Saturday 23 June 2012

Phuket (Day 2: Hard Rock Phuket)

Ok, malam ke-2 kat sini, tak de aktiviti pun sebab siang tadi dah habis mabok laut & penat snorkling (ceh, penat ke? tak puas lagi ade la, haha). Owh aku dah ingat.. ape aktiviti kami.. Memandangkan hotel kami like betul-betul depan Hard Rock, so apa lagi...malam ini kita rilek layan live band. Maria yang gile Hard Rock ni pegi shopping dulu kat kedai Hard Rock. Aku.. aku memang minat muzik, tapi bukan Hard Rock, pasal apa? ntah la..bagi aku merchandize dia bukan taste aku kut.. aku suke benda-benda street, hehe. Infact the merchandise all so expensive, so im not even a Hard Rock merchandize collector, so tak beli pun takpe, diorang je shopping sakan kat Hard Rock. Dah selesai shopping, kitorang lepak & layan live band.. sebelum live band start, boleh pulak diorang buat party mandi buih, ade like 5-6 orang awek Thai tengah pakai bikini sambil main-main buih, dafuq tah? Honestly.. diorang  yang dok berbikini menari-nari ni takde lawa pun..just body je cantek.. emm.. & tengok gaya macam kena paksa pun ada, aku kerut-kerut dahi tengok sebab rasa macam, "tolonglah turun cepat dari stage... aku kesian tengok korang.."haha.

Live band dah start, performed by K2Z, dalam band ni ade 3 orang vocalist, 2 girls & a guy (pemain bass dia muke macam Zek Zaidi, hahaha). The show was not bad, they play most of the mainstream songs, & thank God ade jugak 1 lagu dari favourite band aku dirorang main, Kings Of Leon, so ade rase extra respect di situ. Since the place not so crowded, maybe masa kami pergi ni bukan peak season, so it was really fun, the band & the bikini girls interact with us, they were really friendly..& owh yeah, kitorang order Coke & Ice Lemon Tea je.. takkan nak duduk free kan, even though each drink cost +- 100 Bhat/RM10, tapi it was really worth it, we did really enjoy the band & the environment :)
talak bawak slr, soli..eh mana zek zaidi? aiseh...hihi
After almost 2 hours layan band, perot pun dah lapar.. Kami cari kedai makan yang semalam. Nak tau kami makan kat mana? Haha..about 15 minutes walk from our hotel.. masuk 1 lorong ni ade banyak kedai makan, kedai makan ni lah yang paling dekat & murah penah kami jumpa so far. Name kedai ni Sansabai. Actually halal food memang banyak kat sini, cuma kami nak cari yang paling murah je. Mungkin salah kami, & hotel kami jauh dari masjid area, jadi tak berkesempatan nak cari kedai makanan halal yang murah. So kamipun berport di Sansabai ni untuk 3 malam berturut-turut, hahaha. Kitorang siap berkawan dengan mamat yang ambik order ni, nama dia Arakan, dia bukan orang Thai tapi dari Myanmar. Extra friendly & walaupun ade communication barrier, pandai jugak dia loyar buruk dengan kami...haha.. Sampai malam ke-3, nampak je kitorang siap tinggalkan customer lain, keluar jemput kitorang...punyelah friendly si Arakan ni. Tu kami rasa macam dah malas nak cari kedai makan lain.. we feel like at home gitu..hehe.. Harga a bit pricey, 1 pinggan nasi goreng je dah nak RM10, air RM3, uii...tapi nasib baik portion dia banyak & sedap, so kami berkongsi pun dah kenyang.

Dah kenyang, slow walk sikit, nak survey-survey area.. kami berjalan kaki sampai ke Bangla Road. Ha.. Bangla Road ni adalah memang port maksiat, hahaha. The whole road berderet pub & disco. Club dia pulak open area, so sepanjang perjalanan dapat tengok pole dancing free-free saje...hehe. Aku rasa a bit kaget, honestly first time aku tengok orang buat pole dancing,lol. Tapi aku bukan nak cakap ape, pub dia, live band dia macam lagi happening compare to Hard Rock, suara vocalist dia macam lagi power, aku nak lepak tepi layan jap, tapi yang lain macam tak berape minat..so denga gitu-gitu je lah. Dah tengok sana-sini, badan pun dah penat..kitorang pun menapak balik.. Sedar tak sedar dah pukul 2 pagi jugak la.. Tapi yang bagusnya Phuket ni, even though dah pukul 2 pagi, kami 4 orang perempuan jalan rilek je... rasa secure.. sebab walaupun area tu memang entertainment dia tak terkawal, tapi kawasan dia terang, bersih & selamat.
free pole-dancing show for evybody" hoorah!
Sampai je hotel.. ding-dong here ding-dong there , siap-siap untuk tidur...  nak kena kumpul tenaga untuk esok sebab mau shopping sampai tergolek, hihi.

No comments:

Post a Comment