Brace yourself! I think this will be 1 of the longest post, sebab kami cuba maximase kan lokasi sebanyak mungkin pada hari ini. I try to make it short ok ':D
good morning! simple breakfast, view from our hostel's kitchen. Ha tu la buah doraemon! makan tak habis-habis! :)) |
Aku suka refer website www.osaka-info.jp masa kat Mesia haritu, sebab I like the website layout, sangat kemas & user friendly, clean & catchy graphic & only gives important information instead of memening kan kepala aku. Im attracted to 1 of the highlights which was the Osaka Art & Handmade Bazaar! excited aku baca benda ni, aku rasa ni lah peluang untuk selitkan 1 aktiviti art dalam trip aku. Haritu Sydney aku berjaya pergi Yoko Ono exhibition, if I go Osaka dapat pergi Osaka Art & Handmade event ni, berjayalah misi aku! Cuma aku risau kalau Zarina tak boleh nak layan kepala art aku ni, tapi aku tengok dia suke shopping, maybe she will enjoy it kot.
So pagi hari ke-5 tu, lokasi utama kami ialah Nankokita Suminoe-ku, which is agak jauh dari city, & aku pun tak pasti kat mana kami berada masa sampai sana, dia macam perlabuhan, direction train nak kesini pun aku hanya berpandukan google map.
kat daerah mana pun tah, main redah je, haha |
kawasan ni punya corak untuk penutup kumbahan, rajinnyaaa |
So kami menuju ke ATC building, tempat ni macam PWTC kat KL kut, sebab bukan ada art event aje, macam-macam event ade, & building yang besar pulak tu. Masuk je building ATC ada shopping mall, ahhh..aku rasa lega sikit, at least kalau Zarina taknak join aku, dia bole la window shopping. Sekali dang! aku lupa! nak masuk event ni kena bayar 500¥, bagi aku, I don't mind contribute a little bit for art event. Tapi Zarina macam tak interested so she decided to shopping, & lucky her, dia kata banyak kedai sale! omg aku jelous! haha!
Tapi apa pun yang penting, aku dapat menggunakan masa travel aku sebaiknya untuk experience at least 1 art event. Kat sini macam-macam ada, sangat interesting, creative & inspiring! I even got the chance to interect with some independent artist, tengok sketch book diorang dari dekat, see how they do art, painting, leather goods, the best part is handmade jewellery, design-design kat sini tak de jual kat kedai lain, & since diorang ni semua indie, price is very reasonable for japanese handmade stuff. There were few hundreds tenants kot, in 4 different hall! memang berbaloi bayar ticket 500¥ tadi, tapi aku ada masa 1 jam setengah je untuk jumpa member aku balik, aku naik gila kejap tak tau nak attack booth yang mana, haha! But overall I am satisfied & inspired!
sneak peak of some of the stuff they have at the event |
dewan beso ni ada 3, macam mana nak cover semua T_T |
kucing bergelimpangan |
dress up dah ganas dah tu bang, tapi jual caligraphy, cool~ hehe |
So masing-masing dah puas hati di area ATC, kami decide untuk pergi ke Minoh Waterfall. Kami gigihkan diri sebab kalau esok confirm tak sempat. Dari ATC ke Minoh waterfall jauhnya macam dari KL ke klang (google lah sendiri how, lol)
driver keretapi pakai smart macam pilot, ada 1 driver hensem, tak sempat snap pulak, gambar tempat driver pun jadi lah, huhu |
Sampai area minoh, keluar je dari station train, terus sampai area Minoh, jalan nak ke waterfall tu macam... macam kite menapak cameron highland? kot? berbukit dan hutan, baru pukul 4 pun dah gelap, sebab banyak pokok.
otw to Minoh uncle ni siap suruh anjing dia posing untuk kami, tapi anjing tu macam malas nak layan kitorang je, haha |
bila travel ni, pantang betul nampak gerai buah, haha! |
Kewpie baby! :D :D :D |
Nak ke Minoh tu takde lah berpeluh pun, sebab sini sejukkkk~ bestnya, dapat gak merasa suasana acah-acah winter :)) It took aorund 1 hour walk kot untuk reach the Waterfalls. Ntah we lost count, because we were too busy enjoying the nature & the old shops :}
ini pun jepun design, jepanese Y U SO CUTE & CREATIVE??!! |
neko |
mewah gila lunch, haha |
tadaaa~! Minoh watefall! |
seronoknya dating kat sini |
feeling-felling, eh |
yey berjaya melawat Minoh! |
Bestnya jadi orang Jepun, balik kerja/weekend boleh terus je naik train direct untuk ke kawasan hutan & air terjun, itu pun masih ramai yang nak bunuh diri sebab stress, me don't understand :( kalau kat Malaysia ada ke train station terus ke lokasi riadah? kalau ada tolong bagitau saya.
Another 1 thing aku notice Jepun ni, tiap-tiap lokasi tourist diorang akan ada maskot! Teringat kat Gion depa ada maskot geisha comel, kat sini, tak tau lah buah berwarna kuning berpakaian samurai? Even van derma darah pun ada maskot yang comel! Kat Jepun, they take art seriously. Dan aku rasa kat sini lah, the only place bila strangers tanya aku kerja apa, aku sebut graphic designer, diorang semua macam kagum gila dengan aku (padahal diorang taktau portfolio aku bukan hebat mana pun, hahah!) aku terharu :'D Kat Malaysia nobody cares Im a graphic designer.
karakter kuning tu maskot untuk Minoh Waterfall, comel kan! |
Ok so kami dah puas layan air terjun, kami decide untuk balik ke Osaka, nak layan town Dotonbori! Sebenarnya masa ni kami dah penat, but we don't care~ haha. Nak kejar masa sebab by 10 pm kedai semua dah tutup.
Owh ada 1 cerita, kami ni tak tau direction nak ke Dotonbori, so randomly la tanya strangers, this 1 girl she dont know how to speak english at all, tapi bersungguh nak tolong kami! Siap tanya family yang lalu lalang situ, & then bawak kami sampai ke train station, & make sure kami sampai ke train station yang betul! Kitorang sebenarnya tengah decide nak jalan kaki atau naik train, sebab nak saving, haha, so kami sampai terpaksa menyorok kat sebalik tangga sampai girl tu dah takde sebab takut kecik kan hati dia... haha tudia punya baik orang Jepun, sampai kami naik takot! hahah!
Sesampai kat Dotonbori around 8pm, aku decide untuk split dengan Zarina, sebab takut kedai tutup. Hmm.. sebenarnya masa kat Dotonbori ni, aku tak sempat nak enjoy sangat the city, sebab semalam nak dijadikan cerita, member aku terlebih shopping, haha! So kami risau takut tak lepas kat airport nanti, so she decided to purchase luggage balik, aku dah dapat agak dah, mesti ada problem nak buat transaction kat online Airasia nanti, sebab kami takde roaming, macam mana nak receive tac number? So aku malas nak drag masalah tu, aku try nasib whatsapp kawan aku kat msia untuk settlekan bayaran luggage Zarina, aku rasa serba salah mintak tolong member aku kat Msia susah kan dia malam-malam nak settlekan transaction aku, dia teringin nak action figure, so in return aku kena carikan action figure yang dia nak.
pose wajib di Dotonbori, lulz |
So sepanjang aku kat Dotonbori, aku rasa, aku ulang alik kat situ 5km berlari-lari cari kedai mainan T_T yang ada kedai baju kedai pachinko kedai baju kedai pachinko, huarrrghhh~ Sampai lah dah pukul 10, kedai pun dah tutup semua.. sampai ler aku terduduk kat 1 tempat tu, sambil tengok orang buat street performance, ada mamat jepun main guitar, he was very good! aku nak tepuk tangan, tapi semua orang tak tepuk pun, so aku pun buat cool je la, hahaha, btw sempat gak snap video dia, hehe!
*me no music expert, taste music aku agak pelik & cerewet, giteww~
but for me main guitar jalanan dengan skill macam ni adalah power!
Since aku dah penat & give up, aku decide untuk masuk 7E cari Maxim coffee, sebab aku terbaca, cofee Maxim ni wajib di cuba! puas aku masuk kedai, harini baru jumpa (yg semalam beli instant je 3 in 1), kat chiller tinggal 2 je, so aku rembat 2-2 terus! So aku pun try lah minum...peh! sedap bro! serious 1 of the best coffee I ever tried! It taste exactly like Starbucks Ice Shaken Espresso which cost me RM12 in Msia, but this Maxim coffee only cost me 100¥ (RM3)! So aku pun motivate diri aku... takpe lah Nash... ko tak dapat shopping barang ko kat Dotonbori, at least ko sempat merasa kopi yang sedap, haha.
hoi sedap hoi! |
Masa kat Dotonbori, aku jumpa 1 kedai fastfood yang aku research dari blog, takde pork, & aku jumpe 1 kedai sushi murah, tapi disebabkan badan dah letih, aku tak lalu nak makan :(
So around 11pm camtu aku jumpa Zarina balik, dia shopping macam-macam, jealousnya T_T But ok la, nasib baik aku pun berjaya rembat 2 helai T-shirt kat 1 of Japanese brand shop, daripada takde. Tadi aku nampak Forever 21 3 tingkat pun aku tak masuk sebab tak sempat, & pada masa sama, bagi aku, bila kat Negara orang, buat apa sebok nak beli brand yang ada kat Msia, I prefer beli barangan brand Jepun, sah-sah unik & takde kat Msia.
Badan pun dah lunyai, kami decide untuk balik ke Hostel. Malam ni memang kami kena belasah, hahah! Lepas mandi, boleh pulak aku terlelap sampai pagi masa kemas-kemas beg tu, huehuehue~
besambung...
No comments:
Post a Comment