Saturday, 31 January 2015

Medan Day 1 - surviving in Kota Medan

Travel Date: 19th January 2015 - 24th January 2015 (6D5N)

Alhamdulilah perjalanan harini agak lancar. Aku yakin Allah sentiasa bantu aku semasa aku travel. Kali ni aku nervous sikit sebab 1st time travel negara orang secara solo & kat Medan pulak tu, kota yang agak bahaya. Allah grant my wish to travel solo, but sekali dengan pakej challenge, ambik ko! Hehe.

Aku terpaksa bergerak solo dulu kali ni, sebab kawan aku last minit ada exam on the date flight pegi kami. So kawan aku pun kesian jugak, dia terpaksa beli tiket baru. Aku pulak? bertomoi dengan dilemma emosi for the past few weeks, takut lah jadi ape-ape, dah la nak book cheap hotel pun info kat internet takde sangat, semua dia tunjuk yang mahal-mahal je.

Sesampai airport Kuala Namu sebenarnya aku blur, nak ke mana, ambik pengangkutan apa, nak tanya apa. So aku try tenangkan diri & saja lengangkan masa & ronda-ronda dalam airport, duduk di tempat orang ramai, kedai branded dan civilization, aahhh~ *bimbo gila cara aku tenangkan diri, lol!

Syukur ada free wifi dalam airport, so aku pun start google apa yang patut, dapat je 1 blog ni, pap! Aku ikot je cerita dia bulat-bulat,haha! Aku sebenarnya nak avoid naik train ke town, sebab sehala ja dah rp80 000 (RM24). So aku ambik bas Damri untuk ke station Amplas, Amplas ni macam hentian segala angkot (sejenis kenderaan macam van sapu) untuk ke semua lokasi di Kota Medan.

Masa nak ambik bas, aku tanya, "bas ni pergi ke Masjid Raya ngak?", *dalam nada gagap indon melayu yg gagal,lol* , nyaris driver bas nk suruh aku naik van ape tah, sebab katenye bas tak pegi masjid raya, mujur brain aku tetibe teringat nama station Amplas tu. Amplas adalah hentian terakhir bas, memula risau gak takut terlepas, dah la duduk belakang, orang sebelah aku pulak bukan orang Medan, aiyamaaa~ Tambang rp15 000 (rm4.35) sahaja :) perjalanan menurut bacaan 1 jam, tapi aku lost track, rasa tetibe eh dah sampai?? Hehe.

suprisingly Bas Damri selesa, ala-ala Sky Bus, tapi kecik sikit

ternampak ni dari dalam bas, aaahhh my fevret!!

Sebelah hentian bas Amplas, macam tempat hentian angkot/angkot berkumpul something like that. Kat situ ada gerai minum yang dipenuhi driver-driver angkot. Hmm..so aku menebalkan diri dan try gerai minum paling tak ramai orang, sebab aku tengok takde 1 penumpang pun, riso gak hati ni. Tetibe aku disapa seorang mamat, siap hulur tangan salam kenalkan nama "Holi", aku yang lurus bendul pi salam, dalam hati tetibe teringat, adoi sini kan banyak kes tipu & pukau Nash, kau jangan buat hal. Tapi Insyallah ok kut.. Dia offer naik angkot kawan dia, katanya tunggu mr.X angkut warna putih, aku dah aishh, aku cakap kat dia aku nak naik angkut kuning tu jugak! Nak naik ramai-ramai sempit-sempit! Dia kata "iyalah, angkutnya sama", hahahah ok. So kawan dia sampai, bayaran sediakan rp4000 (rm1.20) aku cakap terima kasih kat Holi, dalam hati, jangan kawan ko hantar aku kat tempat lain sudah, tapi Alhamdulillah, Holi tu betui baik, aku selamat sampai Masjid Raya :)

Dalam perjalanan ada cerita gak, aku dok depan, terpaksa lah sembang2 dengan driver, ditanya takkan aku datang sorang, buat ape kat sini & bla bla bla. Aku cakap je lah kawan aku 4 orang dah tunggu kat Masjid Raya, sebab aku semalam ada exam, gituh~ lol. Tetibe aku cakap kat dia, hari-hari sudah kerja keras balik malam so saja nk bercuti & rehat (*eh keje pulak?? Macam mana storyline aku ni, nampak sgt nipunyer, hahah! Aku harap driver tu anggap aku ni bekerja sambil belajar,lol).

Konsep angkot ni, penumpang akn naik van sampai penuh, yang aku nak tergelak tu, aku dengan backpack yang besar dah duduk depan dengan driver, tetibe ada minah ni bukak pintu & terus duduk bersepit sebelah aku sampai gear kt celah kangkang aku, aku blur, jap apa yg sedang berlaku ni?? hahaha! Driver tu gelak, & suruh aku adjust-adjust sikit, & meneruskan driving mcm takde hal je, haha. Aku tersenyum sorang-sorang & cakap dalam hati, best gak ada pengalaman macam ni, mujur lak sebelah aku tu perempuan cantik, lol! Perjalanan ke Masjid Raya dalam setengah jam.

contoh angkot

contoh dalam angkot (ni gambar masa kami di Berastagi)

Sesampai Masjid Raya, aku blur lagi sekali, ye lah, tak tau nak tido kat mana, so aku yang takde arah tuju, dengan backpack menapak ntah ke mana.


Masjid Raya

Jalan punya jalan, aku lalu depan perpustakaan ada pak guard tersenyum-senyum kat aku, memula-mula aku nekad taknak buat eye contact dengan sapa-sapa kat sini, tapi lepas tu aku fikir balik.."alah Nash..dia kan pak guard, mesti lah kerja tolong orang, daripada aku sesat nanti lagi naya", so aku aku pun patah balik & tegur pak guard tu.. "maaf ya pak.. di sini di mana ya ada hotel yang murah-murah itu?", pak guard tu kata, kawasan tu mungkin jauh & dia pun tak berapa pasti, tapi dia suggest aku jalan depan sikit belok kanan ada hotel murah nama Hotel Istana, aku dengar hah Istana? aku nak murah lah, ok takpa, aku says thanks & try je dulu kesana.

Owh btw, before aku nak teruskan perjalanan, pak guard tu tanya aku, "temannya mana? sorang-sorang sahaja?", aku pun tergagap-gagap jawab "ye pak..seorang sahaja..kenapa ya?" Pak guard jawab.."hati-hati, jangan sendirian di sini.. ramai orang jahat..", lepas tu aku boleh cuak dan blur lak, dalam otak fikir, how jahat they can be?? jangan lah takut kan aku..aku memang tengah takut ni..huhu.. Pastu aku pun cakap terima kasih & cepat-cepat sambung cari hotel.

Less than 1km, aku pun sampai.. dari segi rupa, memang cheap la Hotel Istana ni, tapi aku try je la dulu usha bilik & tanya, yang jaga tu toke cina, aku mintak izin, boleh tengok bilik dulu tak? so dia suruh pekerja perempuan dia yang teman. Ok pasal bilik, very the basic & the kedap, itu aku ok lagi, yang tak ok nya, masa aku nak naik je tangga, aku tertoleh ke kiri and nampak kat kaunter tu ada selections of half naked women picture, macam untuk di booked, dalam hati aku was like, shit! Ini bukan budget hotel, ni rumah urut woi! tapi aku play cool & buat tengok-tengok bilik sambil tanya benda-benda basic macam facilities dekat staff dia. Then aku turun balik & senyum kat toke dia & cakap lembut-lembut terima kasih. Toke hotel tu pun seakan paham-paham je, sebab aku kan young girl alone, takkan nak tido tempat macam tu... Aku keluar je dari hotel tu..fuh~ syukur tak jadi apa-apa.

Lepas tu aku nekad, ahhh this whole survey-survey thing sesorang kat Medan ni tak selamat untuk aku. Luckly Umobile baru-baru ni ada bagi free roaming & 50 mb online data bila kita travel ke few countries, cukup lah untuk aku buat emergency research. So aku terus google & baca balik blog kat Masjid Raya ni nak tido kat mana yang selamat & murah. Dapat je nama Hotel, aku terus google map & pasang gps sambil menapak cepat-cepat.

Alhamdulillah..aku jumpa.. Hotel Residence.. nampak berkonsepkan islamic sikit & rupa-rupanya belakang Masjid Raya tadi je.. ceh, haha! Bilik paling murah ada 2, standard (toilet, air-cond & tv Rp100 000), atau ekonomi (toilet, kipas Rp70 000). Mula-mula bagi aku rp100 000 untuk seorang dah cukup baik harga tu untuk aku, sekali tengok bilik.. adoi kedap, tak ada tingkap. Try tengok bilik ekonomi, kat atas sekali, & aku nampak tingkap, owhh yeah... baru rasa dapat bernafas.

sumber google *recommended sebab murah, staff baik-baik & lokasi yang selamat

Bilik ni basic, yang penting bersih, toilet so-so aje lah..hew hew. Kalau nak cakap pasal selesa, aku akan selalu bayangkan diri aku bermalam kat kampung aku, so takde lah rasa takut or pelik sikit... aku cuba ajar diri aku untuk anggap ini semua psychology saja... huhu...yang penting bersih & murah, rp70 000 kut! lebih kurang RM20 semalam untuk double bed, kalau ada member lagi best nak jimat!

Masa check in, yang jaga kaunter tu macam seorang makcik, dia pun tanya soalan yang sama kat aku "Seorang sahaja??" huhu...kali ni aku tak bole nak menipu kan.. dah aku register kat dia. Tapi baiknya ibu itu.. nasihat aku jaga diri jugak & kalau nak simpan apa-apa biar kat kaunter. Baiklah..fuh cuak kebabe eden. 

Lepas check in je, terus landing atas katil & tarik nafas lega, fuh.. I found my sanctuary & will menyorok sampai esok pagi, hmmph! Mujur semalam aku buat hal sikit, pegi join member mandi Sunway Lagoon & lepak sampai ke malam, hahahah. Bila difikirkan bagus jugak, disebabkan badan masih letih, boleh aku tidur lena-lena harini sampai esok pagi.


fuh~ lega~ its 11 am  dan jom tido, lol
ok, keychain dia besor gila, patut lah dia kenakan penalti, hahah

Few hours later, aku dikejutkan dengan azan Zuhur, hmm.. yang bagus pasal hotel ni, belakang masjid je.. jadi bagi aku, azan tu buat aku comfort & rasa selamat, syukur.. Aku baring-baring jap, sampai dah puas tido.. perot pun dah bunyi-bunyi.. adoi..malas nya nak keluar... sekali tengok jam, baru pukul 2 petang, uhuh.. ok.. mata terbedik-bedik.. lepas tu marah kat diri-sendiri "takkan 1 hari kau nak terperap je Nash... rugi.." lalu aku pun pergi bersihkan diri & tertewas jugak keluar dari kepompong, hahah.

Seberang saja dari Masjid Raya, ada shopping mall, aku pun cuba lah pergi untuk membuang masa disana, I feel like Im in 1990's, olskool nya shopping mall ni, kecik saja.. layout macam The Store, heheh.. tak sampai sejam, aku keluar, ingat nak jalan kaki lah tengok-tengok town, tapi... aduhh.. berdebu, ok lagi..masalahnya kenderaan like 1-2 inci je dari aku bile diorang lalu...aih tak boleh bahaya bahaya. Sekali ternampak kedai makan padang, so aku pun berhenti makan dulu.. ok-ok la rasa dia..bedal je lah Nash dah lapar.. nasi berlauk tu around rp20 000.

Lepas makan...ahhh aku buntu, nak pegi mana ni?? macam tak ade ape je kat Kota Medan ni. Aku malas ler nak ke Istana Maimoon ke ape, tak minat, dengar pulak kena bayar lagi. Ke Pajak Ikan pun aku taknak! Aku bukannye nak shopping. So aku tanya diri aku, "Nash... apa yang boleh mengembirakan hati kau kalau kau kat Mesia..?", so aku jawab balik dalam hati... "window shopping?", haha ok! Sebab aku terbaca blog Kak Senduk yang kelakor tu kat blog dia pegi Sun Plaza. So aku pun cari betor (beca bermotor).

Shopping mall di seberang Masjid Raya tu, kalau perasan memang banyak betor nya... tapi aku macam takut dengan diorang. Lalu aku pun ambik betor yang tengah tunggu depan Masjid.. instinct aku kata, kalau depan Masjid ni mesti orang yang baik-baik kan? hehe.. Pakcik yang bawak betor ni baik sangat, walaupun dia letak harga rp20 000 sehala untuk ke Sun Plaza, eh aku tak kesah lah, asal selamat sampai. Kenapa aku cakap pakcik ni baik, sebab sambil aku tengah enjoy naik betor, aku pun snap-snap gambar pakai handphone, pastu dia tegur aku.. "baik-baik guna handphone tu, jangan dipegang begitu, nanti ada yang bisa rampas dari belakang", uhuh.. ok ramai betul orang bagi nasihat kat aku harini T_T Sambil bersembang dengan pakcik tu, dia siap nasihat kat aku pasal rezeki halal & haram.. wahh.. 2 in 1 service dari pakcik ni... patut lah duduk depan Masjid.. aku pun rasa secure lah sikit...huhu. Btw, aku bersembang, aku hentam je bahasa Indon, & of course berterabur gila, & suprisingly pakcik tu ingat aku ni orang Indon, hahah.. wow! bahasa Indon I dah improve! hahah

ronda-ronda Kota Medan naik betor, pricey sikit... tapi best jugak..hehe

Sampai je Sun Plaza, aku rasa macam aku berada bukan di Medan, kedai pertama aku nampak Starbucks, wow semua dress up retis-retis kat sini macam kat Pavilion. Aku blur kejap, aku dah la pakai T-shirt buruk, jeans loose dengan seliper, konon nak stay safe & blend in dengan orang Medan, tapi bila aku masuk Sun Plaza, aku rasa macam aku seorang yang outcast, hahah! Tengok lah berbeza nya taraf hidup orang-orang di Medan ni, macam langit dengan bumi. 1 thing je, I wonder mana orang-orang kaya ni kat luar? diorang ni ada lorong bawah tanah ke ape untuk pegi ke shopping mall?? huhu.


lengang, sebab orang-orang kaya je ke sini, huhu


So aku hanya membuang masa di Sun Plaza, ok la.. cuci-cuci mata.. rasa macam kat Malaysia kejap..heheh.. & pergi ke favourite place aku, iaitu groceries... heheheh... bukan beli apa sangat pun, tapi aku memang suka groceries dimana-mana, hehe.

Lepas tu rasa macam nak reward diri lah, minum kopi. Cappucino kat Cafe pun around Rm8 je.. sama la kalau kat Mesia pun aku minum benda yang sama, so why not.

cute

aku mintak Cappuccino, tapi alamak kopi apa ni? hahah boleh lahhhh

cuteeee!!

buat-buat kiuttt~! lol


Dah puas buang masa, sampai tak sedar dah pukul 9 malam, ok, aku kena pulang... kalau dah kota Medan tu sendiri tak selamat, kalau malam lagi lah bahaya. Aku terus amik betor yang tunggu ramai-ramai depan mall tu, memula orang tu nak ketok aku rp25 000, lepastu aku cakap rp20 000, dia pun terus ok, ek ehh~

Selamat sampai balik ke Masjid Raya, aku jumpa balik pakcik betor tadi, pakcik tu nampak aku terus senyum, dia pun lega kut nampak aku dah pulang dengan selamat, hahah! aku pun tegur pakcik tadi, rasa ala-ala dah duduk lama pulak kat kawasan tu.. hahah! terus menapak ke hotel, online-online kejap & bersihkan diri & siap-siap untuk tidur.

berjam-jam aku spend time dalam groceries sebesar Tesco, tapi ini je aku beli??  heheh.
btw toiletrise murah!! Shampoo tu RM2 saja! 20 kali aku bawak keluar calculator sebab tak percaya

Fuh~ hari yang nothing much, tapi macam-macam cerita. Sekian cerita solo aku yang pertama, sementara aku nak tunggu travel buddy aku sampai esok & Alhamdulillah selamat... hehe.

What a new experience for me.. aku amat terhutang budi dekat driver bas Damri (sebab tak garang/kerek, hehe), Holi (angkut di Amplas), driver angkot yang baik & friendly, Pak guard perpustakaan (walaupun bagi sumber yang salah kat aku, haha), Ibu receptionist Hotel Residence, Bapak bawak betor, oh dan thanks to Toke rumah urut jugak, sebab dia tak apa-apakan aku, hahah~!

Terima kasih Kota Medan kerana sehari menjaga saya dengan baik :'D


bersambung...


No comments:

Post a Comment