Saturday 20 June 2015

Taiwan Preparation & Tips

Untuk Taiwan trip ni, sebenarnya aku dah lama sangat nak ke Taiwan, sejak cancel trip Korea sebenarnya (that was 3 years ago?), masa tu aku tengah cari alternatif destination, since Taiwan's air flight tak semahal Jepun/Korea & it's not China, dan currency nya tak tinggi sangat. *Aku bukan taknak pi China, aku tau sana banyak nature yang sangat cantik! tapi aku ada isu kebersihan sikit, dan orang-orang yang kasar, aku belum boleh deal lagi dengan benda-benda macam tu kot T_T

So finally, I decided to buy flight tickets to Taiwan sebab harga return dia memang tengah cantik, RM620, jadi aku beli ni sempena trip sementara aku berstatus unemployed & hadiah untuk diri sendiri sebab harga dia sama dengan payment bersih untuk salah 1 job yang aku design bulan tu :') at least aku nampak lah hasil freelance & tak tidur malam aku tu kan, huhu.

Tarikh pun cantik pulak tu 4.4.2015, sebab harijadi aku 4hb Dec, aku rasa hidup aku ni banyak ditakdirkan dengan kejadian 4, normally orang kata nombor 4 ni tak bagus, but benda-benda baik selalu berlaku kat aku dengan kehadiran nombor 4 #sajasukaobserve
*btw, boss aku kata cina sekarang sinonim kan no.4 tu dengan tuah jadi tauke, amboi bila aku nak jadi tauke ni? hahah





 * Di Taiwan, aku dapat experience musim panas dan sejuk dalam trip yang sama, haha yeay! :D


Route
Untuk trip kali ni, aku terlalu busy dengan kerja part time, persediaan kerja baru, dan settlekan job-job freelance sebelum nak travel seminggu. So aku research pun tah hape-hape. Whats worst, info backpacking Taiwan amatlah sedikit, Taiwan ni sangat underated/kurang popular dikalangan backpackers mat salleh, apa lagi melayu, sebab selalu Taiwan ni famous vacation spot for Malaysian Chinese macam syurga shopping & makan untuk mereka, macam melayu suka pi Bandung la. So mereka-mereka ni kebanyakkannye samada pegi kawasan main city Taipei sahaja, atau ambik package travel agency, jadi info backpackers through online amat lah payah bagi aku. Hostelworld pun macam tak banyak choice sangat.

Sebenarnya, misi utama nak cari Sakura @ "Cheat Trip" instead of pergi Jepun, tapi sebab tarikh musim dah lari, ye lah, musim sakura ni kan sangat limited (tarikh sakura tu clash dengan trip parents aku nak ke Bukit Tinggi pulak), so aku terpaksa memanjangkan kaki ke arah Selatan Taiwan iaitu Alishan untuk mencuba nasib Sakura (dapat ke idok? hahah bace je lah entry sampai ke Alishan nanti, huahua).

Kebetulan jugak Nad ade mention pasal Sun Moon Lake, so aku just buat brief research, Sun Moon Lake ni terletak di kawasan Centre Taiwan, so aku ingat, why not, dalam perjalanan kita pit stop kat area Sun Moon Lake sebelum proceed ke Alishan. Ikutkan hati aku nak jugak ke Taroko George (Hualien) tapi kawasan tu dah ke arah Timur, so agak mustahil untuk ke Selatan dalam 1 trip, sebab keretapi/bus route dia takde yang dari Timur terus shoot Selatan sebab keadaan geografi Taiwan tu sendiri, ibarat macam Banjaran Titiwangsa la.. tapi takde highway untuk cut trough, yang ada pun jalan dalam/hutan je, train/bas awam tak lalu.

Setelah berpening kepala,  aku decide untuk buat route ni:

Taoyuan (airport) ->  Taichung (Central) ->  Alishan (South) -> Taipei (North) -> Taoyuan (airport)

tiap-tiap kali travel, aku kena visualize macam ni, kalau tak kepala pening~!
Kalau time sekolah I rajin macam ni mesti geografi dapat A++ lol

Btw memang misi utama datang Taiwan aku nak layan nature je, sebab rindukan trip Sydney, hiking kat Blue Mountain best, walaupun sebesar-besar gunung tu, tapi trail dia selamat & ada banyak signboard, tak perlukan guide.  Untuk yang malas nak spend masa long hours bus or train ride (unless korang banyak duit nak naik speed rail train), boleh lah buat short trip di Taipei saja, untuk layan city & nature in the same time, sebab Yangmingshan National Park yang terletak kat Taipei tu sendiri mempunyai beberapa gunung, pilih je nak tawan yang mane, heheh.


Budget
Tolak duit flight, aku target untuk gunakan duit belanja sebanyak TWD 8000 sahaje untuk trip 7 hari di Taiwan. Currency rate masa ni RM1.2 = 10 TWD


Untuk yang teringin nak pegi Jepun, tapi rasa macam mahal sangat, Taiwan boleh dijadikan sebagai a "Cheat Trip", sebab Taiwan dahulunya jajahan Jepun, jadi aku dapat nampak similarities budaya, scenery & orang Taiwan dengan Jepun itu sendiri, cuma bahasa beza gila la, hewhew.

Adakah cukup TWD 8000 untuk 7 hari? yes cukup sangat kalau awak bukan jenis shopping macam saya hehehe (aku kat airport terpakse pinjam duit Nad sikit sebab lupa beli fridge magnet, lol) Lagi satu, kami travel jauh-jauh, jadi banyak berbelanja on transportation jugak. Total expenses the whole trip *drumrolls* tepat RM777 (Accomodation, Food, Transportation & Etc Fees), tidak termasuk Flight dan shopping. Tapi shopping aku pun, alah.. dalam 2000 TWD? banyak gila dapat beli barang, elok-elok pulak tu.

#TipsShopping Kepada yang suka berfesyen, sediakan duit banyak-banyak, boleh shopping di Wufen Pu (Taipei) boleh dapat baju semurah RM12 (TWD100). Kalau datang masa sejuk & taknak bazir duit beli coat kat Mesia, boleh shopping kat sini, jacket winter cantek-cantek boleh dapat semurah RM30 - RM50, ini serius! Aku jumpa jacket serupa macam jacket H&M yang aku pakai beli kat Mesia RM150, tapi kat situ RM50 je, I iz cry T_T . Nak ke sana, dalam 10 minit perjalanan sahaja menaiki train dari Station Shihlin.


*macam ni TWD100 jerrr


Packing
Macam trip kat Jepun jugak, aku sumbatkan kuali ajaib (kuali pakai-buang Daiso je :P) ke dalam bag, bawak ler makanan seperti maggi, I even bring beras, kari ayam, sardin, alah.. benda-benda basic lah, just in case sebab Taiwan susah nak dapat makanan halal. Kali ni bawak Deuter, sebab ada kuali & baju sejuk, so kena bag besar sikit, huhu.


Scenario tiap-tiap kali packing, uh macam tongkang pecah~!
ok bawak apa yang penting je. A pair of good shoe & a pair of slipper, light pack  & I'm ready to go!

#TipsMakan Sampai sana bagi aku kalau jenis tak memilih tak payah risau, makan je kat kedai vegetarian, bagi aku sedap, & diorang pandai buat sayur tu jadi makanan yang sedap!




#TipsBerjalan Pakailah kasut yang paling selesa, aku lenjan boot hiking Hi-Tech aku even semasa berjalan di bandar, takde masalah, memang boot tu jaga kaki aku! Time kasih kasut, I love youuu goodd investment ;)


The rest,tiap-tiap malam kat hostel aku research je lah, paksa rajin kan diri bersengkang mata & bersembang and tanya dengan host kita, that's an advantage tido di hostel, ramai boleh bagi kita free travel advice :) Dah orang tolong tu, info make sure masuk dalam kepale la...travel ni kena pro active, kalau malas & takde input, tiada guna kita mengembara, tul dak. Ok harap mempunyai kekuatan untuk blog the whole journey to Taiwan trip ;D