Hari terakhir... hari agak masih panjang, sebab flight lambat lagi pukul 7 petang, jadi kami masih ada masa setengah hari. After breakfast, kami merempit ke pantai yang jauhnye beberape minit je.. Pantai area ni takde la cantek mane.. pantai kat Kelantan yang berenti tepi jalan tu lagi cantek dan jernih secare jujurnye..almaklum la..dok area pekan..hehe..kalau nak air jernih, kena naik bot la kot? Tapi kami tak melepaskan peluang untuk mandi-mandi.
Dah puas jadi budak-budak, kami pun nak balik ke hotel, lepas tu gatal nak terjun kolam, konon hari terakhir, honestly hotel Baumanburi kami duduk ni agak best walaupun tak besar mane, keliling kolam ade bilik-bilik yang dari balcony dia boleh terjun kolam terus*ok aku batak, haha. Tengah seronot-seronot berendam, kena marah dengan pekerja hotel (laaagiii..) sebab tak pakai swimming suit, ala..leceh la korang ni.. so kami merajuk pi balik bilik besiap-siap untuk check out.
Babai Baumanburi |
After selamat sampai ke tempat nak pulangkan motor, kami pun menapak ke hotel balik...sambil-sambil tu singgah mana-mana kedai yang kami lalu, amik feel hari terakhir di Patong..hehe.. Lepas tu..lepak je la..dah takde idea nak buat ape..mase pun tinggal sejam je, sebab van akan pick us up at 5pm.
hasil tangkapan kami di Phuket ;P |
Ok, sampai je kat LCCT around 11.45 pm jam Malaysia.. Sampai ke rumah around 1 am gitu.. mandi & pack-pack, pukul 3 pagi jugak lah aku tido. Itu hari pergi Singapore sampai rumah nak pukul 3 pagi, esok pagi boleh cargas, ingatkan pegi Phuket ni masih boleh cargas lah, tapi..tidak..salah sama sekali.. Esok pagi aku pergi kerja, buat kerja macam zombi! Tah-ni-ah!
Overall trip to Phuket, puas? boleh la..cuma aku tak puas tak dapat melawat banyak pulau, kalau boleh aku nak buat aktiviti berkayak masuk gua tu, tapi geng ni minat shopping, hehe.. tapi yang penting aku dapat pergi ke tempat orang lagi, Alhamdulillah. harapnya dapat lagi lah menjejak kan kaki ke tempat lain pula. Takpe, one day kalau ade rezeki, aku nak ke Phuket untuk beraktiviti laut puas-puas pulak. Sekian macam biasa, terima kasih kepada yang terlibat ;)
-end-
No comments:
Post a Comment