Wednesday 8 October 2014

Osaka Day 2 - Bicycle ride around Kyoto city~!


GooOOD morning~ aku excited bangun pagi harini sebab nak masak breakfast sendiri, haha!

Alah.. bukan masak pun, hostel ni takde dapur, cuma ada air panas, oven & microwave, which for me sudah mencukupi. So aku buat lah telur rebus separuh masuk :P

I bought roti naan, so just masuk microwave, tadaa~ then cicah sardin, sempoi~ Dahtu sempat buat bekal untuk lunch nanti, nasi beli semalam, pack dengan sardin & telur rebus, silap takde kicap je, kalau tak mesti lagi dap dap.

Sekali rupanya, kami diberi roti tebal 2 keping untuk brekfast, aku rembat je walaupun dah kenyang, coz percayalah, nanti 1 hari kalau lapar roti ni amat berjasa (dan yesss memang berjasa sangat, hari ke-3 kami dah hampir kehabisan makanan, roti ni lah yang selamatkan keadaan, hehe)

Benda pertama kami nak buat harini, sewa basikal! So kami pun ikutlah peta & direction orang hostel tunjukkan tadi, 15 minutes walk, a bit tricky sebab banyak lorong kecik, kami asyik bertanya dari orang jepun, sampai lah ke tourist dari france, lol. Akhirnya terjumpa jugak.. hehe, I like the shop, very the hispster :D Sewa basikal 500¥ Dah dapat basikal apa lagi, merempit la!

sepanjang perjalanan dari hostel ke kedai basikal, banyak kedai-kedai lama & comel macam ni

sungai kecik kat belakang-belakang kedai, jernih!


kat area Gion ni banyak kedai antik



kedai basikal kami yang hipster :P
Mula-mula ingat nak temple tour, last sekali jadi shopping tour, hahah! Sebab Kyoto ni banyak kedai oldskool & kedai comel-comel, so bila nampak ada kedai menarik je kami berhenti.

Ada 1 kedai kimono ni, looks like designer concept store, kawan aku nak try usha, aku pun tengok macam menarik, memang takde niat nak beli la, sebab yang ni sumpah mahal. Tapi aku puji orang jepun, kau masuk lah kedai jual beg LV sekali pun, diorang akan layan kau tiptop! Pemilik kedai kimono ni siap jemput kami naik ke 2nd floor, siap bagi kami snap gambar! aku segan, tapi terharu juge :"D

ni lah kedai kimono tu! I like!

Depan kedai kimono tu pulak ada 1 kedai kopi, boleh pulak kitorang mintak permission tuan kedai Kimono untuk park basikal sementara kami mengopi, tuan kedai sangat baik hati :') Kat sini kita sebenarnya kita tak boleh park basikal merata tau, unless tuan kedai tu bagi.

Ok berbalik kepada coffee, aku memang ada niat, at least nak cuba 1 kopi kat sini, tak kesah lah kalau mahal pun. Cuba usha harga, apa? 400¥ (RM12), kalau minum Starbucks pun dah belas-belas ringgit, so wajib cuba. Cafenya comel je, rupanya cafe baru launch.

% Arabica cafe
depan % Arabica cafe

Kami duduk sebelah Pinoy girl, she travel alone, wahhh bestnya, my dreamm :(( She is very friendly, nama dia Jaime, rupanya dia ada keluarga angkat kat Jepun ni, so dia bole speak jepun sikit-sikit. The barista serve our coffee, emph terbaekkkk~ I order a normal latte, to know a coffee is a good coffee, is to drink it without sugar & you can taste the natural sweetness, the texture very smooth! Rupanya Jaime ni dulu barista, so aku pun cakap lah aku pun dulu barista, tapi Starbucks je, tak pandai latte art ni, lepas tu Jaime ni rupanya kenal si barista kat situ, nama barista tu Jinuchi Yamaguchi, Jaime usik-usik barista tu kate "You know this guy, he is actually the Latte Art Champion!" I was like? owh wow really? tapi kepala aku tak boleh nak digest sangat sebab excited about the whole thing, lepas tu once aku balik Msia, aku add la fb barista tu, mak ai, dia ni celebrity rupanya, & penah masuk article Astro Awani ok, dia memang champion Latte Art rupanya! Say whaaaat?? my coffee was serve by a Latte Art Champion?? I felt sooo lucky, I want to cry! :'D

omg! dapat selfie dengan celebrity!!

Ok lepas tu kami say thank kat tuan kedai kimono yang sudi benarkan kami parking basikal & teruskan perjalanan. Merempit naik basikal siap berangan ala-ala cerita sembilu, hahah! Cuaca hari ni amat baik! sekejap mendung, sekejap sunny, diiringin dengan angin sejuk. So kami pun just free & easy sahaja pada hari ini :)













Around 4 pm, perot kami dah krap krup krap, so kami ingat nak cari taman kat mana-mana & berkelah. So aku teringat lah temple depan kedai takoyaki semalam, so kami cari temple tu, pusing punya pusing, ahh jumpa pun. Kebetulan belakang temple tu ada taman, hmph memang torbaek la spot ni.



* simple lunch, tapi mengenyangkan, berhadapankan taman yang cantik & tenang ^_^

Owh btw, masa kami merempit tadi, aku sempat berhenti kat 1 kedai runcit, nak beli buah, teringat dulu masa kat Blue Mountain, si Alison lah ajar aku, dia akan bawak bekal macam-macam buah, very useful bila kita lapar or dahaga. And aku notice budaya ni dikalangan traveller mat salleh, diorang mesti bawak bekal buah macam apple / pisang. So aku decide untuk beli sebijik apple +- 120¥,  Zarina beli kiwi, haha comel! So makan lah bekal nasi yang buat siang tadi dengan buah, memang kenyang sampai malam!

Dah kenyang, kami decide untuk snap-snap gambar kat temple, rupanya dalam temple tu ada garden yang lagi besarrrrr, siap ada cafe, ada orang main music, ada kolam, ada air terjun kecik, hmmmppp bestnya!


Yasaka Shrine

Yasaka Shrine






awek-awek kimono, wewwiitt!

dah penat jalan, minum air limau gerudi, refreshing! :D

Kat sini kalau banyak duit, boleh sewa kimono & pakai the whole day. Aku, tak minat sangat benda ni, tapi yang menariknya kita akan nampak ramai awek-awek kimono, diorang ni sebenarnya tourist gak, hehe. Disebab kan kami tak dapat jumpa the real geisha, kami rembat je mane-mane awek kimono untuk bergambar sama, jadi lah..haha.

Dah puas layan taman, kami decide untuk sambung merempit, sekali aku perasan, kunci basikal aku hilang?? aaargh! Tapi aku try untuk tenang, sebab tadi aku ingat lepas makan nak snap-snap gambar je, tak sangka nak jumpa garden besar pulak, lepas tu aku recall balik, maybe tercicir masa ambik gambar awek kimono tadi, & yess! Alhamdulillah aku jumpa balik kunci kat tempat awek kimono tadi :')  Tadi aku siap mentally prepared, dalam policy kalau basikal hilang 9000¥, kalau kunci hilang berapa ribu ¥ pulak?? huwaaa~! Alhamdullilah jumpa balik, Jepun, selamatnya Jepun.. takde siapa nak curi barang kalau tertinggal/tercicir :')

Masa tu dah nak pukul 6, hari pun dah nak gelap. Kami decide untuk pulangkan basikal, walaupun sebenarnya basikal last pulang pukul 8pm. Sebab dekat area kedai basikal ada banyak shopping mall, & kami nak cari 1 shopping street ni, Shin Kyogoku.


masa ni aku dah tak larat nak snap gambar,gambar from google


Ding dong here & there, kami arrive tempat shopping dalam pukul 7. Aku tak tahulah, mungkin masa kami pi ni tengah end of summer season, so rata-rata kedai banyak sale! Jadi seronok sikit lah kami membeli-belah. Btw untuk harini aku takde lah shopping apa sangat pun, cume membeli stationaries untuk anak buah aku, some accessories, & shop kat kedai 100¥, hehe. But I really enjoy the window shopping :)

By 10, semua kedai pun dah tutup, so we went back to hostel dengan berjalan kaki je, once you are familiar with the area, rasa macam jalan kaki 5 minit je, hehe.

Hah...malam ni malam terakhir kami di A-Yado Hostel, dah sedap pulak menetap di sini. Esok kami akan berpindah ke Arashiyama pulak, yosh~!


No comments:

Post a Comment