Sunday 5 October 2014

Osaka Day 1 - Kansai airport, Gion (Kyoto), Nara

10hb September 2014, it was a quite chaotic day, maklumlah, trip last minit, semalam aku baru settle check in, siang ni aku baru nak print eeeeverything, from boarding pass, hostel resit, few articles, & bank statement (just in case). Also did some last minute shopping, sebab aku terlupa, nak bawak masuk liquid food dalam hand carry tak boleh, so aku sempat jengah supermarket jap try to be creative beli apa yang kering & boleh dimasak & dibawak. Hmph, memang ayam aku siang tu.. haha.

By 8pm ayah baik hati hantar ke KTM station, trip kali ni transport ke airport aku tak kesah sangat nak naik train & bus, sebab flight pukul 1 pagi, so nothing to rush, Alhamdulillah semua nya sampai airport smooth & selamat. Aku try la jugak seludup setin sardin, cis! lepas rupanya, kalau tau aku suh Zarina seludup 1 tin kari ayam sekali tadi. huhu.

Ehhh...cuma 1 je silap, punya takut kot terlepas flight, budget nak makan lepas boarding check tu lah, haha tapi kami silap... restaurant kat dlm KLIA 2 tu semua high-end, so kami fikir, makan dalam flight je ler~ Dalam flight aku purchase meal, by the time dah makan, hah perut masuk angin pulak dah.. mujur ada tiger balm, ubat segala sakit bila travel, hihi. So sepanjang 6 jam perjalanan, perot aku sakit :'| Tapi, by the time nak landing je alhamdulillah, dah recover, hehe.. Btw ada mamat jepun dok sebelah aku, dia ni pelik, sebab masa nak tidur tu siap sarung boxer dekat betis dia, & siap bawak selimut bagai, wahhh.. so aku dah dapat rasa jepun ni memang pelik-pelik aih, haha.

Waktu turun kapal terbang, kita akan naik 1 train dalam 5 minit perjalanan je, tak silap KLIA pun macam ni, kita akan terus sampai ke immigration. Before tu kami pi toilet dulu, kami terkesima jap masuk toilet depa, sebab bersih & canggih! ada macam-macam butang! butang lagu, butang flush, butang suhu, sampai tak sempat explore semua, haha!

Alhamdulillah, immegresen cepat & efficient gila! Sampai kami pun tak percaya, betul ke ni? Bank statement aku? hmph, tersimpan dalam bag je, diorang tak peduli pun... Ha.. sebab tu la kita kena datang Jepun sementara ada pelepasan visa ni, tak payah susah-susah macam dulu dah.


kumpul-kumpul brochure kat airport! depan ni je lokasi Tourist Information tu

Yang bestnya, we reach Osaka at 8 am, sampai-sampai boleh la terus berjalan sepanjang hari  ^_^ So first thing we do, collect all brochures & attack Tourist Information. Mula-mula macam tak reti nak tanya soalan apa, kami tak tau nak naik train ape, nak kemana & macam mana. So aku decide untuk make the conversation short, I tell the service counter person, "Ok, so let make it simple, we will be in Kyoto for the first 3 days, and Osaka for the rest of the trip, can you suggest the best way for our transportation solution?" So she recommend us to get this 3 pass:

Kansai Area Pass (1 day trip) : 2060¥ (RM78)

Kami guna pass ni untuk hari pertama, sebab 1st place we will go is Kyoto, jarak nya mungkin macam KL ke Seremban. kelebihan Kansai Area Pass ni, boleh gunakan mana-mana JRail area Kansai sahaja, perjalanan Kansai Airport - Kyoto takes around 1 hour. Kalau nak pakai Kansai Thru Pass boleh jugak, tapi akan mengambil masa 2 jam, sebab guna line train yang berbeza & kena buat train switch, which will be very confusing. Ha, Kansai Thru Pass ni ape pulop?



Kansai Thru Pass (2 days trip) : 4000¥ (RM120)

Pass ni kami beli siap-siap masa kat airport, tapi kami gunakan untuk hari ke 3 & 5, sebab tu Pass ni best, sebab tak semestinya kena pakai 2 hari berturut-turut, so kita boleh pilih. Kelebihan pass ni, kita boleh naik train (except for Jrail) & buss di area Kansai. *beza Jrail, lebih laju compare to other train line. *ada option to buy 2 days pass or 3 days pass, 3 days pass cost 5200¥




Kyoto Daily Pass (1 day trip) : 500¥ (RM15)

Pass bus ni amat berguna, sebab tambang bus dekat Jepun memang mahal, bayang kan average tambang sehala je dah 200¥, kalau pergi balik? Jadi kalau ada pass ni amat mudah, naik bus sampai sesat pun tak payah nak risau :)




So, kami pun keluar dari area airport, ada bridge heading to JR line. JR ni ada jadual dia, masa kami nak naik, kena tunggu lebih kurang setengah jam, so kami pun jakun-jakun sat dekat tempat menunggu, dia ada bilik khas ber air-cond untuk menunggu, wahhh~ lepas tu dok jakun dengan vending machine pulak, so cuba-cuba la nak beli kopi, tapi alamak, kopi dalam tin kat sini manissss. Mujur aku last minit beli roti kacang 6 ketul RM2.60 tu kat mesia, so boleh la makan untuk alas perut :)

tempat menunggu bagi train JR
Setibanya train, kami jakun kejap, pekerja train akan vakuum train tu untuk make sure bersih for next penumpang ok! & kerusi tu pulak boleh di toleh kebbelakang kedepan, hahaha, ok serius kitorang terjakun. Sepanjang perjalanan, best, time ni la nampak scenery kehijauan & rumah Nobita ^_^ Architecture sini comel-comel & konsep rumah macam kotak-kotak & kemas, ada terbaca sebab tanah diorang ni tanah gempa bumi, so to keep the building stable bangunan nya mesti bersegi & kecik.

1 hour later we reach Kyoto station, yahuuu~! Dari Kyoto station kena ambik bus nak ke Gion. Sebab plan nya nak letak la dulu bag-bag kat hostel, baru sambung berjalan. Bus dari Kyoto station ke Gion mengambil masa +- 15 minit.


Helo Kyoto! We did it!

We reach around 12.30 pm, jepun punya standard check-in time normally is 3 pm, tapi syukur, orang hostel sangat baik, & kata memang katil dah kosong & bole check in sekarang, yey!

Space, serious kecik! Tapi hati aku sejuk je tengok cadar plain berwarna soft pin :) Dorm for 12 peoples, ada shower asing female & male. Shower dia unik! I think the size only 800cm x 800cm, tak sampai 1 depa, very small, tapi dia macam spaceship cubicle, sangat clean & suprisingly comfortable. I loove that shower! feels like bringing back home letak sebijik dalam bilik aku, lulz. Toilet dia pulak asing, pun unik! Toilet bercantum dengan sinki, bila kita flush, air dari sinki pun keluar, see how japanese people very clever in using space management & saving the utility?? Kagum!


A-yado, Gion

So jakun sana, jakun sini, dah buat hostel macam rumah sendiri, rasa berattt je nak keluar balik, hehe. Tapi kami paksakan diri jugak untuk keluar around 3 pm, kami takde plan tetap, owh masa dalam train tadi, kami tak tau pulak Kansai Area Pass ni boleh buat pusing 1 kansai nai JRail, so kami decide why not untuk ke Nara?

Mula-mula, aku was-was gak nak pegi Nara ni, sebab keluar pukul 3 pm, sampai ke Kyoto station mungkin dah nak pukul 4, pukul berapa pulak nak sampai Nara, takut dah gelap kang bazir masa je, tapi aku just berfikiran optimistik, aku fikir..alah..kalau tak dapat tengok Rusa, jumpa tempat makan or shopping pun ok lah. So kami decide untuk just redah!

Masa nak naik train ke Nara, ada 1 benda baru kami belajar di Jepun, kami cari sit kosong, nampak lah ade 2 orang budak sekolah, rasanya darjah 1, berdua, so kami ingat sit depan tu untuk parents dia, so kami pun tanya lah semua orang dalam train tu, where is their parents?? Semua orang pandang & tak paham kut, so orang awam sekeliling jemput kami duduk kat situ, haha! Ok belasah lah~ haha. Tapi kami still heran, biar benar diorang balik sekolah sendiri?? dan mereka bukan adik-beradik ok! Budak dok depan aku comeyyy~! lepas tu geng diorang datang, ramai-ramai start bukak buku latihan masing-masing, siapkan kerja sekolah, haaaa apeeee?? T_T Kalau aku masa umur diorang, before tido baru aku buat kerja sekolah kot, dahtu jangan kan naik train, naik basikal sendiri balik rumah pun tak tentu sampai rumah, lol. Kagummm! Terbukti cerita Shin Chan pergi kedai sorang-sorang tu betul & ternyata Jepun memang selamat!
comelnya!

tengah buat kerja sekolah Matematik!

+- 1 hour later, we reach Nara, Nara memang jauh sikit sebab dia dah luar dari kawasan Kyoto, Kyoto tu sendiri pun memang besar. Masa ni baru lepas hujan, jadi keadaan sekeliling nyaman-nyaman sahaja. Nampak hari macam nak gelap sikit, tapi kami gigih! Kat Kyoto station ada Tourist Information, I like! He give us direction on how to go to Nara. Tapi dia ada bagitau kami, mungkin sampai sana dah gelap, tapi rusa tetap ada, jangan risau.

Kami naik bus ape tah, no.1 kalau tak silap, tambang 210¥ untuk perjalanan sehala 15 minit, huahua, kan aku dah kate, tambang mahal. Kat sini tak bole pakai Kyoto Daily pass sebab dah luar kawasan.

Sampai je kawasan rusa, aku berlari-lari excited! haha! aku ingat kan rusa-rusa ni ada kandang, tapi rupanya tak, memang rusa-rusa ni dilepaskan kat kawasan Nara ni, dan kawasan nya besarrrrrr~ & rusanya banyak~~ beribu-ribu lemonnnn~~ Aaaahhh aku berada dalam syurga :'D Serius aku tak expect benda ni. Aku peluk rusa-rusa yang kecik je @ bambi, sebab yang tua takut kena tanduk, sempat jugak la peta kami dimakan oleh seekor rusa tua yang grumpy T_T
mula-mula malu

lepas tu kenal-kenal

lama-lama terkeluar perangai sebenar, menggila! haha!

bambi paradise! nak bawak balik seekor plz!

ni lah rusa tua tu, tengah kunyah peta kami :(

Nak bagi rusa-rusa ni makan boleh, tapi elakkan bila diorang dalam kumpulan, kalau tak gerenti kau kena tanduk, jaga-jaga!

Kami pun lepak kat Nara sampai hari dah gelap.





berapa ratus tahun agaknya usia kayu-kayu ni

Haripun dah malam, so kami decide untuk pulang ke Kyoto, layan night life kat sana la, sebelum tu sempat ke grocery AEON di Nara station untuk beli macam minuman, telur, nasi. Kat sini nasi sangat mudah nak dapat, bole pergi kat 7E atau supermarket, nasi dijual dalam bekas plastik tu, price around 150¥ (RM4.50), which for me is acceptable, balik boleh goreng telur for example & siap.


Im a dessert person! kudap-kudap dalam train, sebab journey lama sangat, dalam 100¥

Masa balik ni macam lembab pulak train ni, hahah, sampai pun dah dalam pukul 8.30 mlm. Jalan punya jalan kami ternampak shopping mall. Kami cuba masuk lah survey-survey, not bad jugak barang dia harga boleh dibeli, mula-mula excited lah, so aku tanya la salesgirl kat situ, tutup pukul berapa? dia kate 10 mlm, jam menunjukkan 10 minit lagi nak pukul 10, what a major turn off, huahua. So kami ingat balik nanti maybe nak singgah shopping mall ni kalau sempat *akhirnya tidak sempat juga, hahah.


Kyoto tower

malam di Kyoto, meriah jugak!

ni lah shopping mall tu!

So yang bukak tinggal kedai makan je, so kami decide untuk naik bas ke Gion semula. Sampai area Gion, jumpa pulak gerai Takoyaki, hmph... sesuai sangat lah dengan perot kami yang lapar ni.

Masa kat kedai ni, ada sorang mamat, kami musyil, dia ni pekerja ke pelanggan? Siap suggest kami untuk order apa, & keluarkan kerusi untuk kami duduk. Sembang punya sembang, *sembang ayam itik, lahhh rupanya dia ni pelanggan! mesra gila! Nama dia Tomo san. Kencang gila kami bersembang, sebab masing-masing menggunakan sign language & terpekik-pekik macam orang pekak, hahah! Sembang punya sembang, aku toleh belakang, ada sekumpulan corporate guy with coat dalam 5 orang, tetibe excited nak join kami bersembang! ahhh sapa pulak ni?? Kami syak diorang ni baru balik dari layan geisha, diorang macam mabuk sikit, so kami macam agak risau & tak sedap hati. Thankfully few minutes later diorang berambus, haha!

kami bagi nama kedai ni Kawaii Takoyaki! hahah suka-suka je

Orang kata Gion ni area geisha, so kami pun cuba-cuba lah cari kot ada, tapi yang banyak kedai dah tutup je semua, so nak pulang ke hostel lah, aku sengaja ikut jalan belakang, so that maybe kita boleh nampak scenery lain, hmph memang lain scenery nya, lorong belakang tu macam ada ramai perempuan pakai sexy-sexy, bonzer-bonzer & ala-ala yakuza. Si Zarina dah macam takut, aku, ntah maybe masa kat Phuket & Sydney, aku dah biasa lalu tempat-tempat macam ni, bagi aku rules dia senang je, no eye contact, & kalau kita tak kacau diorang, diorang pun takde nak peduli kat kite. (*btw esoknya kami tanya orang hostel, selamat ke jalan belakang tu, dia jawab "safe, don't worry Japan very safe! But that place is not safe for your money, bar expensive!" wakaka not safe for your money tak tahan tu).

Sampai hostel dah around 12 kut, take shower, wuishhh leganya. Konon balik nak masak lah bagai, tapi masing-masing dah lunyai, & surprisingly kenyang pulak makan takoyaki tadi. ZzzzZZzz...


No comments:

Post a Comment