Thursday 31 May 2012

Preparation for Phuket

Tahun lepas aku plan mid of 2012, aku nak pergi Korea, melawat kawan aku belajar kat sana, sebab aku dah bertahun-tahun tak pergi bercuti..so kire macam nak balas dendam pegi Korea terus' haha. Tapi disebabkan ade masalah tertentu @ timing tak ok kawan aku tengah busy final year, so aku buat plan B, cari kawan lain yang nak pegi jalan & nasib aku baik, si Maria nak pegi Phuket,so ape lagi haha.

Ok, dalam trip ni, aku spend duit secara berperingkat, hehe.. on early March kitorang book ticket flight, Air Asia dapat la around RM500 untuk pegi balik. Pastu on the end of March kami pergi MATTA Fair, amik pakej dari Udara Travel & Tours, kami ambik pakej dari agency ni sebab rata-rata tengok semua pakej lebih kurang je harga, we pick this one pun sebab dah booth terakhir tak larat nak jalan, harga dia murah by rm50 like that compare to other agency, & dia pun ade provide makanan  halal. Pakej kami harga around RM450/kepala. So basically, I pay for the package fees on April. Jadi bile gaji bulan May keluar je, tinggal nak simpan untuk duit belanja saje, which aku allocate dalam RM600 (and actually aku manage to spend RM450 only for food, transportation & shopping sampai tergolek' yeay!).

So, apabila minggu yang dinantikan sudah tiba, kami pun teruja * ok sebenanye aku tak tau nak start cite ni macam mana. Aku apply cuti Isnin (25/5/12) & Jumaat (28/5/12), so as what we planned, it's a 4 days & 3 nights holiday. Nak dijadikan cerita, minggu aku nak pergi bercuti ni lah, kerja office banyak bukan main, sampai aku rasa pressure sungguh la nak kejar deadline. Sebab kalau kau tinggalkan kerja kejap untuk bercuti pun tak best, nanti teringat-ingat pulak. Nasib baik bos aku seorang yang sangat considerate, she even plan for me which job to settle first & stuff. Flight awal pagi Jumaat, Khamis sebelum tu aku masuk kerja ofis macam biasa, cube settlekan kerja sebanyak mungkin, malam budak-budak Starbucks nak buat store's dinner pulak...ok la..rugi pulak kalau tak join, bile lagi nak kumpul ramai-ramai camni. Sampai rumah dah pukul 11.30 pm. Aku plan tido rumah Maria terus, sebab awal pagi pukul 5 kami dah kena gerak LCCT dah. So aku pun dah prepare early, pack hari Isnin lepas sebab tau, kalau pack malam Khamis mesti tak sempat, sampai rumah, mandi tuka baju, then Maria pick me up.

Pagi pukul 5 kami dah siap-siap, trip kali ni dengan geng lain, Maria & her siblings :) So total 4 orang gegirl gitu.. Some people say macam bahaya? tapi diorang memang jenis once a year travel ber-3 je..so dah biase la..so this year i join the club,hehe.

Honestly the last time aku naik flight tahun 1998, time tu darjah 5, nak melawat kakak aku graduate kat Australia. Zaman tu mane ade Air Asia, naik MAS memang mewah la, & seriously, sampai harini aku mengidam sandwich yang aku makan dalam flight dulu, rasa dia macam lain, sedap ar..agak-agak rindu, aku makan chicken fingger sandwich Starbucks, boleh la ade sikit sama rasa. Ok back tu Air Asia, aku sedikit batak sebab dah lama gila kan tak naik flight, excited & honestly tak putus-putus sebut syukur, sebab Tuhan bagi aku merasa naik kapal terbang lagi walaupun kecik sedikit compare to MAS, hehe. Untuk perjalanan pergi ni kami tak book food, sebab flight pun dalam 1 jam setengah je. Mak maria pulak awal-awal pagi rajin betul gorengkan kami cucur sampai nak 8 paket! Dalam kapal terbang dah buat hal...masing-masing keluarkan cucur dari bag, siap passing-passing depan belakang..mat salleh dok sebelah kami ternganga, hahaha. Mintak maaf la..kami budget..hihi. Ni entry mukadimah je, sebab aku dah ngantok & tak larat. Sambung esok untuk our journey in Phuket yawww. For now you can enjoy the flight view first ;P *gaye aku tulis ni macam ade je orang bace..haha






No comments:

Post a Comment