia bole la window shopping. Sekali dang! aku lupa! nak masuk event ni kena bayar 500¥, bagi aku, I don't mind contribute a little bit for art event. Tapi Zarina macam tak interested so she decided to shopping, & lucky her, dia kata banyak kedai sale! omg aku jelous! haha!





Tapi apa pun yang penting, aku dapat menggunakan masa travel aku sebaiknya untuk experience at least 1 art event. Kat sini macam-macam ada, sangat interesting, creative & inspiring! I even got the chance to interect with some independent artist, tengok sketch book diorang dari dekat, see how they do art, painting, leather goods, the best part is handmade jewellery, design-design kat sini tak de jual kat kedai lain, & since diorang ni semua indie, price is very reasonable for japanese handmade stuff. There were few hundreds tenants kot, in 4 different hall! memang berbaloi bayar ticket 500¥ tadi, tapi aku ada masa 1 jam setengah je untuk jumpa member aku balik, aku naik gila kejap tak tau nak attack booth yang mana, haha! But overall I am satisfied & inspired!

sneak peak of some of the stuff they have at the event
dewan beso ni ada 3, macam mana nak cover semua T_T
kucing bergelimpangan

dress up dah ganas dah tu bang, tapi jual caligraphy, cool~ hehe

So masing-masing dah puas hati di area ATC, kami decide untuk pergi ke Minoh Waterfall. Kami gigihkan diri sebab kalau esok confirm tak sempat. Dari ATC ke Minoh waterfall jauhnya macam dari KL ke klang (google lah sendiri how, lol)

Dalam train mengintai orang, haha! kat sana macam-macam fesyen pelik,
e.g. pakai Adidas superstar dengan stokin renda-renda, bag Givenchy tapi letak helo kitty, hahaha,
tapi fashion depa bila diorang pakai nampak kena pulak 
driver keretapi pakai smart macam pilot, ada 1 driver hensem, tak sempat snap pulak, gambar tempat driver pun jadi lah, huhu

Sampai area minoh, keluar je dari station train, terus sampai area Minoh, jalan nak ke waterfall tu macam... macam kite menapak cameron highland? kot? berbukit dan hutan, baru pukul 4 pun dah gelap, sebab banyak pokok.

otw to Minoh uncle ni siap suruh anjing dia posing untuk kami,
tapi anjing tu macam malas nak layan kitorang je, haha

bila travel ni, pantang betul nampak gerai buah, haha!

Kewpie baby! :D :D :D

Nak ke Minoh tu takde lah berpeluh pun, sebab sini sejukkkk~ bestnya, dapat gak merasa suasana acah-acah winter :)) It took aorund 1 hour walk kot untuk reach the Waterfalls. Ntah we lost count, because we were too busy enjoying the nature & the old shops :}





ini pun jepun design, jepanese Y U SO CUTE & CREATIVE??!!

neko

mewah gila lunch, haha

tadaaa~! Minoh watefall!

seronoknya dating kat sini

feeling-felling, eh

yey berjaya melawat Minoh!

Bestnya jadi orang Jepun, balik kerja/weekend boleh terus je naik train direct untuk ke kawasan hutan & air terjun, itu pun masih ramai yang nak bunuh diri sebab stress, me don't understand :( kalau kat Malaysia ada ke train station terus ke lokasi riadah? kalau ada tolong bagitau saya.

Another 1 thing aku notice Jepun ni, tiap-tiap lokasi tourist diorang akan ada maskot! Teringat kat Gion depa ada maskot geisha comel, kat sini, tak tau lah buah berwarna kuning berpakaian samurai? Even van derma darah pun ada maskot yang comel! Kat Jepun, they take art seriously. Dan aku rasa kat sini lah, the only place bila strangers tanya aku kerja apa, aku sebut graphic designer, diorang semua macam kagum gila dengan aku (padahal diorang taktau portfolio aku bukan hebat mana pun, hahah!) aku terharu :'D Kat Malaysia nobody cares Im a graphic designer.

karakter kuning tu maskot untuk Minoh Waterfall, comel kan!

Ok so kami dah puas layan air terjun, kami decide untuk balik ke Osaka, nak layan town Dotonbori! Sebenarnya masa ni kami dah penat, but we don't care~ haha. Nak kejar masa sebab by 10 pm kedai semua dah tutup.

Owh ada 1 cerita, kami ni tak tau direction nak ke Dotonbori, so randomly la tanya strangers, this 1 girl she dont know how to speak english at all, tapi bersungguh nak tolong kami! Siap tanya family yang lalu lalang situ, & then bawak kami sampai ke train station, & make sure kami sampai ke train station yang betul! Kitorang sebenarnya tengah decide nak jalan kaki atau naik train, sebab nak saving, haha, so kami sampai terpaksa menyorok kat sebalik tangga sampai girl tu dah takde sebab takut kecik kan hati dia... haha tudia punya baik orang Jepun, sampai kami naik takot! hahah!

Sesampai kat Dotonbori around 8pm, aku decide untuk split dengan Zarina, sebab takut kedai tutup. Hmm.. sebenarnya masa kat Dotonbori ni, aku tak sempat nak enjoy sangat the city, sebab semalam nak dijadikan cerita, member aku terlebih shopping, haha! So kami risau takut tak lepas kat airport nanti, so she decided to purchase luggage balik, aku dah dapat agak dah, mesti ada problem nak buat transaction kat online Airasia nanti, sebab kami takde roaming, macam mana nak receive tac number? So aku malas nak drag masalah tu, aku try nasib whatsapp kawan aku kat msia untuk settlekan bayaran luggage Zarina, aku rasa serba salah mintak tolong member aku kat Msia susah kan dia malam-malam nak settlekan transaction aku, dia teringin nak action figure, so in return aku kena carikan action figure yang dia nak.




pose wajib di Dotonbori, lulz

So sepanjang aku kat Dotonbori, aku rasa, aku ulang alik kat situ 5km berlari-lari cari kedai mainan T_T yang ada kedai baju kedai pachinko kedai baju kedai pachinko, huarrrghhh~ Sampai lah dah pukul 10, kedai pun dah tutup semua.. sampai ler aku terduduk kat 1 tempat tu, sambil tengok orang buat street performance, ada mamat jepun main guitar, he was very good! aku nak tepuk tangan, tapi semua orang tak tepuk pun, so aku pun buat cool je la, hahaha, btw sempat gak snap video dia, hehe!


*me no music expert, taste music aku agak pelik & cerewet, giteww~ 
but for me main guitar jalanan dengan skill macam ni adalah power!

Since aku dah penat & give up, aku decide untuk masuk 7E cari Maxim coffee, sebab aku terbaca, cofee Maxim ni wajib di cuba! puas aku masuk kedai, harini baru jumpa (yg semalam beli instant je 3 in 1), kat chiller tinggal 2 je, so aku rembat 2-2 terus! So aku pun try lah minum...peh! sedap bro! serious 1 of the best coffee I ever tried! It taste exactly like Starbucks Ice Shaken Espresso which cost me RM12 in Msia, but this Maxim coffee only cost me 100¥ (RM3)! So aku pun motivate diri aku... takpe lah Nash... ko tak dapat shopping barang ko kat Dotonbori, at least ko sempat merasa kopi yang sedap, haha.

hoi sedap hoi!

Masa kat Dotonbori, aku jumpa 1 kedai fastfood yang aku research dari blog, takde pork, & aku jumpe 1 kedai sushi murah, tapi disebabkan badan dah letih, aku tak lalu nak makan :(

So around 11pm camtu aku jumpa Zarina balik, dia shopping macam-macam, jealousnya T_T But ok la, nasib baik aku pun berjaya rembat 2 helai T-shirt kat 1 of Japanese brand shop, daripada takde. Tadi aku nampak Forever 21 3 tingkat pun aku tak masuk sebab tak sempat, & pada masa sama, bagi aku, bila kat Negara orang, buat apa sebok nak beli brand yang ada kat Msia, I prefer beli barangan brand Jepun, sah-sah unik & takde kat Msia.

Badan pun dah lunyai, kami decide untuk balik ke Hostel. Malam ni memang kami kena belasah, hahah! Lepas mandi, boleh pulak aku terlelap sampai pagi masa kemas-kemas beg tu, huehuehue~

besambung...