Saturday, 23 June 2012

Phuket (Day 3:Shopping)

Bangun-bangun! hari sudah pagi,
ini hari ada breakfast lagi,
tapi tak payah hurry-hurry,
because today is a day for free & easy.

Sekian rhyme atau pantun 4 kerat yang tak berguna, khas untuk semua. haha

Yeah, I said it right, hari ini free & easy, so we are free to do any activity, we decided to filled the whole day with shoppingggg. Sebelum shopping, kasik isi perut cukup-cukup, since semalam breakfast buffet was a bit rushing, so harini kami makan puas-puas, dari pancake, nasi, mee, cereal ke desert, belasah mesti cuba makan semua..haha. Kami teramatlah tamak, sampai aku bagi idea sorang satu seludup roti, kot la malam ni lapau takda benda nak makan..haha.. dah bungkus-bungkus dengan tisu, si Maria ni pegi buat jalan slow motion dia pulak.. aku mule-mule ingat nak patah balik kat dia, tak elok la tinggal kawan.., sekali aku tengok dia kena tahan & lecture dengan pekerja hotel, so aku buat u-turn & berambus...hahaha. Ape la Maria ni! nak buat jahat tapi tak pro! sori Maria...pasal aku kau terjebak,hihi. (anyways, roti tu memang aku makan malam nanti..& masih sedap..nyam-nyam :D

Sampai bilik, bersiap-siap, ini hari aku decide untuk pakai pakaian yang paling selesa sebab nak berjalan kaki 1 hari. Aku kosongkan bag pack aku, bawak apa yang penting je, camera, wallet & baju hujan. T-shirt, shorts & selipar, jalan~ saya memang selekeh..lantak la..

Perjalanan dimulakan dengan lokasi shopping paling dekat dengan hotel kami. Sebab sepanjang kawasan ni memang bersepah-sepah kedai untuk shopping souvenirs. Kami borong T-shirts, since kami ni ramai, beli t-shirt pun secara agak pukal lah..tawa punya tawar, dapat gak la sehelai 150 Bhat/Rm15, not bad.. Hampir kesemua salesman kat sini aku tak pasti diorang nepal atau bangla, tapi susah betul nak nampak muka orang Thai yang jaga kedai. So kami buat conclusion...mungkin sebab 90% of them adelah hooker atau tukang urut, jadi itu pasal yang jaga kedai kerja tak glemer ni adalah foreign labour, agaknye lah..huhu

After almost an hour dah shopping, sekali hujan pun turun...haa...amikkau.. Ingat tak baju hujan menyesal tak sudah yang aku beli dekat USS sampai 5SGD itu hari? ha... waktu terpaksa beli dulu, aku dah sedapkan hati aku...aku pikir takpa...baju hujan ni aku akan bawak pegi Phuket nanti, kot-kot hujan, andddd yesssss" memang ternyata tengah musim hujan, & berbaloi-baloi I bawak baju hujan I tell you.. sebab diorang terpaksa berenti beli baju hujan kat tepi jalan, & dapat harga +- 80Bhat/RM8. Aku pakai baju hujan ade cop USS kat belakang, kau hado? *ceh...pasal baju hujan pun nak riak.. haha.. anyways... kami menapak for another 10 minutes untuk sampai ke Jangceylon.
pose yang ntah hape-hape, mcm teletubbies pun ade,lulz
Sampai ke Jangceylon, lokasi pertama yang aku attack, of course la Starbucks yaw!! Huh, semalam depa menggila shopping Hard Rock, ini hari biar aku pulak menggila shopping Starbucks, hihi.

Kawan-kawan Starbucks aku kirim 4 tumbler, tambah aku punya lagi.. aku fingger crosing je lah time ni sebab aku tak tukar duit RM habis, sebab taknak bazir. Kalau kat Malaysia best la, beli tumbler dapat discount sebab partner. Tapi aku memang dah standby siap-siap, saje je bawak partner card kot-kot boleh dapat international Starbucks discount ke..cewah..

So pergi merchandise rack, waaaaa...heavennn... semua Thailand traveller tumbler ade, harga each tumbler 420Bhat/RM42, nak beli 5 ketul ni.. so aku pun cube lah nasib tanya partner tu.. kot-kot kalau keje Starbucks Msia boleh dapat discount partner.. sekali partner tu garu-garu kepala, pi panggil manager... owh...diorang ni walaupun kerja Starbucks, tapi tak berapa fasih english.. Sekali yang datang..fuh...nasib aku memang baik itu hari...store manager dia on floor.. Beliau dengan baik hatinya kata... "You show your card, I give you my discount" aaa....nampaknya jasa aku bekerja dengan Starbucks setelah hampir 4 tahun tidak sia-sia.. walaupun ini bukan standard, tapi peduli ape...hihihi. Aku pun ape lagi, borong la sampai 5 tumbler, memandangkan ade discount, aku tambah 1 traveller shot mug. Dengan kelebihan ada discount... each tumbler saya dapat harga 300 Bhat/Rm30 sahaja..berbaloi-baloi..hihi ;D (btw, mase aku tunjuk partner card aku, store manager dia dengan sinis nye gelakkan kad aku, sebab aku part-timer sahaja, kad nye macam name card biasa, amat sedih dan tak spesel,takpelah, at least dapat discount, huu..)

Masuk Jangceylon, kami sambung shopping lagi...dalam ni kedai mahal ada...kedai murah pun ada.. Basically..souvenirs kat sini harga semua lebih kurang je..barang pun lebih la kurang...jadi takda apa yang menarek tentang entry ini melainkan kami shopping-shopping-shopping sampai nak tercabut kaki, patah balik hotel tengok-tengok dah pukul 5 petang? hoh? boleh tahan..

So basically...this is my 3rd day damage...lulz
tumbler extra 1 Maria punya, dia pun terjebak'hehe

Sampai bilik, raso mau tido je, baring-baring bangun , dah pukul 8.30pm ? tertido yang tak sedorkan diri, ha amikkau!

Phuket (Day 2: Hard Rock Phuket)

Ok, malam ke-2 kat sini, tak de aktiviti pun sebab siang tadi dah habis mabok laut & penat snorkling (ceh, penat ke? tak puas lagi ade la, haha). Owh aku dah ingat.. ape aktiviti kami.. Memandangkan hotel kami like betul-betul depan Hard Rock, so apa lagi...malam ini kita rilek layan live band. Maria yang gile Hard Rock ni pegi shopping dulu kat kedai Hard Rock. Aku.. aku memang minat muzik, tapi bukan Hard Rock, pasal apa? ntah la..bagi aku merchandize dia bukan taste aku kut.. aku suke benda-benda street, hehe. Infact the merchandise all so expensive, so im not even a Hard Rock merchandize collector, so tak beli pun takpe, diorang je shopping sakan kat Hard Rock. Dah selesai shopping, kitorang lepak & layan live band.. sebelum live band start, boleh pulak diorang buat party mandi buih, ade like 5-6 orang awek Thai tengah pakai bikini sambil main-main buih, dafuq tah? Honestly.. diorang  yang dok berbikini menari-nari ni takde lawa pun..just body je cantek.. emm.. & tengok gaya macam kena paksa pun ada, aku kerut-kerut dahi tengok sebab rasa macam, "tolonglah turun cepat dari stage... aku kesian tengok korang.."haha.

Live band dah start, performed by K2Z, dalam band ni ade 3 orang vocalist, 2 girls & a guy (pemain bass dia muke macam Zek Zaidi, hahaha). The show was not bad, they play most of the mainstream songs, & thank God ade jugak 1 lagu dari favourite band aku dirorang main, Kings Of Leon, so ade rase extra respect di situ. Since the place not so crowded, maybe masa kami pergi ni bukan peak season, so it was really fun, the band & the bikini girls interact with us, they were really friendly..& owh yeah, kitorang order Coke & Ice Lemon Tea je.. takkan nak duduk free kan, even though each drink cost +- 100 Bhat/RM10, tapi it was really worth it, we did really enjoy the band & the environment :)
talak bawak slr, soli..eh mana zek zaidi? aiseh...hihi
After almost 2 hours layan band, perot pun dah lapar.. Kami cari kedai makan yang semalam. Nak tau kami makan kat mana? Haha..about 15 minutes walk from our hotel.. masuk 1 lorong ni ade banyak kedai makan, kedai makan ni lah yang paling dekat & murah penah kami jumpa so far. Name kedai ni Sansabai. Actually halal food memang banyak kat sini, cuma kami nak cari yang paling murah je. Mungkin salah kami, & hotel kami jauh dari masjid area, jadi tak berkesempatan nak cari kedai makanan halal yang murah. So kamipun berport di Sansabai ni untuk 3 malam berturut-turut, hahaha. Kitorang siap berkawan dengan mamat yang ambik order ni, nama dia Arakan, dia bukan orang Thai tapi dari Myanmar. Extra friendly & walaupun ade communication barrier, pandai jugak dia loyar buruk dengan kami...haha.. Sampai malam ke-3, nampak je kitorang siap tinggalkan customer lain, keluar jemput kitorang...punyelah friendly si Arakan ni. Tu kami rasa macam dah malas nak cari kedai makan lain.. we feel like at home gitu..hehe.. Harga a bit pricey, 1 pinggan nasi goreng je dah nak RM10, air RM3, uii...tapi nasib baik portion dia banyak & sedap, so kami berkongsi pun dah kenyang.

Dah kenyang, slow walk sikit, nak survey-survey area.. kami berjalan kaki sampai ke Bangla Road. Ha.. Bangla Road ni adalah memang port maksiat, hahaha. The whole road berderet pub & disco. Club dia pulak open area, so sepanjang perjalanan dapat tengok pole dancing free-free saje...hehe. Aku rasa a bit kaget, honestly first time aku tengok orang buat pole dancing,lol. Tapi aku bukan nak cakap ape, pub dia, live band dia macam lagi happening compare to Hard Rock, suara vocalist dia macam lagi power, aku nak lepak tepi layan jap, tapi yang lain macam tak berape minat..so denga gitu-gitu je lah. Dah tengok sana-sini, badan pun dah penat..kitorang pun menapak balik.. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi jugak la.. Tapi yang bagusnya Phuket ni, even though dah pukul 2 pagi, kami 4 orang perempuan jalan rilek je... rasa secure.. sebab walaupun area tu memang entertainment dia tak terkawal, tapi kawasan dia terang, bersih & selamat.
free pole-dancing show for evybody" hoorah!
Sampai je hotel.. ding-dong here ding-dong there , siap-siap untuk tidur...  nak kena kumpul tenaga untuk esok sebab mau shopping sampai tergolek, hihi.

Friday, 15 June 2012

Phuket (Day 2 :Phi Phi Island)

On the second day, kami akan pergi snorkling kat Phi Phi Island , hooraaah! I cant remember same ade kami kena get ready at 7 a.m or 8 a.m? haha..around that time la, tapi yang betul nye memang awal pagi! Sebab tu malam tadi walaupun aku terase liat sangat tapi paksekan diri jugak untuk pack siap-siap for snorkeling, takut pagi esok mamai, semua benda penting lupa. We get ready 1 hour earlier, tak mandi aku jujur ni, sebab malam tadi pun sebelum tido aku mandi dulu, & tido around 2.15 a.m. So aku pikir, pagi ni memang nak terjun laut pun, so what the heck, aku still wangi! Da siap kami turun breakfast, weee...perkara yang aku paling suka kalau tido hotel ni adelah breakfast, haha. Ini kali lebih mewah dari Singapura.. ini kali breakfast macam-macam hado, bersama mat & minah salleh lagi! Hotel kami menginap ni 3 bintang, tapi aku dah rasa macam dok kat hotel 5 bintang! Sambil breakfast siap boleh tengok swimming pool, ade special corner for halal food, pagi-pagi siap ade tom yam, tapi alahai...perut orang Selangor ni mane nak layan nasi berlauk untuk breakfast, kang kat laut termuntah, payah jugak. So dah makan, kami tunggu tour van untuk pick up kami.

Perjalanan nak ke jeti agak jauh, dalam 1 jam jugak la. Macam biase, semua orang sambung tido, tapi aku taknak tido, nak tengok pekan puas-puas..walaupun actually pemandangan dia macam kat pekan-pekan kecik Malaysia je..hehe. Ok once dah sampai, kami terus naik cruise boat, actually, ade 2 options untuk pegi ke Phi Phi Island, samada naik speedboat atau cruise. Emm..since kami ikut package je tak tau ape-ape, so main follow je naik cruise boat, nama dia Sea Angel. Mula-mula memang excited bagai, dah lepas sejam semua dah start pening sana-sini. Untuk pengetahuan korang, perjalanan ke Phi Phi Island mengambil masa lebih kurang 1 setengah jam. Musim kami pegi ni pulak..agak kurang elok..musim hujan.. so ombak dia lain macam, 2 orang dari kami berjaya untuk muntah, amikkau mabuk laut! Aku pulak selama sejam sebelum nak sampai, dengan ego yang agak tinggi, berjaya untuk tidak muntah! aku bukan ape..aku paling tak suke muntah..nanti mule la rase tak selesa la ape...spoil the mood la man..'

Sebelum nak sampai ke tempat yang sepatutnya, permandangan dia cantik sangat, kau boleh nampak few island & gua atas bukit.. I'm not sure how to get there, mungkin kalau pakai speedboat boleh nak ke sana. Time ni semua orang dah start pakai life jacket, sebab katanya dah nak sampai. Ok..mase ni aku memang assume, cruise ni akan berenti and mungkin ade sampan ambik kami untuk snorkling, tapi salah! Once cruise tu berenti tengah-tengah laut, dia suruh kami semua terjun je ramai-ramai untuk snorkling selama +- 2 jam. dafuq?! Cuba bayangkan ,dalam cruise tu mungkin ade seramai 100 orang penumpang, dah semua terjun laut snorkling apekebendanye?' demm la kena tipu lagi, hahaha. Tempat dia berenti bukan main dalam,  dah ramai-ramai terjun ikan pun takut weyh lari semua! area kami kena campak ni, coral dia ok-ok je.. masa ni lah aku rasa snorkling kat Pangkor lagi best kot, haha...but the scenery was really nice.

To be honest, kami rasa pengalaman snorkling masa ni memang lawak! Siap ade, aku tak tau la bangla ke or tourist from India, no 1 aku tabik diorng tak pakai life jacket langsung, tapi yang buat kami gelak habis, geng-geng diorang pegi bantai buat somersault terjun tengah laut kat tempat ramai-ramai orang tengah berenang tu. Lepas tu, memandangkan terlalu ramai manusia atas kapal tu, semua dok beratur nak terjun laut, kami dari jauh dok berenang-renang & snorkling dalam laut, dok perhatikan je kapal tu, si Maria kate "dah macam Titanic dah aku tengok kapal ni ha.. ko tengok, senget semacam je.." hahaha. Ombak time snorkling pulak, bukan nak main meriah, aku baru masukkan kepala dalam air kejap je, tengok-tongok dah hanyut jauh, bahaya & adventure betul lah! Btw, aku sebenarnye tak pandai berenang, tapi aku sangat suke kan snorkling, so lantak lah ombak ke, dalam ke, aku beranikan diri & tawakal je.. dah sampai Phuket, rugi la kalau semua kau nak takut cuba.

Bila dah sampai mase, kapal pun dah bunyikkan siren, terpakse lah kami naik kapal balik. Kapal akan berenti kat shore untuk break 2 hours for lunch. Sampai je kat darat Phi Phi Island ni, hmm.. punyelah ramai manusia.. Makan harini pun termasuk sekali dalam package, nasi dan lauk yang bermacam-macam & halal. Ha..kat Phi Phi ni la..baru la aku nampak kucing seekor. Ok dah habis makan pergi jenguk-jenguk pantai sambil ambik gambar. Memandangkan kami hanya ada 2 jam, semua benda terpaksa dilakukan dengan express, isk isk.

Entrance Phi Phi ni, dah macam pekan rabu aku tengok, berderet-deret gerai jual souvenir & food. Untuk snorkling ni, aku tak bawak wallet , cume bawak sekeping 1000 Bhat je.. tu pun waktu snorkling kami gamble tinggal bag dalam kapal. Lagi satu nasehat shopping khas dari aku, kalau korang jejak kaki kat Phi Phi atau pulau lain, just beli je ape yang korang rasa berkenan ok! sebab aku menyesal lagi di sini T_T..*tu la kedekut bajet sangat . Sebabkan aku sangat suke burung hantu, aku nampak satu sleeveless top, simple je, tapi ade gambar burung hantu, actually baju macam ni, RM10 pun bole dapat kat Time Square, aku "nyaris" tak terbeli, tapi disebabkan burung hantu tu seperti memanggil-manggil aku, dari harga 2500 Bhat, tawar punye tawar jadi 1500 Bhat = RM15, huh rembat je la sehelai.. pastu kedai yang sama, aku berkenan dengan 1 bracelet ni, harga 100 Bhat = RM10, macam-macam warna ada,cantik aku pilih warna hijau sebab batu dia macam jed. Aku toleh belakang kejap, tiba-tiba gelang tu dah melekat kat tangan aku! ajaib! haha.. salesperson kat sini memang extreme-extreme sikit, dia suka-suka sarong kat tangan aku, tapi nasib baik kau memang cantik wahai gelang. Tapi... tapi.. aku menyesal tak borong banyak itu gelang, sebab aku tak jumpa design yang sama bila dekat town & once aku balik rumah, mak, kakngah & kaklong aku suka pulak dengan bracelet tu (selalu jarang betul diorang minat benda murah), jadi...aku rasa bersalah dan menyesal.. I should just have bought that bracelets moreee, whyyy T_T

Dah naik kapal balik, kami memang dah rindukan darat Patong, tapi perjalanan 1 jam setengah pulak.. lama lagi.. time ni dah takde nye nak duduk luar, kami ambik sit dalam, & tido walaupun dalam keadaan yang agak pack & kurang selesa. On the way balik, hujan petir pun turun dengan lebatnye... haih...sungguh mencabar mau balik..the longest 1 hour & half I ever experienced.. isk isk

Dalam pukul 4 kami dah sampai... Van pick up kami bawak balik hotel. Owh sampai hotel, terpaksa lah pulak nak berkemas-kemas sebab nak kena pindah bilik normal *prime suit only for 1 day kan? aha...sedihnya tak dapat duduk bilik tu puas-puas. Sampai hotel je, mandi-mandi, buat kopi panas, baring-baring, & lepas tu nak bersiap-siap untuk dinner pulak. Dinner di mana? hehehe..

Wednesday, 6 June 2012

Phuket (Day 1 : Simon Cabaret)

google image
Ok, setelah berehat sebentar di hotel, kami pun bersiap-siap untuk pergi ke Simon Cabaret, or also known as.. akwa show. Initially, aku tak rasa nak pergi pun Cabaret Show ni, tapi budak bertiga ni tak habis-habis dok sebut, kat Phuket nak tengok akwa show, sampai airport je tanye Billy pasal akwa show, akwa show akwa show akwa show! haishhh.. ok lah! bercuti secara grouping kena lah bertolak ansur, jadi aku pun layan kan aje lah...sebab harga ticket agak mahal ya kawan-kawan.. separuh dari harga ticket masuk USS' haha.. 800 Bhat = RM80.
nah ticket!
Before sampai ke Phuket, aku ade la research sikit-sikit, so, ok lah teringin jugak nak tengok pondan Thailand, betul-betul cantik ka?  Unfortunately masa show, tak boleh snap gambar.. kami duduk area tengah..emm.. not bad la the view, cuma kalau duduk depan mesti lagi masyuuk. 

Ok, since aku ni memang suke mengkritik, meh aku kritik show ni, haha. Overall, aku puas hati, sebab props & costume dia memang awesome! In term of show dia punye theme, 50-50, sebab ade masa aku excited, ade mase aku menguap" Basically it's a dance show dengan bermacam-macam theme, aku tak pasti berape jenis tarian, I lost count, mungkin 10 atau lebih? Yang paling best & memorable bagi aku.. theme Burlesque (sebab aku suka movie tu & dah tengok 2 kali!),  Bollywood, some interlude jokes by the ugly & funny akwa. The rest, emm..ok.. coz mostly adalah cultural dance show. So jika anda sukakan cultural dance show, sesuai untuk anda' hehe. In term of dance, bagi pendapat aku, boleh tahan jugak terabur dia.. paling obvious time k-pop punye dance.. susunan tak sama, pergerakan tak berapa time sangat la. Mungkin sebab aku minat dance, aku suka tengok movie-movie pasal dance, reality show pasal dance, & sometimes i will google for underground b-boy or k-pop dancer, jadi bile aku tengok akwa-akwa ni menari, ish, ternampak pulak orang-orang yang menari tak sama..haha. But overall, I can say the show is quite worth it! just chill, layan props, costume, the beautiful maknyah, & the exciting dance show :)

Once dah habis, all the maknyah will que & sape-sape yang rase nak bergambar boleh la bayar tips 40 Bhat = RM4 seorang.. Billy ade bagitau kami siang tadi.. kalau nak bergambar dengan maknyah-maknyah ni, sediakan 40Bhat dalam poket siap-siap, sebab kalau kau keluarkan wallet dari pocket, tengah nak cari-cari duit tu, akwa-akwa  ni boleh terus ambik je duit kau sekeping, kalau terkena 100 Bhat, tak kau rase sedih?' jadi aku pun dah standby  siap-siap 40 Bhat je dalam pocket.
pondan mintak sedekah,haha. Yang kain merah tu menari Bollywood best!

Maknyah-maknyah ni memang cantek! tapi tak semua, ade gak banyak yang muke tak jadi. Aku bukan nak cakap ape, tapi aku memang boleh identify badan lelaki, especially tang bahu dengan pinggang, cantik macam mana pun, kau adalah jantan' Make up diorang pun tengok la tebal mana.. if takde make-up susah jugak diorang nak cari makan aku rase...huhu. So aku sebagai seorang perempuan tak rase threaten pun.. walaupun saye selekeh & simple saje, I tulin bang... so I win" haha. Eventho most of them badan solid, tapi masing-masing tegap & tinggi, aku takut sebenarnye.. diorang ni macam perempuan cantek gergasi..haha.. 

Actually aku taknak bergambar langsung dengan diorang, tapi since semua orang ambik gambar, & aku pikir..well..bile lagi nak datang Phuket kan? kat Malaysia confirm takde show gini, so aku pun pick la sorang maknyah yang aku paling suka.. maksud aku antara yang paling cantik.. Tapi...hmm.. ade seorang maknyah hodoh menyebok, dia telah overshadow aku dan maknyah cantek tadi T_T, seriously aku rase takut (sebab dia besor!) & rase nak sepak ketepi je, cuma tak berani, haha. Lepas tu aku nak bayar la 40 Bhat kat maknyah cantek tu (walaupun gambar aku dah dirosakkan oleh maknyah hodoh!) ,maknyah hodoh tu meraung-raung depan muke aku, aku cakap, "40Bhat, you split 2!", muahaha.. tak kuase aku nak bayar kat dia, aku tak invite dia pun masuk dalam gamba. Lepas tu, dia bengang aku tak bagi duit, dia meraung jantan betul-betul depan muke aku! kami berempat lari sambil gelak-gelak, hahaha. Maria siap tanya, "ade bau tak" hahaha, siol betul. 

kat depan ni la pondan huduh tu, menyebok betul. gimme back my 40Bhat! demm la! tangan aku tu menunjukkan isyarat "aku anggap kau ni invisible!" *propa gila muka aku
So kami pun dah puas hati dapat tengok Simon Cabaret Show, It's a must thing la if you come to Phuket. Owh by the way.. on the last day we're in Phuket, aku sanggup ajak maria cari tempat Simon Cabaret Show ni (sebab malam tu kami naik van tourist), untuk beli some souvenir, sebab malam kami pegi ni tak sempat nak jenguk gift shop dia. Gifts shop dia kecik je, tak jual banyak barang, just postcard, keychain & some accessories.. but still, ade gak something to buy, nasib baik tak mahal, rubber keychain dia 40Bhat saje, ye same harga dengan bergambar dengan maknyah, haha. So I grab 1 keychain & a postcard, am satisfied :D

Hari pun sudah malam, perut sudah lapar.. so kami just round-round jalan kaki untuk survey-survey town & cari kedai makan yang halal. Makan kat mana? hari ke-2 punya cerita aku bagitau..haha. Balik, berendam, pack-pack barang untuk snorkling esok pukul 8 pagi, lepas tu baring je, terlelap teruih.. penat weyh..from 5 a.m to 2 a.m.. pergh..heibat'


Phuket (Day 1 : Arrive & Phuket City Tour)

25th May 2012:

Around 9pm jam Malaysia, kami dah pun selamat sampai ke airport Phuket.. Alhamdulillah... tapi yang kelakar masa ni, bile plane landing je, 1 family mat salleh yang duduk tepi kami terus tepuk tangan...so kitorang pun tepuk la tangan sekali! hahaha, pelik tapi benar, haha! Sampai je, dah lepas imegresen semua, kami pun cari tour guide kami.. oh, lupe nak cerita.. lepas je imegresen tadi...kami terus kumpul brochure-brochure & map free tu.. pastu ade booth dok bagi simcard free. Mula-mula macam was-was nak ambik, since semua orang pakat ambik, so rembat je la satu.. tapi kitorang still question, apasal sim card tu free? haha.. dalam simcard tu ade la 5 Bhat = 50sen, if nak lebih sile topup sendiri.. 

Ok, once kami dah jumpa tour guide kami, kami terus naik van.. dalam van ade 1 group lagi, tapi semua chinese, dari Malaysia jugak, tapi.. aku rasa, suara kitorang je kut yang bising dalam van tu, sebab kami ni memang geng-geng itik! haha.. bukan ape.. si tour guide ni name dia Billy, umur dalam 40+ camtu.., walaupun english dia kurang jelas, tapi dia ni talkative betul,aku suka tengok pekerja bersungguh-sungguh macam ni, dah dia bersungguh cerita, takkan kami nak diam je.. kami pun melayan la english dia yang pelat-pelat thailand tu..haha.. so between 4 of us dengan si Billy, ibaratkan macam ayam bercakap dengan itik" asyik miscommunication je, sampai dia tersasul cakap "on our 3rd date..we will..eh" kitorang punye gelak la.. Billy seronok sangat ni bawak kami jalan-jalan, belum dating lagi dah ajak kami pegi 3rd date! haha

Mula-mula, kami ingat van akan bawak kami terus ke hotel, bajet hotel dengan airport setengah jam la.. sebab plan asal patutnya hari pertama kami free & easy, tapi salah sama sekali.. Si Billy ni dok bawak kami melawat sana-sini, kitorang pelik gila, patut tour hari ke-3?? pastu setiap tempat melawat ade free drink la..free food testing la.. percuma itu percuma ini, percuma lunch, lunch mewah pulak, rupa-rupanya...owh..Puket City Tour ni diorang pegi amend buat sekali harung on the 1st day..tapi pikir-pikir balik, bagus gak, at least hari ke-3 nanti kami free boleh plan aktiviti lain nanti.

1st place Billy bawak kami pegi tempat orang jual T-shirt, aku rase kilang dia kut, tempat asal buat T-shirt souvenir phuket. Sini kalau beli 10 dapat free 1, and memang harga asal & takleh tawar dah, tapi murah kalau compare dengan souvenir kau beli kat town nanti. Time ni kami taktau...ingat kat town nanti ade kedai jual murah lagi.. so beli tak banyak.. besides t-shirt souvenir lain macam magnet, bag & keychain semua ade. Jadi if sape-sape pegi Phuket nanti, kalau berenti kat sini je, silelah borong dengan tanpa was-was..hehe, sebab ape? sebab aku menyesal tak borong fridge magnet kat sini..hehe

2nd place pegi..emm..tak ingat nama, tapi tempat dia macam gallery,tempat ni jual all sorts of thing, from furniture, clothes, souvenir, & beauty product (aku panggil Body Shop Thailand, hehe). Kami tak beli ape, ambik-ambik gambar je sebab tempat furniture dia cantik. Cume ade T-shirt budak gamba gajah pink ade glitter-glitter sweet sangat, sesuai untuk anak buah aku, harge 150 Bhat je, tapi aku tak beli jugak, sebab ingat kan kat town ade jual lagi murah, tapi malang.. design tu tak jual kat town langsung! jadi aku menyesal lagi sekali sebab tak beli..hahaha
tempat cantek yang macam gallery tuuu"

Next, kami pegi Gem factory, kat sini macam Poh Kong sebesar shopping mall, so tempat ni jual jewellery & ade souvenir jugak, tapi sini jangan beli kut, sebab aku rasa harga souvenir dia semua mark-up kat sini. Kitorang of course tak beli ape..kate budak-budak budget kan..sedangkan kat Malaysia pun tak beli barang kemas, tetibe datang Phuket nak beli lak, buang tebiat. Tapi yang paling seronok kat sini ade minuman percuma! From soft drink, tea, juice & coffee. Kami minum nescafe & teh ais dia, sedap sak! Cawan dia kecik je..tapi bagi yang muka tembok macam kami...refill la bergelas-gelas pun tak kesah..hehe

Masuk je tengahari, perut sudah lapar, kami pegi makan! Ho yeah.. so lunch ni memang dah masuk package, lauk pauk dia memang agak mewah & big portion, kalau ajak Billy join makan sekali pun boleh kut, hehe.. kami cube untuk habiskan sebab taknak bazir. Mase ni teringat, ade sekor anjing jalan sana sini dalam restaurant tu, kitorang nak makan pun rase seram, tak nye kot anjing tu terjah kami mintak makan tak melompat kau?' so aku panggil Billy mintak dia halaukan.. Billy so sweet, like a caring uncle gitu..haha. Sepanjang observation aku kat Phuket ni, jarang betul nak nampak stray cat, aku jumpa 2 ekor saje! tapi stray dog dia memang bersepah-sepah, besar-besar! tapi bersih & sehat macam ade orang bela. Bila aku tanya Billy, dia boleh pulak buat lawak kate "Maybe because they all got fresh beach air, hahaha" ... well..jawapan yang kurang memuaskan, tapi ade logic nye jugak kot, anyways, aku sayangkan binatang, jadi aku happy tengok anjing-anjing yang cantik & sehat, cuma takleh pegang je..hee
from left : the free drink yang bole refill sampai kembong, one of the lauk serve for our lunch :)

Ok, perut dah kenyang, mengantuk pun ade, & then kami sambung pegi melawat Wat Chalong temple. First time aku tengok temple buddha depan mata.. cantik.. because of the striking color combo & the details.. Kat sini ade 1 rumah kayu, dalamnya ade 3 lifesize wax model monk, dalam keadaan bertapa; (3 monk itu namanya  Luang Poh Cham, Luang Poh Chung and Luang Poh Kluam). Mat salleh selambe jer ambik gamba peace-peace kat patung ni.. aku masuk, aku rasa kurang selesa, sebab rumah ni ala-ala macam dalam cerita hantu Nang Nak tu, oleh sebab itu, aku taknak ambik gambar dalam ni, takut terambil gamba "yang lain" sekali..hihi.. Aku tanye Billy what's the story behind these 3 monks? again...si Billy ni bawak keluar cerita merapu..sambil gelak-gelak, aku paham 30% je kot dari cerita dia..adoi..stress, haha.. aku ingat dalam hati, haish,nanti lah aku google sendiri! Ok..ni gamba aku jumpe kat  asiaexplorers.com, click kat sini ade cerita detail pasal 3 monk ni juge.. well thanks Billy *sarcasm
Luang Poh Cham wax model, it looks like boleh bergerak bila-bila masa,so real!
one of the temple & kami panjat sampai atas! beside is the colourful interior

Lepas pegi Wat Chalong, Billy bring us pegi tengok view cantek! Tempat ni name dia Promthep Cape, tapi kami panggil tempat ni California, sebab.. ntah..sebab pemandangan dia memang awesome' & mungkin sebab ade palm tree tu kut.. haha. Dekat situ jugak ade temple gajah (Elephant Shrine). 
from left : geng itik!, ade wifi wok' tapi seloww~
ini bukan souvenir, tapi one of the elephant at the Elephant Shrine, Promthept Cape

Dah selesai melawat view cantek, Billy dengan bangganya annouce.." and now..we are going to the hotel...! yeayy~" haha..semua orang bersorak gembira, sebab apa? sebab dah pukul 4 petang..kami dah penat gila..turun-turun flight je kena berjalan sana-sini,haha. Perjalanan dari temple tu ke hotel, agak jauh jugak, ambik masa 1 jam. Hotel kami dekat area Patong, we stayed at Hotel Baumanburi, location betul-betul dekat depan Hard Rock Phuket & kami tak tau pun before ni, si Maria ni pulak memang gilakan Hard Rock, infact, the hotel is just like 3 minutes walk from the beach, so memang cun la lokasi hotel kitorang duduk ni! 

Sampai je, time check in Billy gave good news to us, since bilik hotel yang kami patut duduk dah penuh, diorang akan letakkan kami di bilik Premium Suite untuk satu hari, tanpa tambah apa-apa duit, wahaaa" awesomenyer! After say goodbye to Billy, kitorang terus masuk bilik, bilik tu memang awesome! ade ruang tamu, & 2 bilik, bilik mandi dia siap ade tingkap sambil mandi kau boleh tengok kat luar? atau untuk ape motif bilik mandi boleh see trough nampak ruang tidur, tu ntah la, aku malas nak pikirkan motipnyer, tapi memang cantek la! tu bilik kami, bilik lagi 1 siap shower kat balcony, pergh.. ini dah bukan percutian budget' ini dah macam percutian mewah! Alhamdulillah..walaupun 1 hari jer tapi kami rasa beruntung sangat! Rehat-rehat kejap, try to take a nap after shower, sebab malam ni kami nak pegi tengok Simon Carbaret Show! yeay'
bilik malam pertama, I mean..malam pertama di Phuket, hihi