Monday 2 March 2015

Roadtrip Kuala Selangor - Ipoh


*note that on the exact date last month January kami di Kuala Namu & Medan, Sumatera, untuk Februari ni kami di Kuala Selangor & Medan Ipoh pule, heheh what a kebetulan ;D

Trip Selingan, haha! Sempena cuti raya Cina ni, disebabkan status kerja aku is undefined lagi buat masa ni, so aku tak expect company sementara ni akan cuti Raya Cina panjang. Lama gila, dari hari Selasa, sampai lah ke Selasa depan, 8 hari beb! kalau pi Jepun pun dah puas ni #eh So sebab aku dapat tau pasal cuti last minit, tiket semua pun dah mahal, tiada gunanya. Macam tahun lepas lain ler, I was in Sydney last 2014's CNY, awal-awal 5 bulan sebelum dah booked semangat, hehe.. aaahhh.. I miss that trip~ :']

Cuti lama sangat, apa aku buat tah, pi KLCC jalan sorang-sorang pun tong-tang-tong-tang 1 hari ja da habis RM100, benci la! the rest of the day aku dok Tido, Masak, Makan, TV & repeat, aaargghhh~! Patutnya ada company nak hired aku as part time designer seminggu masa CNY, standby punya standby, tak jadi pulak, habes burn 4 hari aku, demm sonn~!

Sampai lah hari Jumaat, aku fed up! aku terus roger Aina, jom kita buat roadtrip to nowhere? Thank God Aina pun memang tengah kebosanan cuti sem, so kitorang terus on untuk hari Ahad, kenape Ahad? sebab aku nak avoid jalan jam & avoid hotel full (*just in case if nak tido mane-mane). Plan asal aku kata maybe kita tido Kuala Selangor 1 malam, sebab kelip-kelip tu takut habis lewat, so Aina pun ok je, hehe. Konsep travel kali ni, no rush no plan no jam no toll, lulz!


Ahad 22nd February 2014:

Pick up Aina kat Kampung Delek, aku bukan ape, rumah dia ni at the other side of Klang, padahal jalan Kuala Selangor tu kat belakang rumah aku je, haha. Plan asal pukul 7, campur aku punya malas nak bangun dengan sesat-barat (untuk kali yang ke berapa puluh tah), last sekali sampai rumah dia +- 9.00 am, gigih tak Kak Ton, kehkeh.

Ok, plan asal konon nak pi Kuala Selangor, explore Bukit Melawati, Bird Park & cari Kelip-Kelip. Since geografi aku gagal, aku ingatkan Kuala Selangor tu lepas Sabak Bernam, so budget sejam 2 baru sampai la, sekali belum panas punggung dah sampai, aik! Aku pandang muka Aina, aku cakap "Aina, I drive pegi rumah you lagi jauh dari Kuala Selangor ni, hahahah!"

Time tu around 10 am, panasnya, mak ai... orang gila je kuar berjemur time-time gini. Tapi kami lebih rela keluar berpanas dari terperap dalam rumah, lol, so today we play tourist, so let's!

Nak naik Bukit Melawati boleh pilih, nak naik train atau jalan kaki sendiri, train tu (train kecik macam dalam zoo tu) around RM5 kot. So kami pergi kaunter tiket tanya brader tu, jauh sangat ke jalan kaki? dia kata less than 1 km je, tapi berpeluh lah kalau jalan kaki, eh apa adahal kitorang kan cheapskate, heheh.

So kami pun menapak, memang dekat je pun, nasib baik kebetulan aku bawak 2 topi, so bila Aina bukak mulut je ngadu panas, aku terus serkop kepala dia, lol.

Apa ada Bukit Melawati? ada look out point, boleh tengok kera, comel & jinak tau, & ada muzium kat tepi rumah api tu, layan jer.. best jugak :D


macam pokok kat Taiping

kalau aku tipu ni kat oversea pun orang percaya tau

Aina tourist dari Jepun #eh haha


wasssuupp~!

kera chill

cara ni uniform macam Brit Guard tapi pakai tengkolok

argh aku kena panah lembing NoOo~!


Dah turun dari Bukit Melawati, blur taktau nak buat apa, kelip-kelip start pukul 8 malam, hahah pejadahnye ni baru pukul 11 kot. So aku propose idea kat Aina, jom ler kita drive ke Teluk Intan, I tak penah tengok menara condong tu, hehe..

Dalam perjalanan kami berenti makan dekat.. err.. area sabak bernam tak silap, nasi lauk je tapi murah & sedap! I like!

After 1 hour drive kami pun reach Teluk Intan, & I was like, la.. comel je menara ni sebenarnya, hihi. Tapi tak tau pulak bole naik sampai atas, dapat lah kita tengok interior menara condong ni, menarik.. orang dulu-dulu kalau bina bangunan, halus, mesti ada decoration ornaments kan. Walaupun kat luar panas 32Âșc, tapi bila dalam menara condong ni, sejuk & berangin je tau...hehe.













Kemudian, aku propose idea gila lagi kat Aina, jom drive sampai Ipoh? Aina pun, jom! hahah!

Masa dalam perjalanan, kami nampak signboard Cameron Highland, ish ambitious sangat ler pulak kan, lagi pun kete Kelisa I macam tak konfiden nak bawak naik...huhu.. tapi bila dah masuk area Kampar, kami nampak signboard Gua Tempurung, since masing-masing dah boring drive lama sangat, Aina kata, jom kita try usha nak? so kitorang pun masuk simpang Gua Tempurung tu.

Masa sampai sunyi je, macam takde orang je kat entrance, ni berbayar ke tak ni? so kitorang selamba masuk, oh free rupanya, masuk percuma, tapi sebab masa tu dah nak pukul 5.30 pm, dah nak tutup, so kami sempat explore 1/4 je :( Tapi walaupun baru masuk 1/4, ada dalam 1km jugak la kami dah jalan. Bila tengok gua ni aku suka mendongak, sebab cantiknya... Subhanallah... just imagine macam mana batu-batu ni terbentuk, macam-macam cave formation kami jumpa. I wonder what's inside for the rest 3km, mesti lagi best kan.






cave formation & texture

Semalam ada gak terbaca pasal Gaharu Tea Valley, next trip kalau aku buat, aku nak pi Gua Tempurung early morning & then boleh proceed Gaharu Tea Valley. It's ok, I'll be back!

Around 6 pm kami pun reach Ipoh, perot aku sedikit lapar, tapi kami kena cari bilik dulu kot, takut dah gelap nanti lagi leceh. Insiden kelakor time kat Ipoh, hahaha, macam-macam hotel kami survey, sampai lah kat area pub, yang paling ngeri Shanghai Hotel (tapi ni kitorang tengok depan je la, sambil gelak-gelak, haha). Dari town Ipoh, ke Medan Bercham Bistari, sampai lah ke Medan Ipoh Bestari. Last sekali kami decide untuk tido Hotel Budget kat area Medan Ipoh Bestari, RM65, yess! murah dan bersih!

tengah cari-cari hotel terjumpa mural ni, heheh

Masa ni semua dah bau macam, hurmm.., sebab panas menggelegak siang tadi, haha. Lepas bersihkan diri, kami ke Ipoh town balik, dalam 15 minit drive je, cari makanan, sempat jugak la pergi pasar kat Memory Lane tu, jalan-jalan dalam town pakai seluar tido, kihkih.

Lepas tu balik semula ke hotel & tido dengan nyenyaknya zZzzzZZzz~


Isnin 23rd February 2014:

WazzzZuuup Mondayh~! Ape? korang dah start keje? korang Monday blues? kitorang cuti lagi...hahah. Semalam poyo dalam kepala otak aku nak pi Gunung Lang lah, breakfast Kopitiam lah, tapi kalau dah masing-masing pun pukul 10 pagi bangun, ape jadahnye, kate vacation spontan, hahah.

Kami pun check out pukul 11 pm. Nak cari cafe hipster untuk breakfast konon nye, so kami try cari Burps & Giggles yang kononnya famous sangat tuh. Sebenarnya aku nak try cafe lain sebab cafe ni dah mainstream sangat, tapi ini je yang kami berjaya jumpa #eh Nasib baik makanan dia sedap, Aina jarang puji food sedap, so bila dia dah kata sedap tu maknanya betul la sedap, maklumlah, student food tech.

what Monday blues? hehe


Oh dah kat Paris #eh
cute corner ;)

Lepas dah kenyang, Aina teringin nak check it out The Banjaran Hot Spring, masa dengar tu aku macam krik krik kejap, sebab aku tengok yang selalu lepak situ artis-artis or datin-datin, hehehe. tapi layankan je la Aina, sebab puas dia dah layan aku, hahah & kalau dapat minum-minum fresh oren kat cafe situ pun best jugak ye dak? #cheapthrills

Once we reach The Banjaran tak boleh masuk pulak, only for reservation :( the chepest rate ir RM500/person/nite, wuhhoo~ tapi kesian pulak Aina, dia frustrated sampai lah dah sampai rumah dok mention lagi ni tak puas hati, sabar Aina sabar.. 1 day bila kita jadi datin hokey ':D

So since dah pukul 3 petang, takut sampai Klang lewat, kami terpaksa terus proceed balik ke Klang. Since ini trip redah, kami tak tau macam mana nak cari jalan semalam, so google map je, jauh, lalu kawasan yang aku pun tak pernah lalu, kalau tak silap ikut kawasan Kampung Gajah, memang jauh & isolated gila tempat ni T_T tapi on a good side, memang takde jam, journey was smooth & laid back.

Dalam pukul 6 baru kami reach Teluk Intan untuk singgah makan. Kami proceed perjalanan sampai lalu kat kawasan Kampung Kuantan Kelip-kelip tu pun masing-masing dah tak larat & rasa nak balik rumah je, sebab perjalanan yang agak jauh dan lama, in fact semalam kami dapat cover quite few activities, maybe save kelip-kelip for next time.

So that's it our adventure for today, best short trip & misi avoid jam & toll telah berjaya, dan yang paling best, kami tak sangka banyak benda boleh explore kat Ipoh ni sebenarnya. Thank you Aina sebab sudi terjah dengan saya, nanti kita terjah lagi!

*sebenarnya aku baru sedar sesuatu, bila kita dah pandai berjalan negara orang ni, baru lah reti nak hargai tempat sendiri kan? ":D Another thing I learned from travel is, kalau travel, do put the lowest expectation & appreciate things in the most simplest way so that you can have an enjoyable trip, happily :) Jangan complaint penat bising boring tak larat takut sesat, just enjoy jer :)

No comments:

Post a Comment