Saturday, 8 August 2015

Siem Riep Day 3 - Dinner & Massage



Sesampai hostel, aku tengok Netherlands couple & Chel dah takde, so aku pun ingat, mandi dulu lah. Dah selesai mandi diorang masih takde, so aku golek-golek atas katil, hujan masih belum berhenti, mulalah rasa rindu kat kawan-kawan, sedihnya..diorang berongeng sampai malam lupakan I..wuwuw..hahaha, tapi hujan lagipun, mesti diorang stuck kat mana-mana ni.

besar ke idak katil? kalau seludup sorang lagi pun boleh #eh

Nak lelap tak boleh, nak keluar tak boleh, perut dah lapar, aku dengar dormmate yang lain tengah bersembang-sembang, teringin nya nak join, tapi takkan nak terjah je. Aku try naik rooftop, tutup terus pulak, aarrgghh nak lepak mana ni?! Lalu aku just ambik Siem Reap guide untuk bace & lepak di tangga, dengan harapan hujan berhenti. Tunggu punya tunggu, dormmate aku yang bising-bising tadi pun keluar bilik, diorang pun dah tak tahan kot, so aku pun saje lah tegur,

"It still raining!",
1 minah saleh tu pun reply "yeah, we are hungry, maybe we just gonna go anyway",
aku "ya, I need to return my bicycle, maybe I will just go anyway",

Then keluar lagi 2 orang mat salleh, we all say hi & ask each other dari mana, 1 guy from Czech, 1 guy from Netherland (lagi!*dua-dua tak ingat nama), another girl from Netherland (Iris) jugak, & lagi sorang girl from US (Liz). Sembang-sembang, mamat Netherland tu ajak aku join dinner, aku ter-pause kejap, adakah diorang akan makan kat tempat yang aku tak selesa or mahal2? tapi nanti kalau kawan-kawan aku balik acane? bla bla bla?, eh pegi je lah Nash, aku pun dah lapar sangat ni, so aku kata "Ok! let me grab my stuff".

Diorang berempat tunggu aku kat depan hostel, lepas tu, aku paksakan diri ringankan mulut & buat muka tak malu tanya,
"erm, sorry, just curious, what kinda place you guys want to go for dinner? is it like a fancy place or just a cheap one?"
Netherland guy tu reply "woow we are not gonna go for expensive place, probably anything that's reasonable"

Ok jackpot, aku bawak je lah depa kedai makan semalam, because my dinner only cost me 3 usd, hihi. Once we reach the kedai makan, they kinda like it! Yang kelakar, waitress tu nampak je kami, dia terus cakap, "owh! you guys are back!", lepas tu aku reply, "own no, it just me, these are the other friends", lepas tu waitress tu toleh kiri kanan, "aaahhh..yaa different person, only you same, haha!"

Aku terus order seafood fried noodle, & cakap kat diorang, "I go return my bicycle first, then I'll be back", diorang, "Ok sure!", sajelah aku bawak diorang gi kedai makan dulu, sebab tau depa lapar, haha, & the fact kedai basikal +- 500 meter je, aku tanya toke kedai basikal, kawan-kawan yang lain dah balik tak? dia kate takde, huhu aku hampa.. & patah balik ke kedai makan.

Sesampai ke kedai makan balik, they all looks happy bila makanan sampai, haha bagus.Seronok dengar cerita travel diorang, aku dapat rasakan, rata-rata orang Netherland ni memang friendly, masa kat Chiang Mai pun, yang paling friendly adalah orang Netherland, compare to U.S., U.S. are friendly, tapi tak se thoughtful orang-orang Netherland, ntahlah, aku rasa diorang lebih sincere dan tak judge, base on my experience yang tak seberape ni, observation sajorh, huhu.

Lepas makan dan sembang, diorang decide untuk minum kat pub street, aku fikir, sebab aku tak kenal diorang sangat, so maybe aku split & do my  last shopping since esok nak balik. Mamat Netherland tu tanya, "Owh, so you don't drink at all? If you drink does that make you a bad person?", so aku pun jawablah apa yang patut, huhu..but aku respect, sebab cara dia tanya, more to curious, rather than judge, you can differentiate that :-)

Before kami split, mamat Netherland tu kata nak balik hostel jap, sebab tadi dia minum beer, dia nak simpan botol tu as a collection, dia cerita kat aku, 1 day, dia ada rumah, dia nak display semua botol beer yang dia collect kat 1 bilik special, hey..aku suka hobby dia ni, ye lah, aku ni graphic designer, suka nau simpan sampah as a reference, tak sangka lak orang lain pun suka simpan sampah, hahaha! Aku pun follow dia ke hostel, aku cakap "ya I think I should follow you, just in case if my friends are back".

Sampai je hostel, aku nampak sekumpulan Teletubies @ kumpulan baju hujan, hahaha! Chels, Guusje, Wouter & Victorio pun ada, gembiranya aku terus meloncat & excited "you guys are back!!",  and they all scream "Nashhh you are here! we all are waiting for you!" ahhh, masa ni aku rasa macam nak nangis, Wouter even write me a note, kot-kot aku balik bilik diorang dah takde, thoughtful nya :'D. I say goodbye to the Netherland guy, btw Wouter pernah terserempak Netherland guy tu kat Bangkok, aku tanya Wouter, "sorry, I forgot his name, what his name Wouter?", Wouter reply, "honestly, I don't remember, I only say hi to him at the airport because he's a Dutch, lol", ahahaha so sampai harini kami tak ingat nama dia, haha.. Chel siap tanya aku, "you hang out with them? are they ok? because they all looks like a bit snob", pastu aku cakap, eh tak adalah, they all were so nice to me, I wish I bumped into them again 1 day =D

gambar di ambil semasa ketiadaan aku, ni lah Teletubbiesnya! haha comel!

Sebenarnya kejadian terserempak balik di hostel amatlah nasib baik, sebab kalau ikut plan, diorang nak pulangkan basikal & terus pergi massage, tapi dek sebab kedai basikal dah tutup, diorang terpaksa balik hostel untuk park basikal, kalau tak mesti kami tak jumpa, ok part ni aku bertuah, yay :'D *susah tau takde henpon, kena bergantong kat nasib, haha

So kami dengan gembira berjalan ke kedai urut, mujur diorang pun dah dinner, Chel bawak gi makan kedai burger semalam, happy mat-mat saleh tu dapat makan french fries, lol! Sampai kedai massage, we all decided to get 1 hour full body massage, 5 usd per hour, it's reasonable, tapi harini bukan Cambodian massage, but a Thai massage, best jugak dapat experience 2 different massage in 1 trip.

Kami dibawa ke level atas, aku ingat eh ape ni, jangan pelik-pelik, owh rupanya dia sediakan 1 bilik untuk kami, semua orang kena tukar pyjamas, hahaha comel gila, dah macam slumber party! Guys have their own tukang urut lelaki, so kira proper la tempat ni. Masa urut ni kelakar, sebab aku seorang yang sangat sensitif disentuh-sentuh, jadi terbongkar lah rahsia aku kat semua orang, wakaka.

slumber party, horey~

Lepas massage, diorang nak sambung minum kat bar, sekali Guusje mention dia rasa macam nak minum kopi je after the massage, aku macam tak percaya, aku gembira sebab ada geng minum kopi, haha! So everybody order for coffee, horey =D

Tengah sedap minum-minum, bar tu nak tutup pulak, bar ape lah tutup awal-awal ni, dah kena halau, adoi..beli kopi mahal-mahal ingat boleh lepak lama. Tapi, ada hikmah disebalik cerita, sebab pub tu nak tutup cepat-cepat, Chels bagi idea kat aku, try bagi note 20usd yang bersalotape tu, & aku pun hulur duit & act casual, surprisingly diorang tak perasan, maybe sebab tak sabar nak tutup kedai kot, haha! Dalam kes ni Chel dah selamat kan aku, horey :'D

So kami pun beredar, ingatkan diorang nak balik, sebab badan aku pun dah agak tak larat, sekali diorang heret aku masuk club, ayamakk, no.1 sebab club, Im not a party people, no.2 adakah aku kena spend duit untuk minuman lagi?? aarghh, ooh tapi tidak ye, diorang just party crash, suka hati je nak menari, wahaha. Aku memula macam cuak sikit, tapi Victorio ni pun bukan jenis party jugak, tapi, aku tengok, Guusje, Walter & Chel menari macam main-main, so aku layan je lah, hahaha! I just ignore what happens around me, it's more like having fun with my own friends, nothing kinky ke ape & I like the fact that we all had coffee, so nobody are drunk or so whatever. Best, sebab kitorang menari bodoh-bodoh, siap buat robot dance, lulz, dah la pakai seluar jogging, dengan selipa, & windbreaker di pinggang, bidan terjun gila, what an experience, sambil-sambil tu layan light installation dia, nice gila.

Dah pukul 2 am, kami pun pulang ke pangkal jalan, lulz, memandangkan Wouter & Guusje flight pagi esok, hah eloklah tu, aku pun dah tak larat, rindukan katil, huhu. Esok pagi kalau sempat maybe we all will have breakfast together & say goodbye, uh.. sedih..

Siem Riep Day 3 - Sunrise, Free & Easy


 *hahaha dah kenapa tetibe Siem Reap Day 3? apa jadi entry Taiwan woi? hmm busy sangat tak sempat update, aku update entry ni sebab aku rasa hri ke 3 di Siem Reap amat manis masam manis, hehe, ada masa aku susun entry balik.

Memandangkan semalam balik agak lewat, so I just slept for few hours only. Memula muskil gak, adakah benar aku akan bangun seawal 4.45 am seperti yang dijanjikan? lulz, dengan takde alarm clocknya. Mujur masa Netherlands couple tu bangun & bersiap, aku macam tersedar, & then diorang kejutkan aku, "Nash, it's almost 5!", ok ok aku bangun ni, gosok gigi, basuh muka, sarung seluar, siap dah. Kami kejutkan Chel lagi sekali, dia kata dia rasa macam malas nak pegi, ah sudah..aku mula-mula, uhuh ok, maybe aku bole kot guide couple Netherlands ni, maybe..aku ingat jalan, tapi.. ni semua idea dia, kalau kitorang sesat macam mana?? mane boleh lepas tangan kat aku macam gini T_T ahh, so aku cakap "but..I'm not sure I know the way to cycle to Angkor Wat or not", which is sebenarnye aku memang tak konfiden, so dia pun tukar fikiran & bangun, fuh~

Maka berempat lah kami mengayuh selaju "Le Tour di Siem Reap" dalam keadaan gelap-gulita, tapi gelap-gelap pun, masih boleh nampak jalan, dengan perut kosongnye, sempat gak aku mengunyah cloud 9 sambil mengayuh, hahah!



Tak silap +-10 km kami kayuh dalam masa setengah jam, sampai hari dah cerah, tapi tak kesah lah, kayuh je ler.. & then, sampai lah dekat guard nak masuk compound Angkor Wat, kena tahan, aaarrgghh.. sebenarnya aku dah jangkakan benda ni akan berlaku, tapi aku malas nak bertekak, & mana tau kot nasib baik leh masuk kan? Kami try negotiate dengan guard-guard tu, Wouter bagi reason baik punya, "We fly across the world just to see sunrise in Angkor Wat, plzzzz~~", hahah mujur guard berhati lembut, dia gelak & suruh kami park basikal kat balai tu & jalan kaki ke Angkor Wat, ok la, dah tak jauh pun, dalam +- 500 meter je, & dia bagi kami pegi tengok untuk setengah jam je (setengah jam la sangat :P)

Aku tau masing-masing dah pasrah sebab hari dah cerah, matahari pun tak nampak sebab menyorok belakang awan, it was cloudy as what we googled. Tapi, cuaca ni, kuasa Tuhan, rezeki masing-masing lah, sebab tu aku tak kesah nak pegi jugak, walaupun diorang dah google kata cloudy, hey, at least we try kan?


So kami decide untuk have breakfast di tepi tasik tu sambil menghirup udara segar pagi di Angkor Wat, which for me is quite a nice activity jugak :) sungguhpun aku hanya menghirup kopi semalam yang belum habis, namun enak betul rasanya, haha!

gambar candid, tah hape la aku tengah goreng tu, haha

Wouter tinggi sangat, kesian kami, lulz

Masa kami tengah sembang-sembang, ada 2 orang budak Cambodian nak jual bunga teratai, kami tak beli, tapi Wouter sangat baik hati kongsi kek yang dia tengah makan dengan budak-budak tu, happy betul diorang, makan kat tepi kami, pastu diorang macam nak lagi, aku pun bagi 2 paket biskut Munchy's kat budak-budak tu, amboi happy! Tetibe budak-budak tu duduk 1 port sambil bukak macam-macam makanan dari bag kertas diorang, tembikai lah, roti lah, heyy...banyak makanan rupenya! hahaha! Lepas tu siap mintak lagi dekat Wouter sambil pegang perut & cakap "nyum nyum?", Wouter terus cakap "What nyum-nyum?? you got watermelon, cookies & everything, you guys have more food than us, man..!" hahah! Orang semua pun dah balik, so kami pun beredar.

tengai aim la tew~

bebudak "nyum-nyum", haha

 Sampai je kat tempat basikal, ah sudah, kunci basikal Netherland couple ni hilang pulak T_T, so nak sejam jugak lah cerita mencari kunci tu, aku kerja jaga basikal je lah, tengah tunggu-tunggu tu kena kerumun anjing pulak, ahhh tak selesa nya macam ni *tengah kerumun tu siap ada adegan anjing gadoh-gadoh, aahh apa niii T_T Nak dipendekkan cerita, mujur ada workshop kat tepi tu je, so diorang tolong pecahkan lock basikal tu, fuh~

Dalam perjalanan pulang, we split at a junction, sebab Netherland couple tu decide untuk mengayuh ke Tonle Sap macam yang kami buat 1st day haritu, hehe good luck! At 1st diorang ajak breakfast dulu, tapi aku memikirkan nak save duit (coz it just breakfast), & Chel pun cakap kat aku, dia rindukan mee sedap, hahaha, so kami decide untuk split.

tak dapat sunrise, masih hepi, hihi thanks gaiss~ *aku dah rupa macam rakyat Cambodia tulen

Sesampai hostel, Chels kata dia nak pi cari telur untuk breakfast, sambil tu aku siapkan mee sedap dia, aku naik pantry, hai belum siap lagi, semalam cakap dengan aku patut malam semalam dah kemas, ni dok renovate lagi, mula lah timbul rasa tak puas hati. Tujuan aku tido hostel sebab nak kemudahan pantry & computer! Kalau tak baik aku tido hotel je! So tetiba membuak-buak rasa nak complaint, aku pi kat receptionist,

"You told me yesterday the renovation will get done by yesterday, but why now still on renovation?? How am I suppose to use the pantry & computer, this is not fair for me as a customer?!"

Receptionist tu baik sebenarnye, dia siap call dia punya boss, pastu boss dia bagi jawapan paling tak releven,

"because normally not every customer will go to the rooftop",

adoii but that's not my problem T_T aku perlukan facilities hostel korang paham tak T_T. Pastu aku cuba nasib tanya discount, ye lah, dah dia potong facilities aku kan, pastu dia reply

"pantry & computer are free, so no discount",  aaarghhh aku malas nak gadoh dah, tapi last sekali aku cakap baik-baik, "please tell your boss, it is not fair for you to do this to your customer, you close it for 3 days! this is a complaint!",

pastu aku blah & sempat curi 1 majalah Siem Reap guide depa, memandangkan dia potong facilities computer aku, huh padan muka! *btw aku still pulang kan balik lepas baca, lol #masihberhatiperot & esok, rooftop itu masih belum siap-siap T_T

Pastu aku cuci muka & terus sambung tido dulu. Sebenarnya masa ni aku serabot sikit, aku rasa adakah aku akan tertidur untuk sepanjang hari? sebenarnya mental aku penat sikit sehari dua ni, bukan badan ya, tapi mental, aku cuba untuk tak spoilkan trip ni. Dalam pada masa sama, masih fikir, rugi tak aku skip Phnom Kulen ni? Tapi aku perlukan rehat kejap ni, so aku positivekan diri, cakap, "Nash, kau kerja penat, hari-hari balik malam, weekend sambung freelance lagi, why not harini rilex, & enjoy je cuti ni, pretend as a fancy weekend maybe? kalau tak tau nak buat ape maybe aku akan ke saloon or buat benda-benda nonsense petang japgi, haha, jangan pressure-pressure", fikir punya fikir, sampai terlelap, haha~

After +- 1 hour nap, aku bangun untuk mandi & buat hal makan, si Chel ni dia pi patahkan set sudu garfu Daiso aku pulak, aku baru pakai sekali T_T. Tapi sweet jugak la dia belikan aku telur, since aku bawak tuna dalam tin, mewah jugak la breakfast aku pagi ni, kira macam lunch sekali lah. Aku pun breakfast lah dekat rooftop yang still on renovation tu, lantak korang, takkan aku nak makan dalam dorm kot?!

mewah sikit my DIY breakfast, hehe

renovate tak renovate, aku nak guna ruang ni jugak!

terbakor

Dah selesai makan, dah refresh sikit balik =D hehe tak sabarnya nak jalan sorang-sorang di pekan Siem Reap, I can cycle & stop at wherever & whenever I want..hee~ Tapi aku pening jap, eh macam mane ek, kunci basikal ada 1 je kongsi dengan Chel, aku taklah kejam nak rembat je kunci tu, nanti bermasam muka pulak, baik aku elakkan. So aku dapat 1 akal, baik aku gi bayar duit bilik siap-siap, lepas tu manis mulut pinjam kunci basikal kot-kot diorang ada lebih, yang kelakar tu, aku pi mintak tolong kat receptionist yang kena maki dengan aku few hours tadi lah jugak, hahaha *btw aku takdelah maki dia pun, aku geram dengan bos dia!

Lalu aku pun mulalah berbasikal, aku pegi cari cyber cafe, say what? cyber cafe? owh yeahh..so tahun 2000 kan? hahah! Apa lah punya nasib, sepanjang aku travel dok kat hostel, semua computer elok je, masa henfon aku hilang lah hostel ni nak buat renovation lah ape #hustlinginsiemreap betul! Nasib baik ada cc! So aku pun online jap untuk update kawan-kawan, & google apa yang patut, & to be honest aku lupa nak explain kat kakak aku, macam mana aku boleh tersalah bagi nombor fon, sebab aku fikir, alah, esok pun dah nak balik, nanti sampai Msia aku explain lah, sebab complicated sangat jalan citenye, yang penting diorang dah tau aku selamat. Btw, bayaran untuk cc adalah  25cent per 15 minit, adalah dalam setengah jam je aku guna, just a quick online.

Aku pun mulakan perjalanan, mula-mula ingat nak try cari makanan halal "Lembu naik bukit" tu, tapi perot ni dok kenyang lagi, so aku just randomly cycle, cycle sepanjang sungai dalam town tu, lepas tu berenti kat muzium jap, saja survey-survey apa ada, ingatkan free, tapi kene bayar 12 usd, mahainya..so aku hanya berangan di souvenir shop mereka. Dari souvenir shop, ada pintu belakang masuk muzium, ikutkan jahat, nak aja aku masuk dari belakang, tapi, aku tak cukup jahat, hahahah.

Lepas tu benti sat kat shopping mall, ape name Siem Reap Trade Centre, namanya gah wow, tapi sizenya sebesar rumah banglo sederhana je, huhu.. Aku just ronda kat groceries, tapi groceries dia kecik sangat, aku jumpa ice cream watermelon Meiji, 1 usd je, ingatkan nanti aku nak beli & makan di tepi sungai #cheapthrill sekali hujan ler pulak, adoi..so tajadi.







Lepas tu sempat jugak aku ronda-ronda kat kedai kecik-kecik sekitar town Siem Reap tu, menarik jugak, boleh la survey apa nak beli untuk ole-ole esok. Lepas tu dah puas ronda, rasa letih pulak, I need a good cuppa coffee, aku teringat blog Lili Riani mention about Blue Pumpkin cafe, so aku fikir, this is the perfect time to go there.

Masa ni dah hujan, mula-mula ingat nak tunggu hujan berenti, tapi lepas tu macam takde petanda nak benti pun, bila dah mula renyai tu aku ingat ha ok la ni, aku terus sarung windbreaker dengan topi, & redah je. Baru beberapa kayuh, dari hujan renyai terus jadi lebat, I was like "Seriouslyyyyy hujannnn??!!" aku pasrah, aku kayuh je basikal dengan kadar perlahan, kau nak basah, basahlahhh, aku dah tak kesahhh #nashkuat #nashboleh

Kayuh punya kayuh, yeayyy I saw Blue Pumpkin, aku park je basikal, orang kedai tu terus greet aku dalam bahasa Khmer, haha! Dekat sini semua orang speking Cambodian dengan aku, huhu best jugak, camouflage giteww~ Keringkan diri sikit, terus jengah pastry case, emm bestnya.. rata-rata 2 usd, tapi lupa lak nak snap gambar, I decided to lepak kat atas, sambil hujan-hujan tu, buat kira-kira travel expenses.

layan blues

passion fruit tart sedap! but cappucino menghampakan, macam kopi kat Medan haritu, haha


Lepas lepak more than 1 hour, hujan masih belum berenti, aku pun dengan selamba mengayuh dalam hujan, btw, mujur pakai seluar jogging, cepat kering, sesuai sangat dalam keadaan hujan ni. Sempat jugak la aku pusing lagi sekali kat kota siem reap, sambil survey-survey ape kitorang boleh buat malam ni. Lepas tu tengok jam pun dah pukul 5, so aku pun pecut balik ke hostel.

bersambung~

Saturday, 20 June 2015

Taiwan Preparation & Tips

Untuk Taiwan trip ni, sebenarnya aku dah lama sangat nak ke Taiwan, sejak cancel trip Korea sebenarnya (that was 3 years ago?), masa tu aku tengah cari alternatif destination, since Taiwan's air flight tak semahal Jepun/Korea & it's not China, dan currency nya tak tinggi sangat. *Aku bukan taknak pi China, aku tau sana banyak nature yang sangat cantik! tapi aku ada isu kebersihan sikit, dan orang-orang yang kasar, aku belum boleh deal lagi dengan benda-benda macam tu kot T_T

So finally, I decided to buy flight tickets to Taiwan sebab harga return dia memang tengah cantik, RM620, jadi aku beli ni sempena trip sementara aku berstatus unemployed & hadiah untuk diri sendiri sebab harga dia sama dengan payment bersih untuk salah 1 job yang aku design bulan tu :') at least aku nampak lah hasil freelance & tak tidur malam aku tu kan, huhu.

Tarikh pun cantik pulak tu 4.4.2015, sebab harijadi aku 4hb Dec, aku rasa hidup aku ni banyak ditakdirkan dengan kejadian 4, normally orang kata nombor 4 ni tak bagus, but benda-benda baik selalu berlaku kat aku dengan kehadiran nombor 4 #sajasukaobserve
*btw, boss aku kata cina sekarang sinonim kan no.4 tu dengan tuah jadi tauke, amboi bila aku nak jadi tauke ni? hahah





 * Di Taiwan, aku dapat experience musim panas dan sejuk dalam trip yang sama, haha yeay! :D


Route
Untuk trip kali ni, aku terlalu busy dengan kerja part time, persediaan kerja baru, dan settlekan job-job freelance sebelum nak travel seminggu. So aku research pun tah hape-hape. Whats worst, info backpacking Taiwan amatlah sedikit, Taiwan ni sangat underated/kurang popular dikalangan backpackers mat salleh, apa lagi melayu, sebab selalu Taiwan ni famous vacation spot for Malaysian Chinese macam syurga shopping & makan untuk mereka, macam melayu suka pi Bandung la. So mereka-mereka ni kebanyakkannye samada pegi kawasan main city Taipei sahaja, atau ambik package travel agency, jadi info backpackers through online amat lah payah bagi aku. Hostelworld pun macam tak banyak choice sangat.

Sebenarnya, misi utama nak cari Sakura @ "Cheat Trip" instead of pergi Jepun, tapi sebab tarikh musim dah lari, ye lah, musim sakura ni kan sangat limited (tarikh sakura tu clash dengan trip parents aku nak ke Bukit Tinggi pulak), so aku terpaksa memanjangkan kaki ke arah Selatan Taiwan iaitu Alishan untuk mencuba nasib Sakura (dapat ke idok? hahah bace je lah entry sampai ke Alishan nanti, huahua).

Kebetulan jugak Nad ade mention pasal Sun Moon Lake, so aku just buat brief research, Sun Moon Lake ni terletak di kawasan Centre Taiwan, so aku ingat, why not, dalam perjalanan kita pit stop kat area Sun Moon Lake sebelum proceed ke Alishan. Ikutkan hati aku nak jugak ke Taroko George (Hualien) tapi kawasan tu dah ke arah Timur, so agak mustahil untuk ke Selatan dalam 1 trip, sebab keretapi/bus route dia takde yang dari Timur terus shoot Selatan sebab keadaan geografi Taiwan tu sendiri, ibarat macam Banjaran Titiwangsa la.. tapi takde highway untuk cut trough, yang ada pun jalan dalam/hutan je, train/bas awam tak lalu.

Setelah berpening kepala,  aku decide untuk buat route ni:

Taoyuan (airport) ->  Taichung (Central) ->  Alishan (South) -> Taipei (North) -> Taoyuan (airport)

tiap-tiap kali travel, aku kena visualize macam ni, kalau tak kepala pening~!
Kalau time sekolah I rajin macam ni mesti geografi dapat A++ lol

Btw memang misi utama datang Taiwan aku nak layan nature je, sebab rindukan trip Sydney, hiking kat Blue Mountain best, walaupun sebesar-besar gunung tu, tapi trail dia selamat & ada banyak signboard, tak perlukan guide.  Untuk yang malas nak spend masa long hours bus or train ride (unless korang banyak duit nak naik speed rail train), boleh lah buat short trip di Taipei saja, untuk layan city & nature in the same time, sebab Yangmingshan National Park yang terletak kat Taipei tu sendiri mempunyai beberapa gunung, pilih je nak tawan yang mane, heheh.


Budget
Tolak duit flight, aku target untuk gunakan duit belanja sebanyak TWD 8000 sahaje untuk trip 7 hari di Taiwan. Currency rate masa ni RM1.2 = 10 TWD


Untuk yang teringin nak pegi Jepun, tapi rasa macam mahal sangat, Taiwan boleh dijadikan sebagai a "Cheat Trip", sebab Taiwan dahulunya jajahan Jepun, jadi aku dapat nampak similarities budaya, scenery & orang Taiwan dengan Jepun itu sendiri, cuma bahasa beza gila la, hewhew.

Adakah cukup TWD 8000 untuk 7 hari? yes cukup sangat kalau awak bukan jenis shopping macam saya hehehe (aku kat airport terpakse pinjam duit Nad sikit sebab lupa beli fridge magnet, lol) Lagi satu, kami travel jauh-jauh, jadi banyak berbelanja on transportation jugak. Total expenses the whole trip *drumrolls* tepat RM777 (Accomodation, Food, Transportation & Etc Fees), tidak termasuk Flight dan shopping. Tapi shopping aku pun, alah.. dalam 2000 TWD? banyak gila dapat beli barang, elok-elok pulak tu.

#TipsShopping Kepada yang suka berfesyen, sediakan duit banyak-banyak, boleh shopping di Wufen Pu (Taipei) boleh dapat baju semurah RM12 (TWD100). Kalau datang masa sejuk & taknak bazir duit beli coat kat Mesia, boleh shopping kat sini, jacket winter cantek-cantek boleh dapat semurah RM30 - RM50, ini serius! Aku jumpa jacket serupa macam jacket H&M yang aku pakai beli kat Mesia RM150, tapi kat situ RM50 je, I iz cry T_T . Nak ke sana, dalam 10 minit perjalanan sahaja menaiki train dari Station Shihlin.


*macam ni TWD100 jerrr


Packing
Macam trip kat Jepun jugak, aku sumbatkan kuali ajaib (kuali pakai-buang Daiso je :P) ke dalam bag, bawak ler makanan seperti maggi, I even bring beras, kari ayam, sardin, alah.. benda-benda basic lah, just in case sebab Taiwan susah nak dapat makanan halal. Kali ni bawak Deuter, sebab ada kuali & baju sejuk, so kena bag besar sikit, huhu.


Scenario tiap-tiap kali packing, uh macam tongkang pecah~!
ok bawak apa yang penting je. A pair of good shoe & a pair of slipper, light pack  & I'm ready to go!

#TipsMakan Sampai sana bagi aku kalau jenis tak memilih tak payah risau, makan je kat kedai vegetarian, bagi aku sedap, & diorang pandai buat sayur tu jadi makanan yang sedap!




#TipsBerjalan Pakailah kasut yang paling selesa, aku lenjan boot hiking Hi-Tech aku even semasa berjalan di bandar, takde masalah, memang boot tu jaga kaki aku! Time kasih kasut, I love youuu goodd investment ;)


The rest,tiap-tiap malam kat hostel aku research je lah, paksa rajin kan diri bersengkang mata & bersembang and tanya dengan host kita, that's an advantage tido di hostel, ramai boleh bagi kita free travel advice :) Dah orang tolong tu, info make sure masuk dalam kepale la...travel ni kena pro active, kalau malas & takde input, tiada guna kita mengembara, tul dak. Ok harap mempunyai kekuatan untuk blog the whole journey to Taiwan trip ;D

Sunday, 17 May 2015

Spontan trip to Sungai Chilling, Kuala Kubu Baru


 Semalam (16th May 2015) tak plan pun nak kesini sebenarnya, panjang ceritanya, haha.

Ceritanya, yang aku teringin nak makan dekat A Pie Thing, padahal it just at my previous office area je but takdak sapa nak pi teman (pernah cuba masuk & keluar balik, pathatic, ahaha) coz I want to try all flavorrrs, food-food macam ni takkan nak makan sorang-sorang, tak gembira lah, hehe, kebetulan Sal pun teringin nak cuba the pie, so, setelah berbulan-bulan lamanya nak tunggu masing-masing free, kebetulan we oll free this weekeend, & Aina pun free jugak, so lets! ^_^

So, aku fikir, alang-alang 3-3 available this weekend, why not we go for nature somewhere around selangor area, sebab aku dah rindukan peluh & nature :\ Aku tak berapa pandai port mana yang best, so I just suggest a convenience location, which is FRIM, mandi sungai perhaps? Semua say "jom", so aku teringat Syikin & Aisyah, why not try ajak (sebab schedule depa ni lain sikit) & kebetulan Syikin pun coti, horey~!

Since it just a laid back plan, malas nak rushing, let's have a laid back Saturday..kami gerak around pukul 9.30 am. Aina so nice pack nasi lemak for us, yay! Sal bring some sandwich, saya ajk pengangkutan, today I drive sebab aku yang tukang rancang kan, hehe, Syikin my co-pilot :)

Jumpa je semua, tetiba terkeluar topik "Weyh betul ke kita nak mandi sungai ni?", sebab aku risau gak, sungai kat FRIM tu macam sendu sikit..haha.."Sal tau jalan sungai lain yang best tak?", "I tak tau jalan, tapi Sungai Chilling macam best,"semua excited dan setuju, so kitorang redah je berpandukan google map ^o^

hidup lebih ceria dengan gopro cik Sal, kah!

Sungai Chilling terletak di kawasan Kuala Kubu Baru, perjalanan dari Klang ke Sungai Chilling mengambil masa 1 jam 30 minit. Aku suka bila dah masuk kawasan KKB ni, banyak bukit bukau & cantik! A good spot for a short road trip :)

yeay dah berjaya sampai!

Once we reach Sungai Chilling, kena register & bayar entrance fee RM1/head. Sungai Chilling ni is a fish sanctuary? So you can also buy fish food RM2/pack at the counter. Beli lah, why not contribute a little to preserve our nature ;) & don't forget, kalau hiking or ke sungai, bawak plastik bag sampah sendiri tau :-)

To reach the air terjun, kena trekking +-1 jam untuk ke port. Sungai Chilling best, bagi aku something different, sebab kena rentas 6 sungai. Air paras sampai pinggang ok, so aku suggest samada korang nak pakai sandle, kasut getah atau a good sport shoe yang comfy bila masuk air, sebab air agak deras, unless korang rajin nak bukak pakai kasut 6 kali, hahah. *actually 1st sungai kami bukak kasut, 2nd sungai malas nak pakai stokin balik, 3rd sungai kami celup je kasut kami dengan redha, haha.

1st rentasan kat entrance pakai jembatan

tengah banyak energy, Sal malas nak layan, kahkah

ala-ala training untuk trail running sambil mengunyah buah apple, lol!
1 hour trek to reach waterfall
weyh! dah tak payah bukak kasut lah! mak penat! lulz!
haha kena rentas 5 sungai macam ni ha!

Once we reach the air terjun, ramainya manusia, I feel like I am at the Sunway Lagoon, wakaka. But the view, worth the trekking! :) :D

Sungai Chilling
cuti-cuti Selangor, selamat datang
wahhh Sunway Lagoon! hahahah
Sebab ramai sangat orang, so kami just snap picture & decided untuk cari port jauh sikit untuk picnic & mandi-manda :) Nasi lemak Aina bawak adalah bintang kami untuk hari ini, walaupun dia bawak 1 bekas je, hahah! #simplehappiness #lupanaksnap #bcozitastesodamngood
kami pilih port ni!
free spa :D
feeding the fish, semua tempat ikannya banyak macam ni!

Best mandi sini, air deras sikit, but you can feed the fish while mandi-mandi, swim with the fish gitu. Around 2.30 pm, dah puas mandi-manda, kami bersiap-siap untuk pulang. On the way nak trekking balik, dengar bunyik guruh, so memang kena balik sangat-sangat ni. Just keep note that, kalau tak hujan pun air dah deras, imagine bila masa hujan, tak galakan sangat.

*berikut adalah gambar peserta Sungai Chilling Next Top Model, hahahaha





ok dah puas mandi nak balik!

ready to rentas 5 sungai sekali lagi!

goodbye Sungai Chilling, terima kasih :)

Sekitar pukul 4.30 pm, kami gerak ke Damansara, hey of course, agenda A Pie Thing harus diteruskan, hahah! *this pie better taste good!hurm! Gigih we'oll.

So we reach A pie Thing around 6.30 pm, masing-masing lapar gila! Aku terpaksa kawal keadaan, jangan rakus sangat nak order sampai 6 bijik pai, sebab A Pie Thing offer selections of pie from savoury to dessert, tapi kami nak semuaaaa dan kami laparrrr~! Sebjik pie dah la harga +-RM11, bawak bertenang semua, haha. So I suggest, why not we order 2 savoury & 2 dessert first, kalau tak cukup, bole sambung makan kat uptown hawker food, senang! hehe

Surprisingly the pie are so sedappp~! Kami order Lamb Pie, Mushroom & Chicken, Elvis (peanut butter & banana), & Apple Crumble. I order latte, latte dia pun tak menghampakan, perfect pairing with all the pie ;D yommz~!

Lepas tu terlupa Aina ni tak makan fruits yang dimasak, tapi sebab pie tu sangat sedap, Aina makan both Elvis & apple crumble. Even Sal says it taste good! fyi dia pandai baking-baking stuff. So kalau a food nutritionist (Aina), and a baker (Sal) pun cakap sedap, Syikin pun makan sambil emmm emmm emm.. & we all dance every time we scoop the pie in our mouth, so it means it taste really really good! & as what I mention earlier, these are happy food that taste better when you share with friends :)

yummzzz~!

yay makan, finally~!
The Pie lamb is the winner out of all the pies (my selection) ahaks. So I guess, it's not an overated hipster cafe after all *bare this in mind, that kami baru balik dari mandi dari sungai, mungkin faktor lapar ada effect taste bud kami sikit-sikit, lol!

After enjoying the pies, semua dah kenyang, see I told you guys, cukup order 4 dulu! We got main course & dessert in a pie *smirk* & we laugh the whole time during the pie session sampai buat lawak "ada ganja ape dalam pie ni wey! hahahah!" So we call those pies are Happy Pies :'D Sal even said,"I nak cari tukang masak pie ni, & hug her/him, coz it taste so good", "ha'ah kan, thank you for making us see the rainbow again", hahaha ok kitorang ni exegerate sangat, haha!

When I was in the car earlier, I mentioned about another 1 hipster ice-cream shop that I wanted to try, the Softserve, so lepas eat the pie, Syikin suggest jom kita try that Ice cream, yeayyy~! Masa nak keluar kedai A Pie Thing, Syikin still staring at athe pastry case with a sad face sebab dia tak boleh nak move on! hahaha!

Gula-gula kapas tinggi sampai ke mata~!

So we walk from A Pie Thing to Softsrve (+-1 km) because feel guilty of eating those sinful food, lol, haha ok at the same time, I actually enjoy walking at damansara utama area macam masa kerja dulu ;] At Softsrve we order cotton candy with nestum flavor Ice Cream, happy food sangat presentation ice cream ni, hihi, so just order 1 & share 4 of us, pun dah cukup, the nestum ice cream & texture was so good! Next time can try the churros pulak. *btw, masa nak keluar dari kedai ni pun, Syikin was still starring at other peoples' ice cream, dia masih tak boleh move on, hahah!

So we walk back to the car, & drive back home, what a productive weekend, feeling-feeling tourist sangat. We manage to go for a trekking/air terjun picnic & cafe hopping on the evening. Good work-out, good nature, good day for driving, good food & the most important, good bunch of people! #starbuckspartner #sb035 rawks~ I love your guys spirit of randomness! Hope to repeat this kinda trip again, thank you gaiiisss~ :D

till then, looking forward for more adventure in the future! Thank you gaiiss :-)

 ~The End~