Tuesday, 10 February 2015

Medan Day 4 - Pulau Samosir ke Berastagi

Selamat pagi Danau Toba! view depan bilik kami :)

Pagi ni, aku dikejutkan dengan bunyi orang tengah menaip whatsapp, aku toleh kanan, Aina tengah nyenyak tido lagi, so aku pun cuba la nak menyiasat dari mana bunyi orang menaip ni, amboi kuat benau henphone orang bilik sebelah? tetibe handphone aku receive whatsapp, aikk?? Tengah aku nak selak la langsir, kah kah si Sumatra rupanya, apasal tak ketok je bilik kitorang tadi, kelas kau depan pintu pun nak whatsapp, mangsa teknologi sangat tau~!

By the way, tingkap bilik ni bukan main besar, kitorang bukak je tingkap dah boleh lompat keluar #eh Si Sumatra sebenarnya nak bagitau kami, diorang akan naik Ferry untuk ke Perapat pukul 10 am nanti. So kami pun bangun, & terus pergi breakfast. Disebabkan semalam seharian kami tawaf Samosir sampai ke malam (haha!) kitorang belum merasa lagi mandi air tasek Danau Toba ni! Mujur bilik mengadap tasek, kitorang lepas brekfast terus gedebush je mandi, hehe. Seronoknya tengok Aina & Sumatra pandai berenang, jelous~!! aku takat celup-celup kaki sajorh~ hahah. Tapi Danau Toba ni memang dalam tau, even Jaja & Christy pandai berenang & dah datang sini beberapa kali, diorang tak berani nak mandi sini, huhu.




kami mandi di dalam Danau Toba bersama si Danau Toba, epic, hahah


Lepas mandi, kami terus bersiap & pack barang untuk check out. Tung tang sana sini, ferry pun sampai.. around 10.30 am tak silap.

babai Samosir Cottage, we had a good stay :')

1 last glance view :'D I'll be back!

Sesampai je ke darat Perapat balik, dah ada van tunggu kami untuk ke Berastagi, ni semua Christy yang aturkan, terima kaseh Christy :) Tapi Christy, Jaja & Sumatra nak direct balik ke Medan, patutnya total harga untuk 1 van terus ke Medan Rp 600 k, tapi sebab kami tumpang naik sampai ke Berastagi je, kami bayar Rp 100 k per head kat Christy, hehe.

Masa naik ni, aku lupa nak makan ubat tahan mabuk awal-awal, sebenarnya atas ferry tadi aku dah start rasa pening lalat skit, eh kenapa tah. By the time kami naik van je, aku pun cari lah ubat tahan mabuk (by right kena makan 2 biji & 1 jam sebeblum), lepas tu aku tengok, alamak, tinggal 2 butir je? emmmm takkan aku nak jadi selfish sorok-sorok makan dari Aina, haha kejam gila~! So aku bagi Aina sebijik, aku sebijik dengan harapan tahan lah ubat ni.

Tak sampai 10 minit, hoi melelong driver bawak van! Laluan ke Berastagi kena ikut jalan lain, sebab tu tak sama macam route kami dari Medan, sebab jalan tu bareable lagi, tambah pulak driver pasang lagu disco dangdot, waduh-waduh berdangdut sat la kitorang, hahah! Time ni, jangan cakap aku dengan Aina je rasa nak pitam, si Sumatra yang gagah tu pun dah separa pengsan dah, hahaha. Mujur aku bawak minyak angin & asam, so semua kenduri asam lah kat atas van tu, Aina nyaris nak muntah, adoyai~ ahaha. (*btw, tips korang nak datang Medan, silalah bawak ; pil tahan mabuk Hurix, minyak angin, asam & neck pillow, sangat berguna especially kalau dok kat belakang sekali)

Kami ada mention kat diorang, maybe kami nak turun ke Air Terjun Sipiso-piso terus & balik sendiri ke Berastagi, memandangkan dari Sipiso-piso ke Berastagi +- sejam je. Setelah +- 3 jam perjalanan kami pun sampai ke Sipiso-piso. Masa ni aku tak fokus sangat, sebab aku dok pening kepala, should I split with them here? So aku tengah tanya-tanya transport macam mana nak balik Berastagi & tengah fikir mana kami nak park bag kami sementara nak trekking kat bawah tu. Masa ni aku jeling-jeling je Sipiso-piso, tengah aku usha-usha kedai nak tanya kot kami boleh tumpang tinggalkan bag ke tak, sekali zraaaaangggg hujan  owh no T_T Yang tak tahan aku sempat lari dengan Aina snap-snap 1 - 2 gambar kat Sipiso-piso, lepas makin lebat pulak dengan tiba-tiba semua orang lari masuk van bersempit-sempit, hahah! Driver tu pun terus masuk van balik, & Christy tanya, "so korang macam mana?", aku jawab "Proceed je lah Berastagi terus" dengan perasaan yang pasrah :"( uhhh~ Sumatra kata "takpe...tu maknanya kau kena datang sini lagi" huwaaa~


view ni je aku sempat snap, kah! adoyai

So kami pun sambunglah perjalanan, setengah jam kemudian hujan pun berenti, hmpph~ aku bukak tingkap, huiii bestnya angin sejuuuk.. driver ni pulak pasang lagu best-best sebab stok lagu dangdut dia tadi dah habis, tetibe terkeluar lak lagu-lagu Cranberries lah, Foster the people lah, tetiba Siti Nurhaliza pun hado #eh random betul playlist kau.

Sampai je Berastagi kami berhenti makan.. ni lah kali terakhir kami makan bersama-sama sebab lepas ni nak berpisah :'( Owh no.. dah start rasa diorang ni macam 8 tahun kenal tau :))

lunch time at Berastagi :)

Lepas makan, kami berhenti di pasar Berastagi, Christy punya baik hati, terus carikan kami hostel untuk menginap, kat depan tugu tu ada lah hostel, tapi dah la mahal, pastu rupa dia macam ...err horror~ Aku segan nak susahkan Christy sebenarnya, tapi aku tengok Aina pun macam tak selesa, aku kena fikirkan Aina jugak, sebab dia ni budak lagi.. So aku cakap kat Christy, boleh tak kita try survey tempat lain, if jauh sikit dari pasar pun takpp, sebab pekan berastagi ni macam busy. So kami sambung naik van, masa ni perasaan aku serba salah, Christy asyik suggest kat aku Mikie Holiday, Rp 425 k (lebih kurang RM 120/nite), tapi aku kalau boleh tak mau ler.. budget aku takat RM30/head/nite je.. Selepas stop kat hotel & hostel yang ke-4, aku mula rasa.. emm aku malas nak fikir lah, sebab masa tu dah hampir jam 5, diorang nak proceed ke Medan lagi tah sampai pukul berapa pulak, aku dah naik segan, aku fikir cheapskate tak cheapskate, orang dah tolong kita, jangan nak memilih sangat, so aku cakap kat Christy, ok la kami tido kat Mikie Holiday tu, huahua.

Lepas dah register & bayar hotel semua, we say goodbye to Christy, Jaja & Sumatra :"|  sedih jugak la.. tapi Sumatra kami akan jumpa balik kat airport nanti sebab timing & date flight balik kami same ':D Aku rasa beruntung sangat dapat kenal Christy, baiknya hati dia, mintak diskaun untuk bilik kami di Danau Toba, invite kami share van sama-sama, & siap cari pulak accommodation kami kat Berastagi, kalau takdak Christy mesti kami lost gila :"D

Kat sini sejuk woo.. ala-ala Cameron Highland, masa kami menapak nak ke bilik, I rasa macam kat negara omputih lak, dah la dok hotel 4 star, hahah! Check-in je bilik, fuihhh gila kau kalau dah harga Rp425 tak selesa? mewah lah cara hidup kami kejap, kami duduk ni bilik paling kecik & murah, yang comelnya, dalam bilik ada gambar strawberi, motif?? hahah.


gambar sumber google

comel ngak biliknya? lol

Kami pun bermalas-malasan & bersihkan diri. Lama jugak lah kami melepak dalam bilik, almaklumlah..hotel cantik..ada tv pulak tew~ owh dan sempat jugak membasuh & menyidai baju, hahah. Dalam pukul 8.30 pm macam tu kami keluar bilik, konon nak cari makan, tapi hampeh 1 disadvantage dok kat sini, takde kedai, kedai makan yang ada semua tutup at 8 pm, kalau nak ke pekan pun, angkot terakhir pukul 8 malam. Takkan nak makan makanan hotel, huhu mesti mahal, aku nyarisss nak mengopi kopi hotel tapi aku meng-zen-kan balik diri aku ni, hahah.

So, kami pun just jalan-jalan tengok keliling hotel yang cantik, dengan cuaca sejuk, fefeling winter :P Dah tawaf 1 hotel & lepak-lepak, kami pun pulang semula ke bilik, bancuh kopi dan megi, hahah. Sebenarnya time ni takde lah lapar sangat sebab lunch tadi kami makan macam-macam ":D

Sebelum nak tido, TV pasang cerita American Beauty pulak.. memang syioklah layan lah sampai terlena..zZZzz~

Thursday, 5 February 2015

Ruangan Bajet Travel

Semalam kat group MBC, ada 1 komen yang telah mencetuskan kontroversi, gua layan popcorn je, nak mencelah, aku pun baru setahun jagung je, hehe. Pasal post tu, aku bukan nak salahkan pompuan tu, actually aku paham niat dia mungkin baik, taknak orang stranded kat Jepun (*ops) tapi, bila dia mula gelakkan and cabar salah seorang (atau semua) yang komen post dia tu, bagi aku seolah-olah kau memperlekehkan kemampuan orang lain yang boleh travel secara budget.

Aku yang dah penah pi Osaka pun boleh jadi goyang kejap takut kalau nak pi area Tokyo. Niat dia baik, tapi cara dia respon salah. Kita ni, kadang-kadang mungkin memang tak setuju atau paham dengan cara orang, tapi sekurang-kurangnya kita respect pendapat orang, jangan asyik nak menang je, sebab kita tak tahu, esok lusa, mungkin orang tu betul.

*btw yang komen lebih-lebih tu pun, amboi amboi dah kenapa menganjing-anjing?? kita pun tak tentu bagus mana lagi.

Aku turut emo pasal post tu bukan ape, sebab aku pernah mengalami situasi yang hampir sama dulu, bila dimana aku bagi certain amount of budget travel kat kawan aku yang tengah duduk kat oversea tu, dia macam tak bagi aku pegi kesana sebab katenya budget tu tak cukup, takut aku ni hanya menyiksa diri-sendiri. hmm..

But anyways, I did it, went to Japan for only RM835 (minus shopping & flight) for 6 days, If I can made it in Japan, Insyallah I can made it anywhere, since it is 1 of the most expensive country. Soal dia, kau sanggup ke tak nak travel cara gitu? ada orang rasa benda tu membebankan, tapi bagi aku, part beban tu time kau tengah kat Mesia je, buat research macam nak gila, but once you are there, at least kau tak clueless sangat & masa travel aku enjoy hidup seperti seorang hobo/nomad, hahah. Kalau takat nak bersenang lenang, lebih baik aku book hotel kat Penang saja. Anyways, different people have different travel definition kan.. as for me.. I travel to learn, mencari nature, tengok culture luar & challenge diri aku untuk berada di luar comfort zone.

Tips travel aku tiap-tiap kali travel, aku bawak buku log aku, jot down expenses aku before tido, at least aku boleh gage apa akan jadi for the rest of the trip & sedarkan diri bila terlebih spend tu, huahuahua.




jot down your date, daily expenses & breakdown the whole trip at the end of the trip

Aku memang prefer tulis atas kertas dari taip dalam phone, sebab kita boleh conteng-conteng, congak-congak, simpan-simpan, dan belek-belek, hehehe.

Aku suka bila balik dapat bawak duit baki, memanglah kekadang ada sikit rugi, tapi sebab selalunya duit baki tu lah emergency cash aku & jumlah duit yang tinggal bila aku sampai Mesia, hah hah ha!

Dan yang bagusnya, benda ni macam report card kau lah, aku tengok prestasi Trip Phuket aku adalah yang tercorot sekali, Rm1400 (including flight & shop) untuk 4 hari, humaigadd kau buat apa kat sana spend sampai banyak tu Nash?? hahah

Owh, dan sebab selama ni aku travel budget, aku rasa lepas ni aku kena start bentangkan budget-budget travel yang aku dah berjaya buat kat blog supaya senang untuk reference diri-sendir & kawan-kawan nanti :)

*actually entry ni jugak sempena nak ucap babai kat "My Travel Expenses Book" sebab dah penuh guna T_T kena lah ganti buku baru, I love you book, I love you paper texture, your thickness, your pwetty & fancy cover decoration, your petite size, your rustic color & your everything nice #designersyndrome #okbye

Sunday, 1 February 2015

Medan Day 3 - Pulau Samosir, Danau Toba (misi ukur jalan,lol)



Good Morning Danau Toba!
Wahhh tak sangka we'oll dapat menginap tempat cantik cenggini walaupun trip budget, hih hih hih.
good morning Danau Toba~!

Tadi kami breakfast order pancake, dalam gambar macam pancake McD tu, tapi yang sampai pancake lain, hah ha! Kami jugak paksa diri untuk makan Pop Mee & makan sebanyak mungkin, sebab harini takde arah tuju lagi, so takut susah nak cari food nanti.


pancake Samosir? kehkeh

Balik bilik, pack-pack ape yang patut & terus ambik motor sewa. Harga sewa 24 jam rp100 000. Aina kata, kita dah bayar ni, kita kena lenjan motor ni cukup-cukup, aha I like that concept Aina! hahah!

Kitorang mula kan perjalanan agak dah lambat, dalam pukul 11 pagi, sebab malam tadi tido puas-puas, Aina pun 24 jam tak tido lepas exam terus buat hal nak travel, so memasing lambat bangun, tu yang lambat tu. Sumatra & the geng ajak kami join diorang, tapi kami decide untuk bergerak sendiri.

Kami ni memang takde arah tuju, hanya berbekalkan peta yang tak seberapa yang hotel bagi, kami bedal je bawak motor. Kami berani ride tanpa arah tuju sebab jalan di Samosir itu 1 lorong je, so tak risau la kalau balik nak sesat ke apa, sebab memang takde jalan lain nye pun.

lunyai peta dikerjakan, lol
1st point, weehuu~

Bermula dari Tuk-Tuk kami ke Ambarita dulu, lepas tu tah macam mana tembus patah balik ke ke Tomok pulak. Kawasan Tomok ni lah yang ada town tempat orang-orang beli souvenir, masuk kedalam sikit boleh nampak kawasan perkampungan yang rumah nye jarak 1 km, 1 km, heheh. Dari segi scenery, bukit-bukau dia mengingatkan aku kat Taiping sikit.

Rumah orang Batak



di area Tomok

cantik kan, fefeeling NZ tak? lol
wow terus rasa nak posing macam ala-ala bideo-clip, lulz

cool kan diorang pergi sekolah macam ni?!
Kemudian kami teruskan perjalanan, tak tahu lah area mana, masalahnya kat sini susah betul nak jumpa signboard! Tapi kawasan yang kami lalu lepas Tomok tu mendaki bukit, tadi aku ada mention kat Aina, "I kalau boleh nak naik atas tu, tempat berkabus! heheh", ok sekarang memang kami sedang mendaki kawasan tinggi.

hahah power budak kecik ni bawak motor

kami menunggang dari kawasan teluk seberang sana

kawasan ni tinggi



owh jumpa air terjun di tepi jalan!

Lepas tu terus ride sampai nampak signboard kami dalam kawasan Onan Runggu. Bagi aku, kawasan Onan Runggu ni sangat tenang, kawasan ni banyak macam ladang-ladang & have a very nice look out point. Onan Runggu ni kawasan tinggi kut sebab masih berkabus. Atas motosikal memang kitorang menggigil beb, hahah.

sekitar Onan Runggu


break kejap to enjoy the view :)

panoramic view sekitar Onan Runggu


Ride punya ride, dah berjam-jam lamanya, Aina dengan konfiden kata, "Kita dah nak habis pusing 1 pulau ni", aku masa tu tersalah tengok peta kot (aku tukang tengok peta, Aina driver, heheh), aku pun siap cakap, "good job Aina, we are on the right track!", lepas tu aku macam rasa pelik, kalau kita dah 3/4 dari keliling pulau, kenapa aku dok nampak seberang tu bukit-bukau yang sama? dan masa tu jam dah menunjukkan pukul 2 pm, hah hah ha! Aku dalam hati dah panik sebenarnya, kalau pukul 2 pm belum separuh pulau, pukul berapa pulak nak sampai kat hotel balik (lokasi hotel dia kawasan Tuk-Tuk). Tapi aku taknak panik kan Aina, so aku tipu dia, aku cakap, ok kut kita sempat ni, redah je lah Aina, hahahaha padahal dalam hati aku, Tuhan saja yang tau, cuba kau bayangkan, kalau gelap, kawasan kampung ni, dah la takde lampu, keliling hutan berbukit-bukau, tapi ahhh, masa ni aku malas nak risau-risau.

Setelah sejam perjalanan, Aina pun mula rasa tak sedap hati, dia pun dah mula rasa macam, apasal macam makin jauh ni?? so aku confess kat Aina, "Aina...sebenarnya, kita baru separuh pulau, kita ada separuh pulau lagi nak habiskan, and time tu dah pukul 3 pm, hahaha. So kami buntu, samada nak patah balik (which are 4 hours journey way back) ataupun teruskan perjalanan. Aku cakap kat Aina, takpe, kalau lah kate hari dah gelap & masih tak sampai hotel, kita bermalam je kat mana-mana coz I bring extra cash & kita pun ada bawak bekal makanan & extra cloth (budget pagi tadi nak mandi air terjun, waklu betul, hahah). Aina pun setuju dengan idea aku, & dia rasa tenang balik. 

kat Pulau Samosir ni punya lah banyak tugu, aku tak pasti apa signifikasinya

Tugu lagi, ingatkan dah sampai tempat UFO mendarat tadi, hahah 

Perjalanan disambung dar Onan Runggu, kami jumpa signboard, horey! Singboard menunjukkan kami dah masuk kawasan Nainggolan. Mak ai... Singboard kat sini... dah la 1 daerah 1 signboard, takde navigate berapa kilo pulak tu, memang bawak mengucap banyak-banyak, kerja gila tau kitorang ni, hahah! Aku cuba untuk google map, memang takda navigation, tak pasti la samada kat atas ni tak berape nak ada line atau memang google map sini memang tak cover, tak pasti lah.

susah tau nak jumpa signboard hijau kat Samosir ni!

Naninggolan pulak, bagi aku scenery dia macam kita kat kawasan Kedah or Perlis, kawasan sawah padi, tapi di tepi tasik :) Sampai lah kami lalu 1 kawasan, kalau tak silap di kawasan in between of Nainggolan nak ke Urat, aku nampak air tasik nya hitam, meremang bulu roma aku, aku cakap kat Aina, "Aina...hitamnya air dia... seram tengok, rupanya few days later lepas aku bersembang dengan orang local, rupanya itu memang kawasan Tasik Danau Toba yang paling dalam, sedalam 1000 m, Subhanallah..

sekitar Nainggolan 


kasi can jap, hehe

Motor kami ni, meter minyak dia rosak, jadi since dari Tuk-tuk tadi masa kami baru ambik motor tadi tengok meter E, tapi bukak tangki penuh, lah rosak ke... ok takpe lah. Masa dalam perjalanan aku asyik tanya Aina, sebab aku tak reti naik motor ni.. aku tanya Aina, selalu 1 tangki penuh motor ni boleh tahan berapa lama? dia kata dalam seminggu, so aku pun lega lah dengar macam tu, tapi tu mungkin sebab jarak dari kampus ke kuliah je like around +- 4km per day, memanglah boleh tahan seminggu kan. Tapi tak sangka pulak kami nak tawaf 1 samosir harini! Pulau Samosir tu sendiri besarnya hampir seperti Singapura, 640 km, haha! 

Nak dijadikan cerita, masa kami di kawasan Urat, tiba-tiba motor perlahan, & Aina cakap.."minyak motor da habis.." dengan nada yang flat, aku ingat dia main-main, siap tanya "so I kena turun ke ni..?"kahkah. Ok, aku punye respon masa tu was like..takda perasaan, tak panik tak dak rasa apa, Aina pun just termenung pasrah sambil drag motor tu. Kami hampir buntu, jalan punya jalan, kami jumpa kedai tayar...! Alhamdulillah~ Ada 2 orang bujang melepak kat kedai tayar tu, tengah tidur, so kami terpaksa kejutkan diorang, bebudak tu kata diorang takde jual minyak, tapi diorang punyalah baik hati, transfer kan minyak sikit kat kami untuk kami patah balik cari kedai berdekatan yang jual minyak, ooo thank God.. :'D lepas tu kami tanya, berapa nak bayar ni? Mamat tu kata, tak payah bayar.. hah?? ye ke?? Alhamdulillah baiknya diorang ni :"D

So kami pun berpatah balik, less than 1 km, dah jumpa kedai jual minyak, lah... ini kalau jalan kaki tadi pun dah sampai, adoi...susah-susah je dorang bagi minyak kat kami tadi, punya lah baik hati. Tapi aku dengan Aina notice, orang-orang kat sini kalau kita tanya lokasi A ke lokasi B tu jauh ke tak, mesti diorang kata jauh untuk jalan kaki, padahal idokler jauh sangat pun. Anyways, kami pun beli lah minyak 2 litre dengan harga rp20 000.

Kami pun meneruskan perjalanan, jam menunjukkan dah pukul 5 pm, huhu sempat ke ni.. tawakal je lah labuuuu ada 1/4 pulau lagi ni nak sampai Tuk-Tuk, fuh~

Lokasi seterusnya kalau tak silap aku nak masuk daerah Pengururan, kami jumpa 1 scenery ni punyalah cantik, tapi tak pasti ni Gunung apa.


ahhhh the reward after hours of ride~!
Dah snap-snap gambar, kami teruskan perjalanan, tiba-tiba dah masuk pekan yang sibuk, polis lalu sebelah kami je, kitorang dah la tak pakai helmet, selamber gila, hahah! Di Pengururan ni lah ada pelabuhan yang kau boleh seberang ke darat, Aina sampai cakap kat aku, "ni kalau kalau kita nak sambung pegi Berastagi pun dah boleh sangat dah ni,"hahahah! Kalau tak silap aku, Pengururan ni lah jalan darat yang kita boleh guna untuk menyeberang ke darat, instead of guna ferry dari Parapat tu. As we can see from the map attach, dari Pengururan tu dah boleh sangat nak cross over ke darat sebelah sana.


*sumber dari google* Pergh, berapa jauh kami pusing

Masa di Pengururan jam menunjukkan dah pukul 6 pm, aku tengok peta, jarak Pengururan ke Tuk-tuk 42km lagi, humaigaiii~ Aku cakap kat Aina, "takpe kita jangan risau, I selalu jogging 2 kali keliling tasik Shah Alam dah 10 km, so jarak kita ni lebih kurang 8 kali pusing Tasik Shah Alam je Aina, sikit je lagi, sikittt..." padahal dalam hati, tawakal je lah ape nak jadi pun.

Akhirnya, kami dah masuk kawasan Simanindo, lalu bersorak, horey~! masa tu dah pukul 7 malam, sekali hujan pulak, mujur memasing bawak baju hujan. Tapi, mencabar gila, hari dah mula gelap, lampu jalan memang tak ada, kiri-kanan hutan, dah la sejuk, tambah hujan pulak, masing-masing menggigil & basah atas motor, misi ni menjadi semakin gila! hahah, sampai ler tersalah masuk perkampungan mane tah, sampai lintang pukang kena kejar anjing, dalam gelap pulak tu! kahkah wth!

Pecut punya pecut, akhirnya, kami sampai pun ke kawasan pekan kecik depan kawasan hotel kami, tapi tak sure pulak nak masuk lorong yang mana. Kami terlalu kedai makan muslim, so kami park motor and terus makan, takut kat hotel nanti taktau nak makan ape pulak. Kami pun order Ayam penyet & nasi goreng, memang tak snap gambar apa, masa tu masing-masing dah lapar & pasrah, sambil makan sambil layan dangdut kt tv kedai makan tu, kehkeh.

Perut dah kenyang, baru lah terbukak mata nak jumpa jalan pulang, Alhamdulillah... aku tau..sebenanrnya dua-dua berdebar-debar semasa perjalanan sebab nak kejar masa and takut sesat, jadi kami memang tak berhenti makan, just berhenti rehat kejap & snap gambar. Perut hanya bergantung kat biskut kosong & cloud 9 yang kami bawak, fuh gigih tau.

Masa sampai kat bilik, masing-masing bersyukur sangat, fuh lega beb, tak sangka kami berjaya ukur jalan 1 pulau Samosir, what a kerja gila, tapi rasa kepuasan, sebab apa? Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan. The rewards, macam-macam scenery kami dapat harini, seronok! Memang kena lah konsep nak lenjan motor tu cukup-cukup kan, hehehe.

Ape pun, aku tabik spring kat travel partner aku si Aina,sebab dia sangat cool di sepanjang perjalanan, & skill bawak kapcai dia memang power! sebab certain places memang takde jalan, just batu-batu besar, aku pulak yakin bulat-bulat lah tak terjatuh tergolek ke ape kan, hah ha!


Gambar award kami, hahah! horey~! we made it this far! & I don't mind to repeat this kind of adventure again, heyhey~!

Malam lepas bersihkan diri, Sumatra & Jaja datang lepak bilik kami, "weyh weyh, mana korang hilang 1 hari??!"  kami pun cerita lah apa kerja gila kitorang buat siang tadi, Jaja kate dia jelous sebab dah 3 kali dia datang Danau Toba pun dia tak penah explore 1 pulau, hehehe.. Kami sembang-sembang & bincang apa plan esok, lepas tu masing-masing pengsan tak sedarkan diri... zzZzzz~


Medan Day 2 - Kuala Namu -> Perapat -> Danau Toba

Flight Aina pukul 7.45 am (msia), so, around 8 am dia patut dah sampai Medan. Semalam beria aku plan, by 7 am aku dah chow dah dari kawasan ni nak patah balik ke Kuala Namu, sekali tak sangka nyenyak jugak aku tido di sini.. hahah! 8.35 am baru aku siap-siap nak check out. Aku terus whatsapp Aina, aku kata dalam 1 jam 30 minit aku sampai. Nasib baik Aina ok & kebetulan dia dapat kawan baru dalam flight tadi, so dia bole lepak-lepak dulu kat airport.

Tadi masa aku check out, aku tanya nak ambik angkot apa untuk ke Amplas, katanya ambik angkot Mr.X jugak, warna putih, tapi staff tu kate maybe kena tunggu dalam setengah jam or sejam. Aku fikir, alamak jangan ler lambat sangat.

Once aku seberang je dari Masjid Raya, aku tunggu angkot Mr.X, owh man aku terlepas sebijik, lepas tu aku fikir, mati lah kena tunggu sejam lagi, tapi eh tak sampai 10 minit, Mr.X datang lagi, horey~! Sesampai di Amplas, aku ambik balik Bas Damri untuk ke airport & yes tepat sekali, masa untuk sampai dari Medan ke airport naik public transport tepat-tepat 1 jam setengah.

Aku puji Medan ni, sepanjang aku kat sini, pengangkutan super efficient, sentiasa ada, tak payah tunggu macam kat Mesia. Orang ramai complaint, Indon ni bising, asyik bunyik hon, emm.. bagi telinga aku, benda tu dah biasa kot, mungkin sebab aku dah penah ke Jogja & Thailand, memang budaya hon tu macam cara kenderaan berkomunikasi je sesama mereka, bukan macam kat Msia, aku baru beam light sikit (sebab kereta tu memang kurang ajar) dah terus nak tunjuk tangan kat aku, padia tah. Dan aku rasa tone hon kat sana, tak sekuat hon di Msia, so bagi aku takdelah annoying pun. Just different environment saje, enjoy saja lah, baru lah fefeeling merantau ye dak, hahah.

Once I reach Kuala Namu, akhirnya aku pun ketemu lah dengan travel buddy aku, yey~ Aina is here! Aina tengah makan dengan kawan baru dia, Sumatra & Christy :) Sumatra ni lah mamat yang duduk sebelah Aina dalam flight, kebetulan dia pun student UiTM, & Christy is Sumatra's cousin yang memang study medic di Medan, they both are Sabahan. Wait what..? Sumatra?? hahah aku rasa special betul kenal kawan baru kami ni, nama dia memang "Danau Toba Sumatra" siap tunjuk ic dia lagi, menurut kata dia, parents dia dulu honeymoon kat situ, so technically he is made in Danau Toba, lol! He is also heading to Danau Toba sempena graduation trip dia, cool~! Mula-mula pun si Sumatra ni ingat nak buat solo trip je, tapi cousin dia Christy dengar je dia nak datang sorang, terus tak bagi, katanya bahaya, walaupun Christy dah tinggal di Medan for few years, she still think Medan is dangerous. Aku cakap lah, semalam aku sesorang je kat Kota Medan, & she says aku ni crazy! huahua~

So plan seterusnya, haruslah nak terus ke Danau Toba, aku dah tak sabar nak hirup udara segar sambil menjamah keindahan bukit bukau ni. Semalam aku ada survey, kalau naik van awam ke Danau Toba, harga sekitar rp85 000 1 hala, tapi memandangkan ada Christy & Sumatra harini, Christy cadangkan untuk kita sewa van sendiri je, lebih selesa, & harga rp450 000. Then aku fikir..emm ok lah tambah sikit duit untuk keselesaan, since dah ada geng, why not. So let's! Then rupanya, 1 of Christy's friend is joining the trip, so in total there will be 5 of us, wah ini lagi bagus, so 1 person only pay rp90 000 (RM26) each for 1 way trip to Danau Toba, alhamdulillah, keuntungan berganda, dapat naik van selesa with a good price! horey~!

Orang kata, nak ke Danau Toba ni, perjalanan dia azab, tapi sepanjang perjalanan alhamdulillah kitorang rasa ok je, aku dengan Aina siap duduk paling belakang pulak, maybe sebab kami dah telan pil tahan mabuk Hurix before naik van tadi, atau pun ...ok let me be honest, bagi pendapat aku, jalan nak ke Danau Toba / Perapat tu, takdelah hardcore sangat, cuma bila dah masuk area perapat tu baru pening sikit, just jangan lupa standby asam, nasib baik aku bawak sebungkus asam, memang laku masa dalam van haritu, heheh. Sebenarnya bagi aku jalan yang azab ialah apabila kita dari Perapat nak ke Berastagi, baru naik van 10 minit, memang semua orang dah mabuk, sebab jalan tu memang azab weyh~! hahah

sempat berenti kereta semata-mata diorang ni  nak bagi makan monyet, hahah

Kami arrive di Perapat agak lewat, dalam pukul 5 pm, sampai lewat sikit sebab ye lah kami gerak dari airport around 11 am, singgah pulak Kota Medan to pick Jaja, Christy's friend, quite a long journey. Next ferry pulak adalah pada pukul 6 pm. So kami split untuk jalan-jalan kat pekan Perapat tu, aku dengan Aina belum lapar sangat, so kami decide untuk bungkus nasi & lauk, since ramai yang kata di Danau Toba susah nak cari makanan halal. Nasi putih 2 bungkus, dengan 4 jenis lauk hanya rp30 000 (RM8.70), kat sini lagi murah & lagi sedap Nasi Padang nye.

di pekan Perapat, owh yeah~ masih kelihatan sober

sempat pi tengok orang buat bende ni

manual style bebeh~!

Kemudian kami pun kembali ke jeti untuk naik Ferry, Christy tanya, "so have you guys decide where you want to stay?", aku dengan Aina sebenarnya betul-betul takde plan ni, haha! tadi kat jeti ada la orang suggest-suggest, tapi macam pushy, so aku macam doubt sikit, so aku cakap kat Christy, maybe kitorang nak survey tempat diorang tinggal kalau ada kosong, or survey-survey hotel dekat area diorang menginap, Christy kata ok don't worry sebab situ memang ada banyak budget hotel.


yey geng baru kami! Sumatra, Jaja & Christy! :)
dah gelap~ huhu

how the ferry looks like

Once kami arrive di Tuk-Tuk, hari pun dah gelap.. Aku fikir, ish malas lah nak cari hotel, macam bahaya pulak gelap-gelap ni tak nampak ape. Sumatra, Christy & Jaja menginap di Samosir Cottage, diorang booking through online, tapi Christy sangat baik hati, cuba-cuba tanyakan bilik kosong & siap bargain good price lagi untuk kami, & thanks to Sumatra jugak, orang hotel tu kata sebab nama Sumatra special, so dia bagi kami good price 1 bilik doublebed rp150 000/nite (RM43) , ok kena dengan budget kami, horey~! So we decided untuk menginap kat Samosir cottage untuk 2 malam terus, yey ^o^

Masuk je bilik.. kitorang pun party lah bukak nasi bungkus beli tadi, hehe, heaven~ lepas makan bersihkan diri & then lepak kat lounge area..sambil borak-borak minum kopi... aahhh what a long & happy day..

nasi bungkus paling sedap aku penah makan, *sebab dah penat & lapar, hahah!

Esok plan apa pulak? ntah lah, fikir esok aje lah,  jom tido dulu, zzzZZzzz~