Setelah beberapa bulan blog ni telah di'abandon'kan, harini baru ada benda nak catit, sampai butang post pun aku dah tak kenal kat mana, hahaha, loser gila.
Ok, ini kali aku pergi ke.. Kor.. eh bukan..ke..Kelantan jerr~ hehe. Ni baru kali ke-2 pergi ke Kelantan, kali pertama pergi sana was 4 years ago, sebab aku tengah bosan, so aku pergi sana sorang-sorang, melawat kawan baik aku Julia. Lepas tu aku dah serik nak kesana, sebab perjalanan yang amatlah jauh! 8 jam naik bas!posto! posto! panggilan ke Kelantan sudah datang! |
Guess what? this time aku pergi sorang-sorang lagi (T_T'), kali ni aku terpaksa pergi jugak lah, sebab Julia nak kahwin.. haritu dia bertunang, aku berjanji nak datang, tapi tak jadi... jadi, kali ni, nekad, janji, harus ditepati! Tapi..sedikit sedih, 3 orang yang berlainan, cancel plan nak ikut aku untuk trip ke Kelantan ni. Actually, aku tak kesah pun nak berjalan sorang, tapi ni soal kenduri beb! Terasa loser nya pergi kenduri sorang-sorang! huwargh~ Cancel plan last minit pulak tuh, kenapa semua ni selalu berlaku kat aku?? so, aahhh.. malas dah aku nak amik port, aku telah decide untuk book je tiket flight, memandangkan dah agak last minit, tiket agak mahal, jadi beli sehala je, tiket balik, Air Asia, RM112 & nak budget, pergi pulak aku decide untuk naik bas dari Klang Central, harga tiket RM45.
Aku request cuti hari Jumaat, jadi aku beli tiket bas hari Khamis, pukul 10 malam, so boleh la tido sementara nak mengharung perjalanan 8 jam tu. Aku amat tak suka pergi beli tiket bas dekat Klang Central ni, kenapa tiap-tiap kali kita naik tangga je, mula lah budak-budak jual tiket kerumun kita, stress ok! aku tak boleh nak berfikir! so aku terbeli la tiket bas KMK, effect membeli tiket dalam keadaan stress, tahape-hape bas aku amik ni, * terbukti tahape-hape, bas tu sampai pukul 11.10 malam ok! Seumur hidup aku naik bas ekspress, tak penah lewat sampai macam ni!
Perjalanan not bad, cume bas sangat penuh, minggu ni memang ramai nak balik ke kampung kut.Ke Kelantan takdak highway, jadi jalan hutan simpang-siur, bas 2 tingkat, drive laju yang amat, dah macam naik roller coaster u'olll.
Jumaat, dalam pukul 8 am, baru lah betul-betul sampai ke Kota Bahru, & bas tu dia berentikan aku kat mane-mane tah, yang aku nampak bangunan TNB, aku rase amat lost mase tu, tak tau nak describe suruh julia pick-up aku kat mane, nasib baik after half an hour Julia berjaya gak jumpe aku. Rupa-rupanya bangunan TNB tu kat sebelah Parkson je.. la.. what the heng meng~
Pergi breakfast di kedai, yang katenye famous, ade banyak gamba celebrity u'oll, diorang letak kat situ buat wall paper, haha. Lepas tu takde ape la, balik rumah Julia, rehat-rehat, pastu Julia kate nak pas barang kat tunang dia jap, aku dengan t-shirt buruk & seluar tido, wallet & hp pun tak bawak, jalan je la terus masuk kereta, sekali ha.. pergi makan Mcd la.. pegi buat rambut la.. borong gula-gula la.. 1st time I pegi town tak bawak ape & selekeh yang amat,lol.
Tapi, kedai yang aku paling suka, kedai borong barang runcit, aku tak tau lah, mungkin kat sini ade gak kut, tapi aku amat teruja masuk kedai tu, Julia pegi situ nak borong coklat & gula-gula kenduri. Tapi aku masuk-masuk, aku rasa macam berade di Willy Wonka Factory! haha! Banyak gila gula-gula zaman dulu-dulu, old skool habes! semua jual secara pukal & murah! aku nyaris nak terbeli Tora satu peket besar, tapi memandangkan, balik nanti naik flight.. macam over tau. haha. So aku cume beli 1 paket besar biskut coklat & Coke comel-comel (?). Julia gelak tengok aku tanye, "Ape benda ni?!" , aku jawab "Ntah,aku pun taktau, sebab macam comel". Nasib baik biskut smiley tu amat sedap! Lepas tu, aku mintak Julia singgah kedai nak beli Coke sebab hari sngat panas, Julia menganjing aku, dia kate "minum la coke yg baru beli td tu! hahaha", '-__- , huahua
1 paket besa ni RM 4 je each, best kan! :D |
Mini Coke perisa tiruan yg macam lol! wakaka |
Balik tu, aku terus tido tak sedarkan diri selama 3 jam.. haha. Dah malam, kononnya malam berinai, tapi d.i.y saja.. so, aku bosan, aku pun terpakai inai sekali, amik berkat,lol. Malam tu, diorang masak nasik kerabu, bestnya! nak tambah, tapi ape kan daya, terlambat makan, so ayam pun dah tinggal bape ketul je. Lepas tu sambung tolong buat kerja menyiapkan photobooth si Julia, dah nak pukul 2 am, baru nak merangkak cari katil.. hehe..
Walaupun baru duduk di Kelantan sehari suntuk, eh dah rase macam seminggu je.. hehe..
Panjangkan cerita aku? hehe.. Cerita hari Sabtu & Ahad sambung lepas ni ;P
Walaupun baru duduk di Kelantan sehari suntuk, eh dah rase macam seminggu je.. hehe..
Panjangkan cerita aku? hehe.. Cerita hari Sabtu & Ahad sambung lepas ni ;P
boleh x nk taw almt kedai ni??sms saya 0123683674
ReplyDeletePlz share alamatnya...tq
ReplyDeletePlz share alamatnya...tq
ReplyDeleteI sis.. Kalau masih ingat lg, boleh tak bgtahu kdai borong tu dkt area mana ya?
ReplyDeleteSalam sis.. urgent n in desperate need for my nikah.. kat mn kedai borong tu eh?? Nama apaaa.. please w.app me 014 5080856 - azrin
ReplyDelete