Thursday 1 May 2014

Summer in OZ - Day 3 Manly Beach, Sydney Harbour National Park, King Cross

Ok, ini pagi, aku dilanda mood malas *mana pegi mood excited pun tah* . Honestly, for this trip, aku tak plan ape nak buat langsung, mungkin sebab terlalu busy dengan kerja, & penat melayan kerenah orang, so aku jadi malas, aku pikir, apa nak jadi kat sydney, tak kesah lah, sampai sana baru fikir, packing pun aku buat 2 hari sebelum fly, sampai kawan aku tanya, kau memang tak nak packing ke ape? hehe

So pagi ni aku decide untuk tido nyenyak-nyenyak dan bangun lambat, suke hati aku la! haha. around 8.30 pm aku bangun & bersiap sebab around 9.30 pm auntie Yati will pick us for check out. Babai Randwick :'(

Dah selesai check-out, we went to Coles kat Randwick kejap & bought some sushi, mak asyik la cerita pasal sushi ni kat mesia, aku pun curious jugak la, so kami pun borong la sushi-sushi, nama kedai dia, Helo Sushi :)
mak so excited jumpa this sushi!
comelnya kicap! it's free aku amik banyak2, lol
serius sedappppp...!


tema harini biru-biru laut, lol. Jom pi Manly Beach!
After pack some food, we went to Manly beach, yeahaaa...! semalam baru je discuss dengan Maklong, Manly beach ni kat mana? sebab aku baca dalam guide, diorang ada Hurley Surf Competition, must be fun to watch kan? Aiihh.. tak sangka pulak Auntie Yati ni macam bole baca aku punya instinct... heee..

It's quite a long journey, dalam 40 minute by car ada kot, so we park at the beach, cari bench & masa ni perot pun dah lapar, sushi yang dah benyek pun nampak menyelerakan, tapi jujur cakap la, memang sedap sushi ni, emm dap dap... untuk sushi yang jual kat kiosk je, yang ni lagi sedap dari Sushi King tau, aku takleh la nak compare dengan Rakuzen kan..over.. huhu.

somehow, Manly Beach reminds me to Penang zaman 90's :) 
It's more sunny here, tapi angin sejukkk
mak tengah menghidang sushi, hihi



Lepas makan, aku ingat nak jalan jap explore apa ada kat Hurley event ni, tapi tak sempat jalan jauh, takut diorang tinggalkan aku pulak, huhu. Tapi kebanyakkan orang macam tengah practice surfing, infact its a weekdays, so takda apa happening sangat, maybe weekend baru havoc kot, so kami pun pergi meninggalkan Manly beach. babai Manly~!

Then, Auntie Yati droves us to Habour Park, kawasan ni adalah 1 park yang besar, boleh rent a bike & a map, untuk explore the whole park! 1 hari kalau datang sini lagi, aku nak pergi sendiri & nak buat aktiviti ni, looks fun!

Inside here u can rent a bicycle & ada banyak trail sebenarnya
1 of the look out point, u can see the city from here!

now, that's the disadvantage when you can only sit in the car ':D, nak snap signboard untuk future reference, hihi
Auntie droves us to 1 lookout point, dari sini boleh nampak Sydney city. Memang nyaman kalau nak picnic or dating-dating kat sini, hehe. hmm.. bilelah.. anyways. best round park ni, different environment.

Dah selesai ronda-ronda, we went to King Cross, which is in the middle of the city. Sebenarnya King Cross ni adalah red light district, apasal mak & maklong book biik kat sini pun tah la, maybe murah sikit kut, haha, & convineance sebab only 1 stop to CBD. Kami menginap di Springfield Lodge. jenuh jugak pusing lah, rupanya lorong dia tersorok sikit.. tapi bagus jugak, sebab senyap sikit & terasing dari lorong-lorong chow kit tu, hew hew.

masa kami jumpa lodge ni, we were like, omg betul ka duduk sini?? cantiknya!
Owh, tengah nak letak bag, I got a phone calls from Alison, wehuu! She called and invite me to sleepover at her house tomorrow, coz she was planning to bring me to Blue Mountain on Friday, bestnya, memang aku ada plan nak pi situ, tapi ada 1 masalah, esok malam aku dah book backpackers for 2 nites. So I directly call the backpackers & check wether they can change my date to Friday nite & Saturday instead of Thursday Friday, or not, & yes I can! I just need to add 3 AUD sebab room rate weekend mahal sikit, well.. apa ada hal... Well...sounds like a plan with a right place & right time ;D

Dah rehat kan diri dekat bilik, kami bersiap, saja nak jalan-jalan dekat area King Cross sebelum hari gelap, sebab bahaya sini kalau dah gelap. So kami just randomly walk, sampai lah jumpa 1 kedai buku lama ni... Aku takdak la nak minat sangat.. mak memang suka buku-buku lama, lama jugak la mak kat situ, sampai aku blur, tapi yang mengong nya, bila mak dah blah, aku baru ternampak few boxes of vinyl record for only 2 AUD! so aku randomly pick, I think it would be a nice souvenir for hipster friend & hipster me *so called, lelulz*

2AUD each!
Kemudian Mak & Maklong nak balik ke bilik, tapi aku cakap aku nak beli makanan jap, nanti aku naik. So aku pun mula menapak sorang-sorang, sumpah aku lapar sebenarnya, tapi aku dah terlajak corner, lalu aku jumpa tangga turun ke bawah yang signboard nya art gallery.. art gallery? curios ni, ok jalan lagi... jalan jalan jumpa kapal Navy, wah... dah sampai sini? ok jalan lagi... jumpa kawasan yatch, jalan dan jalan lagi, apa jumpa park yang besar?? jalan lagi... jumpa Art Gallery, nak masuk tapi takut..semua orang macam pakai coat je... eh tak pe lah... teruskan perjalanan lagi... jumpa Muzium pulak, eh jauh jugak kalau dari dalam kereta tadi ni, lepas tu aku continue jumpa pulak dengan St. Mary Church, cantik architecture nya.. lepas tu ada 1 lagi kawasan taman yang lain.. sampai perot aku dah warning "oi...tak ingat ke aku lapar ni~!" Mujur aku nampak Starbucks, so mintak lah secawan hot choc, cost me 4 AUD, standrad price mesia.

random shop in King Cross, tapi mahallll
follow this road, behind Sprigfield lodge





nak membuktikan saya ada disini, lol
langitdah nak gelap, gamba tak cantek :(

bestnya, merata ada park
tiba-tiba rasa macam kat Korea pulak, kenapa ntah, lol
Mula-mula niat nak teruskan jalan, maybe boleh sampai town, tapi takut hari gelap sesat pulak, so aku pun pasrah & cari jalan pulang... aku main redah je ikut signboard, pass by Woolomoolo kot, tah macam mana tah, Alhamdulillah sampai balik ke King Cross. Beli some food, & naik bilik dengan senyuman... hehe.. puas! puas dapat jalan kaki & jumpa macam-macam tempat ^_^ Just imagine aku keluar bilik tadi around 3.30 pm, & sampai balik ke bilik aroun 8.30 pm, 5 hours walk, nice! memang menepati syarat sight seing, tak payah kuar 1 sen pun untuk transport, hehe.

Malam tu, sebenarnya bilik tu untuk 2 orang, tapi aku saja menyempit tumpang 1 malam, mujur ada selimut tebal, so cari 1 cornar, bentang cantik-cantk, buat kopi, kira budget... aahhh... tidur nyenyak lepas tu ^_^ continue lagi esok!


No comments:

Post a Comment