Semalam pagi, aku telah take the risk utk buat kerja gila (takdelah gila sangat, cuma aku tak pernah buat je) beli tiket Air Asia ke penang untuk bulan 3 tahun depan tanpa sebab, sebab harganya begitu tempting!
Tapi yang lagi tak masuk akalnya, aku beli tiket balik je, Penang - LCCT (RM29.11), hahaha (haritu ke Kelantan pun aku buat perangai gini gak) sebab aku tak pasti lagi nak buat plan macam mana or nak pegi hari apa.
Ikutkan hati nak je aku book tiket pegi Taiwan,+- RM300 je! tapi..jap jap..rilek..try dekat-dekat dulu.. nanti tak jadi, bazir pulak.. yang RM29 ni pun aku dah macam berat hati nak booked (sebab takut kena burn last minit) .. inikan pulak 300..
Lepas tu.. dah balik dari office..aku tak boleh duduk diam.. aku bukan taknak ajak sape-sape.. no.1 leceh kalau nak ajak orang ni...diorang nak fikir masa la..duit la.. itu la ini la.. no.2 aku ni stok malang & emo sikit...nanti ajak orang kena reject, keciwa pulak.. haha..
Tapi.. bila fikir-fikir balik.. sebenanya nak seronok berjalan, kena ade sorang teman gak.. So, ahhhh what the heck lah! so aku try tanye team single-mingle aku, si Ain.. & suprisingly dia memberi respon dengan pantas! Jadi aku terusss book tiket LCCT- Penang, RM26.11 each. Terime Kasih Ain kerana sudi join aku! :')
Sekarang aku rasa amat gembira sebab no.1 Penang weii!!! Penang!! aku suka gila Penang, the food, the town.. the people.. sebab masa aku sekolah menengah dulu.. arwah tokwan aku dok Penang.. selalu ke sana.. sejak dia dah takda for bertahun-tahun lamanya..aku dah tak jejak kaki kat Penang.. aku rindu Penang..
Dan sebab yang ke-2, sebab partner aku adalah Ain!! dah lama tak jumpa, sebab kami ni jauh (jauh tak jauh..tapi Melaka jugak la..) & aku pernah travel pegi Ipoh dengan dia dulu, walaupun short trip & atas urusan kerja, kami rasa sungguh bahagia masa tu :P
Benda lambat lagi bulan 3, Ain ni pun stok malang macam aku jugak.. jadi..harap-harap takde benda yang tak di ingini berlaku kepada kami la pada tarikh tersebut..
No comments:
Post a Comment