Saturday, 17 September 2016

Trip to Langtang (Nepal) - 15 Days trip & preparation


#langtangketerlentang


Alhamdulillah, it wasn't a terlentang-much trip for me, hahah! huwee~ With a proper training, Insyallah, boleh buat hike in Nepal ni. The experiences & the view is amaaazing~ although kami pergi masa hujung monsoon, which is rare period for people to hike in Nepal. Even porter kate tough & bahaya sebenarnya season ni. *there's 1 time we heard a loud noise, kami semua tanya porter, alamak guruh nak hujan ke? you know what porter reply? "no, I think it's a landslide" * hmm hmm hmm kau memang mengucap panjang-panjang*

So almost a year ago, I tweet this (as usual my monologue crappy rant to less than 30 followers, kofkof)

Who would've thought? I am not an avid traveler if compare to others, & dah la jenis tak reti travel beramai-ramai, jadi semua benda solely rely on my own plan & ape yang aku mampu dengan dana yang tak seberapa banyak ini.. hehe..

Aku ni dok bercerita kat Fatt, aku teringin nak pi Nepal tapi takde sape sudi nak ajak aku, sebab aku belum reti lagi la pegi negara atas-atas ni, antara kawasan yang masih baru dalam peta aku, hehe. Tak sangke pulak Fatt nak repeat & ajak aku join trip dia.

Mula-mula memang excited, semua serba "OK" tapi bila dah beli tiket flight (masa tu tangah plan CNY Bangkok trip, tapi paksa diri beli) barulah reality hits! Macamana nak mintak cuti panjang kat boss ni? Macamana nak bagitau ayah ni? Aku lebih takut 2 benda ni daripada stamina aku sebenarnya, stamina at least boleh dilatih. Ahhh aku tolak tepi dululah soalan2 tu, sebab ada masa lebih kurang 6 bulan untuk difikirkan #kateoptimistik #eheh


Persediaan fizikal; aku buat ikut kemampuan diri, the key is to make sure maintain your training routine.

• Aku weekday memang kerja tak nampak matahari, so I only have weekends to do my physical training. At least to go for a run, I normally run 6 - 10 km per session.

• Aku tak ramai kawan hike, so my alternative is to find people in Couchsurfing by myself, banyak kali jugak la aku dapat repeat Bukit Tabur dari situ. Is Bukit Tabur is a good place to training? for me yes, sebab ape, Tabur ni starting dah pacak, & kelebihan lain adalah sebab kawan-kawan couchsurfing ni macam-macam bangsa every week, mat salleh lah, middle east lah, local pun ada, tapi yang bagusnya, foreigner ni stamina diorang memang lain macam. Malam tadi depa kalau pi minum-minum pun esok diorang masih laju T_T *pernah ditinggalkan sorang-sorang kat 1 area tu, hahaha sabo je lah.

• 2 weeks before to Nepal, a friend trained aku untuk naik ke Nuang buat pertama kalinya, mak ai azabnyeee aku dah balik Nepal pun aku terasa seram dengan azab Nuang, tapi semangat nak cuba Nuang lagi sekali tu memang masih ade! haha! *mase turun Nuang aku tahap mengesot, mental nak mampos~ But memang, a very good training. Kalau tiap-tiap minggu ko training Nuang, aku rasa Nepal tu boleh berlari dah, hahah!

• Besides that, 3 weeks before trip aku hari-hari naik tangga office ke tingkat 8 (ok maybe tak banyak mana) but at least a way untuk aku curi2 prep stamina.

Challenging sikit nak stamina prep untuk trip ni, sebab ada masa sebulan je lepas puasa, jadi gap puasa tu aku hanya mampu untuk skipping masa malam. 4th day raya je, terus cepat-cepat paksa diri get back on track, run or hike.

Jaga Pemakanan ;
3 days before ke Nepal, apa lagi kita carb load makan banyak-banyak lah *sampai mengah sebab aku dah lama tak makan full portion, hahaha. *the best part about my 7 days hike, I can eat the whole Cadbury bar chocolate as muchhh as I wantttt without worrying the calories~ weeee~

Penting jaga karbo, protein, fibre & sugar.
Kat gunung tak banyak option makanan sangat, jadi kenalah creative sikit:
Protein: breakfast make sure makan telur 1 biji (eh,dah tak kategori vegan dah la ni? haha).
Karbo: nasi & potato.
Fibre: I bring a lots of oat biscuits, kurma & nuts from home.
Sugar: besides gula-gula & chocolate, aku akan tapau air lemon sebelum hike sebagai ganti air 100plus (kat gunung coke 1 botol RM16, taknaklah oi~ T_T)
Caffeine: Yess kopi! Oh ini tambahan before start hike, sangat penting bagi avid coffee drinker macam aku & tahukah anda, caffeine akan boost extra energy, selain gula?

Makan sangat penting, kereta kalau takde minyak, macamana nak jalan kan. Imagine berapa ribu calories guna 1 hari, average hike 1 hari took 4 - 8 hours a day.


So 18 Ogos 2016, trip pun bermula, kali ni kita travel dengan Fatt & Ayu, 3 girls #charliesangelkolumpo lah acah-acahnya :D :D :D

Memandangkan kami bertiga memang busy, trip ni agak redah jugak la. we all rough research je & kelebihan Fatt dia penah ke Annapurna, aku pun dapat la baca sikit-skit 2 minggu sebelum je (keje punya busy, huhu sorry semuaaa tak pernah sebusy ini T_T laptop aku pulak dok repair-repair-repair kan T_T).

Decision nak panjat trail mana hanyalah diconfirmkan masa dah touch down kat Nepal, kami pilih Langtang sebab bergantung kepada amount hari kami kat sini & Annapurna is of course our last choice, sebab Fatt dah penah buat. Bagi aku ok je mana-mana pun, yang penting dapat merasa jejak Himalaya pun dah bersyukur :)

To complete Langtang Trail itself took 7 days solid untuk hike. Masa perjalanan dari Kathmandu ke starting pint (Syaprubesi), roughly ambil masa 1 hari naik bas. Jadi total day for the trekking package itself is consider as 9 days.

Route Langtang Trail kami mengikut checkpoint by day:

Day 1 -  Syaprubesi > Sharpagaun
Day 2 -  Sharpagaun > Thangsyap
Day 3 -  Thangsyap > Langtang
Day 4 -  Langtang > Kyanjin Gompa
Day 5 -  Kyanjin Gompa > Thangsyap
Day 6 -  Thangsyap > Sharpagaun
Day 7 -  Sharpagaun > Syaprubesi


Our rough itinerary during the trip :

Day 1 - arrive Kathmandu late evening, survey trekking package (18/8/2016)

Day 2 - settle permit & beli barang-barang hike (dekat Nepal lebih murah & berkualiti)

Day 3 - Bus to Syaprubesi

Day 4 - Start hiking

Day 7 - Reach Kyanjin Gompa peak

Day 10 - Completed 7 days trekking, back to Syaprubesi, direct van to Kathmandu

Day 11 - From Kathmandu, took morning bus to Pokhara

Day 12 - rest & chill at Pokhara

Day 13 - Bus from Pokhara to Kathmandu

Day 14 - Spend all you moneyyy at Kathmandu, hahah

Day 15 - Last stroll at Kathmandu town, to the airport by noon, back to KL (1/9/2016)



Cukup ke 15 hari tu? hahaha kalau lah aku ni banyak duit, nak suruh panjat Annapurna minggu depan tu pun aku sanggup, view dia Subhanallah~ And sebenarnya kalau ada banyak hari lebih, dari Kyanjin Gompa (our final peak), boleh saty beberapa hari & proceed ke atas lagi untuk tengok view glacier, which aku rasa sikit rugi tak buat, tapi takpe, alam ini besar banyak lagi boleh di explore :))

Aku paling rindukan kehidupan simple life, yang serba ringkas, orang-orang kampung, the simple food (I were vegan for 7 days, wow wee~ ok ada cheat sikit makan serunding & tuna dalam tin, haha), takde electricity at night, totally no wifi for 7 days (pinjam telepon orang kampung nak call ayah kat mesia, haha), tido dalam sleeping bag, hihi. Tiap-tiap pagi bangun gosok gigi, guna air gunung yang melt dari glacier, dengan view HD :D I try to wake up early every day so I can see the mountain yang ada snow, sebab by 10 am kabus dah tutup habis...  Hmm.. I miss the mountain now.

Kalau rajin aku update la secara detail cerita Nepal ni, hahahah~

Till then terimekaseh gais! #teamkitamenang


No comments:

Post a Comment