Tuesday 10 February 2015

Medan Day 4 - Pulau Samosir ke Berastagi

Selamat pagi Danau Toba! view depan bilik kami :)

Pagi ni, aku dikejutkan dengan bunyi orang tengah menaip whatsapp, aku toleh kanan, Aina tengah nyenyak tido lagi, so aku pun cuba la nak menyiasat dari mana bunyi orang menaip ni, amboi kuat benau henphone orang bilik sebelah? tetibe handphone aku receive whatsapp, aikk?? Tengah aku nak selak la langsir, kah kah si Sumatra rupanya, apasal tak ketok je bilik kitorang tadi, kelas kau depan pintu pun nak whatsapp, mangsa teknologi sangat tau~!

By the way, tingkap bilik ni bukan main besar, kitorang bukak je tingkap dah boleh lompat keluar #eh Si Sumatra sebenarnya nak bagitau kami, diorang akan naik Ferry untuk ke Perapat pukul 10 am nanti. So kami pun bangun, & terus pergi breakfast. Disebabkan semalam seharian kami tawaf Samosir sampai ke malam (haha!) kitorang belum merasa lagi mandi air tasek Danau Toba ni! Mujur bilik mengadap tasek, kitorang lepas brekfast terus gedebush je mandi, hehe. Seronoknya tengok Aina & Sumatra pandai berenang, jelous~!! aku takat celup-celup kaki sajorh~ hahah. Tapi Danau Toba ni memang dalam tau, even Jaja & Christy pandai berenang & dah datang sini beberapa kali, diorang tak berani nak mandi sini, huhu.




kami mandi di dalam Danau Toba bersama si Danau Toba, epic, hahah


Lepas mandi, kami terus bersiap & pack barang untuk check out. Tung tang sana sini, ferry pun sampai.. around 10.30 am tak silap.

babai Samosir Cottage, we had a good stay :')

1 last glance view :'D I'll be back!

Sesampai je ke darat Perapat balik, dah ada van tunggu kami untuk ke Berastagi, ni semua Christy yang aturkan, terima kaseh Christy :) Tapi Christy, Jaja & Sumatra nak direct balik ke Medan, patutnya total harga untuk 1 van terus ke Medan Rp 600 k, tapi sebab kami tumpang naik sampai ke Berastagi je, kami bayar Rp 100 k per head kat Christy, hehe.

Masa naik ni, aku lupa nak makan ubat tahan mabuk awal-awal, sebenarnya atas ferry tadi aku dah start rasa pening lalat skit, eh kenapa tah. By the time kami naik van je, aku pun cari lah ubat tahan mabuk (by right kena makan 2 biji & 1 jam sebeblum), lepas tu aku tengok, alamak, tinggal 2 butir je? emmmm takkan aku nak jadi selfish sorok-sorok makan dari Aina, haha kejam gila~! So aku bagi Aina sebijik, aku sebijik dengan harapan tahan lah ubat ni.

Tak sampai 10 minit, hoi melelong driver bawak van! Laluan ke Berastagi kena ikut jalan lain, sebab tu tak sama macam route kami dari Medan, sebab jalan tu bareable lagi, tambah pulak driver pasang lagu disco dangdot, waduh-waduh berdangdut sat la kitorang, hahah! Time ni, jangan cakap aku dengan Aina je rasa nak pitam, si Sumatra yang gagah tu pun dah separa pengsan dah, hahaha. Mujur aku bawak minyak angin & asam, so semua kenduri asam lah kat atas van tu, Aina nyaris nak muntah, adoyai~ ahaha. (*btw, tips korang nak datang Medan, silalah bawak ; pil tahan mabuk Hurix, minyak angin, asam & neck pillow, sangat berguna especially kalau dok kat belakang sekali)

Kami ada mention kat diorang, maybe kami nak turun ke Air Terjun Sipiso-piso terus & balik sendiri ke Berastagi, memandangkan dari Sipiso-piso ke Berastagi +- sejam je. Setelah +- 3 jam perjalanan kami pun sampai ke Sipiso-piso. Masa ni aku tak fokus sangat, sebab aku dok pening kepala, should I split with them here? So aku tengah tanya-tanya transport macam mana nak balik Berastagi & tengah fikir mana kami nak park bag kami sementara nak trekking kat bawah tu. Masa ni aku jeling-jeling je Sipiso-piso, tengah aku usha-usha kedai nak tanya kot kami boleh tumpang tinggalkan bag ke tak, sekali zraaaaangggg hujan  owh no T_T Yang tak tahan aku sempat lari dengan Aina snap-snap 1 - 2 gambar kat Sipiso-piso, lepas makin lebat pulak dengan tiba-tiba semua orang lari masuk van bersempit-sempit, hahah! Driver tu pun terus masuk van balik, & Christy tanya, "so korang macam mana?", aku jawab "Proceed je lah Berastagi terus" dengan perasaan yang pasrah :"( uhhh~ Sumatra kata "takpe...tu maknanya kau kena datang sini lagi" huwaaa~


view ni je aku sempat snap, kah! adoyai

So kami pun sambunglah perjalanan, setengah jam kemudian hujan pun berenti, hmpph~ aku bukak tingkap, huiii bestnya angin sejuuuk.. driver ni pulak pasang lagu best-best sebab stok lagu dangdut dia tadi dah habis, tetibe terkeluar lak lagu-lagu Cranberries lah, Foster the people lah, tetiba Siti Nurhaliza pun hado #eh random betul playlist kau.

Sampai je Berastagi kami berhenti makan.. ni lah kali terakhir kami makan bersama-sama sebab lepas ni nak berpisah :'( Owh no.. dah start rasa diorang ni macam 8 tahun kenal tau :))

lunch time at Berastagi :)

Lepas makan, kami berhenti di pasar Berastagi, Christy punya baik hati, terus carikan kami hostel untuk menginap, kat depan tugu tu ada lah hostel, tapi dah la mahal, pastu rupa dia macam ...err horror~ Aku segan nak susahkan Christy sebenarnya, tapi aku tengok Aina pun macam tak selesa, aku kena fikirkan Aina jugak, sebab dia ni budak lagi.. So aku cakap kat Christy, boleh tak kita try survey tempat lain, if jauh sikit dari pasar pun takpp, sebab pekan berastagi ni macam busy. So kami sambung naik van, masa ni perasaan aku serba salah, Christy asyik suggest kat aku Mikie Holiday, Rp 425 k (lebih kurang RM 120/nite), tapi aku kalau boleh tak mau ler.. budget aku takat RM30/head/nite je.. Selepas stop kat hotel & hostel yang ke-4, aku mula rasa.. emm aku malas nak fikir lah, sebab masa tu dah hampir jam 5, diorang nak proceed ke Medan lagi tah sampai pukul berapa pulak, aku dah naik segan, aku fikir cheapskate tak cheapskate, orang dah tolong kita, jangan nak memilih sangat, so aku cakap kat Christy, ok la kami tido kat Mikie Holiday tu, huahua.

Lepas dah register & bayar hotel semua, we say goodbye to Christy, Jaja & Sumatra :"|  sedih jugak la.. tapi Sumatra kami akan jumpa balik kat airport nanti sebab timing & date flight balik kami same ':D Aku rasa beruntung sangat dapat kenal Christy, baiknya hati dia, mintak diskaun untuk bilik kami di Danau Toba, invite kami share van sama-sama, & siap cari pulak accommodation kami kat Berastagi, kalau takdak Christy mesti kami lost gila :"D

Kat sini sejuk woo.. ala-ala Cameron Highland, masa kami menapak nak ke bilik, I rasa macam kat negara omputih lak, dah la dok hotel 4 star, hahah! Check-in je bilik, fuihhh gila kau kalau dah harga Rp425 tak selesa? mewah lah cara hidup kami kejap, kami duduk ni bilik paling kecik & murah, yang comelnya, dalam bilik ada gambar strawberi, motif?? hahah.


gambar sumber google

comel ngak biliknya? lol

Kami pun bermalas-malasan & bersihkan diri. Lama jugak lah kami melepak dalam bilik, almaklumlah..hotel cantik..ada tv pulak tew~ owh dan sempat jugak membasuh & menyidai baju, hahah. Dalam pukul 8.30 pm macam tu kami keluar bilik, konon nak cari makan, tapi hampeh 1 disadvantage dok kat sini, takde kedai, kedai makan yang ada semua tutup at 8 pm, kalau nak ke pekan pun, angkot terakhir pukul 8 malam. Takkan nak makan makanan hotel, huhu mesti mahal, aku nyarisss nak mengopi kopi hotel tapi aku meng-zen-kan balik diri aku ni, hahah.

So, kami pun just jalan-jalan tengok keliling hotel yang cantik, dengan cuaca sejuk, fefeling winter :P Dah tawaf 1 hotel & lepak-lepak, kami pun pulang semula ke bilik, bancuh kopi dan megi, hahah. Sebenarnya time ni takde lah lapar sangat sebab lunch tadi kami makan macam-macam ":D

Sebelum nak tido, TV pasang cerita American Beauty pulak.. memang syioklah layan lah sampai terlena..zZZzz~

No comments:

Post a Comment