Sunday 29 June 2014

Chiang Mai punya dugaan

Anak gajah say hello~! I really miss this baby.. :'(

Macam mana boleh dapat idea ke Chiang Mai ni sebenarnya panjang cerita nya. Plan asal nak buat 1 trip masa minggu Wesak Day, rasa nak pegi tempat rare kalau-kalau ada tiket murah. Initially nak ke Laos, lepas tu terbaca 1 post dekat facebook MBC, pasal Pai, Pai located in North Thai which is near to Chiang Mai. *btw tak pegi pun area Pai, sebab short trip sangat, Pai tu sedikit jauh perjalanan dari Chiang Mai nak ke sana.

Ermm... masa plan ni aku tengah celaru sangat, berlawan dengan masalah diri-sendiri ':\
So aku main rembat je tiket, ingatkan nak buat trip solo, pegi tenangkan fikiran. Tah macam mana la last minit tergerak hati nak bagitau mak ayah pasal solo trip, 2 hari sebelum pi aku decide untuk tak pegi setelah di marah oleh bapa ku.. mak cool je.. dia excited kot dengar aku try nak pi jalan sorang.

hmmm... namun hati yang degil ni, decide untuk last minit ajak sorang kawan (Aina) join, decision dibuat dalam masa kurang dari 24 jam & aku telah book tiket lagi sekali! hmpph!

Nak dijaaaaadikan ceritaaaa... esok Perdana Menteri  Thailand turun, & bermula la military coup, hahaha.. memang terseksa la otak aku fikir macam mana ni.... Luckly we booked ticket 1 month before, kawan aku cakap takpe kite buat lek buat chill je dulu...

So our flight was on 19th on June 2014 (Khamis), Sabtu beberapa hari sebelum flight tu military coup pun dibatalkan... fuhhh... dugaan nya... rasa nak nangis... saja tau nak buat jantong aku gugur sebulan T_T. Sebenarnya aku tak berapa risau keadaan kat sana, sebab hari-hari check page MBC, ramai je keluar masuk Thai sebulan tu, keadaan selamat cuma keadaan pekan dia quiet sikit sebab ada curfew... yang aku paling risau, ayah aku punya permission, dah la buat hal senyap-senyap nak travel solo, dah tu nak pegi time curfew, huwaaaa... takotnya nak bagitau ayahhh... 1 week before pegi, aku decide untuk bagitau (kena lah jugak kan), jawapan dia "ok" je T_T #nash #paranoidmuch kata kunci dia, "pergi dengan kawan"  je T_T *btw Sydney aku dibenarkan merayau sorang-sorang sebab ada relatives kat sana, hmpph~

Nak dijadikan drama pula, pada hari Sabtu malam 14th June 2014, aku dilanda demam yang teruk, bukan biasa-biasa niii... badan memang lemah & seram sejuk, sampai la a day before nak ke Chiang Mai, aku masih rasa lemah... aku bukan ape, aku risau denggi je.. ye lah tengah musim kan.. selalu kalau demam biasa ni sehari 2 dah kawtim, hmph~

Walaupun begitu.. Alhamdulillah aku & Aina selamat juga sampai ke Chiang Mai pada 19hb tu.. tapi mencabar sikit la perjalanan aku kali ni.. hihi.

Haha banyak kan dugaan aku? Biasalah.... haha #pasrah

Saturday 28 June 2014

Summer in OZ - Day 7 Darling Harbour, Yoko Ono's exhibition

Akhirnya berjaya taip post untuk hari yang terakhir~ fuh

Owh my... I can't remember what I ate for breakfast, sebab lama betul aku nak taip balik cerita ni. Owh ya.. I just drink coffee rasenya, sebab nak cepat, nak pack-pack & check out.

Malam tadi aku dah siap-siap inbox fb Eloise *sebab credit wi-fi aku dah nak expired pukul 2 pagi, lol*, pesan jumpa dekat Darling Harbour around 8.40 am. So lepas check out, I left my bagpack at locker berbayar (4AUD for +-5hours), & laju-laju menapak ke Darling Harbour, it took around 20minutes.

Sebenarnya aku malas la nak mai sini lagi, tapi aku tau Eloise ni seorang sahabat yang baik, sebab Alison ada bagitau kami harini dia ada Dragon Boat race sempena Chinese New Year event dekat sini, so pagi-pagi dah terpacak sini, & buat surprise dekat Alison ^o^


street art morning walk, on my way to Darling Harbour

perahu company Alison, woot woot~!
angin sejuk, tapi matahari memancar dengan cemerlangnya!

Haha aku tatau kenapa la, harini dragon boat company Alison pun bernombor 4, yeahhh my lucky number lagi.. haha. Dah selesai tengok lumba perahu, kami menjajau cari Shopping mall sebab cuaca harini, mak ai... panasnya... seakan-akan Sydney nak remind aku..woiii balik la Mesia cepatt~! haha! Beli fruit juice for 3AUD, aku 3 kali sedut dah habis, punya dahaga!

Then, menyinggah ke Maritim Museum, seberang je dari tempat lumba perahu tadi, saja ja nak tau, kot-kot free, tapi tidak ler..bayar... so kami decide untuk beredar dan menuju ke Circular Quay lagi, sebab misi utama aku harini sebenarnya nak tengok Yoko Ono's Art Exhibition.

jenguk-jenguk apa ada sini

Harini penat menapak dia lain macam sikit, mungkin sebab dah hari ke-7 & cuaca yang semakin panas. Mula-mula Eloise mengadu lapar kat aku, tapi aku macam kurang yakin dengan cafe-cafe kat sini.. kalau minum je tak pe la kan, masalahnye aku pun dah lapar. Sampai la aku give up & rasa, sebelum aku pengsan, lebih baik aku makan saja!

So nampak Subways, terus masuk, betul...aku lapar sgt ni.. aku order Sandwich telur je.. sori..aku betul-betul dah lapar & cannot think where to eat anymore :( tapi mak ai...kenmain lagi harga... 7AUD u'oll...inti telur jerrr.. hewhew

Then Continue jalan kaki ke Contemporary Art Gallery, & terus usha Yoko Ono's tiket, price 20AUD, aku tanya Eloise dia ok tak? dia kata, dia pun memang budget around that price, so kami pun ok!



Actually reason nak datang exhibition ni bukan lah minat sangat kat Yoko Ono, tapi sebab tahun lepas datang, memang aku teringin sangat nak tengok apa ada sini, tapi tak sempat. Untuk setiap trip, I will try my best untuk selitkan aktiviti art, at least inspired sikit nak keje nanti, & Alison pun suggest untuk aku pegi exhibition ni. So, why not jom give it a try :)

Ok...exhibition dia pelik-pelik & disturbing sikit, well biasalah Yoko Ono ni dulu kan hippies, tema nya fight for peace, tapi free spirit sampai terlalu open sangat pun creepy juga sebenarnya, haha.

dalam lift gallery on our way to Yoko Ono's :)


Ada 2 attraction yang aku suka,

1) the phone maze ; it a cool intallation, a small room, macam maze, so kau masuk & sesat-sesat sikit, sebab diorang pakai dinding glass & mirror, so it will trick your brain, once you reach the centre, there is a telephone, Yoko Ono will make a random phone calls from New York, so sapa yang lucky boleh la cakap dengan dia! unfortunately non of us are lucky on that day... haha. But I like the Idea.


2) Interactive corner : they throw broken pieces of plates & kau buat la arca masing-masing & display, hahaha... aku taktau la ape yang aku buat aku takdak idea, aku ni lapar je sentiasa, so aku buat la bentuk pizza, hew hew. fight for hunger..maybe? I bet Yoko Ono gonna be proud of me #perasanmode



mine is the pizza, Eloise buat topi yg macam dutch lady pakai tu, siap display tau, ekeke
The rest was ok, ada  pelik-pelik & creepy sikit, aku ni budak graphic, more on visual arts, bila jadi fine art bizare bizare ni aku payah nak digest sikit, penat la aku nak explain kat Eloise yang takde kena mengena dengan art ni, haha. Nasib baik dalam brochure ada explaination sikit, leulz~

paham? aku pun tak, lol
cahaya dari langit
this is not war, everybody wins

Btw, kat bawah, ada free exhibition from few artist, that were quite interesting jugak, ada illustration, arca, video & painting.



1 of photo manipulation exhibition which I really enjoy :)

Dah selesai tengok art exhibition, we decided to walk back to Central area, sebab aku kena lah balik awal sikit flight petang nanti, Auntie Yati will pick me at Central before we go to the Airport.

Ikutkan plan Eloise nak pergi Fish Market, its like another half an hour walk from Darling Harbour. Masa kat Darling Harbour kaki aku dah betul-betul give up, hahaha, Aku cakap sori kat Eloise...aku dah tak mampu nak menapak dalam keadaan yang semakin panas macam ni T_T So we hug & say goodbye to each other.. Im really glad that we meet up, & rasa macam bertuah lak dapat kawan yang baik masa jalan sorang-sorang ni. Mana tahu kalau ada rezki, ke Canada kite cari Eloise pulak :)))

So I walk back to my backpackers in Central to pick my bag kat locker, & terus 5 minute walk to Central station. Dalam half an hour Auntie Yati & Mak pun sampai :)

We ate late lunch before Auntie sent us to the airport. Masa kat airport pun ada insiden aku nyaris nak tertinggal flight sebab terasyik pulak shopping, sampai mak aku announce nama aku kat airport ha, lol! Memandangkan aku berjaya kawal expenses aku for this trip below dari apa yang aku budget, I bought myself my very first Oroton's ;D Lepas tu hahaha balik la ke alam realiti kembali menjalankan kehidupan normal di Malaysia ku.

Total Expenses termasuk flight + makan + accommodation+ shopping + entrance fees + transportation *tak termasuk shop yg dekat airport tu* aku berjaya limit kan, RM2211, yahuu~! Ada masa nanti aku nak taip details my expenses, senang refer untuk future nanti :) 

Overall I can say, this is 1 of the best trip I ever had! Dengan takde itinerary nak buat apa, semua nya asal boleh je@ go with the flow, dapat jumpa ramai orang yang friendly dan baik-baik & I really enjoy the whole 7 days trip :D For me Sydney is a perfect destination because you get a bit of everything, the city, the beach & the nature!

Travel solo & meet up new people untuk beberapa hari adalah sangat menenangkan, sebab kita boleh buat apa saja yang kita suka tanpa risau kan kehendak orang lain, hehe. So far this is the most satisfying trip I ever had, Mak & Maklong pun sangat gembira dapat bercuti dekat sini, Alhamdulillah.. kalau ada rezki dapat datang sini lagi pun saya tak kesah, I love Sydney :'D


Monday 23 June 2014

Summer in OZ - Day 6 Circular Quay

pintu bilik depan dorm saya, no.224! 4! 4!,hehe
Good Morning! I feel GOOD today! but my otot-otot & urat-urat don't really feel good~ haha
Malam tadi aku memang tak boleh nak tido nyenyak, mungkin sebab otot aku terkezut kot, haha, so terjaga banyak kali jugak lah.. so a bit difficult for me to get up from bed this morning.

Dalam pukul 9.30 am baru bangun & mandi. Lepas tu baru lah nak berani kan diri pergi ke kitchen, ni 1st time I solo duduk kat backpackers ni, aku ni dah la penyegan, tapi tengok semua orang pun buat hal masing-masing dan tiada masa nak peduli tengok kau.. haha.. bagus bagus... aku suka environment macam ni. So aku pun bawak turun lah instant noodle dengan kopi aku, tengah bancuh-bancuh, aku tengok mamat-mamat kat situ dah macam master chef ha, tengah pukul telur, rebus pasta, wow.. aku hanya makan meggi dlm cup je bro... malu sat anak dara tak masak apa... haha..!

Lepas breakfast, sebelah dining area ada banyak sofa, so aku just pick 1 port, & catit-catit budget sambil merehatkan badan.. mood malas dah datang lagi...tambah lak harini jalan dah terjengket-jengket, huhu.

Balik ke bilik, bilik tengah kosong, yeah, so aku pun buat lah macam rumah sendiri kejap..lepak jap tunggu handphone charging, semalam penat sangat sampai malas nak fikir pasal charger.

Helo, this is my dorm! boley tahan gak vain aku bile kat tempat orang ni -_-'
Sambil tunggu-tunggu tu ada dorm mate aku masuk... so aku pun cuba practice untuk tingkatkan konfiden level, dengan menanyakan soalan common "hi, where are you from? *wink*", lol! So she turn out to be very friendly, her name is Karen, she's from Netherland, dia baru sampai Sydney 2 days ago, & sebelum ni dia travel dekat NZ for 1 year, & planning to stay at OZ for another 6 months, huwaaaaa nangis tau dengar, kak Ton jeles sangat sangat, haha, tapi best dengar pelngalaman dia kat NZ, sangat cool bro~ dah chit-chat kejap, aku pun decide untuk mula kan perjalanan. Harini agak lewat gak.. around 11.30 am jugak la... hehe. Takpe...plan harini memang its a Me Me time, Free & Easy ^_^

Lalu aku pun menapak la dari hostel which is exactly located dekat central, misi harini nak cari flea market & pegi area opera house., tapi aku tak pasti berapa jauh perjalanan, pelan-pelan jalan ok kot, so berbekalkan peta di tangan, aku follow je la, tapi pening jugak, banyak betul nama jalan, sebenarnya, patut go straight je, tapi banyak distraction, haha!

To reach Opera House @ also known as Circular Quay area, from Central, took +- 40 minutes walk, tapi jangan risau, sepanjang perjalanan ada banyak kedai & shopping mall, so for people who walk, I bet they will really enjoy it. jalan punya jalan, teringat pulak nasi lauk seafood semalam, aku takde la lapar sangat, tapi fikir, lebih baik stop dekat foodcourt MYERS jap, nanti mesti lupa nak makan, so ambik lauk fish & tofu.

Dah selesai makan, teruskan perjalanan menuju Opera house, jalan punya jalan, aku jumpa hostel aku balik, dang! padan muka kau Nash, memang gagal baca peta! hahaha! so dengan pasrah aku pun berpatah arus balik, ye la, takkan nak putus asa balik bilik tido ye dak? haha

Sepanjang perjalanan memang  banyak distraction, ada 1 jalan ni, nama dia Kent Street kalau tak silap, sepanjang lorong, memang banyak kedai outdoor, macam-macam brand, Osprey, North Face, Kathmandu, & segala brand aku tak penah dengar, lately ni seronok pulak usha barang outdoor macam jacket, hiking shoe, bag & etc. Emm.. saya tak beli la, cuci mata je, sebab takde dalam budget pun, huhu.

1 of the shop, sounds like a challenge! hmm!
Sampai je area Opera House, aku pegi The Rocks flea market dulu, flea market only on saturday & sunday, emm.. tapi misi asal nak cari flea market yang jual barang-barang second hand, rasa nya aku dah salah lokasi ni, haha.

The Rocks flea market ni dia high-end sikit, so mostly mahal, jadi aku hanya mencuci mata, the only thing that I bought, nougat handmade, sebab aku suka sangat nougat, jadi nak try yg fresh punya! 1 long pack cost me 10AUD, I know it's pricy rite, but worth the buy men..! memang lembut & kacang & cranberry belambak-lambak dalam nougat tu, beza sangat kalau beli small-small pack kat Paddy's market tu, yang tu keras sikit.



Lepas layan flea market takde buat ape, aku jalan-jalan & ambil gambar sambil layan blues je, hehe.. So I walked from The Rocks, to Circular Quay, to Opera House, to Botanic Garden, tenang sangat, orang ramai, tapi tak sesak.









Along Circular Quay ada macam-macam free street performance, ada orang menari la, main instrument la, tapi aku rasa paling best ada orang buat tap dancing dengan lagu Spanish (spanish I think), memang layan~  aku suke tengok bila orang main instrument, nyanyi & dance dengan expression muke yang sangat passionate, cool habes! dahtu rasa nak tendang je orang menari gangnam kat sebelah tu, bising gila! spoil the mood betul! apa la music zaman-zaman sekarang ni, haizz~


Lepas tu jalan & snap-snap gambar kat area Opera House, of course la nak jugak... haritu tak dapat manyak sedey wooorr, hahah! dah penat jalan pegi baring dekat atas rumput di Botanic Garden, hehe, best!





Dah penat jalan, aku pun nak pegi souvenir shop yang dekat depan station bus tu la, before pulang ke hostel, hari pun dah nak gelap. Sekali nampak McD, apa lagi wi-fi ler...haha. Tengok-tengok dapat fb inbox dari Eloise, dia dah balik hostel, & nak ajak mengopi malam ni! so aku reply, ok aku tunggu je kat sini depan Mcd, area Circular Quay. So sambil tunggu aku shopping sat, dah selesai, tunggu kat 1 of the bench, hari sudah mau gelap, siang tadi agak sunny, bila masuk malam, memang windy & brrr sejuk wey! tak lama lepas tu Eloise pun sampai, yay! senang gila deal dengan dia ni, padahal hostel kami dengan Circular Quay bukan main jauh ha! haha

Kami pun terus pergi 1 kiosk ni, yang last time I went there aku mintak fish stick, dia pi bagi fish & chip! haha. So kali ni aku beli calamari rings je, dalam 3 AUD each, aku mintak 2 jer sebenarnye, biase la bajet, & aku recognize, yang serve aku pakcik yang sama, & tau tak, dia bagi aku ber ring-ring ok sampai aku tak larat nak habiskan! :"D Eloise nak Fish & chip, tapi dia taknak fries, tu pun sampai bergaduh-gaduh, pakcik tu nak jugak bagi dia fries, generous gila! hahaha

tengok la, banyak gila dia bagi, mintak 2 je :))
Mesti beli Fish & Chip kat sini, murah & Fresh!
Dah tapau, cari seat dekat tepi-tepi Opera house sambil enjoy the food, seafood sini walaupun stall je, tapi fresh! emm...memang nyaman.. you dont need fine dining food all the time just to make you happy ^_^, so aku pun cakap kat Eloise..
Me: isn't it nice we just eat fish & chip from a kiosk for our dinner?
Eloise : ya...actually I was kinda worried bout what we ate yesterday, coz I need to watch my budget too, haha!
Sebenarnya, dinner kami yesterday was paid by Alison, kami rasa serba-salah, but since she insist to pay, thank you Alison! I will post something nice for you & family once I arrive Msia, k :'D

After we fisnish our food (not really finish, both of us still ada leftover, sebab pakcik tu letak bayak gila!haha) we just walk around that area & look for nice cafe, harus lah kopi hari-hari kat sini!

So we pick 1 of this fancy cafe, Guylian, actually Guylian is a chocolate brand, so ni lah cafe dia, so banyak drink base on chocolate, memang umph! tapi sebab kami dua dah kenyang, so we decided to just drink a latte, for a fancy cafe 1 cup of latte cost 5AUD, it is acceptable, sebab area opera house ni kedai semua macam high-end. Coffee serve siap ada Guylian chocolate kat tepi, emmm bestnya! the chocolate & the latte is a perfect pairing! we both so happy :D




Dah habis sembang-sembang, kopi pun dah habes, kami decided untuk balik hostel je lah, ELoise siang tadi pun pegi Bondi beach, dia pun dah penat sehari-suntuk. I like Eloise, dia cakap kat aku, every time dia nak ulang alik hostel to circular quay, dia akan ikut lorong yang berlainan, supaya dapat tengok semua jalan, tapi dia tak penah lah sesat pulak, haha! sebab aku cerita la kat dia apa jadi kat aku siang tadi, haha! Hostel Eloise dekat sikit compare dengan aku, tapi she is so sweet, she walked me until I reach my hostel :"D mula-mula aku cakap, eh tak payah lah, go straight je dah sampai, tp dia kata dia risau aku sesat lag, hahaha! baik nyeee lah!

Dah sampai YHA backpackers aku, aku pun ajak ELoise lepak-lepak sat tempat aku, sebab memang chill tempat tu, so dah rehat-rehat, Eloise balik ke hostle dia, & aku pun balik bilik, berihkkan diri, huiii sehari suntuk jalan wo!

Before tido, aku cari plug kat tepi bilik sapa-sapa tah, dok atas lantai, online, kira budget sambil tulis poskad untuk Ain pais, time tu dah pukul 2 pagi, memang mamai gila, haha!

Lepas landing memang tak sedar apa, selesai lah 2nd last day aku kat sini...hihi.

*Btw, sepanjang perjalanan harini, sebenarnye aku berjalan sambil sebut auw-auw-auw, kaki sakit wo! untung aku bawak tiger balm, sambil jalan, bila rehat tu boleh sapu-sapu, & rasa lega sikit :)