Thursday 10 May 2012

Singapore (Klang - JB)

9th March 2012 :
google image




Tiap-tiap kali aku lepak dengan Diana & Yor, mesti diorang akan pasang angan-angan itu ini, aku pun suke tambah lauk sekali, hehe.. So 1 of our angan-angan ialah nak ke Singapore, (well, aku dah 2 kali plan nak ke Singapore sebelum ni, siap dah apply cuti, tapi kawan-kawan lain asyik cancel).


And today, tadaa.."! wish come true, hehe.


So it was Friday, aku decide untuk take half day leave, sebab.. ntah, mula-mula plan nak ambik leave terus, tapi macam rugi pulak ambik leave tapi bertolak lewat petang (nak tunggu budak-budak laki settle jumaat). Anyways, memang rushing sikit, tapi rasa lega jugak, at least dapat settle keje sikit sebelum becuti.


So tambah tolak semua kami, bertolak dalam pukul 5 petang. Total semua ada 9 orang, 2 bijik kereta.(Yes, diorang drive, haha). On the way ke JB, kami singgah Ayer Keroh jap, sebab 1 of us tinggal sane, so dia tinggalkan passport dia kat rumah, so ok jugak la untuk yang memandu, bole lepak jap..minum, and google2 jalan (ha' baru nak google habaq hang") ke diorang google kedai asam pedas? aku pun tak pasti,haha). Around 6 petang macam tu kami sambung balik. 


Journey was quite smooth, aku tak tido (normally travel aku tak tido unless betul-betul penat), around 9 pm kami dah nampak Johor Premium Outlet (JPO), bersorak dalam kereta, happy owhh, terutama si pemandu,haha.. Kitorang decide untuk bermalam kat JB, so save cost sikit.


Ape ye name hotel kami check in tu..JB Central? ye ke? tah yang betul-betul dekat dengan station bas tu. Satu kesilapan kitorang, pegi ambik bilik untuk sorang satu katil, haha. Pastu bilik tu besssaaarr gilerrr, bole buat breakdance atau poco-poco lagi,haha. Patut 3 bilik boleh reduce jadi 2 je, tapi takpe.. belajar dari kesilapan. Since bilik dah besar,ape lagi yang tak selesanya kan, cume it just a basic room, and ade baby-baby lipas sikit..ehehe, buat-buat tak nampak je lah. Kos bilik satu kepala RM75/night, bole reduce lagi kalau kite sumbat tido ramai-ramai next time,hoho.


The next day, plan ramai-ramai konon nak gerak pagi..sebab 1st place kami nak pegi Universal Studio (USS).Tapi hmm.. masing-masing pukul 10 baru nak turun breakfast.. 1 of us tiba-tiba baru notice passport dia mati, so dia pagi-pagi dah gerak dah, pastu time kami breakfast dapat call, kate nak renew passport kena pegi area JPO nu..hmm.. terus kitorang rombak plan.. ade kate esok baru pegi USS, ade kate pegi dulu.So kitorang decide, pegi je dulu, & jumpe yang 2 orang tadi kat Singapore terus. So the journey to Singapore begin...


1st thing kitorang buat, tukar duit, sini money changer is everywhere, so memang takde hal lah, yang ade hal ko ade duit ke tak? hahaha. Aku punye budget expenses kat Singapore limit RM200 je kalau boleh, during this time, currency singapore 2.5, so dapat la dalam 80 SGD. Anyways, ticket USS dah beli so takde masalah.


Actually,mase pegi ni, aku pun amik risiko jugak, sebab menurut kate ptptn, aku dah blacklist nama, tapi aku check website imegresen, nama aku clear, and pegi buat passport pun lepas. So aku tawakal je la. nasib baik lepas, huh, aku pun pening lah tah camana system ni (btw, aku lepas grad je tiap-tiap bulan memang bayar ok, kadang-kadang bayar lump sum lagi sekali 4 bulan terus, mungkin Tuhan nak tolong aku). 


Kami ambik bas dari JB, bas ni jangan risau, dia stok-stok bas macam dari Klang nak ke KL, stok sentiasa ada, ticket pun kertas remuk-remuk je. Tambang RM5, kalau tak pasti bas mana, cakap je, nak naik bas pegi Sentosa. Bagi yang tak pernah pegi Singapore (orang-orang cam baru keje cam I ni..:P), mesti korang akan terpikir, passport check kat mana? tak payah passport ke? bukan aku je ajukan soalan ni ye, kami semua pun blur-blur, antara kitorang, 3 orang penah pegi Singapore, tapi bukan dengan bas. .


Jawapan nye, haa... nanti bas tu akan berenti kan korang, pastu menapak lah macam rombongan sekolah ke immegresen.. kena que jap dah sampai counter, dia check biasa-biasa, scan bag, & then you are ready to go" and it's amazing how we manage to recognize the same bus (or the similar bus?) tah aku tengok semua sama ja.. Kami naik, sampai jugak ke sentosa,haha.


After almost 1 hour we reach Sentosa, ramai tido dalam bas, tapi mereka rugi..pasai pa? pasai tak dapat tengok keindahan town Songapore, haha, actually quite similar je macam KL, cuma lebih bersih. Sampai USS, ape lagi amik gambar kat Globe USS dulu la... typical typical..haish..aku pun sama ja..haha


Ape yang menarik sangat kat Universal Studio ni sampai semorang sebok post kat fb? jeng jeng jeng..'



No comments:

Post a Comment