Fuh, akhirnya hari ke-6 (4 bulan nak habiskan entry ni, lulz)
Pagi hari ke-6 ni kami bermalas-malasan saje (eh bukan hari-hari kitorang malas bangun pagi ke? haha). Kami kena ada di airport sekitar pukul 5 petang, so kami tak plan untuk kemana-mana pun, just nak balik ke Kuala Namu dalam keadaan yang tenang.
![]() |
patutlah nama dia Sunrise Lodge, matahari memang sambut kami sampai dalam bilik :') |
![]() |
bilik murah, tapi view mahalll |
Oh, ada cerita, sebab Sunrise Lodge ni accommodation budget, toiletnye pun sedikit tett~ actually bersih, tapi mungkin faktor design yang usang, dengan pakai mentol kuningnye, so kami rasa malas nak mandi, tambah lak Berastagi ni sejuk, hahah! So malam tadi aku & Aina agree untuk sama-sama tak mandi (rahsia terbongkar) alah..infact kitorang dah mandi kolam air panas kot masa turun gunung, hehe, memang kehidupan hobo lah trip ni!
Bangun pagi, masing-masing ego taknak mandi, sekali Aina nak memerut, nak taknak dia kena jugak pakai toilet tu, hahah! Alang-alang dia mandi! Almaklumler, bilik murah takde air panas, menjerit Aina masa mandi! hahah! Aku tengok Aina dah wangi, aku pun, aishh.. sejuk memang sejuk, tapi badan lesu, ahhh mandi pagi aku memang tak boleh skip sebenarnya, even kalau aku travel masa winter, so lepas tu giliran aku menjerit dalam bilik mandi, hahaha. Kami jirus badan je la, tak basahkan rambut, giler kau air macam ais~!
![]() |
kucing ni pau breakfast kami, haha *yes pakailah selipar Sanuk masa travel, Sanuk is the best for walking salipar! |
![]() |
I mandi, betul ni, tak tipu, hahe |
![]() |
Babai Sunrise Lodge! Kami tak kesah nak tido sini lagi :) *except for kejadian malam tadi, errr |
Breakfast kami sambung makan makanan breakfast Hotel Mikie semalam, hahaha. Dalam pukul 10.30 pagi, dah selesai pack barang untuk balik, kami pun menapak semula ke kawasan pasar Berastagi, untuk ke pasar tu, ada lalu kedai-kedai @ lorong kecik, semalam kitorang perasan ada saloon, saloon ala-ala 60-an, haha. Semalam Aina ada cakap kat aku "eiii...nak basuh rambut la~~ bestnyee~" aku krik-krik kan saje, dalam hati, hish mengarut la travel-travel nak gi saloon. Tapi harini, kesian pulak kat budak kecik ni ha, penat dia ikut aku merempit 1 pulau, panjat gunung naik turun, haha, aku pun tanye Aina, "nak ke cuci rambut?", Aina cakap "..emm tanyekan la Nash berape? berape? hehe", hmm nak aku jugak kan, so aku pun tanye lah harga cuci rambut je berapa, ha? apa? Rp 25000 @ RM7?? Aina siap tanya "pakai air panas tak?" hahaha, of course la cuci rambut pakai air panas don't judge a saloon by it's cover~ aku daripada taknak, masing-masing rambut pun dah bau sulfur (sebab mandi kolam air panas semalam, haha), terussss duduk atas kerosi saloon~! lulz.
![]() |
reward untuk hari terakhir, saloon di Berastgi, kelas kau~ haha |
Lepas dah cuci rambut, ringannya kepala, masing-masing terus jadi Taylor Swift, lol! Aku saja lah tadi tanya-tanya, rebonding berape harga, RM50 je wey~ haha! Btw, servis memang tip-top, lama gila dia urut & shampoo kepala kami, dengan bahu-bahu sekali! so anggap lah ni substitute mengurut instead of cuci rambut jer, hehe.
Lepas tu kami sambung menapak ke kawasan pasar Berastagi, since semalam nak shopping souvenir, kedai tutup, so kami sambung shopping pagi ni. Aku tak membeli apa, tu pun Aina jenuh paksa aku beli 1 shorts tu, padahal RM9 je pun, haha (mujur beli, kat cotton on seluar pendek design sama RM30, lulz), oh, lepas tu semalam masa hiking, spekmata hitam aku jatuh kat dalam hutan, dah balik baru perasan, nasib baik Ray Ban pasar RM10 je, huhu..aku ni dah berumur.. tak tahan silauan matahari, aku perlukan shades untuk teruskan perjalanan! So terus capai Ray Ban Berastagi kat gerai tepi jalan RM8 saja, ha hey~!
*baju tidur untuk mak RM15 jerr, shorts yang dipaksa beli tapi berbaloi, kain batik cantik RM10 :)
Aku berjaya spend +- RM50 saje untuk souvenir, hoyehhh~!! Azam tahun ni, membeli untuk diri-sendiri sahaje, kengkawan ni dah la aku terkejar-kejar nak pas souvenir diorang, penat tau! kalau setahun ada 10 trip, aku nak kejar diorang macam mana? #eh #tetibe
Dah shop souvenir, kami teringin nak try Murtabak Medan, masa cari kedai makan, terserempak dengan Bapak Marison, dia kate siang-siang ni orang tak jual murtabak.. So kami decide untuk makan je kat kedai makan random, & guess what, hehe diorang ade buat murtabak, sedapp, macam-macam kami order, sebab dah last day, harga pun murah! Ni kira lunch terus lah ni. Murtabak dia lain sikit, isi dalam banyak, kulit luar crispy, sedap!
![]() |
bagi selera aku, semua sedappp, teh tarik dia buih special skit, hehe |
Dah kenyang, kami pun ambil angkot untuk terus ke Kota Medan, angkotnya besar sikit, comel rupa dia macam Bus Hippies :D perjalanan dari Berastagi ke Kota Medan dengan menaiki "Bus Hippies" +-2 jam. Bus selesa sebab takdelah penuh sangat, ramai orang awam turun naik, kebanyakkan nya budak sekolah, tapi ha... yang unik dia, budak sekolah semua panjat naik atas bumbung, cool gila :)
![]() |
ni lah bas kami naik tu! |
![]() |
keadaan dalam, ada hiburan dangdut macam biasa, haha. tapi selesa, kami sempat terlena. |
Turun je dari angkot di Kota Medan, punya lah ramai orang serbu kami tanya nak ke mana. Dalam situasi macam ni, tak guna kau layan orang-orang yang bawak kenderaan ni, masa tu aku lebih sanggup pergi ke seberang jalan semata-mata nak tanya direction dekat pekerja pam minyak, sebab sah-sah lah dirang ni takde pasal nak scam tourist. Aku tanya, nak ke Amplas angkot no. berapa, maap aku lupa nombornya, tapi, lepas pekerja pam minyak bagitau kami ambik angkot yang mana, angkot tu terus lalu depan kami, kejar lah wey, haha best & cepat gila! Aku terus bukak pintu depan, duduk sebelah driver dengan Aina, amboi dah pandai, ada lagak orang Medan ngak? hehe.
![]() |
dalam angkot, perjalanan ke Amplas |
Sesampai Amplas, terus ambik Bas Damri, untuk ke Kuala Namu. Nak diikutkan dari hari pertama, 3 kali aku ulang-alik naik Angkot (Amplas-Medan), & Bus Damri (K.Namu), dan aku kira, memang perjalanan dari Medan ke Kuala Namu tepat tak lari! 1 jam 30 minit, efficient :)
Jadi route kami hari ini:
Berastagi (Bus Hippies) -> Kota Medan (angkot) -> Amplas (Bus Damri) -> Kuala Namu
Sesampai Kuala Namu, aku whatsapp Sumatera ada kat mana, so kami terus jumpa balik kat airport..hehe.. Sebelum boarding, kami habiskan duit shopping dengan membeli jajan. Owh btw, airport tax Rp200 000 ye, ya Allah... harga accommodation 1 malam kitorang lagi murah tau tak?
![]() |
lupa kejap, ni kat KL ke kat Medan? canggih-manggih~ hehe |
![]() |
jumpa Sumatera balik, yeay~ |
![]() |
seminggu pergi dan balik 1 bag, yeargh! |
Sekitar pukul 7 malam, kami pun selamat sampai ke KLIA 2. Syukur..what a nice & adventurous trip! Great partner & a great journey :) dengan duit RM500 tu 6 hari memang cukup sangat! Haritu masa book tiket kami sampai garu kepala, ntah ape la nak buat sampai 6 hari kat Medan, tapi bila dah kat sana, memang tak cukup wey.. kalau duit ada lagi, duduk 2 minggu pun takpe! Medan, memang harus datang lagi. Terima kasih Medan kerana menjaga kami dengan baik, we'll be back! :D
~ finally, the End ~