Semalam pagi, aku telah take the risk utk buat kerja gila (takdelah gila sangat, cuma aku tak pernah buat je) beli tiket Air Asia ke penang untuk bulan 3 tahun depan tanpa sebab, sebab harganya begitu tempting!
Tapi yang lagi tak masuk akalnya, aku beli tiket balik je, Penang - LCCT (RM29.11), hahaha (haritu ke Kelantan pun aku buat perangai gini gak) sebab aku tak pasti lagi nak buat plan macam mana or nak pegi hari apa.
Ikutkan hati nak je aku book tiket pegi Taiwan,+- RM300 je! tapi..jap jap..rilek..try dekat-dekat dulu.. nanti tak jadi, bazir pulak.. yang RM29 ni pun aku dah macam berat hati nak booked (sebab takut kena burn last minit) .. inikan pulak 300..
Lepas tu.. dah balik dari office..aku tak boleh duduk diam.. aku bukan taknak ajak sape-sape.. no.1 leceh kalau nak ajak orang ni...diorang nak fikir masa la..duit la.. itu la ini la.. no.2 aku ni stok malang & emo sikit...nanti ajak orang kena reject, keciwa pulak.. haha..
Tapi.. bila fikir-fikir balik.. sebenanya nak seronok berjalan, kena ade sorang teman gak.. So, ahhhh what the heck lah! so aku try tanye team single-mingle aku, si Ain.. & suprisingly dia memberi respon dengan pantas! Jadi aku terusss book tiket LCCT- Penang, RM26.11 each. Terime Kasih Ain kerana sudi join aku! :')
Sekarang aku rasa amat gembira sebab no.1 Penang weii!!! Penang!! aku suka gila Penang, the food, the town.. the people.. sebab masa aku sekolah menengah dulu.. arwah tokwan aku dok Penang.. selalu ke sana.. sejak dia dah takda for bertahun-tahun lamanya..aku dah tak jejak kaki kat Penang.. aku rindu Penang..
Dan sebab yang ke-2, sebab partner aku adalah Ain!! dah lama tak jumpa, sebab kami ni jauh (jauh tak jauh..tapi Melaka jugak la..) & aku pernah travel pegi Ipoh dengan dia dulu, walaupun short trip & atas urusan kerja, kami rasa sungguh bahagia masa tu :P
Benda lambat lagi bulan 3, Ain ni pun stok malang macam aku jugak.. jadi..harap-harap takde benda yang tak di ingini berlaku kepada kami la pada tarikh tersebut..
Monday, 26 November 2012
Monday, 19 November 2012
berangan
Instinct aku kata.. 2013 adalah tahun baik untuk aku travel-travel..
Tambah pulak, lately aku asyik dapat job buat calendar je kat office, so, habes semua tarikh-tarikh cuti public holiday aku dah khatam, hahaha
Shanghai / Beijing / India / Australia / Taiwan / Bandung / Sabah / Singapore / 1 tempat hape pun tak pegi, lepas tu meroyan, hahaha
Kalau boleh at least antara 3 dari tempat-tempat ni aku dapat pegi... kalau ade rezeki la.. haha
List tempat tu, sebab ade plan-plan orang nak travel yang aku nak menyelit atau tempat yang aku rasa aku nak pergi jugak kalau last resort sangat takde geng.
Kalau diizinkan Tuhan.. Insyallah..
Tambah pulak, lately aku asyik dapat job buat calendar je kat office, so, habes semua tarikh-tarikh cuti public holiday aku dah khatam, hahaha
Shanghai / Beijing / India / Australia / Taiwan / Bandung / Sabah / Singapore / 1 tempat hape pun tak pegi, lepas tu meroyan, hahaha
Kalau boleh at least antara 3 dari tempat-tempat ni aku dapat pegi... kalau ade rezeki la.. haha
List tempat tu, sebab ade plan-plan orang nak travel yang aku nak menyelit atau tempat yang aku rasa aku nak pergi jugak kalau last resort sangat takde geng.
Kalau diizinkan Tuhan.. Insyallah..
Friday, 16 November 2012
Kelantan (part 2)
Sabtu pagi breakfast, ulang makan nasi kerabu, ha..sini biase la..orang Kelantan memang breakfast nasi. Dalam tengahari, temankan Julia dengan mama dia pegi town, nak settlekan itu-ini, sebab malam ni dah akad nikah.
Beli barang-barang kahwin, secara jujurnya memang boring, beli bunga la, baju melayu la, plastik la, tudung la. Yang paaaaliiiing lamaaa di kedai baju melayu, conversation semua dalam bahasa Kelantan, aku paham sikit-sikit je, so, aku bosan, aku jalan sorang-sorang kat kedai lorong tu, jumpa 1 kedai kain, old skool sangat-sangat! tapi kain dia semua sweet & murah, 1 meter dalam RM 8 - RM 4.50, kain-kain dari Korea (huh, Korea??) Mula-mula macam segan nak beli, sebab macam poyo je beli kain, kalah pengantin. Tapi aku pikir, nanti balik Klang, mesti mengade teringat-ingat, lebih baik beli je, bukan mahal pun. So aku beli 2 pattern, 2 meter each, tak tau la nak buat baju ape, nanti-nanti la pikir, yang penting aku dah beli sesuatu yang rare! lol. Pekerja kedai tu pun, toke dia kut...pakcik cina yang amat tua, dan amat baik, dia siap panggil aku cucu lagi tau..hehe.
kain bajet vintage, nama kedai tu Sing Ka Mee, sebelah kedai bunga. best! |
Malam, akad nikah dekat masjid, Julia make-up sendiri, sangat cantek! Kawan baik saya dah bergelar isteri.. Alhamdulillah... saya harap awak bertambah-tambah gembira lepas ni! doakan aku jugak please! lol. Majlis nikah simple je, sebab esok majlis bersanding pula, so lepas nikah, Julia gigih buat kerja lagi, akupun tolong sekali, like settle bunga telur & bunga meja...dalam pukul 4 pagi jugak la kami tido.
gamba akad nikah, Julia cantek macam doll! ;D |
Ahad pagi, finally! hari yang dinantikan telah tiba! Majlis bersanding Julia, tarikh cantik pada 11.11.12 :) Baju pengantin kaler gold, tema pelamin ala-ala garden, cantik sangat! & yang lagi best, ade area photobooth dgn guestbook corner, best la! sebab I yang design barang-barang tu! *walaupun sikit je, ok la, ade menyumbang,hihi
guestbook corner |
Lepas tu, baru nak hepi-hepi, cousin Julia panggil aku, katenya nak kena hantar aku ke air-port awal sikit sebab ade lagi sorang sedara naik flight jugak nak balik, tapi flight pukul 4 petang. Tapi pukul 4 kot! sekarang baru 1.30 pm.. kenapaa kenapaaaa, aku sempat snap 1 gamba je dengan Julia, tu pun pakai Instax je, datang jauh-jauh...rasa sedikit sedih :( Anyways, tapi takpe la...at least ade orang nak hantakan aku ke airport..
Ini ajelah gamba kahwin Julia yg aku sempat tangkap. lol |
So sesampai ke airport, like baru pukul 2.20 pm.. aku buntu giler, flight pukul 5pm, lambat lagi. Lepak KFC jap, dalam kul 3 baru aku pegi check-in (huh! awal gila!). Honestly, ni first time,aku aku naik flight sorang-sorang! aku sangat lost! aku tak tau nak buat gapo dulu nih, nak check-in kat mana dan bagaimana, so aku rase, ade dalam 8 kali aku tawaf airpot KB tu, hahaha, loser gila.Dan yang paling tak bole blah, aku selamba je menonong kat tempat departure tu, padahal 1 kapal terbang pun belum sampai lagi! ye la, tempat tu mase tu takde sape, cume ade sorang manusia tengah tido & yang lain cleaner & orang kedai. Mak cik cleaner semua pelik tengok aku, so, aku terus tergelak tengok diorang & tanya, "lepas ni nak kena pegi mane ye? hehe" diorang kate, tunggu je situ, takyah gi mana-mana, wakaka.
Tunggu punya tunggu, half an hour before 5 pm, orang baru la start ramai, ramai yang seramai-ramai umat! Nak dijadikan cerita, flight delay 5.30 pm pulak... tunggu lagi, huwarghh. Masuk kapal terbang, nasib baik I dapat sit tepi tingkap, I loike :D tapi... ramai gila orang, memang penuh la! siap ade baby menangis, dah macam.. nak lari pegi mane je kami ni, haha. Walaupun perjalanan 1 jam je, tapi rase agak stress & pening~
Sampai LCCT, terus beli ticket Sky bus ke KL central, RM 9. Naik Sky Bus lagi selesa, lapang dan beberapa ketul penumpang je..rasa lega sikit. Perjalanan LCCT ke KL central lebih kurang 45 minit jugak. Sampai je KL Central, aku dengar announcement Komuter ke Pelabuhan Klang, cepat-cepat beli ticket, & berlari aku turun tangga, & yes! bag pack aku tersepit kat pintu train, wahaha" mamat-mata kat situ senyum je tengok aku yg kanchong ni, fakit la! dah tak peduli, aku nak balik rumah je ni! Dah bape tahun aku tak naik komuter sebenarnye.. train dah bertukar baru.. aku menonong je cari sit kosong, jalan-punya jalan, sampai kat couch wanita, lega..hehehe
Dalam pukul 9 pm, aku pun sampai la ke stesen Klang... nasib baik ayah sudi nak amik aku.. sebab aku memang dah lunyai dah time tu.. Aku terpikir... gigih nya aku time student dulu, tiap-tiap minggu balik rumah, dari Sri Iskandar , naik public...huih..
Sekian, itu ajalah perjalanan aku ke Kelantan yang amat letih..haha.. Walaupun pergi ni atas urusan kenduri, tapi aku anggap la ni macam percutian juga! hahey' :)) Cuma.. kali ni ke Kelantan tak jenguk pantai langsung... jenguk dari tingkat aeroplane je.. hehe.. Apepun, gembira kawan baik saya dah bergelar isteri & aku berjaya pergi ke majlis dia & the trip was kinda fun! and I am gembira! :D
-end-
Kelantan (part 1)
Setelah beberapa bulan blog ni telah di'abandon'kan, harini baru ada benda nak catit, sampai butang post pun aku dah tak kenal kat mana, hahaha, loser gila.
Ok, ini kali aku pergi ke.. Kor.. eh bukan..ke..Kelantan jerr~ hehe. Ni baru kali ke-2 pergi ke Kelantan, kali pertama pergi sana was 4 years ago, sebab aku tengah bosan, so aku pergi sana sorang-sorang, melawat kawan baik aku Julia. Lepas tu aku dah serik nak kesana, sebab perjalanan yang amatlah jauh! 8 jam naik bas!posto! posto! panggilan ke Kelantan sudah datang! |
Guess what? this time aku pergi sorang-sorang lagi (T_T'), kali ni aku terpaksa pergi jugak lah, sebab Julia nak kahwin.. haritu dia bertunang, aku berjanji nak datang, tapi tak jadi... jadi, kali ni, nekad, janji, harus ditepati! Tapi..sedikit sedih, 3 orang yang berlainan, cancel plan nak ikut aku untuk trip ke Kelantan ni. Actually, aku tak kesah pun nak berjalan sorang, tapi ni soal kenduri beb! Terasa loser nya pergi kenduri sorang-sorang! huwargh~ Cancel plan last minit pulak tuh, kenapa semua ni selalu berlaku kat aku?? so, aahhh.. malas dah aku nak amik port, aku telah decide untuk book je tiket flight, memandangkan dah agak last minit, tiket agak mahal, jadi beli sehala je, tiket balik, Air Asia, RM112 & nak budget, pergi pulak aku decide untuk naik bas dari Klang Central, harga tiket RM45.
Aku request cuti hari Jumaat, jadi aku beli tiket bas hari Khamis, pukul 10 malam, so boleh la tido sementara nak mengharung perjalanan 8 jam tu. Aku amat tak suka pergi beli tiket bas dekat Klang Central ni, kenapa tiap-tiap kali kita naik tangga je, mula lah budak-budak jual tiket kerumun kita, stress ok! aku tak boleh nak berfikir! so aku terbeli la tiket bas KMK, effect membeli tiket dalam keadaan stress, tahape-hape bas aku amik ni, * terbukti tahape-hape, bas tu sampai pukul 11.10 malam ok! Seumur hidup aku naik bas ekspress, tak penah lewat sampai macam ni!
Perjalanan not bad, cume bas sangat penuh, minggu ni memang ramai nak balik ke kampung kut.Ke Kelantan takdak highway, jadi jalan hutan simpang-siur, bas 2 tingkat, drive laju yang amat, dah macam naik roller coaster u'olll.
Jumaat, dalam pukul 8 am, baru lah betul-betul sampai ke Kota Bahru, & bas tu dia berentikan aku kat mane-mane tah, yang aku nampak bangunan TNB, aku rase amat lost mase tu, tak tau nak describe suruh julia pick-up aku kat mane, nasib baik after half an hour Julia berjaya gak jumpe aku. Rupa-rupanya bangunan TNB tu kat sebelah Parkson je.. la.. what the heng meng~
Pergi breakfast di kedai, yang katenye famous, ade banyak gamba celebrity u'oll, diorang letak kat situ buat wall paper, haha. Lepas tu takde ape la, balik rumah Julia, rehat-rehat, pastu Julia kate nak pas barang kat tunang dia jap, aku dengan t-shirt buruk & seluar tido, wallet & hp pun tak bawak, jalan je la terus masuk kereta, sekali ha.. pergi makan Mcd la.. pegi buat rambut la.. borong gula-gula la.. 1st time I pegi town tak bawak ape & selekeh yang amat,lol.
Tapi, kedai yang aku paling suka, kedai borong barang runcit, aku tak tau lah, mungkin kat sini ade gak kut, tapi aku amat teruja masuk kedai tu, Julia pegi situ nak borong coklat & gula-gula kenduri. Tapi aku masuk-masuk, aku rasa macam berade di Willy Wonka Factory! haha! Banyak gila gula-gula zaman dulu-dulu, old skool habes! semua jual secara pukal & murah! aku nyaris nak terbeli Tora satu peket besar, tapi memandangkan, balik nanti naik flight.. macam over tau. haha. So aku cume beli 1 paket besar biskut coklat & Coke comel-comel (?). Julia gelak tengok aku tanye, "Ape benda ni?!" , aku jawab "Ntah,aku pun taktau, sebab macam comel". Nasib baik biskut smiley tu amat sedap! Lepas tu, aku mintak Julia singgah kedai nak beli Coke sebab hari sngat panas, Julia menganjing aku, dia kate "minum la coke yg baru beli td tu! hahaha", '-__- , huahua
1 paket besa ni RM 4 je each, best kan! :D |
Mini Coke perisa tiruan yg macam lol! wakaka |
Balik tu, aku terus tido tak sedarkan diri selama 3 jam.. haha. Dah malam, kononnya malam berinai, tapi d.i.y saja.. so, aku bosan, aku pun terpakai inai sekali, amik berkat,lol. Malam tu, diorang masak nasik kerabu, bestnya! nak tambah, tapi ape kan daya, terlambat makan, so ayam pun dah tinggal bape ketul je. Lepas tu sambung tolong buat kerja menyiapkan photobooth si Julia, dah nak pukul 2 am, baru nak merangkak cari katil.. hehe..
Walaupun baru duduk di Kelantan sehari suntuk, eh dah rase macam seminggu je.. hehe..
Panjangkan cerita aku? hehe.. Cerita hari Sabtu & Ahad sambung lepas ni ;P
Walaupun baru duduk di Kelantan sehari suntuk, eh dah rase macam seminggu je.. hehe..
Panjangkan cerita aku? hehe.. Cerita hari Sabtu & Ahad sambung lepas ni ;P
Subscribe to:
Posts (Atom)