Tuesday 30 September 2014

Kamikaze Osaka! - the preparation

Di kala aku menaip blog ni, aku sebenarnya tadi baru gatal tangan usha tiket Osaka lagi kat Air Asia, RM580 bulan November ni T_T macam mana? dah la tengah autumm, malampau tak kalau rasa nak pegi lagi, mesti ayah aku kata aku mengarut, tapi haritu..sungguh aku cakap aku tak puas..banyak benda yang aku missed :( Jadi... aku taip je lah dulu trip jepun ni untuk pengubat hati, oohhh aku kena tahan diri :'(


Tajuk blog kali ni Kamikaze Osaka, sebab, haha haha~ yup ini plan drastik. Aku dengan diambang nak berhenti kerjanya, berhenti kerja pun kamikaze, atas sebab-sebab tertentu, aku belum confirm dapat kerja baru lagi, tapi masalah ni semua aku dah plan sejak bulan April yang lalu, jadi aku dah mula menyimpan sejak few months ago, allocate sebahagian duit untuk aku survive hari-hari, & sebahagian duit untuk survive kat Osaka #eh

Macam mana boleh terfikir Osaka, sebab sejak lah 2 tahun yang lepas punya lah ramai orang plan nak pegi Jepun dengan aku, pastu ada yang belum ready lah, tengah mengandung lah, nak mengandung lah, haha... jadi aku terpaksa jadi sellfish kali ni, sebab aku ni ade 1 kepala sikit, kalau aku niat nak pegi tahun tu, aku akan degil challenge diri aku, & make sure tahun tu jugak aku kena execute. Of course setiap benda aku aim tu mesti lah realistik & ada referencenya. Bukan berangan membabi-buta.

Aku memang sengaja nak buat 1 trip sementara menganggur ni, sebab sebelum ni kerja memang susah nak dapat cuti. Mula-mula ada gak terfikir instead of nak pegi Jepun mungkin nak ke Siem Riep, Perth, atau Busan. Aku nyaris nak batalkan niat nak ke Jepun lepas aku buat research pasal transportation kat sana, kalau ke Tokyo JRail 1 minggu RM1k, bapak! ye lah typical lah kite Msian, asal Jepun je mesti kena pi Mt.Fuji & Tokyo, kang tak pasal-pasal harga tiket train lagi mahal dari flight, tak berbaloi betul. Aku terpaksa batalkan niat ke Perth, sebab aku tengok rate hostel sana per nite sama macam Sydney, at least +-RM90/nite. Busan pula... hmm.. Korea aku macam dah tawar hati sikit.. dahtu aku pi gatal usah tiket Osaka, lebih kurang je, alang-alang baik ke Jepun terus, at least I know a bit the language & I love Japanese! =D Tokyo aku tak rasa rugi untuk let go dulu, sebab aku percaya 1 day mesti aku akan pegi Jepun lagi hehe.

Flight Ticket & Travel Partner

Apa yang attract aku nak ke Jepun sebab harga tiket tengah good price RM500 return, tapi landing di Nagoya. Aku research Nagoya macam nothing much there, banyak industrial area. Kalau nak ke Osaka dari Nagoya pun, tiket bas mungkin beberapa ratus RM, so better lah aku tambah duit sikit dapat tiket shoot Osaka terus, dapat jugak la save masa travelling. Masa check harga, tiket Osaka was RM706, wahhh ini sudah baik~!

So apa lagi, misi mencari partner, masa ni 4 weeks before flight date, sape je yang berani, memang last minute sangat plan aku ni ':| Tiba-tiba ada 1 kawan yang sama gila jugak dengan aku agree untuk ke Jepun. Tapi bila dah confirm partner, tiket tu dah jadi harga RM860 :'( Aku berat hati tapi kawan aku paksa untuk beli jugak, jadi aku pun pejam mata & beli jugak lah, yesss! *kawan aku beli next weeknya, dia dapat tiket RM830, owhh whyyy... huahuah.. takpalah, yang penting masing-masing tiket dalam tangan!

So thats it, hal tiket dah settle. Kami beli tiket pada 16hb Ogos (aku ingat sebab time tu tgh sebok beraya, haha), & akan berlepas pada 11hb September. so, yeah, ada 3 weeks preparation je beb, selalu kita dengar orang nak pi Jepun ni preparation sempai setahun, tak ke gila?

Accommodation

Apepun bagi aku benda paling penting untuk settle, accommodation. Tak berani lah nak hentam kromo je, dengan tempat yang bukan bahasa kita, negara yang mahal, lebih baik jangan buat gila. Masa usha ni pun, rata-rata banyak hostel dah nak penuh, sampai aku nyaris book mix dorm ok. After extensive research, I decided to book 3 different places;,

  2 nights Gion,Kyoto (A-Yado ; dorm) RM62/head
  1 night Arashiyama (Bola-Bola ; Ryokan rumah jepun) RM150/private room for 2
  2 nights Osaka (Vitti Lodge ; Dorm) RM75/head

3 malam kat Gion & Arashiyama ni aku book melalui Hostelworld.com, bila fikir balik bagus jugak bilik kat Gion tu penuh on 3rd night, kalau tak, mesti tak terfikir nak tido Ryokan, sebab Ryokan mahal sikit. Untuk di Osaka pulak, sebab bilik di Hostelworld semua mahal rata-rata RM100, maybe sebab dah last minit sangat, Agoda dengan Booking.com lagi mahal jangan cakap lah, so aku cuba check Airbnb, aku takut-takut sikit sebab tak pernah guna website ni, but Alhamdulillah, dapat good host & service, the best part is, you can directly communicate with the owner! Sebab Osaka ni bandar, rate mahal sikit, kami dapat dorm untuk RM75/nite, which is still a good deal for me.

For me, dorm & guesthouse is the best choice for travelling, sebab ada dapur & boleh masak can save cost makan, dahtu aku ni kalau berjalan, selagi belum malam, aku takkan ingat nak balik, accommodation tu hanyalah tempat untuk mandi & tido. The fact I prefer to travel backpacker style because inilah masanya when you can make friends with other travellers from all around the world. Mungkin kat Mesia aku ni anti sosial, tapi bila kat oversea ni the hell lah orang bukan kenal aku pun, & confirm semua duduk situ minat sah-sah sama, so inilah masanya untuk aku tegur je semua orang, heheh.

btw tiap-tiap kali travel ni tang book bilik ni lah yang paling renyah & buat aku resah, ye la takut kot partner kite tak suka ke, kena google lokasi ke train station berape jauh, kot tercampak dalam hutan ke, haha. See, betapa tediousnya kerja research bilik ni, huhu.

Cuaca

Kami akan pergi bulan September, hal ni pun buat aku resah gak, aku pernah terbaca, panas kat Jepun ada masa lebih panas dari Mesia, hmm.. risau gak aku, aku ni nak lari ke negara orang untuk bersejuk-sejuk. Awal Tahun haritu siap rembat winter coat kat H&M pastu berangan nak pi mana pun tak tau, ingatkan nak rasmikan lah, hahahah tapi bila google Jepun September end of Summer, pejadah nak pakai winter coat nye (siap cuba sumbat kan dalam beg, kot la Jepun dah sejuk, nasib tak muat, heheh).

I did a lots of google research, siap taknak percaya bila trip advisor kata tengah summer, rata-rata blog pulak, takda yang pergi bulan September, sampai add random friend kat facebook sapa yang baru balik Jepun tu tanya cuaca!

Tapi Alhamdulillah, bila dah kat sana, cuaca just nice I tell you! I even google weather forecats, yang mengatakan akan kerap hujan. Kami standby je windbreaker, aku pun dah biasa dengan nasib pembawa hujan ni kan..haha. Tapi syukur, sepanjang kat sana, hujan sekali je, tu pun drizzling.

Sebenarnya bulan September adalah musim penghujung summer & permulaan autumn, jadi dia pertengahan. Cuaca, bertukar-bertukar, ada masa tu, 10 minit mendung, 10 minit sunny, tapi sangat selesa, angin sejuk bro~ jadi kami memang tak sempat berpeluh lah kat sini. Malam sejuk macam dok dalam air-cond, yippey~


Transportation

Ok masuk bab ni, aku memang dah give up, bila aku baca blog Fatt je pasal transportation kepala aku pening, banyak nye line! ape benda ni?! Train kat Msia pun aku gagal, inikan pulak Jepun! Blog lain pun sama lah, beriya explain siap upload gambar peta bagai, asal aku bukak peta train je aku mengantok, aahhh lupakan semua tu, bagi aku lagi pressure je.

The easiest alternative kalau taknak peningkan kepala, beli je weekly pass JRail RM1k tu, tapi.. aku ni traveller budget, aku taknak! So aku just allocate duit aku siap2, RM250 untuk transportation saja, selama seminggu tu.

So apa yang kami buat, sesampai je di airport, kitorang pergi Tourist Information Counter, diorang akan selesaikan masalah transportation korang. I just tell them our rough itinerary, for e.g. ;

Day 1 - 3 - Kyoto
Day 4 - 6 - Osaka

*apa beza Kyoto dengan Osaka, Kyoto bukan dalam Osaka ke? entah aku pun konfius sampai harini, belum habis belajar Giografi lagi, hihihi. Tapi sebab Osaka ni besarrr, Kyoto tu salah 1 kawasan dalam daerah Osaka, jadi ada unlimited Daily pass khas.

Hah, tak payah pening kepala nak bagi itinerary detail kat kaunter ye, diorang pun takde masa nak baca.

So resultnya, tada~ total spend on transportation

Kansai Area Pass (Jrail) (1day) - 2060¥
Kansai Thru Pass (2day) - 4000¥
Kyoto Bus Pass (1day) - 500¥
Bicycle (1day) - 500¥
Train JR Umeda to Kansai Airport - 1160¥

*Masa kat airport, kami beli siap-siap Kansai Area Pass, Kansai Thru Pass & Kyoto Bus Pass
*the rest is individual train/bus ticket ciput-ciput yang kami beli, mengikut lokasi & keadaan
*tips; Kalau dah rent basikal 1 hari tu, pandai-pandai lah fikir, takkan nak bazir naik 2 jam je, of cos la the whole day, so dah save cost transport 1 hari, tada~ :) kalau nak lagi jimat ada hostel sediakan basikal percuma, pandai-pandai lah google ok ;)

in total selama 6 hari tu, I spend on transportation 9800¥ = RM301.84
bagi aku masih acceptable, at least takdelah kena spend sampai RM1k, hehehe yay! #kitamenang

Itinerary

Ok bab ni aku laaaagi malas, sebab kalau kita plan sangat, tak tentu kita dapat pegi tempat tu. So apa kami buat, kami google roughly je apa tempat paling penting kena pegi, contohnya macam Nara, Dotonbori, Minoh Waterfall & Arashiyama. Sampai sana, baru kami decide which area yang convineance untuk pergi dulu, & alhamdulillah, semua tempat penting ni kami dapat pergi ;)


Bahasa

Lepas je beli tiket flight haritu, baru lah boleh syok sendiri sorang-sorang, hehe so aku terusss beli kamus, the cheapest, compact (mudah nak bawak travel) & mata aku comfortable dengan layout buku tu (bagi aku ni penting untuk senang paham) is Japanese phrase book & dictionary from Berlitz, RM25, ok la tu kan.

Aku study ke? hesshhh ape lak tak study study bersungguh-sungguh lah minggu pertama, minggu seterusnya dah malas, hahahah! Tapi dulu masa aku form 2 zaman Jpop tengah mencanak-canak, aku dengan kengkawan ngengade belaja bahasa jepun sendiri-sendiri, masa tu pulak ayah aku baru balik jepun bawak balik kamus, bersungguh-sungguh study, ko tau la bebudak & surprisingly phrase yang hafal masa form 2, melekat lagi dalam otak, so aku banyak guna masa kat Jepun haritu.

Penting ke sebenarnya tau bahasa jepun ni? Bagi aku, tak payah bersungguh study, just root phrase yang penting macam, Sumimase (excuse me/sorry), Arigato (thank you), Wakarimasen (I don't understand), Iye' (No), Hai' (yes), lepas tu rojak kan je dengan bahasa english, dan kekreatif-an penggunaa bahasa isyarat lagi banyak membantu. Hehe.. so jangan risau ^_^


Kukuatan Mental

Haha! Aku rasa tang ni lah yang palingggggg pentingggg~! Cuba lah tanya semua orang, kalau cakap pasal travel ke Jepun je, yang penah pegi, yang tak pernah pergi, confirm 95% orang akan mengeluh. Antara benda sceptic orang bagi impression pasal Jepun

1) MAHAL
2) Makan MAHAL!
3) Nobody speaks english, signboard semua bahasa Jepun
4) Train lines yang berselirat

Jawapan nya setelah aku pergi, resultnya Alhamdulillah;

1) Bagi aku... barang dia bukan la mahal menggelegak, masih mampu di beli, but maybe orang expect bila travel ni nak shopping barang murah. Bagi aku barang Jepun mahal, tapi kau dapat premium @ branded goods. I bought T-shirt, brand Jepun (adik-beradik Uniqlo, takde kat Msia) RM18 sehelai. Kalau tak mampu sangat, boleh shopping kedai 300¥ (RM9) jual barang rumah & creative stuff yang sangat comel macam barang-barang IKEA. Dan kalau nak cheapskate lagi kedai 100¥ (RM3) pun ade, yang macam Daiso tu. So nak risau ape... gerenti tak pulang dengan tangan kosong.

2) Yes, makan memang mahal, 1 meal, +-RM40, tapi portion dia besar! makan 2 orang pun boleh tapau continue makan esok k! *anggap je lah kita makan TGI Friday hari-hari..huhu.. Lagi 1 tips, kalau jenis berjalan sampai tengah malam ni, tiap-tiap hari kami beli sebiji buah macam apple atau buah lai, very good to recover your energy masa travelling, sebab kita takde masa nak makan sangat pun. For Coffee lover, coffee standard macam Mesia, for a good latte 300¥ - 400¥ (RM9 - RM12), sama harga macam cafe-cafe kat Msia kan?



see! macam-macam aku dapat try makan kat Jepun ^_^

3) Jangan risau, tiap-tiap station ada tulisan rumi. CUMA, peta & signboard dia nasib-nasib lah, 80% tulisan Jepun. Solution dia? just randomly tanya orang local, diorang akan bersungguh-sungguh tolong kau dengan menggunakan bahasa isyarat & suprisingly kau akan paham! & diorang akan make sure kau sampai ke tempat tu, tang ni aku terharu sangat :")


Do you get what I mean? semua nya tulisan jepun, takde alphabet, haha!

4) I didn't rent a pocket wi-fi or do roaming, Thank God I am not a gadget freak, jadi aku boleh survive hidup tanpa internet. So what did I do, memandangkan wifi hanya ada di hostel, sebelum tido (kekadang pukul 3 pagi aku baru tido takut lupa) atau esok pagi nye, aku akan google map destinasi aku nak pergi, aku akan print screen step by step instruction. Aku ikut bulat-bulat Alhamdulillah semua sampai ke destinasi. Kat sana kami hanya tersilap naik train sebanyak 2 kali sahaja ;D

*eh! panjang nya jawapan!
*and actually we were quite lucky, syukur masa ni rate Jepun tengah cantek, 100¥ = RM3.08, sebab ada 1 masa tu ¥ mencecah 4.12! Sapa plan nak pegi, pi tukar duit awal-awal sementara currency tengah 3!

Banyak gak komen lain yang tak sedap didengar bila aku bagitau nak ke Jepun, tentang letupan loji radioaktif yang baru-baru ni lah, masa aku pergi masa angin monsun lah, kopi secawan RM30 lah, mesti sangkut kat immegresen lah, aku pergi kejap sangat lah, dan bla bla bla.

So tiap-tiap benda ni aku dah research & aku taknak fikirkan sangat, lagi banyak kita fikir, kalau asyik nak takot itu ini, sampai bila lah kita tak ke mana. Sebab tu lah trip ni aku malas nak bagitau ramai sangat orang, sebab nanti lagi banyak negative advice kita dapat. Im an optimistic person, If you want to do something, just do it~!

6 hari tu memang agak sekejap, tapi sebab kami akan berjalan dari siang sampai ke malam non-stop, maximise kan destinasi sebanyak mungkin, Alhamdulillah dapat rasa semua tempat yang penting. We get the best of everything in Kansai district, the city, the nature & the culture.

1 day aku akan cuba pergi lagi, fokus kat Kyoto sahaja untuk simply do nothing & just laid back & experience benda-benda yang orang local buat, contohnya macam pergi ke supermarket, minum kopi, lepak kat garden & take it easy, barulah terkesan erti travel tu #ehyeke huhu. I remember we met Malaysian during our trip, sama jugak masanya 6 hari, tapi diorang plan sampai ke Tokyo & Hiroshima, diorang kata "buat apa nak dok kyoto lama-lama, 1 hari cukup, bukan ada apa pun", which for me I disagree, agak rugi kalau kau nak cover 1 jepun dalam masa 1 minggu, because 1 thing you will waste time on travelling from 1 destination to another, and then you can't really experience environment 1 lokasi tu sendiri, tak puas. Anyways, semua ni terpulang kat hak individu, tak semestinya pendapat aku pun betul, hehe. Sedangkan Osaka dengan Kyoto tu sendiri environment dia berbeza, even I need to go there again! haha!

So.... Itu je kot tips yang aku rasa penting untuk plan pergi ke Jepun. Jepun adalah negara yang sangat selamat, jangan risau sangat ;) I fell in love with Osaka & sure will be back again! Kepada yang nak ke Jepun, jangan banyak risau, pergi je, have fun & good luck! ^_^