Sunday, 2 November 2014

Osaka Day 6 - Balik!



Since semalam aku tak dapat jumpa barang yang kawan aku nak, aku ni dah lah jenis tak sampai hati nak kecewakan orang, dahtu kan degil, kalau aku nak buat 1 benda, aku akan buat sampai dapat, kalau tak dapat pun at least cuba la..haih~ So malam tadi aku ingat nak plan pegi balik Dotonbori siang-siang sorang-sorang, by tengahari balik hostel then terus shoot airport.

So aku pun semangat-semangat bangun pagi, breakfast, & sempat termenung, huhu. By the time aku nak gerak, member aku pun dah bangun, aku kata, alang-alang ko dah bangun jom je lah kita sama-sama gerak, letak bag kat locker ke, at least ko boleh jalan jugak. So we decided to check out early *btw sebab Vitti lodge ni mat salleh yang punya, boleh check out lambat at 1pm instead of 9 am (standard Jepun ckeck out hour at 9 am)


Thank you Ema for your hospitality *gambar ni Ema yang amikkan, hiks

Kamipun gerak ke Umeda, the centre, so aku fikir, bagus jugak Umeda ni city, banyak sikit shopping mall. Zarina macam tak larat, so we decided to have breakfast at 1 cafe & dia akan lepak je kat situ sementara aku mencari barang, haha gigihnya.

sandwich prawn & avocado nyom~!
macam sedap je air ko Zarina, nasib aku dah dapat kopi pagi tadi, haha

Dalam pukul 10, aku pun attack la shopping mall pertama, 8 tingkat semua kedai baju T_T, aku give up aku jumpa kedai 300¥, sempat lah grab few things barang aku & souvenir. Owh ye, sepanjang 2 jam tu, 3 shopping mall aku masuk! sampai berpeluh! sampai lah shopping mall ke-3, ada receptionist aku tanya, ada toys department tak? Sebab tengok directory tak jumpa. Since dia tak berapa paham kot, dia kata ada, toys for mental disable (???) ah sudah! hahahah! So aku buat hand gesture bertomoi, cakap "No, I mean like action figures?", dia kata, owh sorry no. Huahua.. aku taktau la, aku salah masuk shopping mall ke ape, kat sini tak macam malaysia semua shopping mall ada toys department, diorang banyak kedai baju, pachinko, dengan arcade. Aku siap nyaris nak beli je teddy bear monster Inc kat tikam-tikam tu ok! sekali tikam 100¥, bukan dapat apa pun, cis! masuk tikam ke 2, aku kata, ah sudah! kang tak pasal 1000¥ free free je habis. So aku decide untuk balik ke cafe tadi kang tertinggal flight pulak, naya!

menapak ke shopping mall laju-laju!


dari dalam bangunan boleh nampak mende ni

you gotta be...kidding me... habis 200¥ aku! T_T

So by 1 pm kami pun angkutlah barang-barang untuk naik train dari Umeda ke Kansai airport. Flight kami pukul 4 pm. Perjalanan agak lama, so kami arrive airport pun lebih kurang pukul 3.

Nak dijadikan cerita, selama ni aku travel tak beli luggage, sebab aku kalau beli pun sikit-sikit & barang kecik-kecik je, so aku sumbat je la dalam backpack, tapi maybe Jepun ni strict kut, dia nak timbang jugak bag aku, aku risau sikit, sebab barang aku beli kecik-kecik, tapi ada benda kaca. Sekali dia timbang 10 kg, kawan aku punya lugage ada extra 10 kg, tapi minah airport tu tak bagi aku transfer barang, katanya no time, ape jadahnya, bagi aku 5 minit je kot gila! aku memang mengamok terjerit-jerit kat situ, minah tu bole buat muke straight, jadi makanya, aku kena bayar 4000¥ (RM120) T_T nangis lah macam ni, aku ter ermo jap, tapi mana lah aku tak emo, aku sebok lah tolong orang book lugagge lah, cari barang orang lah, tapi aku selalu kena macam ni T_T, kenapa duga aku macam ni?? Aku ada fikir nak transfer barang sikit kat lugagge member aku, & bayar sikit kat dia, tapi kenapa tah tak jadi. hmm... nasib aku.

Spoil kejap la mood aku, nasib baik sit aku tak sama row dengan sit member aku, aku sempat terciwek sorang-sorang sampai tertido :( . Anyways, lepas tu aku jot down balik expenses aku, semua expenses aku termasuk flight, transportation, accommodation, makan, entrance fees, shopping & souvenir yang banyak + denda lugage yang tak guna tu, total hanya *drumrolls* RM2310. If I minus flight & shopping, aku hanya spend Rm835 sahaja. So dengan ini aku amat berpuas hati, sebab at 1st aku allocate RM2500 + RM500 (emergency cash) for the trip, & I manage to do it below the budget, siap bawak balik duit Jepun lagi *walaupun kena denda, uh~ haha... tu lah cara aku menghappykan diri aku semula.. huhu..

Sampai Msia dah happy happy balik, kena lah happy! sebab Osaka trip I can say 90% was a successs kot! To me, this is the most educational trip I ever had, macam-macam benda aku belajar. To be honest, masa 1st day aku sampai sini, aku sceptic sikit & masih kurang yakin, no.1 sebab tengah musim panas, so fefeeling oversea tu kurang ada lagi (alasan bimbo, lol), no.2, aku tak yakin trip ni boleh jadi lagi best atau sama-sama best compare dengan trip Sydney, tapi lepas hari ke-2 dah start rasa perbezaan culture & suasana tu, tambah dengan orang-orang Jepun yang sangat helpful & friendly, the technology, landscape and nature, buat aku jatuh cinta & wajib kena datang lagi ke Jepun!

For me beza Sydney dengan Osaka, masing-masing ada keunikkan tempatnya sendiri, so aku tak boleh nak kata trip mana paling best, for me both are valuable experience! Insyallah ada rezki, kita pegi Jepun lagi ok Nash... :'D

Sunday, 26 October 2014

Osaka Day 5 - Osaka Art & Handmade bazaar, Minoh Waterfall, Dotonbori



Brace yourself! I think this will be 1 of the longest post, sebab kami cuba maximase kan lokasi sebanyak mungkin pada hari ini. I try to make it short ok ':D

good morning! simple breakfast, view from our hostel's kitchen.
Ha tu la buah doraemon! makan tak habis-habis! :))

Aku suka refer website www.osaka-info.jp masa kat Mesia haritu, sebab I like the website layout, sangat kemas & user friendly, clean & catchy graphic & only gives important information instead of memening kan kepala aku. Im attracted to 1 of the highlights which was the Osaka Art & Handmade Bazaar! excited aku baca benda ni, aku rasa ni lah peluang untuk selitkan 1 aktiviti art dalam trip aku. Haritu Sydney aku berjaya pergi Yoko Ono exhibition, if I go Osaka dapat pergi Osaka Art & Handmade event ni, berjayalah misi aku! Cuma aku risau kalau Zarina tak boleh nak layan kepala art aku ni, tapi aku tengok dia suke shopping, maybe she will enjoy it kot.

So pagi hari ke-5 tu, lokasi utama kami ialah Nankokita Suminoe-ku, which is agak jauh dari city, & aku pun tak pasti kat mana kami berada masa sampai sana, dia macam perlabuhan, direction train nak kesini pun aku hanya berpandukan google map.

kat daerah mana pun tah, main redah je, haha
kawasan ni punya corak untuk penutup kumbahan, rajinnyaaa

So kami menuju ke ATC building, tempat ni macam PWTC kat KL kut, sebab bukan ada art event aje, macam-macam event ade, & building yang besar pulak tu. Masuk je building ATC ada shopping mall, ahhh..aku rasa lega sikit, at least kalau Zarina taknak join aku, dia bole la window shopping. Sekali dang! aku lupa! nak masuk event ni kena bayar 500¥, bagi aku, I don't mind contribute a little bit for art event. Tapi Zarina macam tak interested so she decided to shopping, & lucky her, dia kata banyak kedai sale! omg aku jelous! haha!





Tapi apa pun yang penting, aku dapat menggunakan masa travel aku sebaiknya untuk experience at least 1 art event. Kat sini macam-macam ada, sangat interesting, creative & inspiring! I even got the chance to interect with some independent artist, tengok sketch book diorang dari dekat, see how they do art, painting, leather goods, the best part is handmade jewellery, design-design kat sini tak de jual kat kedai lain, & since diorang ni semua indie, price is very reasonable for japanese handmade stuff. There were few hundreds tenants kot, in 4 different hall! memang berbaloi bayar ticket 500¥ tadi, tapi aku ada masa 1 jam setengah je untuk jumpa member aku balik, aku naik gila kejap tak tau nak attack booth yang mana, haha! But overall I am satisfied & inspired!

sneak peak of some of the stuff they have at the event
dewan beso ni ada 3, macam mana nak cover semua T_T
kucing bergelimpangan

dress up dah ganas dah tu bang, tapi jual caligraphy, cool~ hehe

So masing-masing dah puas hati di area ATC, kami decide untuk pergi ke Minoh Waterfall. Kami gigihkan diri sebab kalau esok confirm tak sempat. Dari ATC ke Minoh waterfall jauhnya macam dari KL ke klang (google lah sendiri how, lol)

Dalam train mengintai orang, haha! kat sana macam-macam fesyen pelik,
e.g. pakai Adidas superstar dengan stokin renda-renda, bag Givenchy tapi letak helo kitty, hahaha,
tapi fashion depa bila diorang pakai nampak kena pulak 
driver keretapi pakai smart macam pilot, ada 1 driver hensem, tak sempat snap pulak, gambar tempat driver pun jadi lah, huhu

Sampai area minoh, keluar je dari station train, terus sampai area Minoh, jalan nak ke waterfall tu macam... macam kite menapak cameron highland? kot? berbukit dan hutan, baru pukul 4 pun dah gelap, sebab banyak pokok.

otw to Minoh uncle ni siap suruh anjing dia posing untuk kami,
tapi anjing tu macam malas nak layan kitorang je, haha

bila travel ni, pantang betul nampak gerai buah, haha!

Kewpie baby! :D :D :D

Nak ke Minoh tu takde lah berpeluh pun, sebab sini sejukkkk~ bestnya, dapat gak merasa suasana acah-acah winter :)) It took aorund 1 hour walk kot untuk reach the Waterfalls. Ntah we lost count, because we were too busy enjoying the nature & the old shops :}





ini pun jepun design, jepanese Y U SO CUTE & CREATIVE??!!

neko

mewah gila lunch, haha

tadaaa~! Minoh watefall!

seronoknya dating kat sini

feeling-felling, eh

yey berjaya melawat Minoh!

Bestnya jadi orang Jepun, balik kerja/weekend boleh terus je naik train direct untuk ke kawasan hutan & air terjun, itu pun masih ramai yang nak bunuh diri sebab stress, me don't understand :( kalau kat Malaysia ada ke train station terus ke lokasi riadah? kalau ada tolong bagitau saya.

Another 1 thing aku notice Jepun ni, tiap-tiap lokasi tourist diorang akan ada maskot! Teringat kat Gion depa ada maskot geisha comel, kat sini, tak tau lah buah berwarna kuning berpakaian samurai? Even van derma darah pun ada maskot yang comel! Kat Jepun, they take art seriously. Dan aku rasa kat sini lah, the only place bila strangers tanya aku kerja apa, aku sebut graphic designer, diorang semua macam kagum gila dengan aku (padahal diorang taktau portfolio aku bukan hebat mana pun, hahah!) aku terharu :'D Kat Malaysia nobody cares Im a graphic designer.

karakter kuning tu maskot untuk Minoh Waterfall, comel kan!

Ok so kami dah puas layan air terjun, kami decide untuk balik ke Osaka, nak layan town Dotonbori! Sebenarnya masa ni kami dah penat, but we don't care~ haha. Nak kejar masa sebab by 10 pm kedai semua dah tutup.

Owh ada 1 cerita, kami ni tak tau direction nak ke Dotonbori, so randomly la tanya strangers, this 1 girl she dont know how to speak english at all, tapi bersungguh nak tolong kami! Siap tanya family yang lalu lalang situ, & then bawak kami sampai ke train station, & make sure kami sampai ke train station yang betul! Kitorang sebenarnya tengah decide nak jalan kaki atau naik train, sebab nak saving, haha, so kami sampai terpaksa menyorok kat sebalik tangga sampai girl tu dah takde sebab takut kecik kan hati dia... haha tudia punya baik orang Jepun, sampai kami naik takot! hahah!

Sesampai kat Dotonbori around 8pm, aku decide untuk split dengan Zarina, sebab takut kedai tutup. Hmm.. sebenarnya masa kat Dotonbori ni, aku tak sempat nak enjoy sangat the city, sebab semalam nak dijadikan cerita, member aku terlebih shopping, haha! So kami risau takut tak lepas kat airport nanti, so she decided to purchase luggage balik, aku dah dapat agak dah, mesti ada problem nak buat transaction kat online Airasia nanti, sebab kami takde roaming, macam mana nak receive tac number? So aku malas nak drag masalah tu, aku try nasib whatsapp kawan aku kat msia untuk settlekan bayaran luggage Zarina, aku rasa serba salah mintak tolong member aku kat Msia susah kan dia malam-malam nak settlekan transaction aku, dia teringin nak action figure, so in return aku kena carikan action figure yang dia nak.




pose wajib di Dotonbori, lulz

So sepanjang aku kat Dotonbori, aku rasa, aku ulang alik kat situ 5km berlari-lari cari kedai mainan T_T yang ada kedai baju kedai pachinko kedai baju kedai pachinko, huarrrghhh~ Sampai lah dah pukul 10, kedai pun dah tutup semua.. sampai ler aku terduduk kat 1 tempat tu, sambil tengok orang buat street performance, ada mamat jepun main guitar, he was very good! aku nak tepuk tangan, tapi semua orang tak tepuk pun, so aku pun buat cool je la, hahaha, btw sempat gak snap video dia, hehe!


*me no music expert, taste music aku agak pelik & cerewet, giteww~ 
but for me main guitar jalanan dengan skill macam ni adalah power!

Since aku dah penat & give up, aku decide untuk masuk 7E cari Maxim coffee, sebab aku terbaca, cofee Maxim ni wajib di cuba! puas aku masuk kedai, harini baru jumpa (yg semalam beli instant je 3 in 1), kat chiller tinggal 2 je, so aku rembat 2-2 terus! So aku pun try lah minum...peh! sedap bro! serious 1 of the best coffee I ever tried! It taste exactly like Starbucks Ice Shaken Espresso which cost me RM12 in Msia, but this Maxim coffee only cost me 100¥ (RM3)! So aku pun motivate diri aku... takpe lah Nash... ko tak dapat shopping barang ko kat Dotonbori, at least ko sempat merasa kopi yang sedap, haha.

hoi sedap hoi!

Masa kat Dotonbori, aku jumpa 1 kedai fastfood yang aku research dari blog, takde pork, & aku jumpe 1 kedai sushi murah, tapi disebabkan badan dah letih, aku tak lalu nak makan :(

So around 11pm camtu aku jumpa Zarina balik, dia shopping macam-macam, jealousnya T_T But ok la, nasib baik aku pun berjaya rembat 2 helai T-shirt kat 1 of Japanese brand shop, daripada takde. Tadi aku nampak Forever 21 3 tingkat pun aku tak masuk sebab tak sempat, & pada masa sama, bagi aku, bila kat Negara orang, buat apa sebok nak beli brand yang ada kat Msia, I prefer beli barangan brand Jepun, sah-sah unik & takde kat Msia.

Badan pun dah lunyai, kami decide untuk balik ke Hostel. Malam ni memang kami kena belasah, hahah! Lepas mandi, boleh pulak aku terlelap sampai pagi masa kemas-kemas beg tu, huehuehue~

besambung...

Thursday, 9 October 2014

Osaka Day 4 - Morning in Arashiyama, Night in Osaka


Hari ini, kami decide untuk buat malas-malas, memandangkan semalam pun pukul 9 malam baru check in & rumah Jepun ni sangat lah cozy! Huwaaa aku rasa macam nak dok kat rumah ni selama-lamanya :') Aku siap sempat goreng telur & baka roti, sambil menghirup air teh berdepankan pemandangan small garden yang zen :)

my dream house :'D
So, aku mintak permission tuan rumah, boleh tak kalau kami nak check out lambat? Tuan rumah kata takde masalah, just letak barang-barang & lepak dekat hall. Aku tengok tuan rumah ni bukan main macam lipas kudung! Kelakar betul bila Zarina mengadu kat aku, "Wey..aku belum sempat bawak keluar bag aku, dia dah sebok-sebok nak kemas tilam aku", hahahah!

By 12 tengahari, kami decide untuk gerak ke train station, babai BolaBola guesthouse! hope to come back here again :'D




Perjalanan nak ke Arashiyama station agak renyah, kami kena naik JR train, ke 1 station 140¥, menapak dalam setengah jam untuk ke Arashiyama station. Tapi best jugak, kami ter pass by kedai jepun yang kecik-kecik, ada 1 lorong ni banyak jual 2nd hand stuff, so aku pun sempat rembat kimono untuk anak buah aku, 1000¥ sepasang, aku selalu lah travel tak beli hadiah untuk anak buah aku, so aku fikir kali ni, why not kan.

Owh aku jugak sempat beli sebijik buah lai 200¥ untuk bekal, besar, juicy & manis! buah ni aku taktau lah what kind of sorcery, 3 hari aku makan tak habis-habis! sampai aku give up & buang on last day takut bag basah, sedih gak masa nak buang tu. Aku panggil buah tu, buah Doraemon ^_^'

So sesampai di Station Arashiyama, haha inilah masanya untuk kami gunakan Kansai Thru Pass! Train yang tadi tak boleh sebab JR. Ha... masa pakai Kansai Thru Pass ni, rasa macam ada magic wand, just tap je kat mana-mana, semua destinasi percuma! tak payah pening-pening ^o^

Yess, masa ni lah aku rasa aku discover taktik menggunakan google map. Sebab kat Arashiyama station ada free wi-fi, so aku just google, macam mana nak ke next Hostel which is in Osaka. So aku print screen steps, & follow bulat-bulat. Alhamdulillah, we arrive dengan tepatnya, kalau tak silap ada sekali switch station, which is in Umeda. Umeda is like a KL Central if in Msia.

oii kami dah sampai Osaka, dari orang kampung tukar jadi bandar :P

Kami arrive Vitti lodge +-pukul 1 ptg, Vitti lodge ni lah aku book from Airbnb. Host dia nama Ema (an Itallian guy), tak sangka memang dia tengah tunggu kami sampai. Yang best Airbnb ni, masa booking, kita bole direct interaction with the host, so masa jumpa, host ni macam dah kenal lama je ngan aku :P feels very welcoming. *Nanti aku buat review lah untuk 3-3 hostel aku duduk kat Jepun ni :)

Lama jugak la kami melepak jap kat hostel tu, sembang dengan gegirl France, sembang politik denga Ema #eh Kemas-kemas &bersihkan diri sikit. Dalam pukul 3 baru kami keluar balik. Since Zarina nak beli barang Hard Rock, aku suggest kami pergi are USJ malam ni *USJ always reminds me to Subang Jaya, hahaha.. ni ni bukan ye.






Kami sampai pun dah nak masuk pukul 5, hari pun dah start gelap, awal jugak gelap kat sini, mungkin sebab dah nak masuk musim autumn. Kami tak masuk park Universal Studio Osaka pun, sebab that's not our purpose of travelling this time, jadi kami snap-snap gambar je, hehe. Lepas tu kami decide untuk split buat hal masing-masing, sebab aku tak collect barang Hard Rock, huhu.

Masa ni perot aku memang dah lapar, aku terfikir nak belasah je la makan fries McDonald's, sekali terlalu kat kedai crepe, ada desert & savoury, yang bestnya ada menu english & takde pork! yeayy! Aku terlalu excited, aku tak pandang langsung crepe inti telur or potato salad, selamber badak order chicken teriyaki. Harga 500¥ which is acceptable for me, anggaplah macam RM5 Msia bila kita makan kat sini, jangan memilih sangat. Sekali dah excited-excited, duduk dekat bench, emmm dap dap nyeee, sekali, hoi! Kau dah kenape makan ayam nash?? T_T aku terlalu excited jumpa kedai takde pork, aku lupa ayam tu pulak sembelih macam mana. Tapi disebabkan harga dia 500¥, aku take out all the chicken & only eat the crepe & salad T_T


sini kat kedai makan pun kena masuk duit kat mesin & tekan-tekan & makanan pun tadaaa~ siap!

Lepas dah alas perot, aku window-window shopping, sini banyak kedai toys je, and majoriti kedai makan, ye lah, kawasan theme park kan. Jalan punya jalan, aku jumpa kedai Pakistan he~ Orang kedai tu dok namaste namaste kat aku, aku nampak dia jual kebab 500¥, so aku tanya la, halal tak? *sebab pekerja dia macam bangla ke nepal, dia reply, all meat halal here, hmmm jackpot! Seronoknya, walaupun aku dah makan tadi, tapi aku gembira nak bagitau Zarina.

Once I met Zarina balik, kami pun dengan gembira mencari kedai Pakistan itu semula, kemudian makan macam raja, hahaha! Kami order beriyani kambing, torbaek, tapi ada kelainan sikit, beriyani dia masak dengan beras pulut, ha... ni sah only in Japan! Bayangkan Zarina yang last makan breakfast pagi tadi, bila hadap beriyani, mampu jamah sikit je dah kenyang, sebab kami dah guna tenaga untuk berjalan, bila jumpa food, larat makan asal kenyang je. It's not that we don't want toeat, we were busy walking & shopping! harhar. SO kami decide untuk tapau beriyani & kebab tadi. Kami order Kebab, beriyani kambing & air manggo pior segelas, total +- 2000¥? hah ok la tu, kat Universal Studio pulak kan.

hoi gila happy!

Lepas makan, kami jalan-jalan jap & Zarina rasa nak masuk Hard Rock balik, nak tambah barang sikit, tudia. So aku fikir, aku nak pegi Starbucks lah, check out kot-kot ada tumbler jepun yang cantik. Hah hah sekali aku pun terjebak, bukan beli tumbler je, terbeli macam-macam ':D


Eh lama jugak lah lepak area USJ tu, tau-tau dah malam. Semua orang pun dah berduyun-duyun balik, so kami pun gerak kembali ke hostel.

Siang tadi, Ema ada bagitau kami, ada discount shop berdekatan area hostel, kalau nak beli air atau biskut bole beli kat situ. So before ke hostel kami pun try singgah. Memang best kedai ni! so aku pun borong lah choclate Meiji, KitKat, Maxim coffee 3-1 untuk bawak balik Msia. I like this shop so much ^_^

Masa dekat Vitti lodge ni pulak, kami suka lepak dekat kitchen, sebab ada sorang mamat Hong Kong ni suka bersembang, tapi malam tu badan aku macam agak tak larat dah untuk melepak, so aku mandi & terus nak buat hal tido, minah-minah france tak balik lagi, clubbing la tu, huhu. Before tido paksakan diri untuk google jap tempat-tempat nak pergi esok.

Wednesday, 8 October 2014

Osaka Day 3 - Arashiyama & their random kindness

Pagi ni lepas breakfast, kami check out dari A-Yado, take a bus back to Kyoto station & untuk ke station Arashiyama.

hik, comelnya tiket train, save paper!

Sampai je di station Arashiyama (Hankyu line), mula-mula aku ingatkan guesthouse tu dekat je la dengan train station, rupanya agak jauh. Yang dekat tu station Uzumasa Station (JR). Kami dah tersalah train line *aku baru discover ni masa dah balik Msia, uh~*

So masa tu aku blur, tanya orang local guesthouse tu kat mana nobody knows, aku taknak buang masa cari guesthouse so aku suggest untuk letak bag kat locker dulu, sebab station Arashiyama tu dah betul dekat dengan Togetsu Bridge & Bamboo Forest area. Locker ada 3 size, small (200¥), medium (400¥), & big (600¥), yang besar tu kau nak masuk menyorok pun muat, heheh. Memang nampak kecik dari depan, tapi lebar dalam dia aku dapat tengok dari tepi, besar, Japanese, with their space management memang efficient.

So kami pun menapak ke Togetsu bridge & menuju ke kawasan Bamboo Forest. Masa ni, ada 1 insiden kelakar, kami tanya lah 1 of the local how to go to Bamboo Forest, so si jepun ni bersungguh explain itu ini dalam bahasa jepun, lepas kami says 'arigato gozaimas', dia reply 'God bless you!" hahahahaha! aku rasa dia nak cakap good luck or have a nice day kot, hahaha comel betul!

before Togetsu bridge, kena lalu bridge kecik ni dulu

Arashiyama bagi aku adalah tempat yang tenang & banyak nature, dari Togetsu bridge, kita boleh nampak bukit-bukau, aku syak mesti ada hiking trail & air terjun! Dalam kawasan Arashiyama tu aku cuba untuk menapak sampai ke kawasan air terjun tu, tapi hari pun dah mula gelap, jadi aku decide untuk lupakan lah & patah balik. Bila aku balik Msia, aku tengok balik peta & google, sebab aku amat curious, rupanya kalau aku teruskan berjalan haritu ada Mount Atago (the highest mount in Kyoto) & Kiyotaki waterfall. Who knows ada rezki, aku datang lagi ke sambil berteduh di Ryokan, hidup seperti orang tempatan, and it rhymes! *ok serius berangan*.









tengah-tengah hutan ada kedai souvenir, diberi pula air teh percuma, horey~!


jepun ni ade je la signboard comel yang pelik-pelik, this is so random, haha

Perjalanan patah balik nak ke locker bag kami agak mencabar jugak ye, sebab ada banyak kedai, jadi kepada yang cheapskate atau suke bershopping tu, tabahkanlah hati. Harini aku berjaya tak beli apa, tapi esoknya aku tewas juga, hahah!

Dipendekkan cerita, untuk ke guesthouse kami, ada 1 train station dalam shopping mall, shopping mall tu kecik je 1 tingkat. So kami tanya lah pekerja keretapi tu, seorang gadis yang comel, direction nak ke guesthouse kami, masa tu dia baru lepas ambik ticket penumpang yang baru arrive, ko tau, ape dia buat untuk tolong kami? Dia siap bawak kami masuk office, google map, print pulak map tu kat kami, & call pekerja kat station yang patut kami berhenti tu untuk sambut kami bila sampai, padahal 1 stop station je. Kenapa baik hati sangat orang-orang Jepun ni  :'D :'D :'D I am not sure keretapi ni line apa, design keretapi lama, tapi cantik, bila keretapi nak gerak, macam ada lagu marry go round, huh konfius jap kita dalam funfair ke ni? hahah.

tengah sesat-sesat nak cari jalan pulang, terjumpa pulak tempat cantik ni! lokasi bersebelahan train station
see all the patterns! pretty!

Masa dah sampai area guesthouse ni, still blur direction, sebab pekerja keretapi sambut kami tadi, dia sambut je tapi tak familiar dengan direction kat situ, so kami pun menapak & tanya orang local lagi, Zarina suruh aku tanya uncle yang baru je keluar dari kereta. Aku mula-mula rasa, tak payah lah, kita cari orang lain, kesian lak aku tengok uncle tu macam rushing, tapi Zarina dah tegur dulu, hahaha & kami tak sangka, uncle tu bersungguh-sungguh nak tolong kami :'D :'D :'D dia siap bawak kami masuk kedai fast food & tanyak direction kat pekerja fast food tu, aku dah rasa... eh uncle..kalau tak tahu takpelah... susah-susah je :'\ Dah dia cakap "jepun jepun jepun" dengan pekerja fast food tadi, ingat kan dia nak tunjuk je la direction, tapi tidak ye kawan-kawan, dia telah ambik peta kami dan jalan dengan laju nya untuk cari jugak guesthouse tu! After 10 tapak, kami pun jumpa signage Bola-Bola! Uncle tadi telah gelak kuat-kuat "HAHAHA" Eh uncle ni feeling-feeling gameshow pulak, so kami pun gelak lah sekali & say "arigato gozaimas!!" & uncle tu terus blah sambil senyum sorang-sorang #eh Tapi masa tu baru aku teringat cerita Fatt yang mana dia nak cari guesthouse tu ada 2 strangers sama-sama lari dengan dia takut tercheck out lambat, terbukti la orang jepun ni, sangat sangat helpful!

Sampai je Bola-Bola guesthouse, aku ni beriya la cakap Jepun, sebab time tu dah pukul 9.30 malam baru nak check in,  takut bilik dah cancel ke ape, "Kuminesai, ermm.. watashiwa Nashua...anoo..", sekali tuan rumah tu reply english je nok~ ahahah T_T #ok apa tah nama dia tak ingat, tapi dia ni aku tengok macam lipas kudung, & rupa dia teringat macam cikgu tuisyen aku dulu, a bald guy age around late 50's.

Masuk je rumah ni, I fell in love... I did not expect it to be an old japanese house :'D & very-very clean~ Lepas mandi aku terus attack hall dia, sebab hall dia mengingatkan aku macam dalam cerita Chibimaruko ^_^




Tengah lepak-lapak sambil kira budget & menghirup teh, datang 2 orang budak Jepun lepak kat hall tu, guest rumah tu jugak, diorang tinggal kat area Mount Fuji, bestnya! 2 gegirl Aya san, & Motoko san. sembang sembang sembang *note that sembang ayam itik & hand signal* nak add fb masing-masing, sekali Aya say something to Motoko "eeehhhh jepun jepun jepun Starbucks", so aku pun mencelah la, "Ya...last time, I work in Starbucks", Aya reply "She work Starbucks" sambil tunjuk Motoko. So aku pandang Motoko, Motoko pandang aku, sambil terjerit & kami sama-sama telah buat hand signal, macam lagu Hey Ya Outkast *I dunno were the hell the gesture come from* hahah! Bila ingat balik that was funny. Tapi si Aya ni paling banyak bersembang dengan aku, coz she can speak english sikit-sikit. Baik dia, siap suggest aku pergi Jepun kat sana-sini, musim autumn, musim sakura, try makan itu ini, wahhh bestnya! I really wish I can meet them again :")

meet Aya & Mokoto! hope 1 day to see you guys again :D

Sebab guesthouse ni rumah orang, tak boleh lah nak lepak kat hall sampai lewat malam, so by 11 we decided to go to bed.

Harini paling banyak interact dengan japanese yang super baik hati! Aku terfikir, aku kalau kat Msia, orang tanya jalan, kalau tak tau, aku jawab tak tau la, malas nak tolong, maybe aku kena ubah sikap aku, contohi orang jepun. By the time aku sampai Msia je, nak naik skybus otw ke kl central, ada Indonesian guy dok sebelah aku, tanya "Kamu dari Indonesia jugak ya", I was like what...?? Dah la dalam banyak-banyak sit kosong tu nak jugak dok sebelah aku, lepas tu tanya aku, bas akhir dari KL ke Klang pukul berapa? (no.1) dah la cara kau approach salah (no.2) aku penat ni baru turun flight (no.3) aku memang tak tahu sebab aku tak penah naik bas lewat-lewat malam balik Klang. So aku just tunjuk muka annoying kat dia & say, tak tahu. Lepas tu aku termenung sat ...kata...nak jadi baik hati macam orang Jepun... bila fikir balik, aaahhhh bukan taknak apply, tak boleh apply! Msia ni banyak kes jenayah, banyak orang jahat, malam-malam macam ni baik aku jaga keselamatan diri, aku ni pompuan! 
- sekian cerpen pendek dari saya, travelblog osaka akan disambung pada post yang seterusnya, sekian -

lulz!