Tuesday, 1 May 2012

Melaka Short Trip

23rd January 2012 : 
gambar hiasan. ni amik mase pegi Melaka tahun lepas,hehe

The first place yang aku pegi tahun ni adalah Melaka, ye! Melaka, memang la kampung aku kat situ..tapi every time balik, jarang betul ayah singgah town...paling pun bawak aku pegi pasar. 

Ok reasons why I came to Melaka, 

1) Banyak plan aku nak jalan-jalan bulan Disember telah di cancel last minute oleh kawan-kawan sebanyak hampir 4 kali, so aku frust" aku decide , "Dah, orang taknak bawak aku pegi jalan, fine! aku pegi jalan sorang-sorang!"

2) Since company aku keje tu company chinese, diorang kasik cuti Chinese New Year sampai seminggu you all" seronok memang seronok, tapi tak seronok la kalau seminggu tu habis untuk tido, rugi la gitu..so I decided to at least go somewhere or do something during this 1 week hols.

3) Actually salah satu mission utama, nak jumpe kawan aku Ain Pais :) dah nak 2 tahun aku tak jumpe dia. Aku kenal dia since aku join event Rantai Art kalau tak silap,  few years after, kami dah tak jual T-shirt sama-sama.. so dah tak berjumpa..since dia pun dok Melaka. So, Ain, this short trip was dedicated to you! haha

Since rumah aku tak jauh dari Klang Central, I just park my car kat situ, infact free parking, aku park betul-betul area depan kedai makan yang banyak-banyak tu, at least kereta aku selamat.

Aku beli tiket a night before, just incase la kan, coz selast-last minute aku, aku tak suke benda yang takde back up. So I bought 10 a.m punye tiket. Esoknya, ha..dah park kereta td..(sambung balik..hehe) , aku pun naik la bas..dapat sit belakaaaang sekali..padan muke, sape suh beli tiket last minit, cuti raya cina pulak, dapat pulak sit sebelah pakcik Indon.. dia ajak besembang pulak..aduh..aku ni dah la anti-sosial.. tengah sembang-sembang.. aku teringat handphone, seluk-seluk bag tak adeee!! demm, aku kanchong giler, pakcik Indon yang konon macam nak nak ajak berborak terus lupekan niat nak sembang ngan aku (bagus gak tu) , since bas pun tak gerak lagi, jam dah pukul 10.05 cmtu, aku terus turun lari pergi amik handphone kat kereta. Mase tu aku pikir, if bas tu nak blah, lantak lah, sebab aku ni dah la jenis tak hafal no fon sape-sape kecuali no fon rumah & no hp sendiri. Kalau la aku sampai Melaka nanti, menangis aku! Dah dapat handphone, aku try nasib check bas tadi lagi, rasa nak nangis memang ada.. tapi.. tadaaaa! Bas masih setia menunggu, bas tu troll aku..demm.. n btw tiket tulis pukul 10 a.m., tapi dia gerak 10.30 a.m. , sabo je lah.

Perjalanan, macam biase je la..ni bukan pertama kali naik bas ke Melaka, 2 jam je pun.. Dulu pun aku study kat Sri Iskandar, tiap-tiap minggu gigih naik sampai 3 bas untuk sampai ke rumah saje, tegar tak tegar..hehe. So dalam pukul 1 camtu sampai la..bas terkedek-kedek..hehe. Ain pun rilek je..pukul 12 aku message, di belum mandi pun lagi..tau-tau je bas aku memang akan sampai lambat, haha.

Sampai je Melaka, aku terus beli ticket ke Klang petang ni ( ye, ini trip balik hari!) ticket cam biase RM15 sahaja. Then Ain terus pick up aku naik kereta MAN-nya, hehe. Lega rasa dah sampai & dapat peluk ciom Ain Pais, lol (ok tambahan saja)

Ape kitorang buat yek? ntah...since it was Chinese New Year, kedai pun banyak tutup... kami...owh.. lunch dulu di tempat port Coconut Shake, ape name tah...da banyak sangat port coconut shake.. Ini hari Ain bawak port lain.. Coconut shake ade jagung.. then makan mee goreng tak silap, portion ala-ala kantin gitu.. sebab tengah cuti sekolah kut..duhh

Kitorang takde buat ape sangat, just sembang-sembang dalam kereta sambil round-round town, since jalan pun lengang. Memandangkan makan tadi sekadar alas perut je, kitorang decide nak makan mewah-mewah ini hari! Tetibe Ain bawak keluar satu idea yang aku pun dah lama mengidam, "Kite makan pizza?!" (hoh mewah la sangat, kire mewah la,lol), serius aku gembira, ini pasal aku suke kawan dengan Ain Pais, we are 2 independent loner & yang mempunyai taste yang same..chewah..*aku pun tak pasti betul ke tak statement ni.

Anyways, makan pizza, sembang sana sembang sini, cerita sedih, cerita gembira...bla bla bla... dah kenyang , beli popcorn pula, haih..gumuk gumuk, tak peduli... Then taktau nak pegi mana..kami lepak tepi pantai je..sambung sembang lagi...lol. 

Bas balik pukul 8 p.m., Ain teman aku sampai bas ada walaupun dia kena pegi join rewang sedara nak kawen malam tu.. terima kaseh! Ain cakap sorry, tak dapat bawak jalan banyak tempat, but well.. I don't mind, I just want to kill the time & yang penting dah dapat jumpe Ain :)

Aku assume highway jam, ye la, cuti sekolah kan.. but mungkin masa tu orang still kat kampung, so highway was very the clear I tell youuu.. around 10 p.m. dah sampai doh ;D  Sampai-sampai je, kereta kecik saya setia menanti di Klang Central. So I can summaries, It was quite a smooth short trip, Alhamdulillah..

Lepas ni boleh la datang Melaka lagi if rindu Ain! hooray!


What I did for the rest of hols?
  • Went to KLCC spend time kat Kinokuniya for hours & tido rumah kakngah kat Ampang.. 
  • 2 days part time job tenaga buruh kasar
  • 1 whole day sleep
  • Eat Yellowcab pizza with friends (serius best & gembira sebab tempat oldschool, thanx Diana & Yor :) * ye pizza lagi..n guess what? 2 days after mak aku tapau balik pizza juga, whaaaattt? haha
next Monday get back to office like normal, well hello reality~

No comments:

Post a Comment