Tuesday, 17 March 2015
Mencari Semangat
Kadang-kadang bila aku dah jumpa travel partner yang ngam dengan aku, aku lupa pulak macam mana nak enjoy travel sorang-sorang ni, which is not that good for me, sebab aku mula rasa macam aku ni dependable kat orang lain pulak, dan aku kene ingat, orang lain tu bukan sentiasa ada masa nak travel dengan aku, sebab aku ni kan suke buat plan travel ad-hoc (dah malas nak tunggu-tunggu 9 bulan) :P.
Ingat tak masa kat Sydney aku berjalan sorang-sorang di kawasan King Cross dari pukul 3 petang sampai lah nak lewat malam? Did I have fun? I had a blast, I really enjoyed the scenery and the random walk untuk berkilo-kilo jauhnya. When I was alone, every morning aku akan start my day by stopping by at any random cafe & have a good cup of coffee :) Aku sesat di tengah bandar Central Sydney (sebab tak reti baca map), tapi aku masih happy, sebab aku tak susahkan sesape..no pressure :)
When I was in Osaka, I split with my partner for shopping (sebab nak kejar time kedai sebelum tutup), aku teringat masa aku tengah nak cross jalan, tunggu traffic light, aku berdiri dan tenung bangunan Uniqlo yang sebesar-besarnya tu sambil bisik dalam hati "macam tak percaye aku dah jejak Jepun..", benda-benda simple macam ni pun dah boleh buat aku happy..huhu..
Masa kat Medan pun aku enjoy jugak jalan sorang-sorang, best dapat mingle dengan local & experience naik public transport macam orang local.
Kamon Nash.. you can do it~! rajinkan research dan ringankan mulut~!
Monday, 2 March 2015
Roadtrip Kuala Selangor - Ipoh
*note that on the exact date last month January kami di Kuala Namu & Medan, Sumatera, untuk Februari ni kami di Kuala Selangor & Medan Ipoh pule, heheh what a kebetulan ;D
Trip Selingan, haha! Sempena cuti raya Cina ni, disebabkan status kerja aku is undefined lagi buat masa ni, so aku tak expect company sementara ni akan cuti Raya Cina panjang. Lama gila, dari hari Selasa, sampai lah ke Selasa depan, 8 hari beb! kalau pi Jepun pun dah puas ni #eh So sebab aku dapat tau pasal cuti last minit, tiket semua pun dah mahal, tiada gunanya. Macam tahun lepas lain ler, I was in Sydney last 2014's CNY, awal-awal 5 bulan sebelum dah booked semangat, hehe.. aaahhh.. I miss that trip~ :']
Cuti lama sangat, apa aku buat tah, pi KLCC jalan sorang-sorang pun tong-tang-tong-tang 1 hari ja da habis RM100, benci la! the rest of the day aku dok Tido, Masak, Makan, TV & repeat, aaargghhh~! Patutnya ada company nak hired aku as part time designer seminggu masa CNY, standby punya standby, tak jadi pulak, habes burn 4 hari aku, demm sonn~!
Sampai lah hari Jumaat, aku fed up! aku terus roger Aina, jom kita buat roadtrip to nowhere? Thank God Aina pun memang tengah kebosanan cuti sem, so kitorang terus on untuk hari Ahad, kenape Ahad? sebab aku nak avoid jalan jam & avoid hotel full (*just in case if nak tido mane-mane). Plan asal aku kata maybe kita tido Kuala Selangor 1 malam, sebab kelip-kelip tu takut habis lewat, so Aina pun ok je, hehe. Konsep travel kali ni, no rush no plan no jam no toll, lulz!
Ahad 22nd February 2014:
Pick up Aina kat Kampung Delek, aku bukan ape, rumah dia ni at the other side of Klang, padahal jalan Kuala Selangor tu kat belakang rumah aku je, haha. Plan asal pukul 7, campur aku punya malas nak bangun dengan sesat-barat (untuk kali yang ke berapa puluh tah), last sekali sampai rumah dia +- 9.00 am, gigih tak Kak Ton, kehkeh.
Ok, plan asal konon nak pi Kuala Selangor, explore Bukit Melawati, Bird Park & cari Kelip-Kelip. Since geografi aku gagal, aku ingatkan Kuala Selangor tu lepas Sabak Bernam, so budget sejam 2 baru sampai la, sekali belum panas punggung dah sampai, aik! Aku pandang muka Aina, aku cakap "Aina, I drive pegi rumah you lagi jauh dari Kuala Selangor ni, hahahah!"
Time tu around 10 am, panasnya, mak ai... orang gila je kuar berjemur time-time gini. Tapi kami lebih rela keluar berpanas dari terperap dalam rumah, lol, so today we play tourist, so let's!
Nak naik Bukit Melawati boleh pilih, nak naik train atau jalan kaki sendiri, train tu (train kecik macam dalam zoo tu) around RM5 kot. So kami pergi kaunter tiket tanya brader tu, jauh sangat ke jalan kaki? dia kata less than 1 km je, tapi berpeluh lah kalau jalan kaki, eh apa adahal kitorang kan cheapskate, heheh.
So kami pun menapak, memang dekat je pun, nasib baik kebetulan aku bawak 2 topi, so bila Aina bukak mulut je ngadu panas, aku terus serkop kepala dia, lol.
Apa ada Bukit Melawati? ada look out point, boleh tengok kera, comel & jinak tau, & ada muzium kat tepi rumah api tu, layan jer.. best jugak :D
![]() |
| macam pokok kat Taiping |
![]() |
| kalau aku tipu ni kat oversea pun orang percaya tau |
![]() |
| Aina tourist dari Jepun #eh haha |
![]() |
| wasssuupp~! |
![]() |
| kera chill |
![]() |
| cara ni uniform macam Brit Guard tapi pakai tengkolok |
![]() |
| argh aku kena panah lembing NoOo~! |
Dah turun dari Bukit Melawati, blur taktau nak buat apa, kelip-kelip start pukul 8 malam, hahah pejadahnye ni baru pukul 11 kot. So aku propose idea kat Aina, jom ler kita drive ke Teluk Intan, I tak penah tengok menara condong tu, hehe..
Dalam perjalanan kami berenti makan dekat.. err.. area sabak bernam tak silap, nasi lauk je tapi murah & sedap! I like!
After 1 hour drive kami pun reach Teluk Intan, & I was like, la.. comel je menara ni sebenarnya, hihi. Tapi tak tau pulak bole naik sampai atas, dapat lah kita tengok interior menara condong ni, menarik.. orang dulu-dulu kalau bina bangunan, halus, mesti ada decoration ornaments kan. Walaupun kat luar panas 32Âșc, tapi bila dalam menara condong ni, sejuk & berangin je tau...hehe.
Kemudian, aku propose idea gila lagi kat Aina, jom drive sampai Ipoh? Aina pun, jom! hahah!
Masa dalam perjalanan, kami nampak signboard Cameron Highland, ish ambitious sangat ler pulak kan, lagi pun kete Kelisa I macam tak konfiden nak bawak naik...huhu.. tapi bila dah masuk area Kampar, kami nampak signboard Gua Tempurung, since masing-masing dah boring drive lama sangat, Aina kata, jom kita try usha nak? so kitorang pun masuk simpang Gua Tempurung tu.
Masa sampai sunyi je, macam takde orang je kat entrance, ni berbayar ke tak ni? so kitorang selamba masuk, oh free rupanya, masuk percuma, tapi sebab masa tu dah nak pukul 5.30 pm, dah nak tutup, so kami sempat explore 1/4 je :( Tapi walaupun baru masuk 1/4, ada dalam 1km jugak la kami dah jalan. Bila tengok gua ni aku suka mendongak, sebab cantiknya... Subhanallah... just imagine macam mana batu-batu ni terbentuk, macam-macam cave formation kami jumpa. I wonder what's inside for the rest 3km, mesti lagi best kan.
![]() |
| cave formation & texture |
Semalam ada gak terbaca pasal Gaharu Tea Valley, next trip kalau aku buat, aku nak pi Gua Tempurung early morning & then boleh proceed Gaharu Tea Valley. It's ok, I'll be back!
Around 6 pm kami pun reach Ipoh, perot aku sedikit lapar, tapi kami kena cari bilik dulu kot, takut dah gelap nanti lagi leceh. Insiden kelakor time kat Ipoh, hahaha, macam-macam hotel kami survey, sampai lah kat area pub, yang paling ngeri Shanghai Hotel (tapi ni kitorang tengok depan je la, sambil gelak-gelak, haha). Dari town Ipoh, ke Medan Bercham Bistari, sampai lah ke Medan Ipoh Bestari. Last sekali kami decide untuk tido Hotel Budget kat area Medan Ipoh Bestari, RM65, yess! murah dan bersih!
![]() |
| tengah cari-cari hotel terjumpa mural ni, heheh |
Masa ni semua dah bau macam, hurmm.., sebab panas menggelegak siang tadi, haha. Lepas bersihkan diri, kami ke Ipoh town balik, dalam 15 minit drive je, cari makanan, sempat jugak la pergi pasar kat Memory Lane tu, jalan-jalan dalam town pakai seluar tido, kihkih.
Lepas tu balik semula ke hotel & tido dengan nyenyaknya zZzzzZZzz~
Isnin 23rd February 2014:
WazzzZuuup Mondayh~! Ape? korang dah start keje? korang Monday blues? kitorang cuti lagi...hahah. Semalam poyo dalam kepala otak aku nak pi Gunung Lang lah, breakfast Kopitiam lah, tapi kalau dah masing-masing pun pukul 10 pagi bangun, ape jadahnye, kate vacation spontan, hahah.
Kami pun check out pukul 11 pm. Nak cari cafe hipster untuk breakfast konon nye, so kami try cari Burps & Giggles yang kononnya famous sangat tuh. Sebenarnya aku nak try cafe lain sebab cafe ni dah mainstream sangat, tapi ini je yang kami berjaya jumpa #eh Nasib baik makanan dia sedap, Aina jarang puji food sedap, so bila dia dah kata sedap tu maknanya betul la sedap, maklumlah, student food tech.
![]() |
| what Monday blues? hehe |
![]() |
| Oh dah kat Paris #eh |
![]() |
| cute corner ;) |
Lepas dah kenyang, Aina teringin nak check it out The Banjaran Hot Spring, masa dengar tu aku macam krik krik kejap, sebab aku tengok yang selalu lepak situ artis-artis or datin-datin, hehehe. tapi layankan je la Aina, sebab puas dia dah layan aku, hahah & kalau dapat minum-minum fresh oren kat cafe situ pun best jugak ye dak? #cheapthrills
Once we reach The Banjaran tak boleh masuk pulak, only for reservation :( the chepest rate ir RM500/person/nite, wuhhoo~ tapi kesian pulak Aina, dia frustrated sampai lah dah sampai rumah dok mention lagi ni tak puas hati, sabar Aina sabar.. 1 day bila kita jadi datin hokey ':D
So since dah pukul 3 petang, takut sampai Klang lewat, kami terpaksa terus proceed balik ke Klang. Since ini trip redah, kami tak tau macam mana nak cari jalan semalam, so google map je, jauh, lalu kawasan yang aku pun tak pernah lalu, kalau tak silap ikut kawasan Kampung Gajah, memang jauh & isolated gila tempat ni T_T tapi on a good side, memang takde jam, journey was smooth & laid back.
Dalam pukul 6 baru kami reach Teluk Intan untuk singgah makan. Kami proceed perjalanan sampai lalu kat kawasan Kampung Kuantan Kelip-kelip tu pun masing-masing dah tak larat & rasa nak balik rumah je, sebab perjalanan yang agak jauh dan lama, in fact semalam kami dapat cover quite few activities, maybe save kelip-kelip for next time.
So that's it our adventure for today, best short trip & misi avoid jam & toll telah berjaya, dan yang paling best, kami tak sangka banyak benda boleh explore kat Ipoh ni sebenarnya. Thank you Aina sebab sudi terjah dengan saya, nanti kita terjah lagi!
*sebenarnya aku baru sedar sesuatu, bila kita dah pandai berjalan negara orang ni, baru lah reti nak hargai tempat sendiri kan? ":D Another thing I learned from travel is, kalau travel, do put the lowest expectation & appreciate things in the most simplest way so that you can have an enjoyable trip, happily :) Jangan complaint penat bising boring tak larat takut sesat, just enjoy jer :)
Tuesday, 10 February 2015
Medan Day 4 - Pulau Samosir ke Berastagi
![]() |
| Selamat pagi Danau Toba! view depan bilik kami :) |
Pagi ni, aku dikejutkan dengan bunyi orang tengah menaip whatsapp, aku toleh kanan, Aina tengah nyenyak tido lagi, so aku pun cuba la nak menyiasat dari mana bunyi orang menaip ni, amboi kuat benau henphone orang bilik sebelah? tetibe handphone aku receive whatsapp, aikk?? Tengah aku nak selak la langsir, kah kah si Sumatra rupanya, apasal tak ketok je bilik kitorang tadi, kelas kau depan pintu pun nak whatsapp, mangsa teknologi sangat tau~!
By the way, tingkap bilik ni bukan main besar, kitorang bukak je tingkap dah boleh lompat keluar #eh Si Sumatra sebenarnya nak bagitau kami, diorang akan naik Ferry untuk ke Perapat pukul 10 am nanti. So kami pun bangun, & terus pergi breakfast. Disebabkan semalam seharian kami tawaf Samosir sampai ke malam (haha!) kitorang belum merasa lagi mandi air tasek Danau Toba ni! Mujur bilik mengadap tasek, kitorang lepas brekfast terus gedebush je mandi, hehe. Seronoknya tengok Aina & Sumatra pandai berenang, jelous~!! aku takat celup-celup kaki sajorh~ hahah. Tapi Danau Toba ni memang dalam tau, even Jaja & Christy pandai berenang & dah datang sini beberapa kali, diorang tak berani nak mandi sini, huhu.
![]() |
| kami mandi di dalam Danau Toba bersama si Danau Toba, epic, hahah |
Lepas mandi, kami terus bersiap & pack barang untuk check out. Tung tang sana sini, ferry pun sampai.. around 10.30 am tak silap.
![]() |
| babai Samosir Cottage, we had a good stay :') |
![]() |
| 1 last glance view :'D I'll be back! |
Sesampai je ke darat Perapat balik, dah ada van tunggu kami untuk ke Berastagi, ni semua Christy yang aturkan, terima kaseh Christy :) Tapi Christy, Jaja & Sumatra nak direct balik ke Medan, patutnya total harga untuk 1 van terus ke Medan Rp 600 k, tapi sebab kami tumpang naik sampai ke Berastagi je, kami bayar Rp 100 k per head kat Christy, hehe.
Masa naik ni, aku lupa nak makan ubat tahan mabuk awal-awal, sebenarnya atas ferry tadi aku dah start rasa pening lalat skit, eh kenapa tah. By the time kami naik van je, aku pun cari lah ubat tahan mabuk (by right kena makan 2 biji & 1 jam sebeblum), lepas tu aku tengok, alamak, tinggal 2 butir je? emmmm takkan aku nak jadi selfish sorok-sorok makan dari Aina, haha kejam gila~! So aku bagi Aina sebijik, aku sebijik dengan harapan tahan lah ubat ni.
Tak sampai 10 minit, hoi melelong driver bawak van! Laluan ke Berastagi kena ikut jalan lain, sebab tu tak sama macam route kami dari Medan, sebab jalan tu bareable lagi, tambah pulak driver pasang lagu disco dangdot, waduh-waduh berdangdut sat la kitorang, hahah! Time ni, jangan cakap aku dengan Aina je rasa nak pitam, si Sumatra yang gagah tu pun dah separa pengsan dah, hahaha. Mujur aku bawak minyak angin & asam, so semua kenduri asam lah kat atas van tu, Aina nyaris nak muntah, adoyai~ ahaha. (*btw, tips korang nak datang Medan, silalah bawak ; pil tahan mabuk Hurix, minyak angin, asam & neck pillow, sangat berguna especially kalau dok kat belakang sekali)
Kami ada mention kat diorang, maybe kami nak turun ke Air Terjun Sipiso-piso terus & balik sendiri ke Berastagi, memandangkan dari Sipiso-piso ke Berastagi +- sejam je. Setelah +- 3 jam perjalanan kami pun sampai ke Sipiso-piso. Masa ni aku tak fokus sangat, sebab aku dok pening kepala, should I split with them here? So aku tengah tanya-tanya transport macam mana nak balik Berastagi & tengah fikir mana kami nak park bag kami sementara nak trekking kat bawah tu. Masa ni aku jeling-jeling je Sipiso-piso, tengah aku usha-usha kedai nak tanya kot kami boleh tumpang tinggalkan bag ke tak, sekali zraaaaangggg hujan owh no T_T Yang tak tahan aku sempat lari dengan Aina snap-snap 1 - 2 gambar kat Sipiso-piso, lepas makin lebat pulak dengan tiba-tiba semua orang lari masuk van bersempit-sempit, hahah! Driver tu pun terus masuk van balik, & Christy tanya, "so korang macam mana?", aku jawab "Proceed je lah Berastagi terus" dengan perasaan yang pasrah :"( uhhh~ Sumatra kata "takpe...tu maknanya kau kena datang sini lagi" huwaaa~
![]() |
| view ni je aku sempat snap, kah! adoyai |
So kami pun sambunglah perjalanan, setengah jam kemudian hujan pun berenti, hmpph~ aku bukak tingkap, huiii bestnya angin sejuuuk.. driver ni pulak pasang lagu best-best sebab stok lagu dangdut dia tadi dah habis, tetibe terkeluar lak lagu-lagu Cranberries lah, Foster the people lah, tetiba Siti Nurhaliza pun hado #eh random betul playlist kau.
Sampai je Berastagi kami berhenti makan.. ni lah kali terakhir kami makan bersama-sama sebab lepas ni nak berpisah :'( Owh no.. dah start rasa diorang ni macam 8 tahun kenal tau :))
![]() |
| lunch time at Berastagi :) |
Lepas makan, kami berhenti di pasar Berastagi, Christy punya baik hati, terus carikan kami hostel untuk menginap, kat depan tugu tu ada lah hostel, tapi dah la mahal, pastu rupa dia macam ...err horror~ Aku segan nak susahkan Christy sebenarnya, tapi aku tengok Aina pun macam tak selesa, aku kena fikirkan Aina jugak, sebab dia ni budak lagi.. So aku cakap kat Christy, boleh tak kita try survey tempat lain, if jauh sikit dari pasar pun takpp, sebab pekan berastagi ni macam busy. So kami sambung naik van, masa ni perasaan aku serba salah, Christy asyik suggest kat aku Mikie Holiday, Rp 425 k (lebih kurang RM 120/nite), tapi aku kalau boleh tak mau ler.. budget aku takat RM30/head/nite je.. Selepas stop kat hotel & hostel yang ke-4, aku mula rasa.. emm aku malas nak fikir lah, sebab masa tu dah hampir jam 5, diorang nak proceed ke Medan lagi tah sampai pukul berapa pulak, aku dah naik segan, aku fikir cheapskate tak cheapskate, orang dah tolong kita, jangan nak memilih sangat, so aku cakap kat Christy, ok la kami tido kat Mikie Holiday tu, huahua.
Lepas dah register & bayar hotel semua, we say goodbye to Christy, Jaja & Sumatra :"| sedih jugak la.. tapi Sumatra kami akan jumpa balik kat airport nanti sebab timing & date flight balik kami same ':D Aku rasa beruntung sangat dapat kenal Christy, baiknya hati dia, mintak diskaun untuk bilik kami di Danau Toba, invite kami share van sama-sama, & siap cari pulak accommodation kami kat Berastagi, kalau takdak Christy mesti kami lost gila :"D
Kat sini sejuk woo.. ala-ala Cameron Highland, masa kami menapak nak ke bilik, I rasa macam kat negara omputih lak, dah la dok hotel 4 star, hahah! Check-in je bilik, fuihhh gila kau kalau dah harga Rp425 tak selesa? mewah lah cara hidup kami kejap, kami duduk ni bilik paling kecik & murah, yang comelnya, dalam bilik ada gambar strawberi, motif?? hahah.
![]() |
| gambar sumber google |
![]() |
| comel ngak biliknya? lol |
Kami pun bermalas-malasan & bersihkan diri. Lama jugak lah kami melepak dalam bilik, almaklumlah..hotel cantik..ada tv pulak tew~ owh dan sempat jugak membasuh & menyidai baju, hahah. Dalam pukul 8.30 pm macam tu kami keluar bilik, konon nak cari makan, tapi hampeh 1 disadvantage dok kat sini, takde kedai, kedai makan yang ada semua tutup at 8 pm, kalau nak ke pekan pun, angkot terakhir pukul 8 malam. Takkan nak makan makanan hotel, huhu mesti mahal, aku nyarisss nak mengopi kopi hotel tapi aku meng-zen-kan balik diri aku ni, hahah.
So, kami pun just jalan-jalan tengok keliling hotel yang cantik, dengan cuaca sejuk, fefeling winter :P Dah tawaf 1 hotel & lepak-lepak, kami pun pulang semula ke bilik, bancuh kopi dan megi, hahah. Sebenarnya time ni takde lah lapar sangat sebab lunch tadi kami makan macam-macam ":D
Sebelum nak tido, TV pasang cerita American Beauty pulak.. memang syioklah layan lah sampai terlena..zZZzz~
Thursday, 5 February 2015
Ruangan Bajet Travel
Semalam kat group MBC, ada 1 komen yang telah mencetuskan kontroversi, gua layan popcorn je, nak mencelah, aku pun baru setahun jagung je, hehe. Pasal post tu, aku bukan nak salahkan pompuan tu, actually aku paham niat dia mungkin baik, taknak orang stranded kat Jepun (*ops) tapi, bila dia mula gelakkan and cabar salah seorang (atau semua) yang komen post dia tu, bagi aku seolah-olah kau memperlekehkan kemampuan orang lain yang boleh travel secara budget.
Aku yang dah penah pi Osaka pun boleh jadi goyang kejap takut kalau nak pi area Tokyo. Niat dia baik, tapi cara dia respon salah. Kita ni, kadang-kadang mungkin memang tak setuju atau paham dengan cara orang, tapi sekurang-kurangnya kita respect pendapat orang, jangan asyik nak menang je, sebab kita tak tahu, esok lusa, mungkin orang tu betul.
*btw yang komen lebih-lebih tu pun, amboi amboi dah kenapa menganjing-anjing?? kita pun tak tentu bagus mana lagi.
Aku turut emo pasal post tu bukan ape, sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama dulu, bila dimana aku bagi certain amount of budget travel kat kawan aku yang tengah duduk kat oversea tu, dia macam tak bagi aku pegi kesana sebab katenya budget tu tak cukup, takut aku ni hanya menyiksa diri-sendiri. hmm..
But anyways, I did it, went to Japan for only RM835 (minus shopping & flight) for 6 days, If I can made it in Japan, Insyallah I can made it anywhere, since it is 1 of the most expensive country. Soal dia, kau sanggup ke tak nak travel cara gitu? ada orang rasa benda tu membebankan, tapi bagi aku, part beban tu time kau tengah kat Mesia je, buat research macam nak gila, but once you are there, at least kau tak clueless sangat & masa travel aku enjoy hidup seperti seorang hobo/nomad, hahah. Kalau takat nak bersenang lenang, lebih baik aku book hotel kat Penang saja. Anyways, different people have different travel definition kan.. as for me.. I travel to learn, mencari nature, tengok culture luar & challenge diri aku untuk berada di luar comfort zone.
Tips travel aku tiap-tiap kali travel, aku bawak buku log aku, jot down expenses aku before tido, at least aku boleh gage apa akan jadi for the rest of the trip & sedarkan diri bila terlebih spend tu, huahuahua.
Aku memang prefer tulis atas kertas dari taip dalam phone, sebab kita boleh conteng-conteng, congak-congak, simpan-simpan, dan belek-belek, hehehe.
Aku suka bila balik dapat bawak duit baki, memanglah kekadang ada sikit rugi, tapi sebab selalunya duit baki tu lah emergency cash aku & jumlah duit yang tinggal bila aku sampai Mesia, hah hah ha!
Dan yang bagusnya, benda ni macam report card kau lah, aku tengok prestasi Trip Phuket aku adalah yang tercorot sekali, Rm1400 (including flight & shop) untuk 4 hari, humaigadd kau buat apa kat sana spend sampai banyak tu Nash?? hahah
Owh, dan sebab selama ni aku travel budget, aku rasa lepas ni aku kena start bentangkan budget-budget travel yang aku dah berjaya buat kat blog supaya senang untuk reference diri-sendir & kawan-kawan nanti :)
*actually entry ni jugak sempena nak ucap babai kat "My Travel Expenses Book" sebab dah penuh guna T_T kena lah ganti buku baru, I love you book, I love you paper texture, your thickness, your pwetty & fancy cover decoration, your petite size, your rustic color & your everything nice #designersyndrome #okbye
Aku yang dah penah pi Osaka pun boleh jadi goyang kejap takut kalau nak pi area Tokyo. Niat dia baik, tapi cara dia respon salah. Kita ni, kadang-kadang mungkin memang tak setuju atau paham dengan cara orang, tapi sekurang-kurangnya kita respect pendapat orang, jangan asyik nak menang je, sebab kita tak tahu, esok lusa, mungkin orang tu betul.
*btw yang komen lebih-lebih tu pun, amboi amboi dah kenapa menganjing-anjing?? kita pun tak tentu bagus mana lagi.
Aku turut emo pasal post tu bukan ape, sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama dulu, bila dimana aku bagi certain amount of budget travel kat kawan aku yang tengah duduk kat oversea tu, dia macam tak bagi aku pegi kesana sebab katenya budget tu tak cukup, takut aku ni hanya menyiksa diri-sendiri. hmm..
But anyways, I did it, went to Japan for only RM835 (minus shopping & flight) for 6 days, If I can made it in Japan, Insyallah I can made it anywhere, since it is 1 of the most expensive country. Soal dia, kau sanggup ke tak nak travel cara gitu? ada orang rasa benda tu membebankan, tapi bagi aku, part beban tu time kau tengah kat Mesia je, buat research macam nak gila, but once you are there, at least kau tak clueless sangat & masa travel aku enjoy hidup seperti seorang hobo/nomad, hahah. Kalau takat nak bersenang lenang, lebih baik aku book hotel kat Penang saja. Anyways, different people have different travel definition kan.. as for me.. I travel to learn, mencari nature, tengok culture luar & challenge diri aku untuk berada di luar comfort zone.
Tips travel aku tiap-tiap kali travel, aku bawak buku log aku, jot down expenses aku before tido, at least aku boleh gage apa akan jadi for the rest of the trip & sedarkan diri bila terlebih spend tu, huahuahua.
![]() |
| jot down your date, daily expenses & breakdown the whole trip at the end of the trip |
Aku memang prefer tulis atas kertas dari taip dalam phone, sebab kita boleh conteng-conteng, congak-congak, simpan-simpan, dan belek-belek, hehehe.
Aku suka bila balik dapat bawak duit baki, memanglah kekadang ada sikit rugi, tapi sebab selalunya duit baki tu lah emergency cash aku & jumlah duit yang tinggal bila aku sampai Mesia, hah hah ha!
Dan yang bagusnya, benda ni macam report card kau lah, aku tengok prestasi Trip Phuket aku adalah yang tercorot sekali, Rm1400 (including flight & shop) untuk 4 hari, humaigadd kau buat apa kat sana spend sampai banyak tu Nash?? hahah
Owh, dan sebab selama ni aku travel budget, aku rasa lepas ni aku kena start bentangkan budget-budget travel yang aku dah berjaya buat kat blog supaya senang untuk reference diri-sendir & kawan-kawan nanti :)
*actually entry ni jugak sempena nak ucap babai kat "My Travel Expenses Book" sebab dah penuh guna T_T kena lah ganti buku baru, I love you book, I love you paper texture, your thickness, your pwetty & fancy cover decoration, your petite size, your rustic color & your everything nice #designersyndrome #okbye
Sunday, 1 February 2015
Medan Day 3 - Pulau Samosir, Danau Toba (misi ukur jalan,lol)
Good Morning Danau Toba!
Wahhh tak sangka we'oll dapat menginap tempat cantik cenggini walaupun trip budget, hih hih hih.
![]() |
| good morning Danau Toba~! |
Tadi kami breakfast order pancake, dalam gambar macam pancake McD tu, tapi yang sampai pancake lain, hah ha! Kami jugak paksa diri untuk makan Pop Mee & makan sebanyak mungkin, sebab harini takde arah tuju lagi, so takut susah nak cari food nanti.
![]() |
| pancake Samosir? kehkeh |
Balik bilik, pack-pack ape yang patut & terus ambik motor sewa. Harga sewa 24 jam rp100 000. Aina kata, kita dah bayar ni, kita kena lenjan motor ni cukup-cukup, aha I like that concept Aina! hahah!
Kitorang mula kan perjalanan agak dah lambat, dalam pukul 11 pagi, sebab malam tadi tido puas-puas, Aina pun 24 jam tak tido lepas exam terus buat hal nak travel, so memasing lambat bangun, tu yang lambat tu. Sumatra & the geng ajak kami join diorang, tapi kami decide untuk bergerak sendiri.
Kami ni memang takde arah tuju, hanya berbekalkan peta yang tak seberapa yang hotel bagi, kami bedal je bawak motor. Kami berani ride tanpa arah tuju sebab jalan di Samosir itu 1 lorong je, so tak risau la kalau balik nak sesat ke apa, sebab memang takde jalan lain nye pun.
![]() |
| lunyai peta dikerjakan, lol |
![]() |
| 1st point, weehuu~ |
Bermula dari Tuk-Tuk kami ke Ambarita dulu, lepas tu tah macam mana tembus patah balik ke ke Tomok pulak. Kawasan Tomok ni lah yang ada town tempat orang-orang beli souvenir, masuk kedalam sikit boleh nampak kawasan perkampungan yang rumah nye jarak 1 km, 1 km, heheh. Dari segi scenery, bukit-bukau dia mengingatkan aku kat Taiping sikit.
![]() |
| Rumah orang Batak |
![]() |
| di area Tomok |
![]() |
| cantik kan, fefeeling NZ tak? lol |
![]() |
| wow terus rasa nak posing macam ala-ala bideo-clip, lulz |
![]() |
| cool kan diorang pergi sekolah macam ni?! |
![]() |
| hahah power budak kecik ni bawak motor |
![]() |
| kami menunggang dari kawasan teluk seberang sana |
![]() |
| kawasan ni tinggi |
![]() |
| owh jumpa air terjun di tepi jalan! |
Lepas tu terus ride sampai nampak signboard kami dalam kawasan Onan Runggu. Bagi aku, kawasan Onan Runggu ni sangat tenang, kawasan ni banyak macam ladang-ladang & have a very nice look out point. Onan Runggu ni kawasan tinggi kut sebab masih berkabus. Atas motosikal memang kitorang menggigil beb, hahah.
![]() |
| sekitar Onan Runggu |
![]() |
| break kejap to enjoy the view :) |
![]() |
| panoramic view sekitar Onan Runggu |
Ride punya ride, dah berjam-jam lamanya, Aina dengan konfiden kata, "Kita dah nak habis pusing 1 pulau ni", aku masa tu tersalah tengok peta kot (aku tukang tengok peta, Aina driver, heheh), aku pun siap cakap, "good job Aina, we are on the right track!", lepas tu aku macam rasa pelik, kalau kita dah 3/4 dari keliling pulau, kenapa aku dok nampak seberang tu bukit-bukau yang sama? dan masa tu jam dah menunjukkan pukul 2 pm, hah hah ha! Aku dalam hati dah panik sebenarnya, kalau pukul 2 pm belum separuh pulau, pukul berapa pulak nak sampai kat hotel balik (lokasi hotel dia kawasan Tuk-Tuk). Tapi aku taknak panik kan Aina, so aku tipu dia, aku cakap, ok kut kita sempat ni, redah je lah Aina, hahahaha padahal dalam hati aku, Tuhan saja yang tau, cuba kau bayangkan, kalau gelap, kawasan kampung ni, dah la takde lampu, keliling hutan berbukit-bukau, tapi ahhh, masa ni aku malas nak risau-risau.
Setelah sejam perjalanan, Aina pun mula rasa tak sedap hati, dia pun dah mula rasa macam, apasal macam makin jauh ni?? so aku confess kat Aina, "Aina...sebenarnya, kita baru separuh pulau, kita ada separuh pulau lagi nak habiskan, and time tu dah pukul 3 pm, hahaha. So kami buntu, samada nak patah balik (which are 4 hours journey way back) ataupun teruskan perjalanan. Aku cakap kat Aina, takpe, kalau lah kate hari dah gelap & masih tak sampai hotel, kita bermalam je kat mana-mana coz I bring extra cash & kita pun ada bawak bekal makanan & extra cloth (budget pagi tadi nak mandi air terjun, waklu betul, hahah). Aina pun setuju dengan idea aku, & dia rasa tenang balik.
![]() |
| kat Pulau Samosir ni punya lah banyak tugu, aku tak pasti apa signifikasinya |
![]() |
![]() |
| Tugu lagi, ingatkan dah sampai tempat UFO mendarat tadi, hahah |
Perjalanan disambung dar Onan Runggu, kami jumpa signboard, horey! Singboard menunjukkan kami dah masuk kawasan Nainggolan. Mak ai... Singboard kat sini... dah la 1 daerah 1 signboard, takde navigate berapa kilo pulak tu, memang bawak mengucap banyak-banyak, kerja gila tau kitorang ni, hahah! Aku cuba untuk google map, memang takda navigation, tak pasti la samada kat atas ni tak berape nak ada line atau memang google map sini memang tak cover, tak pasti lah.
![]() |
| susah tau nak jumpa signboard hijau kat Samosir ni! |
Naninggolan pulak, bagi aku scenery dia macam kita kat kawasan Kedah or Perlis, kawasan sawah padi, tapi di tepi tasik :) Sampai lah kami lalu 1 kawasan, kalau tak silap di kawasan in between of Nainggolan nak ke Urat, aku nampak air tasik nya hitam, meremang bulu roma aku, aku cakap kat Aina, "Aina...hitamnya air dia... seram tengok, rupanya few days later lepas aku bersembang dengan orang local, rupanya itu memang kawasan Tasik Danau Toba yang paling dalam, sedalam 1000 m, Subhanallah..
![]() |
| sekitar Nainggolan |
![]() |
| kasi can jap, hehe |
Motor kami ni, meter minyak dia rosak, jadi since dari Tuk-tuk tadi masa kami baru ambik motor tadi tengok meter E, tapi bukak tangki penuh, lah rosak ke... ok takpe lah. Masa dalam perjalanan aku asyik tanya Aina, sebab aku tak reti naik motor ni.. aku tanya Aina, selalu 1 tangki penuh motor ni boleh tahan berapa lama? dia kata dalam seminggu, so aku pun lega lah dengar macam tu, tapi tu mungkin sebab jarak dari kampus ke kuliah je like around +- 4km per day, memanglah boleh tahan seminggu kan. Tapi tak sangka pulak kami nak tawaf 1 samosir harini! Pulau Samosir tu sendiri besarnya hampir seperti Singapura, 640 km, haha!
Nak dijadikan cerita, masa kami di kawasan Urat, tiba-tiba motor perlahan, & Aina cakap.."minyak motor da habis.." dengan nada yang flat, aku ingat dia main-main, siap tanya "so I kena turun ke ni..?"kahkah. Ok, aku punye respon masa tu was like..takda perasaan, tak panik tak dak rasa apa, Aina pun just termenung pasrah sambil drag motor tu. Kami hampir buntu, jalan punya jalan, kami jumpa kedai tayar...! Alhamdulillah~ Ada 2 orang bujang melepak kat kedai tayar tu, tengah tidur, so kami terpaksa kejutkan diorang, bebudak tu kata diorang takde jual minyak, tapi diorang punyalah baik hati, transfer kan minyak sikit kat kami untuk kami patah balik cari kedai berdekatan yang jual minyak, ooo thank God.. :'D lepas tu kami tanya, berapa nak bayar ni? Mamat tu kata, tak payah bayar.. hah?? ye ke?? Alhamdulillah baiknya diorang ni :"D
So kami pun berpatah balik, less than 1 km, dah jumpa kedai jual minyak, lah... ini kalau jalan kaki tadi pun dah sampai, adoi...susah-susah je dorang bagi minyak kat kami tadi, punya lah baik hati. Tapi aku dengan Aina notice, orang-orang kat sini kalau kita tanya lokasi A ke lokasi B tu jauh ke tak, mesti diorang kata jauh untuk jalan kaki, padahal idokler jauh sangat pun. Anyways, kami pun beli lah minyak 2 litre dengan harga rp20 000.
Kami pun meneruskan perjalanan, jam menunjukkan dah pukul 5 pm, huhu sempat ke ni.. tawakal je lah labuuuu ada 1/4 pulau lagi ni nak sampai Tuk-Tuk, fuh~
Lokasi seterusnya kalau tak silap aku nak masuk daerah Pengururan, kami jumpa 1 scenery ni punyalah cantik, tapi tak pasti ni Gunung apa.
![]() |
| ahhhh the reward after hours of ride~! |
Dah snap-snap gambar, kami teruskan perjalanan, tiba-tiba dah masuk pekan yang sibuk, polis lalu sebelah kami je, kitorang dah la tak pakai helmet, selamber gila, hahah! Di Pengururan ni lah ada pelabuhan yang kau boleh seberang ke darat, Aina sampai cakap kat aku, "ni kalau kalau kita nak sambung pegi Berastagi pun dah boleh sangat dah ni,"hahahah! Kalau tak silap aku, Pengururan ni lah jalan darat yang kita boleh guna untuk menyeberang ke darat, instead of guna ferry dari Parapat tu. As we can see from the map attach, dari Pengururan tu dah boleh sangat nak cross over ke darat sebelah sana.
![]() |
| *sumber dari google* Pergh, berapa jauh kami pusing |
Masa di Pengururan jam menunjukkan dah pukul 6 pm, aku tengok peta, jarak Pengururan ke Tuk-tuk 42km lagi, humaigaiii~ Aku cakap kat Aina, "takpe kita jangan risau, I selalu jogging 2 kali keliling tasik Shah Alam dah 10 km, so jarak kita ni lebih kurang 8 kali pusing Tasik Shah Alam je Aina, sikit je lagi, sikittt..." padahal dalam hati, tawakal je lah ape nak jadi pun.
Akhirnya, kami dah masuk kawasan Simanindo, lalu bersorak, horey~! masa tu dah pukul 7 malam, sekali hujan pulak, mujur memasing bawak baju hujan. Tapi, mencabar gila, hari dah mula gelap, lampu jalan memang tak ada, kiri-kanan hutan, dah la sejuk, tambah hujan pulak, masing-masing menggigil & basah atas motor, misi ni menjadi semakin gila! hahah, sampai ler tersalah masuk perkampungan mane tah, sampai lintang pukang kena kejar anjing, dalam gelap pulak tu! kahkah wth!
Pecut punya pecut, akhirnya, kami sampai pun ke kawasan pekan kecik depan kawasan hotel kami, tapi tak sure pulak nak masuk lorong yang mana. Kami terlalu kedai makan muslim, so kami park motor and terus makan, takut kat hotel nanti taktau nak makan ape pulak. Kami pun order Ayam penyet & nasi goreng, memang tak snap gambar apa, masa tu masing-masing dah lapar & pasrah, sambil makan sambil layan dangdut kt tv kedai makan tu, kehkeh.
Perut dah kenyang, baru lah terbukak mata nak jumpa jalan pulang, Alhamdulillah... aku tau..sebenanrnya dua-dua berdebar-debar semasa perjalanan sebab nak kejar masa and takut sesat, jadi kami memang tak berhenti makan, just berhenti rehat kejap & snap gambar. Perut hanya bergantung kat biskut kosong & cloud 9 yang kami bawak, fuh gigih tau.
Masa sampai kat bilik, masing-masing bersyukur sangat, fuh lega beb, tak sangka kami berjaya ukur jalan 1 pulau Samosir, what a kerja gila, tapi rasa kepuasan, sebab apa? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. The rewards, macam-macam scenery kami dapat harini, seronok! Memang kena lah konsep nak lenjan motor tu cukup-cukup kan, hehehe.
Ape pun, aku tabik spring kat travel partner aku si Aina,sebab dia sangat cool di sepanjang perjalanan, & skill bawak kapcai dia memang power! sebab certain places memang takde jalan, just batu-batu besar, aku pulak yakin bulat-bulat lah tak terjatuh tergolek ke ape kan, hah ha!
Malam lepas bersihkan diri, Sumatra & Jaja datang lepak bilik kami, "weyh weyh, mana korang hilang 1 hari??!" kami pun cerita lah apa kerja gila kitorang buat siang tadi, Jaja kate dia jelous sebab dah 3 kali dia datang Danau Toba pun dia tak penah explore 1 pulau, hehehe.. Kami sembang-sembang & bincang apa plan esok, lepas tu masing-masing pengsan tak sedarkan diri... zzZzzz~
![]() |
| Gambar award kami, hahah! horey~! we made it this far! & I don't mind to repeat this kind of adventure again, heyhey~! |
Malam lepas bersihkan diri, Sumatra & Jaja datang lepak bilik kami, "weyh weyh, mana korang hilang 1 hari??!" kami pun cerita lah apa kerja gila kitorang buat siang tadi, Jaja kate dia jelous sebab dah 3 kali dia datang Danau Toba pun dia tak penah explore 1 pulau, hehehe.. Kami sembang-sembang & bincang apa plan esok, lepas tu masing-masing pengsan tak sedarkan diri... zzZzzz~
Subscribe to:
Posts (Atom)








































































