Thursday, 21 August 2014

Chiang Mai - Day 2 Elephant Camp, Jungle Trekking, Water rafting, Night Market Shopping


Rise & Shine~! It's our 2nd Day in Chiang Mai! :)

1 of statue temple depan hostel kami
*not bad jugak gambar dari camera henfon I yang tak seberapa ni, huhuh*

Aktiviti harini aku dah book siap-siap masa kat Mesia melalui Travel Hub Chiang Mai, can check them out online. Banyak aktiviti yang best best! Aku pilih untuk ambik tour packages that includes visit to Elephant Camp, Jungle Trekking, mandi air terjun, Water Rafting, & Bamboo rafting. Harga, 110 THB saja. Bagi aku murah, sebab kat Mesia, untuk buat water rafting saja dah cost RM140, just imagine ni ada 5 aktiviti + makan dengan harga untuk +-Rm110 saja :) *btw awal-awal dalam e-mail dah request vegetarian food (since they don't cook halal meat)

Ada insiden kelakar sikit, aku malam tadi semangat lah on alarm kat henpon, nak bangun at 7 am, sebab tour akan pick us up around 8 - 8.30 pm. Henpon menunjukkan dah pukul 7.30 am, aku tengok Aina pun macam taknak bangun je, tapi aku, aahhh kalau dilayankan tido ni nanti sama-sama hanyut, parah, haha. So aku pun bangun mandi dulu, mandi kambing, Aina menyusul, tapi kenmain lagi meriah betul mandi, aku dah risau sebab nak pukul 8 dah, takut kena tinggai, so aku ketuk pintu Aina cakap "tak payah nak beriye mandi sangat ler... kang masuk sungai gak...hehe".

Mujur dah pack siap-siap malam tadi, so aku cakap kat Aina aku turun dulu, takut diorang dah sampai. Turun kat lobby je, aku menggelabah tanya receptionist, kot ada tak van tour tinggal kami, pastu receptionist tu cakap, sekarang baru pukul 7 pagi, aku tengok jam tangan (jam tangan set time Thai), kwang kwang kwang~ kantoi lupa set timing Thai kat henpon, jadi hasilnya kami bangun awal sejam lah, keh keh.. Aina turun, aku gelak-gelak cerita, Aina reply.."patut la, kite pelik kenapa Nash ni nak bangun & siap awal-awal sangat ni" hahaha, sorry Aina.. tapi takpe... bagus jugak, sempat kami breakfast dulu, so kami menapak ke 7E & shopping makanan sikit, siap sempat balik hostel, bancuh kopi, lalalala~ around 8.30am, tour guide pun sampai, just nice :D

ok, sempat lagi I feeling2 kat buaian hostel sementara tunggu tuk-tuk, lulz

Kami naik tuk-tuk van yang besar macam semalam tu, in total there are 10 of us, 2 guys from Canada, 2 girls from Holland, 2 girls from UK, 1 guy from India, 1 girl from US & 2 orang wakil dari Mesia... sape lagi, kami ler.. haha muhibbah tul, tapi mula-mula tu kami malu-malu & diam je, yang paling banyak bercakap tu ha, si Amarika, haha. Minah Holland lagi power, bersembang sesama depa, dalam bahasa diorang, dari pakai tiub, selamber bukak tinggal bikini, dah la tuk-tuk tu open je, free-free belanje orang Chiang Mai, siap ada budak2 naik motor snap gambar diorang semata, lol. Tapi Minah Holland 2 orang ni cantik-cantik macam model & sangat friendly :) So ni lah salah 1 sebab aku nak join tour, boleh mingle-mingle dengar orang lain, different crowd & environment gitu, best!

So bila semua orang dah ada atas tuk-tuk, tour guide pun bagi briefing sikit, dia kata, 1st we will go to Butterfly park, & then see Elephant, & go for Junggle Trekking & bla bla bla. Kitorang was like, Butterfly Park?? mana ada dalam iti weh, haha layan kan aje la..

1st destination is Butterfly park, nothing to shout about, coz jujur Butterfly park dekat KL is like 4 kali besar dari ni, hihi sorry...

Next stop, heading to Elephant camp,perjalanan +- half an hour. Masa perjalanan ke sana, dah masuk area bukit, hutan & kampung. Angin pun dah mula-mula sejuk, just imagine kalau lah kami sempat pegi ke Pai kan best, leh rasa gigil-gigil sikit, hehe. Lupa nak snap gambar, sebab keadaan sangat tenang dan nyaman.

Sebelum arrive, tuk-tuk stop kejap & datang sorang makcik ni jual pisang & tebu untuk feed the elephant. 1 plastic besar tu RM2 jerr, sebab banyak, aku kongsi beli dengan Aina. Yang kelakar, mat-mat saleh ni depa lapar, so diorang teringin nak makan pisang tu, tapi was-was takut pisang ada enjet ubat gajah, lol!

Sesampai kat camp gajah, mula-mula aku ingat camp besar yang aku google haritu, tapi tak, it's like a very basic camp je, gajah ada less than 10 mungkin? Tapi bagus jugak, at least takpayah lah aku tengok gajah melukis lah, menari lah, aku tak sampai hati.. Itu bukan aktiviti kebiasaan gajah, if bawak barang atau penumpang, masih boleh diterima, sebab zaman dulu memang gajah ni salah 1 alternatif pengangkutan.


 
* tengok baby elephant tu! comel sangat! Im in loove with that baby :'D
* gambar ke-4, haha gajah tunjuk sign toooot, di warn kami jangan nakal-nakal ha~!

Aku pun ada research jugak, ade yang berpendapat toksah naik gajah ni, diorang ni di ajar dengan diseksa, tapi aku berpegang dengan research yang mengatakan, gajah dekat Thailand ni memang sejak zaman dulu dah biasa untuk mereka bekerja, so diorang kena biasakan gajah-gajah ni buat kerja, its like their nature in here. For me, takat bawak 2 orang atas gajah yang 15 kali besar dari kami, Insyallah ok.. Btw niat asal aku taknak naik sebenarnye, kesian jugak... tapi Aina dia memang nak datang sini untuk naik gajah..so aku taknak hampakan dia, & aku pikir, kitorang pun kecik je, takpe kot, so ternaik la jugak.. huhu


Haha! Aina our Driver!

Meet, hurmm..lupa nama, she's from U.S., dia travel sebulan dari Laos sampai ke Thai ok!

Alah manjenye, usik-usik kawan sebelah pulak gajah ni :')
I dunno, but for me, the Elphie looks happy

Sambil naik gajah tu, orang yang guide gajah kami tu siap offer ambik kan gambar kami, sambil-sambil tu hulur kami buah mangga lah, buah dukun lah, baru lepas petik dari tepi-tepi tu je tau, untuk kami makan, wah.. memang A plus plus punya layanan ni! kami siap share-share buah tu dengan si gajah tau, ooo what a sweet life, we & the Elphie 1 happy family ~_~

Paling aku tertarik masa kat Elephant Camp ni, is the anak gajah...! dia seekor je, yang lain gajah sume dah taiko dongga-dongga. Cute sangattt rasa macam nak bawak balik rumah, bela & tak nak bagi dia besar #bleyke hehe. Dia sangat comel, sebab dia ikut je mama dia kesana-sini bawak penumpang, dia tak diikat, & tak payah buat kerja pun, bila berhenti, dia sepah-sepahkan tanah & baling atas badan dia guna belalai, comeyyynyaaa so playful (ToT)! Rasa nak peluk dia, tapi bila nak peluk je, dia main-main dengan belalai & macam nak lari peluk aku jugak, walaupun baby gajah, tapi mantap, risau jugak kalau aku kena pijak free-free pulak nanti, haha. Sampai harini, I still miss the baby gajah :'D

Anak gajah ni ingat kami dengan dia sama spesis, asyik kejar kami je :P
Say goodbye to baby Elphie... sobs :'(

Aina yang beriya nak tengok gajah, asyik lari sebab takut, hahaha. Sekarang dah terbalik pulak, aku yang beriye nak tengok rimau, excited tengok gajah, Aina yang beriya nak tengok gajah, excited dapat tengok ghimau, hewhew. Yang penting 2-2 hepi :)

Next, tuk-tuk bawak kami 1 gerai untuk makan, semua orang dapat 1 bungkus pat thai, tetibe aku ter'panic & tanya tour guide tu, "We requested for vegetarian food", tour guide tu macam boring dengan aku, dia tanya "Do you eat egg?", aku angguk, pastu dia tambah kuah jawab "That's elephant egg inside the food", aku mula-mula macam blur, hampeh punya tour guide, food tu bungkus dalam daun pisang, bukak-bukak memang pat thai sayur & telur je, & semua orang dapat makanan yang sama, ooo... hahaha. Tapi portion dia banyak gila, Aina siap offer mamat Canada depan dia, & mamat tu siap habiskan, gila mat saleh ni makan banyak. semua orang habiskan makanan kecuali aku & Aina je, biasala la kami kan perut-perut Asia :P

Selesai makan, we are ready for jungle trekking! Lokasi? belakang gerai makan tadi je, kah kah! Perjalanan trekking sehala ambil masa 1 jam, pemandangan, dari mata aku, aku teringat dusun kat kampung Melaka aku, haha, cuma sini ada sungai, & the feeling ada lain sikit. Sambil trekking, akan pass by other trekking group jugak, & tak tahan tu, ada la jalan trekking tu yg kecikkk sangat & dan-dan time tu lah ada 2-3 ekor anjing pun sebok nak trekking! hadoi~! Aku dengan spontan telah ter'grab kuat-kuat tangan mamat Canada depan aku, lagi sikit aku nak terpelok mamat tu, sebab terkezot mak! So aku pun cakap kat dia "Sorryyyy I can't touch dog, coz Im a Muslim", so he just laugh & kate takde hal. Btw nama dia Wayman, aku terhutang budi kat dia sebab tiap-tiap kali anjing datang kat aku atau Aina, mesti kitorang suruh dia yang halaukan, hahaha!

mat saleh pakai selipar je! lulz
Wuhhoo~! taktau nak kemana ni, kami jalan jer!

Sebenarnya kami clueless trekking ni nak pegi mana, rupanya point dia nak ke Mae Tang Waterfall!  Tadaaaa~~!!


the rewards~! yummy!
Sesampai je semua orang gedebush la! Aku & Aina pun rendam-rendam badan, huiii sejuk makkk, tapi best jugak layan air tejun sini.. :) Dah mandi-manda, kami pun trekking pulang semula. Masa balik ni konfiden je jalan, aku Aina & minah-minah Holland tu selamber manonong sampai termasuk kawasan perumahan orang, hahah! Tapi aku terjumpa 1 view cantik, bukit hijau yang besar... pemandangan reminds me to highway ke Utara*ai tadi Melaka? haha* tak snap pulak, tapi just enjoy the view sambil senyum sorang-sorang..hehe.

Dah selesai jungle trekking, masa untuk white water rafting! yeaaaaha! Masa nak siap-siap pakai jaket & helmet ni, masing-masing buat muka, sampai Aina mengadu... "Nashhh helmet ni busukk" kahkahkah.. ala tahan je la kejap... kate pakej murah...kah kah! Btw, masa kami arrive je spot water raft ni, Aina terkejut, dia kate "Nash! ape ni?! kita kena dayung ke? I tak sangka you nak bawak I buat benda extreme macam ni??" aku gelak je, hahaha, aku kate, "lah ingat kan you tau water raft tu ape, ko ingat nak jadi anak raja ke silang kaki dalam raft tu? haha.. jangan risau.. tak bahaya, da buat mesti best punye, hehe".

So group kami di bahagi kan untuk 2 raft. Water Rafting kali ni, aku boleh kate par je kalau aku nak banding masa kat Ulu Slim dulu, tapi dalam pada tak berapa extreme tu, tak boleh blah, raft yang tak sepatutnya tergolek, raft kami terlanggar batu & terbalek pulakkkk~! Btw, team kami, Aina, Wayman, sorang minah UK (Laqisya), mamat India (tak ingat name lakk) & aku. Dari kejadian tu 3 orang tercampak dalam sungai, which were aku, Laqisya & mamat India tu, hahaha whyy T_T. Mujur aku try tak panic, & tukang raft tu berjaya tarik aku T_T. Tukang raft tu kate, "Sorry sorry, this shouldn't happen, wrong people arrangement"' rupanya susunan orang dalam boat tak stabil, tu terbalek semua bila langgar batu, huaaargh.

Haha! ni je gambar selebet yang kami ada masa tgh water raft, tu pun aku beli yg depa snap buat souvenir letak dalam frame tu, haha, bolehlah...janji ada :))

Lepas water raft, kami di transfer kan ke bambbo rafting @ nama tradisionalnye rakit. hehe... rakit dia memanjang, bila duduk bersila tenggelam sikit, nampak macam we sit on water gitu, haha.. Rakit lagi 1 kesian, sebab semua penumpang nya mat salleh, weight diorang berat kot, so kena berdiri, takut rakit tenggelam, hahah.. 1 of us were asking "Why you guys were standing on the raft?", & they reply "We're just doing some yoga rafting..!"sambil buat aksi-aksi gimnastik, wakaka...! Kelakau gak depa ni, haha! Sayang betul kitorang tak bawak camera, takut basah.. so.. takde gambar :( Anyways it was a very fun experience..! :D

So before pulang, kami pun bersihkan-bersihkan diri sikit, tour guide kata perjalanan pulang ambil masa lebih kurang 1 jam setengah, huih.. dah jauh jugak kiranya kami pergi ni dari pekan Chiang Mai.

Sepanjang perjalanan pulang, minah US, UK & Holland, bersemmmmbang aja, the whole journey beb, haha! aku & Aina nak terlelap-lelap dalam tuk-tuk. Once diorang dah reach hostel masing-masing, tinggal la kami, Wayman dengan kawan dia Carlos, Carlos said "man...they can really talk, I start to feel a bit dizzy, the whole journey man.. haha!", aku reply "I tot you enjoy it, you were joining their conversation, right?", & Carlos was like "Yeah, but hahaha..", Wayman pulak geleng-geleng kepala sambil gelak jer, hahah!

Tapi yang kenyataan nya, masa ni dah pukul 6 petang, perut betul-betul dah lapar, pat thai tadi pun dah hadam. So kami naik bilik sat, refresh badan sikit, & keluar menapak ke kawasan night market untuk makan..! Mula ingat nak makan mee sup makcik semalam yang dekat masjid tu, tapi malam ni kami nak try ada gerai halal dekat night market pulak la, ada masakan panas thai, yummy! But not so yummy for me, my tekak cannot telan sangat, masih peritttt... kronik tahap, kunyah-kunyah kena telan air sikit. Aku dah la dari siang tadi terbayang nak makan beef sup, kot lega sikit tekak ni boleh telan makanan, tapi sampai-sampai je sup tu pedas pulakkkk, huwargghh~ Sedikit sedih, food very cheap here, sedap pulak tu, senang dapat halal food, tapi tekak sakit pulak, huahua dugaaan~ Btw, kami order, beef soup, tom yam, pineapple fried rice, total 230THB jerr :D

Lepas makan, kami decide untuk urut session part 2! dah beraktiviti lasak, kita relax kan badan pulak.. sebab urut sini murah, kalau aku kat sini 5 malam, 5-5 malam aku akan pulun pegi urut tau, hehe. Tapi malam ke-2 ni hampa sikit... aku dapat tukang urut pompuan, mula-mula rasa...aaa.. bagus-bagus pompuan, sekali dia urut..mak ai... sakit... cara dia urut pakai buku 5 & cubit-cubit, am not so relax during this 2nd massage session, tapi bolehh lahhh..semalam lagi power! Aina lagi la, gatal nak cuba full Thai massage, so malam tu dia kena belasah kaw-kawa sampai esok jalan kengkang, badan terkejut, hahaha! Buat hal betul kitorang ni.

Lepas urut, kami pun shoppping... since malam last, confident sikit lah nak beli-belah.

keadaan Night Market, ni baru sebahagian ok, tempat ni besarrrr~!

colorful handcrafted


* pashmina tu RM9 je, menyesal tak beli banyak beli 2 je sampai orang kat rumah berebut T_T
* sabun bentuk 4 segi tu RM2 je seketul! best sangat pakai! made from natural ingredients
* sikat kayu ni RM6, amat-amatlah puas hati, sedap dipakai dan berguna! Kalau kat body shop mau RM16 ni

suprisingly fridge magnet aku jumpa semua mahal, RM10 sebijik, haih dah macam kat jepun pulak #eh

Disebabkan aku dalam keadaan yang tak berapa sehat, mood shopping aku sedikit merundum. Dah la memang cheapskate, since kepala tak berapa sehat sangat, lagi susah untuk aku buat keputusan bile menghadapi situasi "nak-beli-ke-tak", lol. Kat entrance Night Market tu, ada sebaris shop lot, 1 of the shop besar 2 tingkat, jual barang-barang leather macam kasut & bag, jenama depa la kot. I found this 1 cute boot (is it a boot?), leather, discount dari harga THB 3000++ jadi THB1690! murah tu for leather goods, & cantek & looks ala-ala Clark's. Tapi.. tu lah otak aku tengah tak fit nak analyze keputusan, so end up aku tak beli, huahua...itsokaaaayyy #balikmesiasikitmenyesal Kedai tu barang-barang dia semua sebenarnya banyak makcik-makcik sikit, tapi kita kena pandai cari, mesti ada yang elok.

This is a leather shoe & only cost for RM169! Msia tak dapat bro.. *notice tak kaki aku dah nak bintik merah...eeeiii dah rasa seram masa ni >_<

Dah habis shopping-shopping, aku teringat ada orang jual kebab semalam, dah sampai dekat push cart kebab tu, aku termenung sat, takut kalau beli, aku takleh telan, lepas tu buang je :( Aina pujuk aku kate beli je.. tapi aku jawab "tekak I ni boleh telan ke? :(", Aina being so sweet, dia kate, "jom kita kongsi beli, so I kongsi makan dengan u, I pun lapar sikit ni", time kaseh Aina.. sweet angat angat :'| Kebab ni yang menjual nya orang Turki, even the cart tulis kebab Turki, so teringat la masa kecik aku pi Sydney ayah aku beli kebab Turki, teringin~! btw it's THB 50 only..! :D

Sampai je hostel, memandangkan dorm kami kecik, so kami lepak dekat pantry@dining area dulu, best lepak sini.. chill je.. sambil online-online jap. Sambil tu kami pun ngap la kebab tu, sedappp :"D Aina yang jenis tak makan sangat ni pun kate, betul kebab ni sedap..! Syukur kami beli, kalau tak mesti aku teringatkan kebab tu sampai hari ini, lulz.

Btw, masa lepak-lepak tu, aku cakap dengan Aina, "nak tengok suatu yang menggerunkan tak?", Aina kate, "Nak! Nak! ape?", aku tunjuk tangan & kaki aku, naik bintik-bintik merah, Aina tengok pun geli, aku cakap... hmmm kalau I kena denggi ni macam mane ek..? ishh risau pulak. Tapi aku puji sikap Aina ni, dia cakap "takpe takpe, u mandi & tido dulu, tengok macam mana, maybe sebab u jatuh sungai tadi kulit allergic, tapi kalau esok u demam teruk kite gi klinik k", ok Aina :"]

Naik bilik je, memang badan ni lunyai lah, dah segala-gala aktiviti kitorang buat. Nak dijadikan cerita, lepas aku dengan Aina mandi-mandi sebelum tido, pintu buat hal pulak, tak boleh bukak, laaaahaaiii~ Aku punye badan memang dah lemah sangat-sangat, bintik-bitik dah naik sampai ke leher, dah la tengah demoralize, kesian Aina, dia kena turun receptionist dengan tshirt & tuala je T_T Aina... jasamu dikenang kenang kenang!

Dah dapat masuk bilik, kami pun pengsan, sekian sambung to the next post, yosh!

No comments:

Post a Comment